|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10251 | 2014 Article | Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi melahirkan K-pekerja di Malaysia Ismail @ Abd Wahab Aruna, Hamzah Hamizatul Azura, Osman Ibrahim, Mohd Nor Azlinda, Tee Tze Kiong, Pelaksanaan SLDN di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan K-pekerja, iaitu pekerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan serta dilengkapi dengan nilai kemahiran sosial dan metodologi pembelajaran. Kajian tentang pelaksanaan SLDN di Malaysia menggunakan pendekatan mixed method, iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan protokol temu bual. Responden kajian adalah terdiri daripada pengurus, penyelaras dan pengajar SLDN. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen kemahiran sosial serta metodologi pembelajaran masih di peringkat sederhana. Maka penerapan elemen-elemen ini perlu dipertingkatkan dalam penyampaian latihan dan ianya lebih berkesan apabila dilaksanakan di tempat kerja sebenar. Oleh itu, industri perlu memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanaan pelaksanaan latihan ini. Kajian juga menunjukkan kurangnya penglibatan industri dan ini perlu dipertingkatkan bagi keberkesanan penerapan elemen-elemen tersebut. Hasil kajia..... 2730 hits |
| 10252 | 2015 Article | Pelaksanaan aktiviti keagamaan dan hubungannya dengan penghayatan kerohanian anggota tentera Malaysia Bujai Mohd Rashidi, Hashim Azmil, Kertas kerja ini adalah untuk meninjau peranan dan sumbangan aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di Insitut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) dalam menjana kekuatan tempur anggota tentera (Spiritual Combat Power). Aktiviti keagamaan merupakan salah satu elemen pendidikan yang digunakan di ILMI yang diadaptasi daripada Tarbiyyah Askariyyah Khalid Shantut (2003). Kajian ini berbentuk tinjauan untuk mencari maklumat tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan Islam ILMI dalam membentuk keperibadian dan rohani anggota sepanjang kursus dilaksanakan. Maklumat diperoleh adalah melalui soalan soal selidik yang diedarkan kepada pelatih-pelatih yang telah menghadiri kursus di ILMI. Pelatih—pelatih dikehendaki memberi respon terhadap 127 item yang berkaitan penilaian input, proses dan produk yang diadaptasi daripada model CIPP. Respon skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai bertujuan untuk melaporkan..... 1571 hits |
| 10253 | 2014 Thesis | Kajian kes eksploratori dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah melalui pendekatan projek Mohd Halim Marzuki Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pelaksanaan Pendekatan Projek (PP) ke atas pembelajaran murid Tahun Satu. Fokus kajian ialah mengenal pasti kerangka alternatif murid, mengkaji pembentukan konsep sains murid, mengukur minat dan motivasi murid serta mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi guru semasa menjalankan PP bagi topik sains yang dipilih. Reka bentuk kajian kes eksploratori dan pensampelan bertujuan digunakan ke atas sebuah kelas Tahun Satu terdiri daripada 22 orang murid berbeza latar belakang dan kebolehan. Dalam kajian ini, PP dijadikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan murid melaksanakan projek sains mengikut fasa-fasa dalam PP. Kajian ini menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen untuk mengumpul data. Melalui dua projek, dapatan kajian menunjukkan PP dapat mengenal pasti kerangka alternatif murid berkaitan konsep bentuk bongkah tiga dimensi dan timbul atau tenggelam melalui representasi yang dikumpulkan dalam bentuk lakaran dan in..... 874 hits |
| 10254 | 2014 Article | Pantang larang dalam kalangan orang Melayu analisis dari perspektif teori SPB4K Omar Ani, Pantang larang ialah larangan atau tegahan terhadap perbuatan atau percakapan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Makalah ini mengupas segala pantang larang orang Melayu yang masih relevan dan patut diamalkan dari perspektif Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) melalui empat aspek, iaitu pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Pemikiran kerohanian berkaitan dengan keimanan dan ketaqwaan, hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta, sebagai hamba (hablumminallah) dan hubungan manusia sesama manusia serta dengan makhluk yang lain sebagai khalifah (hablumminannas). Pemikiran kebitaraan mengkaji kebijaksanaan orang Melayu dalam mengungkapkan pantang larang untuk mendidik serta menerapkan nilai murni. Pemikiran kesaintifikan melihat logik dan kesaintifikan orang Melayu dahulu kala berkaitan dengan kejadian alam seperti hujan, guruh, serta hubungannya dengan manusia dan kaitannya dengan haiwan serta tumbuhan. Pemikiran kekreatifan pula melihat..... 827 hits |
| 10255 | 2015 Article | Model pencapaian Matematik berasaskan penyesuaian pelajar pendekatan kuasa dua terkecil separa Abu Bakar Nor Hashimah, Mohamed Zulkifley, Mohd Yusof Siti Ilyana, The purpose of this study is to develop a model of mathematics achievement based on adjustment among students in teacher training institutes in Malaysia. The structural equation model by partial least squares equations was used to measure goodness of items in terms of validity and reliability. Then, the model of academic adjustment was developed in this study. The data were obtained by distributing a questionnaire to 100 students of the Preparatory Programme Bachelor of Teaching (PPISMP) majoring in Mathematics Education in teacher training institutes. The items were translated and adapted from the Student Adaptation to College Questionnaire (SACQ). The statistics result depending on the outcome measure revealed that academic adjustment emerged as the best predictor in influencing student mathematics achievement. In contrast, this study also found that the variance value for academic adjustment was most influenced by social adjustment. Therefore, the findings gained and the model devel..... 2574 hits |
| 10256 | 2014 Article | Mengupas keciciran pelajar Orang Asli Malaysia: suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah Marzuki Mazdi, Mapjabil Jabil, Mohd Zainol Rosmiza, Pelajar Orang Asli didapati masih jauh ketinggalan dalam sektor pendidikan di Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada keciciran pelajar Orang Asli dalam pelajaran. Antaranya ialah masalah aksesibiliti kepada kemudahan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap aksesibiliti untuk ke sekolah dalam kalangan pelajar Orang Asli di daerah Tapah. Kajian dilakukan terhadap pelajar Orang Asli yang bersekolah di SMK Seri Tapah dan SMK Tapah yang merupakan dua buah sekolah yang paling ramai pelajar Orang Asli. Kajian melibatkan penggunaan kaji selidik, pemerhatian dan temu bual dengan guru serta maklumat daripada Sistem Maklumat Murid. Hasil kajian mendapati bahawa pengangkutan awam disediakan kepada pelajar Orang Asli seperti bas sekolah dan trak. Namun begitu, operasi perkhidmatan pengangkutan yang disediakan masih kurang memuaskan dari segi kualiti, bilangan dan perkhidmatan. Dari segi jarak, secara purata pelajar Orang Asli terpaksa melakukan per..... 1494 hits |
| 10257 | 2014 Article | Menginterpretasi semula budaya kasual menerusi pusat membeli-belah Saat Mohammad Khizal, Sedon @ M. Dom Mohd. Fauzi, Kajian ini menyelidik gaya hidup budaya masyarakat Kuala Lumpur berdasarkan prinsip konsumerisme. Menerusi kaedah manipulasi, integrasi, interpretasi imej dan teks, maka proses penghasilan karya-karya Seni Cetak dimulakan tertumpu kepada pusat membeli-belah dalam aspek obsesi, emosi dan aspirasi hidup kasual seharian. Karya-karya yang dihasilkan mencerminkan perspektif baru untuk memahami semula budaya bandar moden masa kini... 1363 hits |
| 10258 | 2014 Thesis | Kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan lestari dalam komuniti sekolah menerusi program sekolah lestari di Malaysia Hanifah Mahat Kajian ini bertujuan untuk menilai kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan lestari (education/or sustainable development-ESD) dalam kalangan pelajar, guru dan ibu/bapa/penjaga yang terlibat dalam Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang bertindak sebagai pengukur utama. Kesedaran merangkumi domain pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan kandungan ESD, pengetahuan amalan ESD, sikap ESD dan tingkah laku ESD. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif (tinjauan soal selidik) dan disokong oleh kaedah kualitatif (temu bual). Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 447 orang pelajar, 247 orang guru dan 245 orang ibuJbapa/penjaga. Manakala sampel kajian kualitatif terdiri daripada 12 orang guru. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk pemerihalan pemboleh ubah dan statistik inferensi iaitu ujian t, ANOVA, korelasi Pearson, regresi berganda, ujian model persamaan struktural (Structural Equation Modeling-SEM) digunakan untuk menguji hipotesis...... 2432 hits |
| 10259 | 2014 Article | Mathematical problem-solving behavior of successful problem solvers Ahmad Asmah, Saad Noor Shah, Ab Ghani Sazelli, The purpose of this study was to investigate the mathematical problem-solving behavior of mathematics teachers during their problem-solving endeavors and how their mathematical problem-solving behavior ensured their problem-solving success. Specifically for this study, the teachers’ mathematical problem-solving behavior involved their problem-solving strategies, decisions, and beliefs about mathematics. In view of this, the researcher employed the generic qualitative study design and the collected data included the teacher’ interviews and observations, and their completed mathematics problems document. The teachers’ data were then analyzed based on the conceptual framework of this study which is the conceptual framework of mathematical problem-solving behavior. Also, the mathematics teachers selected for this study were based on their level of degree qualification, years of experience in teaching mathematics, and the education level that they have taught. The findings of the stud..... 888 hits |
| 10260 | 2014 Article | Manusia dan perkembangan peradaban beberapa aspek pemikiran Malek Bennabi dan Ali Syariati Yaacob Norazlan Hadi, Maslan@ Baharudin Aiza, Manusia sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baik kejadian diberikan tugas dan amanah yang sangat besar, iaitu untuk mentadbir, memakmur dan membangun peradaban. Berbekalkan kejadian penciptaan manusia yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani dengan kelebihan akal dan kudrat, manusia berkemampuan merubah dan mencorak masa depan peradaban mereka sendiri. Persoalan tentang pembinaan dan perkembangan peradaban telah pun dibincangkan oleh beberapa orang tokoh sarjana dan pemikir tersohor di Timur dan di Barat dengan menjadikan manusia sebagai fokus utama perbincangan. Cetusan minda sarjana dan pemikir silam wajar direnungi dan dimanfaat oleh generasi hari ini untuk membangunkan kembali kegemilangan peradaban manusia. Pembinaan peradaban harus bercirikan keseimbangan antara kemajuan material dengan ketinggian akhlak yang berpaksikan tauhid. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membahaskan beberapa aspek pemikiran dua orang tokoh pemikir Muslim yang berkaitan..... 2263 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1026 of 1143 | [ Next ] [ Last ] |