UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
9912024
Article
Kreativiti dalam penghasilan motif songket rajang etnik Melanau oleh Saanah Suhaili
Siti Norhaliza Safri
Kajian ini memfokuskan kepada kelestarian seni Songket Rajang etnik Melanau di Sarawak menerusi pengahsilan seni tenunan dari segi motif, penggunaan bahan, mereka corak dan proses penghasilannya. Tujuan utama kajian ini ialah untuk meningkatkan taraf seni Songket Rajang etnik Melanau kepada peringkat yang lebih tinggi dan memberikan pendedahan kepada etnik Melanau serta masyarakat Sarawak. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana kepakaran lokal etnik ini memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kreativiti seni Songket Rajang di Sarawak. Keunikan seni Songket Rajang ini sebenarnya terletak pada cara penghasilannya dan reka corak eksklusif yang tidak akan sama dengan songket yang sedia ada. Motif-motif tradisional etnik ini dapat digambarkan pada permukaan kain Songket Rajang berfungsi mencerminkan konteks kebudayaan etnik Melanau dan memberikan kepercayaan yang diadaptasikan pada Songket Rajang. Kaedah kualitatif menerusi pendekatan etnografi telah membuktikan bahawa motif-moi.....

211 hits

9922024
Thesis
Geografi ketakutan dan hubungannya dengan jenayah di pusat pelancongan bandar Kuala Lumpur
Muhammad Yasin Harahap Arsalan
Kajian ini bertujuan meneliti Geografi ketakutan pelancong semasa melakukan lawatan di lokasi pelancongan bandar Kuala Lumpur iaitu Pasaraya SOGO, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur. Kajian ini meneliti ruang yang difahami oleh pelancong sebagai menakutkan dan tidak selamat di kawasan pelancongan bandar Kuala Lumpur. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan dua kaedah kajian iaitu temu bual berstruktur dan photovoice. Temu bual berstruktur dijalankan bersama dua puluh (20) orang pelancong yang terdiri daripada 11 orang pelancong domestik dan 9 orang pelancong antarabangsa. Tujuh (7) orang peserta kajian bersetuju untuk melibatkan diri dalam photovoice dengan mengambil gambar perasaan takut mereka dalam ruang yang dilawati dengan menggunakan kamera pakai buang yang dibekalkan oleh pengkaji. Penganalisisan data kualitatif dilaksanakan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti bagi membentuk tema dalam membincangkan dapatan.....

459 hits

9932024
Thesis
Metafora dalam Leka pelian bebunuh dari perspektif Lakoff dan Johnson (1980)
Yanti Benson
Leka pelian merupakan puisi tradisional masyarakat Iban dalam kategori invokasi yang berfungsi dalam ritual perubatan tradisional Iban. Setiap perkataan yang dilagukan oleh manang dalam leka pelian digayakan dengan bahasa kiasan metafora bagi menambahkan lagi keindahan seni berpuisi sekali gus menjadi medium komunikasi antara manusia dengan alam ghaib. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis maksud metafora yang membentuk leka pelian bebunuh. Selain itu kajian ini juga menganalisis penggunaan metafora sebagai pengantaraan alam manusia dengan alam ghaib. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan teori metafora konseptual Lakoff dan Johnson (1980) untuk menganalisis kategori metafora yang terdapat di dalam leka pelian bebunuh. Analisis kandungan dan juga temu bual separa struktur digunakan untuk menganalisis setiap kategori metafora. Dapatan kajian menunjukkan bahasa kiasan leka pelian bebunuh terdiri daripada metafora abstrak ke realiti, metafora perumpamaan, metafora berunsurk.....

275 hits

9942024
Thesis
The implementation of CEFR in primary school teachers views and their challenges in using super minds textbook
Dashaiyani Santhirasekaran
This research aims to investigate the views and to identify the challenges faced by Year 1 and 2 English language teachers concerning the use of Super Minds textbook. Employing a mixed-method approach, a questionnaire was distributed to 250 primary ESL teachers in Temerloh district, Pahang, using platforms such as Telegram, Facebook, and WhatsApp. Additionally, online interviews were also conducted with six English Language teachers. The respondents were selected based on the convenience sampling method. The questionnaire was analyzed using percentage and average calculations in IBM SPSS. This research sheds light on the varied views among teachers regarding the Super Minds textbook's implementation as part of the CEFR framework in primary schools. From the interview, it was found out that, while many teachers view it positively, there were several challenges found during the utilization of Super Minds textbook such as teaching style, the use of supplementary materials and the need for.....

480 hits

9952023
Thesis
Kesan konfrontasi Indonesia-Malaysia terhadap masyarakat Jawa di Batu Pahat (1963-1966)
Ovi Fauzia Tihamayati
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan konfrontasi Indonesia-Malaysia terhadap masyarakat Jawa di Batu Pahat. Fokus kajian ini berteraskan kepada tiga objektif utama iaitu pertama membincangkan latar belakang masyarakat Jawa di Batu Pahat semasa konfrontasi, kedua menghuraikan pengaruh hubungan Malaysia dan Indonesia terhadap perkembangan masyarakat Jawa di Batu Pahat. Terakhir, menganalisis kesan konfrontasi kepada masyarakat Jawa di Batu Pahat dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan budaya. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif. Metodologi kajian berasaskan kepada analisis data yang diperolehi dari sumber primer dan sumber sekunder. Sumber-sumber ini diperolehi dari Arkib Negara Malaysia dan Indonesia, perpustakaan universiti awam di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, kajian ini turut menggunakan sumber lisan, seramai 5 orang dari kalangan masyarakat Jawa di Batu Pahat telah dipilih menjadi responden yang akan ditemubual bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kajia.....

363 hits

9962008
Thesis
Tembikar tembeling Pahang sebagai ekspresi kesinambungan warisan pendidikan budaya
Muhammad Fazly Jamaluddin
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji perusahaan tembikar tembeling Pahang sebagai  ekspresi kesinambungan warisan pendidikan budaya. Kajian mengkaji pandangan generasi terawal  perusahaan ini dan juga pendapat daripada generasi muda terhadap kesedaran warisan pendidikan  kebudayaan ini. Data-data bagi menganalisis dapatan kajian ini diperolehi daripada data-data temubual, pemerhatian,  dokumentasi, rakaman audio-visual dan rakaman video. Seramai lima orang responden menjadi sumber  data bagi mendapatkan informasi. Responden terdiri daripada tokoh generasi tradisional dan tokoh  generasi moden. Kaedah kajian kualitatif secara deskriptif telah digunakan untuk membuat analisis data. Daripada  analisis kajian ini, mendapati bahawa responden menganggap perusahaan tembikar Tembeling Pahang  masih mempunyai kesinambungan daripada generasi terawal yang mengusahakannya. Kesinambungan warisan  pendidikan budaya tersebut dapat dilihat dari aspek kemahiran, rekab.....

360 hits

9972024
Article
The impact of accessibility and nuisance on neighbourhood satisfaction near Sungai Buloh-Kajang (SBK) MRT Line
Mohd Faris Dziauddin
ABSTRACT The presence of urban rail transit can impact residents both positively and negatively, especially those who live within walking distance to this infrastructure. Positive MRT externalities such as improved accessibility from home to work and other desirable destinations may be highly valued by residents, while negative externalities such as noise and visual obstruction can be perceived as highly undesirable and, in extreme cases, lead residents to move. Hence, this study aims to determine neighbourhood satisfaction among residents living near the SBK MRT Line. In this study, multivariate regression analysis was used as an analytical tool to model the satisfaction of residents living near the SBK MRT Line. The dependent variable is perceived neighbourhood satisfaction. Individuals were surveyed on five propositions related to neighbourhood and housing satisfaction. The results suggest that the perceived neighbourhood satisfaction of residents living near the SBK MRT line is mix.....

631 hits

9982024
Article
Cities in bloom navigating the journey of urbanization in Malaysia towards sustainable futures
Azli Abdullah
ABSTRACT Malaysia has become one of the most urbanized countries in Southeast Asia over the past few decades. This rapid urbanization has changed the social, economic, and environmental landscapes due to several factors such as population growth, economic development, and rural-urban migration. Therefore, this paper explores the evolving landscape of urbanization in Malaysia and emphasizes the urgent need for effective urban design and planning strategies to tackle the challenges of rapid growth. This study employed content analysis to examine established urban design theories from influential thinkers like Kevin Lynch, Jane Jacobs, Daniel Burnham, Le Corbusier, Janette Sadik-Khan, and Nabeel Hamdi to uncover valuable insights for enhancing urban environments. This method was selected because of its ability to systematically interpret textual data within its context. Key themes include the importance of creating mixed-use neighborhoods, designing pedestrian-friendly spaces, engaging co.....

413 hits

9992024
Article
Progress of research on volcanic-geomorphology in southeast asia a systematic literature review
Olivia, Raisya Arzety
ABSTRACT Southeast Asia, with its large number of volcanoes, wide distribution, and high occupancy and population growth in volcanic environments, has a high potential to emerge as one of the world's centres for volcanic geomorphology studies. In this article, we present information on the progress and trends of volcanic-geomorphology research topics in Southeast Asia. This article is a systematic literature review organized by the PRISMA approach. Search keywords were determined using the PICO method. The documents reviewed were obtained from the Scopus database, with the criteria of research articles published in journals or conference proceedings, English language, and territory/area limited to Southeast Asia. A total of 214 documents were collected with these keywords and criteria. Of these, 53 articles were selected through the extraction process and continued with the review. The findings of this study show that studies on volcanic geomorphology in Southeast Asia are relatively f.....

487 hits

10002024
Article
Kualiti perkhidmatan bas sekolah kepada pelajar di bandaraya Alor Setar dan bandar Jitra negeri Kedah Darul Aman
Siti Aimuni Abu Hassan
Kajian_ ini_ bertujuan_ untuk_ mengenal_ pasti_ kualiti_ perkhidmatan bas_ sekolah_ di bandaraya_ _Alor_ _Setar_ _dan_ _bandar_ _Jitra,_ _Kedah_ _berdasarkan_ _enam_ _kriteria:_ _keselamatan, ketersampaian/masa,_ kos,_ keselesaan,_ keadaan_ fizikal,_ dan_ kemudahan._ Pendekatan_ kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan soal selidik digunakan dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 62 pelajar_ SMK_ Tengku_ Laksam_ ana,_ Alor_ Setar_ dan_ 34_ pelajar_ SMK_ Tanjung_ Pauh,_ Jitra,_ yang menggunakan_ _perkhidmatan_ _bas_ sekolah._ _Analisis_ _data_ dilakukan_ _melalui_ _analisis_ _deskriptif (kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian Khi Kuasa Dua) bagi mengenal_ _pasti_ _perbezaan_ _kualiti_ _perkhidmatan_ _antara_ _kedua-dua_ _sekolah._ _Dapatan_ _kajian menunjukkan_ purata_ min_ kualiti_ perkhidmatan_ bagi_ SMK_ Tengku_ Laksamana_ untuk_ keenam-enam kriteria (keselamatan = 4.20, ketersampaian/masa = 4.27, kos = 4.25, keselesaan = 4.14, fizikal = 4.4.....

220 hits

[ First ] [ Prev ] Page 100 of 1159 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.