AbstractTujuan kajian ini ialah untuk membina bateri ujian dan perbandingan tahap prestasi keupayaan motor bagi pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga, Empat dan Lima sekolah menengah Semenanjung Malaysia. Sebanyak 17 jenis ujian ditadbirkan ke atas 1500 orang pelajar (830 lelaki dan 670 perempuan). Pengukuran prestasi keupayaan motor diperoleh berdasarkan konstruk bateri ujian yang terdiri daripada 12 ujian utama iaitu ujian lompat kuasa menegak, ujian lompat menegak, ujian lari pecut 6 saat, ujian lompat jauh berdiri, ujian melontar bola keranjang, ujian lari pecut 50 ela, ujian kayu bass menegak, ujian kayu bass melintang, ujian tindak balas pilihan, ujian lari ulang alik 30 kaki, ujian kepantasan tangan Nelson dan ujian lompat kuadran Ujian ANOVA Tiga Hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi keupayaan motor di kalangan pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga, Empat dan Lima berdasarkan etnik E (2,1470) = 3.707, Q < .05, jantina E (1,1470) = 1067.65, Q < .05 dan tingkatan .....