UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
102412014
Thesis
Kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja di kolej vokasional, Malaysia
Siva Rabindarang
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional. Selain itu, hubungan serta sumbangan kepimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dan tekanan kerja juga ditentukan. Pandangan tenaga pengajar tentang tahap kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja juga dikaji. Kajian ini dilaksanakan dengan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu ‘explanatory mixed method design’. Seramai 457 responden daripada kolej-kolej vokasional di Malaysia dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah untuk menjawab soal selidik. Manakala seramai 8 responden pula dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan untuk sesi temu bual dengan soalan separa berstruktur. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan distributif adalah sederhana tinggi dengan dimensi kerjasama pasukan adalah paling dominan. Ta.....

3848 hits

102422016
Article
Tahap kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak
Nayan Nasir, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Ismail Kamarul, Mahat Hanifah, Koh Liew See,
Artikel ini akan membincangkan tentang kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi yang melibatkan sentuhan secara langsung antara air dengan manusia. Ia melibatkan tujuh unsur logam berat iaitu zink, ferum, kadmium, magnesium, merkuri, plumbum dan kuprum. Kajian ini melibatkan sampel air dari 22 stesen kajian bagi empat buah kolam di Taman Tasik Taiping. Data primer telah digunakan iaitu melibatkan pencerapan sampel air di lapangan. Data primer kepekatan unsur logam diperoleh dengan pengambilan sampel air yang dibawa ke dalam makmal untuk ujian dalam makmal. Penilaian tahap kepekatan logam berat adalah berdasarkan pengelasan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kualiti Air Minum daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan nilai kepekatan logam berat masih di bawah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kecuali plumbum. Terdapat juga nilai kepekatan logam berat yang meleb.....

3712 hits

102432016
Article
Social Return on Investment (SROI) framework for measuring the real value of Sungai Muda flood mitigation program
Don Ramli Dona Raihana, Aiyub Kadaruddin, Arifin Kadir,
Movement towards modern eco climate has seen an increasing interest in measuring the social impact of projects, programs, organizations, activities, businesses and policies. Everybody seems eager to know the ‘real value’ of the activities they carried out. Governments have a strong imperative responsibility to measure the social impact of policies, programs and funded activities. Managers would like to know the performance they have been achieved so far, with a chance to improve for continuous efficiency and effectiveness. Investors want to demonstrate the social value their money is creating. Corporations are showing interest in social investment. Corporate social responsibility would love to share the social benefits as a result from the social work they have done. Social return on investment (SROI) has emerged as an approach to meet these demands, as it has been promoted as a more holistic approach to demonstrate the value for money. Hence, this article attempts to investigate t.....

1103 hits

102442014
Thesis
Sumbangan input-persekitaran terhadap pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah
Kuan, Hee Pit
Kajian ini bertujuan untuk menentukan sebab-sebab pelajar memilih mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan faktor-faktor Input-Persekitaran yang menyumbang kepada pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 325 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dari tujuh buah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Tuaran, dan Papar. Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelajar memilih mata pelajaran ini kerana minat dan aturan sekolah. Terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara ketujuh-tujuh pemboleh ubah bebas yang dikaji dengan pencapaian Prinsip Perakaunan. Namun begitu, hanya pemboleh ubah kualiti usaha, interaksi dengan guru, interaksi dengan rakan, sumber pengajaran, serta pemboleh ubah dummy Bahasa Melayu (BM) Penilaian Menengah Rendah (PMR) gred C dan D (BM A vs BM CD) menyumbang kepada pencapaian Prinsip Perakaunan. Kajian mengesyorkan .....

1012 hits

102452014
Thesis
Kesan pembelajaran koperatif (Students Team Achievement Division - STAD) terhadap pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Wong, Lee Leng
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan Pembelajaran Koperatif kaedah STAD (Students Team Achievement Division) terhadap pembelajaran matematik pelajar sekolah menengah. Reka bentuk eksperimen benar ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Kajian yang berlangsung selama enam minggu ini terdiri daripada 50 orang responden pelbagai kaum dan tahap pencapaian akademik yang diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, kumpulan rawatan (kaedah koperatif) dan kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul dengan menggunakan ujian pencapaian dan soal selidik sikap matematik. Pemerhatian dan rakaman video juga dilakukan. Perbezaan min ujian pencapaian dan soal selidik dianalisis secara inferensi dengan menggunakan ujian-t dan data pemerhatian dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis ujian-t bebas mendapati min ujian pencapaian dan sikap matematik kumpulan rawatan sifgnifikan (p..

1419 hits

102462016
Article
Pengetahuan tentang kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kalangan guru geografi
Ahmad Mohammad Zohir, Saidin Noorazlina,
Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kalangan guru geografi. Satu instrumen yang terdiri daripada soalan-soalan daripada enam aspek iaitu kegiatan penanaman padi; perikanan; getah, kelapa dan buah-buahan; perubatan/kesihatan; pembalakan/produk perhutanan; dan alam sekitar secara umum telah dibangunkan dan ditadbirkan kepada 75 orang guru Geografi yang dipilih secara rawak dari sekolah-sekolah di selatan Kedah. Analisis statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian t sampel bebas) telah dijalankan. Berdasarkan min skor pengetahuan kearifan tempatan, guru dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan kearifan tempatan berkait alam sekitar guru adalah pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru geografi berdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar) dari aspek kear.....

1350 hits

102472014
Thesis
Chitosan as an ionophore in a polyvinyl chloride based electrode for pH detection
Mohd Hizuan Hamzah
A heterogeneous membrane pH sensor based on chitosan, polyvinyl chloride (PVC) and a suitable plasticizer was developed. The best overall performance was shown by a membrane with composition ratio of chitosan (ionophore) : PVC (binder) : 2-nitrophenyl octyl ether (2-NPOE) (plasticizer) at 20 : 30 : 30 (w/w) respectively. The potentiometric responses were linear within pH 2 to 9, limit of detection at pH 9.5, slope 56.6 ± 0.4 mV per decade at 25.0 ± 1.0 oC and response time of 20.0 ± 5.0 seconds. A life time of more than 3 months was obtained. The sensor showed good selectivity and reproducibility towards hydrogen ion in the presence of a number interfering cations. Results were in agreement with a commercial pH electrode for pH measurement in fruit juice samples. The sensor has been utilized in the flow injection analysis (FIA) of pH at standard solution. The slope of 57.1 ± 0.2 mV per decade was linear at pH range of 2 to 7 at 25.0 ± 1.0 oC was obtained..

1037 hits

102482016
Article
Pembangunan bandar kecil di Sabah : isu dan cabaran
Patrick Syivero, Imang Ubong,
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun fungsi dan peranannya telah mula berubah dan bertambah. Ini kerana, perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan di kawasan bandar kecil di Sabah telah mula berkembang iaitu tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai isu dan persoalan berkenaan dalam proses perkembangan fungsi dan peranan serta perubahan guna tanah bandar kecil di Sabah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk memahami isu pembangunan bandar kecil di Sabah dan cabaran pembangunannya. Kajian ini menggunakan data sekunder dari laporan terbitan agensi berkaitan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah untuk memaha.....

1092 hits

102492016
Article
Kolej kediaman lestari : keselesaan bilik penghuni kolej kediaman Tun Fatimah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Buyung Mohd Reduan, Shafi Haryati,
Kajian ini merupakan kajian awalan bagi pembangunan konsep kolej kediaman lestari di Malaysia. Artikel ini mengkaji keselesaan menginap di bilik penginapan kolej kediaman Tun Fatimah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah melalui borang soal selidik terhadap 40 responden. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan demografi responden yang mengandungi tiga item soalan dan bahagian B berkaitan keselesaan terhadap bilik penginapan kolej kediaman yang mengandungi 11 item soalan. Selain itu, bahagian B juga terdapat dua subtopik iaitu keselesaan terhadap ruang fizikal bilik penghuni dan keselesaan terhadap peralatan dalaman bilik penghuni. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan peratusan untuk menentukan tahap keselesaan pada setiap item soalan berkaitan bilik penghuni. Keputusan kajian mendapati semua sebelas item soalan keselesaan penghuni terhadap bilik penginapan berada pada tahap selesa dan ini menunjukkan peny.....

1390 hits

102502016
Article
Aspek-aspek keluarga dan penglibatan remaja perempuan dalam tingkah laku delinkuensi
Che Mohd Nasir Norruzeyati,
Statistik melaporkan penglibatan remaja perempuan dalam tingkah laku delinkuensi semakin meningkat. Kajian literatur menunjukkan salah satu aspek yang menyumbang kepada delinkuensi dalam kalangan remaja perempuan ialah keadaan persekitaran keluarga seperti penglibatan keluarga dalam jenayah, status sosioekonomi keluarga, penderaan seksual atau fizikal, kurangnya hubungan kemesraan dengan ibu bapa dan kelemahan kawalan ibu bapa. Justeru itu, artikel ini bertujuan menganalisis apakah faktor keluarga yang menyumbang kepada penglibatan remaja perempuan dalam tingkahlaku delinkuensi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam mengumpul data dan menganalisis data. Responden yang dipilih adalah berdasarkan persampelan bertujuan dan mendapat persetujuan daripada mereka untuk dilibatkan sebagai subjek kajian. Data dikumpulkan melalui temubual separa struktur iaitu pengkaji menyediakan senarai soalan yang berkaitan terlebih dahulu. Data seterusnya dianalisis menggunakan analisis tematik. Has.....

2052 hits

[ First ] [ Prev ] Page 1025 of 1143 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.