|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 11001 | 2016 Thesis | Reinterpreting social lifestyle of urban culture within the context of consumerism through print media Mohammad Khizal Mohamed Saat This research project investigated the value of social lifestyle of urban culture within shopping malls, through the concept of consumerism that manifest the sense of satisfaction, desire and obsession toward brands and commodities. The research sought vast aspirations and interactions of modern urban lifestyle in experiencing everyday life in the context of materialism and urbanism. The key elements in the research project consist of obsession, emotion, behavior and social interaction. The key artists involved in this research are Andy Warhol, Guillaume Bijl, Peter Blake, Cleas Oldenburg Christo and Jean-Claude, Richard Hamilton, Eduardo Paolozzi, Andre Grusky, Denis Darzacq, Duane Hanson, Barbara Kruger, Claude Closky, and Lou Brothers. The reference artworks carried out a suggestion of how the belief system on consumer lifestyle had been projected and developed. The concept of Urban and Shopping Malls, and the concept of Materialism within Consumerism were used to contextualised the..... 5078 hits |
| 11002 | 2016 Thesis | Rhythmic transitions during game playing session: a case study of Malaysian gamers Muhammad Fadhil Wong Abdullah This research investigates the actions of gamers during the in-game cut-scenes transitions and how they adapt in multiple higher level actions during their game playing sessions. Drawing on Mediated Discourse Analysis and Multimodal Interaction Analysis, the exact lower-level action - pressing a button and higher-level action - playing a game provides important insights throughout the entire video game playing session obtained through video ethnography method. Video data of 5760 minutes were collected over a period of twelve weeks from four participants. Videos transcription and multimodal transcript were utilized to further explain the complex interaction between the video gamer and the video game playing. The term ‘Rhythmic Transitions’ was derived from this research which explains the switching over from the primarily focused attention away during cut-scenes provided us with a perfectly linked and synchronized rhythm of actions. Findings provide important insights to games’ de..... 5258 hits |
| 11003 | 2016 Thesis | Nilai-nilai estetika kebaya nyonya melalui proses sosialisasi dalam konteks perubahan sosio-budaya Roziah Ahmat Nor Kajian ini bertujuan untuk mengkaji nilai-nilai estetika kebaya nyonya melalui proses sosialisasi dalam konteks perubahan sosio-budaya. Kajian ini juga untuk mengenal pasti rekaan Kebaya Nyonya dari segi reka bentuk dan motif-motifnya, material dan nilai-nilai estetiknya yang menjadi pilihan wanita Peranakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Pengkaji telah memilih negeri Melaka sebagai pusat kajian. Pemerhatian dan kajian lapangan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, rakaman gambar, rakaman audio dan analisis dokumentasi. Hasil daripada pemerhatian terhadap motif dan pemakaian Kebaya Nyonya, menunjukkan bahawa konsep pemakaian pakaian kebaya Nyonya dipengaruhi oleh sosio-budaya yang mempunyai simbol-simbol dalam reka bentuk dan makna tertentu yang secara tidak langsung mewujudkan sistem pendidikan informal dalam masyarakat tersebut. Kajian ini diharap dapat menjadi sumber pengetahuan yang asas bertitik tolak kepada pembangunan dan perubahan warisan kebudayaan b..... 2312 hits |
| 11004 | 2016 Thesis | Peranan visual sebagai media propaganda sewaktu pendudukan Jepun Dai Nippon di Malaysia, 1942-1945 Saiful Akram Che Cob@Ab Ghafar Penyelidikan ini bertujuan untuk mengesan, menyelidik dan menganalisis peranan visual sebagai satu mekanisma dalam usaha penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan di Malaysia. Penyelidikan terhadap peranan visual yang bertemakan propaganda ini mengkaji ilustrasi lukisan, kartun, poster dan risalah yang tersiar pada majalah, akhbar, buku dan penerbitan umum sewaktu pendudukan Dai Nippon dari tahun 1942 hingga 1945. Kaedah penyelidikan kualitatif yang menggunakan pendekatan Sejarah Seni menjadi paradigma penyelidikan. Dokumentasi visual merupakan sumber utama bagi penganalisisan data. Visual propaganda dianalisis secara kritis dan menyeluruh dengan menggunakan kaedah analisis formal dan kontekstual. Sebanyak 96 visual propaganda telah dikesan di sepanjang tempoh pendudukan. Namun, hanya 63 visual yang menepati kriteria Indikator Pemilihan Visual yang dibangunkan pada kerangka konsepsual, dipilih untuk dianalisis. Hasil penyelidikan mendapati bahawa ..... 2143 hits |
| 11005 | 2016 Thesis | Kesan pelbagai strategi Multimedia Instructional Message untuk pembelajaran berasaskan simulasi terhadap pencapaian dan bebanan kognitif Mohd Syahrizad Elias Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan pembelajaran berasaskan simulasi dengan pelbagai strategi Multimedia Instructional Message (MIM) terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza pengetahuan sedia ada dan tahap gaya pembelajaran visual. Penilaian dilakukan melalui ujian pos, soal-selidik gaya pembelajaran Felder-Silverman dan ujian bebanan kognitif NASA TLX. Manakala, tiga strategi MIM ialah imej statik bercetak (ISB), imej statik paparan komputer (ISD) dan imej dinamik dalam bentuk animasi (IDA). Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif dengan ujian statistik ANCOVA, ANOVA dan regresi digunakan untuk menjawab persoalanpersoalan kajian. Seramai 293 orang pelajar semester 3 kursus Diploma Teknologi Komputer dan kursus Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dari tiga buah politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dari segi prestasi dan bebanan kogni..... 2202 hits |
| 11006 | 2016 Thesis | Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam kalangan guru Noorzeliana Idris Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru. Terdapat lapan tujuan kajian dan lima hipotesis kajian. Model Penilaian CIPP digunakan sebagai kerangka kajian yang melibatkan semua komponen iaitu konteks, input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 589 orang guru yang melaksanakan PBS di Semenanjung Malaysia dan dipilih secara rawak berstrata dari 48 buah sekolah. Analisis data kuantitatif dan kualitatif (temubual, analisis dokumen dan pemerhatian yang melibatkan empat orang guru) dilaporkan secara serentak untuk menyokong dapatan kajian. Soal selidik rubrik dua lapis dibina sendiri oleh penyelidik yang mempunyai empat konstruks dengan nilai Alpha Cronbach antara 0.707 hingga 0.884. Perangkaan deskriptif secara keseluruhannya mendapati semua komponen dalam Model CIPP menunjukkan tahap yang sederhana sahaja. Namun begitu, terdapat kekuatan dan kelemahan yang didapati dalam setiap sub konstruk. Analisis MANOVA pula men..... 1915 hits |
| 11007 | 2016 Thesis | Interpretasi ilustrasi dalam buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah Abdul Rahman Mahamad Kajian ini bertujuan meneliti interpretasi ilustrasi dalam buku teks Pendidikan Islam terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini merupakan kajian kes yang menerapkan kaedah kualitatif dengan pendekatan interdisiplin secara deskriptif; serta interpretasi ilustrasi dan teks berdasarkan tiga perspektif iaitu Seni Halus (Edmund Feldman, 1967), Semiotik Visual (Meyer Schapiro, 1996) dan Penerbitan Buku Teks (KPM, 2012). Analisis kajian ini juga telah mengenal pasti jenis, ciri-ciri, fungsi, prinsip rekaan dalam penerbitan, elemen seni reka dan Interpretasi Empat Lapis berdasarkan Teori Semiotik Visual oleh Meyer Schapiro. Dapatan kajian menunjukkan ilustrasi dalam buku teks masih terhad dari jenis, ciri-ciri dan fungsi. Pengetahuan ilustrator tentang ilustrasi juga terhad dan kelihatan simplistik dalam perspektif penerbitan buku teks dan seni halus. Didapati ilustrator juga mengambil kira dan peka perspektif murid bagi memastikan fungsi dan interpretasi ilustrasi sampai dan ..... 3584 hits |
| 11008 | 2016 Thesis | Potensi dan peluang strategik pendedahan hipoksia dan pendekatan kaedah latihan alternatif pada altitud sederhana di Malaysia Asna Mahmud Kajian ini bertujuan mengenal pasti lokasi strategik tempatan yang berpotensi dijadikan pusat latihan altitud sederhana sebagai latihan alternatif kepada atlet-atlet tempatan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas pola perubahan parameter hematologi, daya tahan kardiovaskular dan prestasi fizikal atlet melalui tiga fasa kajian. Fasa I mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas pola perubahan parameter hemoglobin (Hb) dan sel darah merah (SDM). Fasa II mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas penggunaan oksigen maksimum(VO max) dan prestasi atlet melalui aplikasi kaedah latihan khusus dan Fasa III melihat perbandingan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular di antara penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tinggi dan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan rendah. Rekabentuk kajian menggunakan kaedah eksperimental benar yang menggunakan ujian pra-pasca dan ujian-pasca. Sampel kajian melibatkan atlet sukan rekreasi dan penduduk tempatan..... 1443 hits |
| 11009 | 2016 Thesis | Pembangunan model reka bentuk penjaminan kualiti akademik sekolah tinggi agama Islam swasta Jakarta Indonesia Suprihatin, Krebet Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai amalan pembangunan model rekabentuk jaminan kualiti akademik berdasarkan tujuh aspek kualiti iaitu: rekabentuk kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian pelajar, pemilihan pelajar, perkhidmatan sokongan, sumber pengajian, dan penambahbaikan berterusan. Fasa kajian dilakukan dalam dua peringkat. Kedudukan pertama ialah mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Kedudukan kedua adalah kajian sebenar tentang rekabentuk jaminan kualiti akademik dan kepuasan pelajar STAIS Lantaboer dan STAINDO Jakarta Indonesia. Kaedah kajian ini dilakukan dengan kaedah kuantitatif, data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, kajian pengumpulan data menggunakan instrumen kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap jangkaan terhadap rekabentuk jaminan kualiti adalah sederhana lemah dan positif untuk semua aspek yang dikaji, terdapat hubungan antara beberapa aspek jaminan kualiti akademik dengan kepuasan pelajar. Untuk itu me..... 1457 hits |
| 11010 | 2016 Thesis | Pembangunan dan penilaian sistem pemilihan tokoh nilam (eSPTN) untuk pelajar dan guru sekolah rendah Nor Azah Mansor Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Sistem Pemilihan Tokoh Nilam Berasaskan Web (eSPTN) dalam aspek tanggapan kegunaan dan tanggapan kemudahgunaan. Sistem eSPTN dibangunkan untuk membantu guru memilih Tokoh Nilam mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi sistem sedia ada telah ditambahbaik untuk merekod markah Kurikulum dan Ko-Kurikulum. Pembangunan sistem adalah berasaskan Metodologi Rapid Application Development dengan pendekatan Berorientasi Objek yang berasaskan model prototaip. Manakala penilaian bagi aspek tanggapan kegunaan dan tanggapan kemudahgunaan adalah berasaskan Technology Acceptance Model 3. Pendekatan kualitatif yang berasaskan temubual semi struktur digunakan yang melibatkan empat orang guru dan seorang calon Tokoh Nilam daripada dua buah sekolah daerah Hilir Perak. Responden telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Instrumen Senarai Semak Temubual digunakan untuk mengukur aplikasi kegunaan dan kemuda..... 1696 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1101 of 1135 | [ Next ] [ Last ] |