| 
              UPSI Digital Repository (UDRep)               |   | 
| 
 | 
| Latest addition to the database : | 
| 10841 | 2018 Thesis | Penerimaan dan penggunaan S-dagang dalam kalangan usahawan PKS di Malaysia Azilahwati Adam Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  faktor  individu  (sikap  dan  efikasi  kendiri),
teknologi (jangkaan prestasi dan jangkaan usaha), persekitaran (pengaruh sosial dan keadaan 
fasiliti), perubahan persekitaran (pencetus peristiwa) dan hubungannya dengan niat dan penggunaan 
sosial dagang (s-dagang). Kajian ini juga menguji model penerimaan dan penggunaan s-dagang bagi 
usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) di Malaysia. Kajian tinjauan ini telah dijalankan di 
sembilan buah negeri di Malaysia melibatkan 250 usahawan PKS. Data telah dianalisis menggunakan 
teknik Partial Least Squared Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan 
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor individu (β = 0.341, p.. 3223 hits | 
| 10842 | 2018 Thesis | Pengurusan bekalan air domestik berkualiti semasa bencana banjir di Kuala Krai, Kelantan Koh Liew See Kajian  ini  bertujuan  untuk  membentuk  model  pengurusan  bekalan  air  domestik
berkualiti semasa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Jajahan Kuala Krai. Pendekatan 
digunakan adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah penerokaan dengan pencerapan sampel air dan 
soal selidik. Penilaian kualiti air melibatkan air telaga, air banjir dan air hujan berdasarkan 
Indeks Kualiti Air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Parameter yang digunakan adalah 
oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia, keperluan oksigen kimia, ammonia nitrogen, pepejal 
terampai, pH, kekeruhan, nitrat, ferum, magnesium, kalsium, kuprum dan bakteria Escherichia Coli. 
Sampel air dikutip dua kali iaitu bulan Disember 2016 hingga Januari 2017 dan Mei hingga Jun 2017. 
Seramai 300 orang responden dipilih melalui kaedah pensampelan rawak daripada ketua isi rumah 
penduduk terlibat banjir. Analisis pemetaan iaitu data query, locational dan proximity analysis, 
map overlay..... 3048 hits | 
| 10843 | 2018 Thesis | Permodelan hubungan antara kekuatan sistem, faktor pengguna dan gaya pengurusan sekolah dengan kejayaan penggunaan aplikasi sistem maklumat pengurusan pendidikan Mohd Faizal Md Karim Kajian  ini  adalah  satu  usaha  yang  dijalankan  untuk  mengetahui  sejauh  mana  tahap
penggunaan Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan (EMIS) di sekolah seluruh Negeri
Perak Darul Ridzuan. Dalam penyelidikan ini, kejayaan penggunaan EMIS dilihat dari segi manfaat 
kepada individu dan organisasi. Reka bentuk penyelidikan ini adalah korelasi- deskriptif dan data 
kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Penyelidikan ini menggunakan teknik 
pensampelan rawak strata untuk memilih 607 responden. Data kajian dianalisis dengan menggunakan 
analisis deskriptif dan analisis regrasi berganda. Kajian ini mendapati empat daripada enam faktor 
iaitu Kepuasan Pengguna EMIS (β = .45), Penglibatan Pengguna EMIS (β = .25), Kekuatan Sistem EMIS 
(β= .24), Kefahaman Pengguna EMIS (β = .20) adalah faktor penyumbang yang signifikan kepada 
kejayaan penggunaan EMIS dan menghasilkan persamaan regresi (Y-hatK-EMIS = -0.19 + 0.24(Kekuatan 
Sistem (KS)) + 0.20(..... 26860 hits | 
| [ First ] [ Prev ] | Page 1085 of 1085 | [Next] [Last] |