AbstractKajian ini bertujuan membina model peramalan siri masa suhu di Malaysia yang dicerap
mengikut jam di Pulau Pinang, Johor, Melaka, Pahang, Perak dan Selangor menggunakan
pendekatan kalut. Secara spesifik, objektif utama kajian adalah untuk mengesan kehadiran
dinamik kalut, meramal siri masa suhu dan mengenal pasti pengaruh bilangan data terhadap
prestasi peramalan. Kaedah Cao dan plot ruang fasa digunakan dalam mengesan kehadiran
dinamik kalut. Dua langkah terlibat dalam meramal suhu iaitu pembinaan semula ruang fasa
dan proses peramalan. Sebelum melakukan peramalan, dua parameter perlu ditentukan iaitu
masa tunda, r dan matra pembenaman, m. Parameter r ditentukan melalui kaedah purata
maklumat bersama dan penetapan r =1. Parameter m dikira berdasarkan nilai E1(m) daripada
kaedah Cao. Tiga kaedah digunakan untuk pembinaan model peramalan iaitu kaedah
penghampiran purata setempat, kaedah penghampiran linear setempat dan kaedah
penamb.....