UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

12216 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan modul panduan literasi ibu bapa bagi mempertingkatkan pencapaian literasi kanak-kanak. Seramai 56 kanak-kanak daripada enam buah taska di Terengganu telah dijadikan sampel dalam kajian yang berbentuk eksperimen ini. Data praujian untuk kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan telah diambil sebelum ibu bapa dalam kumpulan rawatan diberikan latihan melalui bengkel yang telah diadakan. Selepas kajian dijalankan selama 10 minggu, ujian pasca pula dijalankan kepada kumpulan rawatan dan kawalan. Keputusan ujian Wilcoxson t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan pencapaian keseluruhan literasi antara kumpulan rawatan dan kawalan selepas menggunakan modul, iaitu pencapaian literasi (z=-.205, p>.05). Oleh itu keputusan analisis menunjukkan penggunaan modul literasi awal ini tidak dapat meningkatkan pencapaian keseluruhan pencapaian awal literasi. Kata kunci literasi keluarga; bacaan awal; pemunculan literasi; pendidikan awal kanak-kanak.....
Article Published 2014 12 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk melihat jenis-jenis ukuran dan sukatan yang terdapat dalam peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai. Selain daripada melihat pemikiran mereka terhadap alam persekitaran dan pengalaman sebagai sumber ukuran dan sukatan dalam kehidupan seharian. Data-data dalam kajian ini terdiri daripada 43 peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai yang berunsurkan ukuran dan sukatan yang mereka gunakan dalam aktiviti seharian mereka. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Relativiti Linguistik yang menjadi dasar kepada Hipotesis Sapir-Whorf (1921) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan antara bahasa, budaya dan pemikiran manusia. Berdasarkan perlambangan yang terdapat dalam peribahasa yang telah dianalisis, kajian ini mendapati bahawa beberapa kategori ukuran dan sukatan telah digunakan dalam peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai iaitu ukuran keluasan, ukuran ketinggian, ukuran masa dan ukuran jarak. Kajian ini dapat membuktikan bahaw.....
Article Published 2014 12 hits Available
3
Abstract
Kajian ini menggunakan koleksi cerita rakyat dalam majalah Dewan Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang disiarkan pada setiap bulan. Majalah Dewan Pelajar menyajikan cerita-cerita rakyat dalam ruangan _Cerita Rakyat_ atau _Cerita Klasik_ ini dilihat sebagai suatu usaha awal yang mendedahkan golongan cilik dan tentang kebudayaan serta akal budi bangsa Melayu tradisional. Kata bijak pandai _sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari_, telah menjadi bukti betapa perlunya kanak-kanak dididik untuk berhadapan dengan sebarang konflik dalam kehidupan mereka. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti dan menganalisis konflik yang berlegar dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu dan kebijaksanaan mereka dalam menyelesaikan konflik tersebut. Hasil kajian menunjukkan ketinggian akal budi masyarakat Melayu dahulu dapat dikesan apabila kanakkanak mendapat pengajaran daripada peristiwa lepas. Kata Kunci cerita rakyat; konflik; resolusi; kanak-kanak..
Article Published 2014 15 hits Available
4
Abstract
Kata adverba merupakan golongan kata yang baharu dibincangkan dalam Tatabahasa Dewan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan pola kehadiran kata adverba, selain mencari kata adverba lain yang tidak tersenarai dalam 31 jenis kata adverba jati yang terkandung dalam Tatabahasa Dewan. Dengan menggunakan data korpus berkomputer yang terdiri daripada akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia, kajian ini akan menghuraikan kehadiran kata adverba. Hasil analisis mendapati bahawa kata adverba boleh menjadi penerang kepada kata nama/frasa nama, kata kerja/frasa kerja, kata adjektif/ frasa adjektif, dan frasa sendi nama sama ada penerang hadapan atau penerang belakang. Kajian ini juga menemui beberapa kata adverba jati yang tidak disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan yang menunjukkan kesuburan kata adverba itu dalam bahasa Melayu. Kata kunci kata adverba; data korpus..
Article Published 2014 15 hits Available
5
Abstract
The Malaysian Government has endorsed the usage of Industrialised Building System (JBS) in domestic  projects but no study have yet contribute to the location decision for precast manufacturing plant  that requires proper location to improve the local economic development activity. The objectives of the research are to study the feasibility of precast manufacturing plant, to determine the sites selection criteria of the precast manufacturing plant  and to incorporate spatial criteria with decision makers' preferences by using MCE-GIS model in  deriving potential site. The methodology for MCE-GIS model is divided into three phases where each  phase reflects their objective. Phase I uses the qualitative approach to study the criteria in  setting up precast manufacturing plant and defining the types of precast plant. Phase 2 employs the  quantitative approach to validate the criteria obtained from preliminary su1rvey based on focus  group .....
Thesis Published 2012 8 hits Available
6
Abstract
Makalah ini menggunakan kaedah konsep kepengarangan Melayu tradisi bagi melihat peranan pengarang tradisi dan pendekatan Psikoanalisis Freud untuk melihat personaliti watak di dalam teks. Dalam penulisan Hikayat Raja Pasai, gejala inses tidak berlaku tetapi pengarang hanya memberikan gambaran bayangan inses itu melalui sikap dan tindak tanduk Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Dalam hal ini, walaupun ada dorongan untuk berlakunya inses, pengarang yang terikat dengan adab kepengarangan Melayu menggunakan kreativitinya dengan memaparkan secara simbolik kesan dan akibat daripada bayangan inses itu. Dalam Islam gejala inses adalah haram di sisi agama dan ia adalah perbuatan yang amat terkutuk dan disebut dalam budaya Melayu sebagai _haruan makan anak._ Kata Kunci Kesusasteraan Melayu; Inses; Hikayat Raja Pasai; Pengarang..
Article Published 2014 9 hits Available
7
Bulletin Published 2026 27 hits Available
8
Abstract
Few publications consider the estimation of relative risk for vector borne infectious diseases.  Most of these articles involve exploratory analysis that includes the study of covariates and their  effects on disease distribution and the study of geographic information systems to integrate  patient-related information. The aim of this research is to introduce an alternative method of  relative risk estimation based on stochastic SIR-SI models (susceptible-infective-recovered for  human populations; susceptible-infective for vector populations) for the transmission of vector  borne infectious diseases, particularly dengue disease. Firstly, we describe deterministic compartmental SIR-SI models that are suitable for dengue disease  transmission. We then adapt these to develop corresponding stochastic SIR-SI models using 'discrete  time, discrete space' and 'continuous time, discrete space' data. Our first type of stochastic  models co.....
Thesis Published 2012 40 hits Available
9
Abstract
The thesis is based on implementing a child-centered design approach in the creation of a game  authoring tool for children to be used in the classroom as one of their learning tools. Indeed,  research in designing such educational software is primarily focused on the learning outcomes, but  not on the usability. However, the usability of such software for children is a prerequisite for  any learning to be useful and significant. The thesis purposes with a belief that substantial  improvements can be made by paying careful attention to usability during the design of the game  authoring tool. Unlike the related approaches, the scope of research focuses on the game authoring  tool which emphasizes on the design of the game authoring tool and concentrates on the flexibility  of the interaction and construction activity in making games. This research methods started by  investigating works from other researchers including comparing the .....
Thesis Published 2009 58 hits Available
10
Abstract
Artikel ini menumpukan penelitian terhadap cerita-cerita rakyat Melayu yang diperoleh menerusi penglipur lara negeri Johor iaitu Penglipur lara Ali Badron bin Haji Sabor. Fokus penulisan artikel ini adalah berkaitan dengan world-view dan sistem politik masyarakat Melayu. Keseluruhan penelitian ini bersandar kepada aspek worldview yang merupakan kesatuan kepada tradisi nilai dan budaya bagi sesebuah masyarakat. Ia dikenal pasti menerusi perlakuan individu atau ahli masyarakatnya yang digambarkan menerusi watak dan perwatakan dalam cerita rakyat Melayu. Penulisan ini turut merungkai world-view dan sistem politik masyarakat Melayu yang menjurus kepada penjelasan mengenai stratifikasi tertinggi iaitu raja. Raja adalah ketua yang memerintah sesebuah negeri atau negara, diikuti oleh para pembesar yang membantu raja mentadbir negeri atau negara, manakala rakyat jelata pula merupakan paling rendah kedudukannya dalam hierarki sosial. Penulisan artikel ini diharapkan dapat memaparkan hubung kait.....
Article Published 2013 74 hits Available
First Prev
Page 1 of 1222

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.