|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10731 | 2016 Thesis | Pembangunan kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli untuk institusi pendidikan formal Tengku Ritawati Tengku Dachlan Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek teknik dan estetik Nyanyian Lagu Melayu Asli (NLMA) dalam transmisinya secara tradisional, seterusnya disinergikan dengan ilmu pendidikan muzik bagi membangunkan kurikulum yang dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di intitusi pendidikan formal. Penyelidikan ini melibatkan kerja lapangan dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur terhadap empat orang lagenda NLMA, kajian perpustakaan, kajian diskografi, dan nota lapangan untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Hasil daripada penyelidikan ini adalah sebuah Rancangan Reka bentuk Kurikulum (RK) dan Rancangan Instruksional (RI) Pengajaran dan Pembelajaran NLMA dalam institusi pendidikan formal mengikut format standard kurikulum yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan Akademik dan Qualiti (BPAQ) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyelidikan ini menyimpulkan bahawa budaya muzikal tempatan..... 1951 hits |
| 10732 | 2016 Thesis | Penerapan unsur-unsur Islam aqidah, syariah dan tasawwuf dalam novel Mahabbah, Ayat-ayat Cinta dan Dunia Bukan Kita punya berdasarkan teori taabudiyah dan teksdealisme Ma'amor Yusoff Kajian ini membicarakan tiga buah novel daripada tiga orang pengarang iaitu Mahabbah karya Shahon Ahmad, Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy dan Dunia Bukan Kita Punya karya Suratman Markasan. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penerapan unsur-unsur Islam dan mutu serta keunggulan karya-karya tersebut. Bagi mencapai tujuan kajian, pengkaji telah menggunakan dua teori secara elektikal atau penggabungan iaitu teori taabudiyah sebagai teori induk dan teori teksdealisme sebagai teori sokongan. Untuk melihat unsur-unsur Islam yang terkandung di dalam teks kajian, pengkaji menggunakan teori taabudiyah manakala untuk melihat mutu dan keunggulan teks, pengkaji menggunakan teori teksdealisme. Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa sastera Islam ialah hasil kesusasteraan yang bernilai Islamiah. Ia adalah merupakan gambaran yang ditimba daripada masyarakat dan bertujuan untuk memberi didikan serta bimbingan ke arah menghayati nilai-nilai yang lebih sempurna. Justeru it..... 3149 hits |
| 10733 | 2016 Thesis | Pembangunan sukatan pelajaran gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa Siti Nuraishah Ab Jalil Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu dokumentasi dan temubual. Kaedah dokumentasi melibatkan sumber literatur yang berkaitan dengan tradisi Gamelan Melayu, silibus peperiksaan muzik berkumpulan badan peperiksaan muzik bergred dan sukatan pelajaran Gamelan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Temubual telah dijalankan ke atas tiga orang informan yang merupakan tokoh, ahli akademik dan penggiat seni muzik Gamelan Melayu. Hasil daripada analisis data, terbentuk sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu bergred yang mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat awal (gred 1 dan gred 2), peringkat pertengahan (gred 3 & gred 4) dan peringkat atas (gred 5 & gred 6). Sukatan pelajaran yang dibangunkan terdiri daripada empat aspek utama iaitu gred, pe..... 1319 hits |
| 10734 | 2016 Thesis | Analisis konsepsi dan amalan pengajaran guru terhadap penyelesaian masalah Matematik di sekolah menengah atas, Palembang Hiltrimartin, Cecil Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis konsepsi dan amalan pengajaran dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah Atas (SMA) terhadap penyelesaian masalah matematik di Palembang. Seramai enam orang guru matematik SMA di Palembang sebagai responden di pilih dengan teknik persampelan bertujuan. Kaedah temu bual secara separa berstruktur dan pemerhatian digunakan bagi mengumpul data. Pemerhatian terhadap guru di jalankan sebanyak tiga kali sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp). Temu bual di jalankan sebelum dan selepas bagi setiap sesi pdp. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah masih belum jelas. Konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah bertambah baik setiap kali temu bual di jalankan. Kebanyakan guru menyatakan penyelesaian masalah merupakan aplikasi matematik bagi murid. Namun begitu, responden juga menunjukkan perubahan secara berperingkat dengan menyatakan penyelesaian masalah s..... 1180 hits |
| 10735 | 2016 Thesis | Kesan intervensi modul rakan mentor terhadap penghargaan kendiri, motivasi dan gred bagi pelajar rendah pencapaian akademik di sebuah universiti swasta Haizan Mohd Taha Tujuan kajian ialah untuk mengukur kesan Intervensi Modul Rakan Mentor (MRM) ke atas penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester antara Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Kajian eksperimen kuasi praujian-pascaujian dijalankan ke atas 90 subjek (30 dari Kumpulan Rawatan MRM Individu, 30 dari Kumpulan Rawatan MRM Kelompok, dan 30 dari Kumpulan Kawalan) dalam kalangan pelajar rendah pencapaian akademik di sebuah Universiti Swasta. Subjek Kumpulan Rawatan didedahkan dengan Intervensi MRM sebanyak sepuluh sesi yang mengambil masa sepuluh minggu. Instrumen Rosenberg Self-Esteem Scale dan Achievement Goal Questionnaire, serta gred keputusan trimester digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester dalam ukuran praujian dan pascaujian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min, serta analisis secara inferensi menggunakan ujian ANOVA, ujian ANCOVA, dan ujian Mann Whitney U. Hasil kajian menunjukkan Interv..... 2060 hits |
| 10736 | 2016 Thesis | Reinterpreting social lifestyle of urban culture within the context of consumerism through print media Mohammad Khizal Mohamed Saat This research project investigated the value of social lifestyle of urban culture within shopping malls, through the concept of consumerism that manifest the sense of satisfaction, desire and obsession toward brands and commodities. The research sought vast aspirations and interactions of modern urban lifestyle in experiencing everyday life in the context of materialism and urbanism. The key elements in the research project consist of obsession, emotion, behavior and social interaction. The key artists involved in this research are Andy Warhol, Guillaume Bijl, Peter Blake, Cleas Oldenburg Christo and Jean-Claude, Richard Hamilton, Eduardo Paolozzi, Andre Grusky, Denis Darzacq, Duane Hanson, Barbara Kruger, Claude Closky, and Lou Brothers. The reference artworks carried out a suggestion of how the belief system on consumer lifestyle had been projected and developed. The concept of Urban and Shopping Malls, and the concept of Materialism within Consumerism were used to contextualised the..... 4791 hits |
| 10737 | 2016 Thesis | Rhythmic transitions during game playing session: a case study of Malaysian gamers Muhammad Fadhil Wong Abdullah This research investigates the actions of gamers during the in-game cut-scenes transitions and how they adapt in multiple higher level actions during their game playing sessions. Drawing on Mediated Discourse Analysis and Multimodal Interaction Analysis, the exact lower-level action - pressing a button and higher-level action - playing a game provides important insights throughout the entire video game playing session obtained through video ethnography method. Video data of 5760 minutes were collected over a period of twelve weeks from four participants. Videos transcription and multimodal transcript were utilized to further explain the complex interaction between the video gamer and the video game playing. The term ‘Rhythmic Transitions’ was derived from this research which explains the switching over from the primarily focused attention away during cut-scenes provided us with a perfectly linked and synchronized rhythm of actions. Findings provide important insights to games’ de..... 4885 hits |
| 10738 | 2016 Thesis | Nilai-nilai estetika kebaya nyonya melalui proses sosialisasi dalam konteks perubahan sosio-budaya Roziah Ahmat Nor Kajian ini bertujuan untuk mengkaji nilai-nilai estetika kebaya nyonya melalui proses sosialisasi dalam konteks perubahan sosio-budaya. Kajian ini juga untuk mengenal pasti rekaan Kebaya Nyonya dari segi reka bentuk dan motif-motifnya, material dan nilai-nilai estetiknya yang menjadi pilihan wanita Peranakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Pengkaji telah memilih negeri Melaka sebagai pusat kajian. Pemerhatian dan kajian lapangan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, rakaman gambar, rakaman audio dan analisis dokumentasi. Hasil daripada pemerhatian terhadap motif dan pemakaian Kebaya Nyonya, menunjukkan bahawa konsep pemakaian pakaian kebaya Nyonya dipengaruhi oleh sosio-budaya yang mempunyai simbol-simbol dalam reka bentuk dan makna tertentu yang secara tidak langsung mewujudkan sistem pendidikan informal dalam masyarakat tersebut. Kajian ini diharap dapat menjadi sumber pengetahuan yang asas bertitik tolak kepada pembangunan dan perubahan warisan kebudayaan b..... 2019 hits |
| 10739 | 2016 Thesis | Peranan visual sebagai media propaganda sewaktu pendudukan Jepun Dai Nippon di Malaysia, 1942-1945 Saiful Akram Che Cob@Ab Ghafar Penyelidikan ini bertujuan untuk mengesan, menyelidik dan menganalisis peranan visual sebagai satu mekanisma dalam usaha penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan di Malaysia. Penyelidikan terhadap peranan visual yang bertemakan propaganda ini mengkaji ilustrasi lukisan, kartun, poster dan risalah yang tersiar pada majalah, akhbar, buku dan penerbitan umum sewaktu pendudukan Dai Nippon dari tahun 1942 hingga 1945. Kaedah penyelidikan kualitatif yang menggunakan pendekatan Sejarah Seni menjadi paradigma penyelidikan. Dokumentasi visual merupakan sumber utama bagi penganalisisan data. Visual propaganda dianalisis secara kritis dan menyeluruh dengan menggunakan kaedah analisis formal dan kontekstual. Sebanyak 96 visual propaganda telah dikesan di sepanjang tempoh pendudukan. Namun, hanya 63 visual yang menepati kriteria Indikator Pemilihan Visual yang dibangunkan pada kerangka konsepsual, dipilih untuk dianalisis. Hasil penyelidikan mendapati bahawa ..... 1943 hits |
| 10740 | 2016 Thesis | Kesan pelbagai strategi Multimedia Instructional Message untuk pembelajaran berasaskan simulasi terhadap pencapaian dan bebanan kognitif Mohd Syahrizad Elias Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan pembelajaran berasaskan simulasi dengan pelbagai strategi Multimedia Instructional Message (MIM) terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza pengetahuan sedia ada dan tahap gaya pembelajaran visual. Penilaian dilakukan melalui ujian pos, soal-selidik gaya pembelajaran Felder-Silverman dan ujian bebanan kognitif NASA TLX. Manakala, tiga strategi MIM ialah imej statik bercetak (ISB), imej statik paparan komputer (ISD) dan imej dinamik dalam bentuk animasi (IDA). Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif dengan ujian statistik ANCOVA, ANOVA dan regresi digunakan untuk menjawab persoalanpersoalan kajian. Seramai 293 orang pelajar semester 3 kursus Diploma Teknologi Komputer dan kursus Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dari tiga buah politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dari segi prestasi dan bebanan kogni..... 2063 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1074 of 1109 | [ Next ] [ Last ] |