AbstractKajian ini bertujuan untuk membentuk model pengurusan bekalan air domestik
berkualiti semasa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Jajahan Kuala Krai. Pendekatan
digunakan adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah penerokaan dengan pencerapan sampel air dan
soal selidik. Penilaian kualiti air melibatkan air telaga, air banjir dan air hujan berdasarkan
Indeks Kualiti Air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Parameter yang digunakan adalah
oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia, keperluan oksigen kimia, ammonia nitrogen, pepejal
terampai, pH, kekeruhan, nitrat, ferum, magnesium, kalsium, kuprum dan bakteria Escherichia Coli.
Sampel air dikutip dua kali iaitu bulan Disember 2016 hingga Januari 2017 dan Mei hingga Jun 2017.
Seramai 300 orang responden dipilih melalui kaedah pensampelan rawak daripada ketua isi rumah
penduduk terlibat banjir. Analisis pemetaan iaitu data query, locational dan proximity analysis,
map overlay.....