UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
109912016
Thesis
Proses kognitif murid sekolah menengah pertama dalam penyelesaian masalah algebra berasaskan model taksonomi pemprosesan maklumat
Purwoko
Kajian ini bertujuan membangunkan soalan Sistem Persamaan Linear Dua Anu (SPLDA) mengikut tahap hierarki Model Taksonomi Pemprosesan Maklumat (MTPM) dan menganalisis proses kognitif murid Sekolah Menengah Pertama dalam menyelesaikan masalah SPLDA. Kajian ini menggunakan kaedah pembangunan Model Tessmer dan kaedah gabungan berasaskan prinsip penjelasan. Teknik persampelan rawak berkelompok melibatkan 170 murid daripada lima Sekolah Menengah Pertama dipilih daripada populasi seramai 545 murid gred lapan di Zon Hilir Barat Bandar Palembang. Daripada 170 orang murid ini, 15 orang murid dipilih secara teknik persampelan bertujuan untuk ditemu bual. Data kuantitatif diperoleh dengan menggunakan ujian SPLDA, manakala data kualitatif diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan data kualitatif pula dianalisis secara analisis isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lima soalan penyelesaian masalah S.....

1281 hits

109922016
Thesis
Membina dan menilai modul bioaction bagi pengendalian aktiviti amali mata pelajaran Biologi tingkatan empat
Kannan Rajagopal
Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul Bioaction berorientasikan Model ASSURE dan digabungjalinkan dengan Model Inkuiri, IDEAL dan Model Konstruktivisme Needham Lima Fasa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Empat aliran sains di sebuah sekolah daerah Cameron Highlands. Modul Bioaction yang dibina mengandungi manual eksperimen pelajar, manual guru, borang senarai semak penilaian keupayaan pelajar mengendalikan aktiviti amali, dua set kertas soalan penilaian dan skema jawapan. Bagi menilai modul ini, sebanyak tiga eksperimen telah dipilih berdasarkan sukatan pelajaran Biologi Sijil Pelajaran Malaysia. Setiap eksperimen melibatkan lima elemen iaitu keupayaan merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, mengumpul data, mentafsir data serta membuat kesimpulan, dan mengaplikasi eksperimen dengan topik pembelajaran. Kesemua elemen ini telah dinilai berdasarkan skrip jawapan pelajar kecuali elemen menjalankan eksperimen yang dinilai seca.....

2190 hits

109932016
Thesis
Pelaksanaan garis panduan International Federation of Library Association, UNESCO ke atas pengurusan pusat sumber sekolah menengah di Sabah
Ismail Husin
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti garis panduan International Federation of Library Association (IFLA) / UNESCO dilaksanakan ke atas pengurusan pusat sumber sekolah menengah di Sabah. Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif yang dilaksanakan secara kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian dan semakan dokumen. Seramai 312 orang responden dipilih sebagai sampel kajian iaitu terdiri daripada guru-guru yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa pengurusan pusat sumber sekolah. Instrumen kajian dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai manakala bagi mengenalpasti perhubungan antara kemahiran khusus berkaitan pusat sumber sekolah, pengalaman perkhidmatan dan pengalaman mengurus ujian korelasi pearson r digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa garis panduan International Federation of Library Association (IFLA) / UNESCO dilaksanakan secara positif ke atas pengurusan pusat sumber s.....

2486 hits

109942016
Thesis
Particle image identification, classification and correction techniques in digital holographic microscopy
Khairul Fikri Tamrin
This thesis aimed to investigate digital methods for identification, classification, and correction of particle images using digital holographic microscopy. The work begins with a micro-scale flow experiment employing a digital off-axis holographic microscope. To overcome noise from out-of-focus particle images due to the increase in the particle concentration, a new particle image identification algorithm with threedimensional reconstruction was introduced. It shows that individual particle images could be identified at about 62% of the expected number of particles. However, a cylindrical micro-channel used in the experiment was found as the main source of astigmatism. Following this, an automatic image classification using neural network was proposed to classify reliable and astigmatic particle images. A feed-forward backpropagation neural network with two class classifier was trained, achieving overall accuracy of 99.8%. Next, an original method of aberration correction using a prio.....

2583 hits

109952016
Thesis
Pembangunan dan penentusahan rubrik pentaksiran prestasi bagi mentaksir projek reka bentuk seni bina di politeknik Malaysia
Nurfirdawati Muhamad Hanafi
Tujuan kajian adalah untuk menghasilkan dan menentusahkan standard rubrik untuk mentaksir projek reka bentuk seni bina. Reka bentuk kajian berbentuk pembangunan dan pengujian dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Empat rubrik telah dibina menggunakan pendekatan Model ADDIE dan Kerangka Pembangunan Rubrik, iaitu Rubrik Penilaian Konseptual Idea, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Pelan Tapak dan Lantai, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Bumbung, Fasad dan Keratan Bangunan, dan Rubrik Penilaian Pembentangan Akhir. Rubrik telah melalui dua peringkat pengujian iaitu pengujian alfa (rintis) dan pengujian beta (sebenar). Rubrik disemak dan disahkan oleh 11 orang pakar sebelum digunakan. Data ujian rintis (pengujian alfa) dianalisis menggunakan pendekatan Model Rasch dan hasil analisis menunjukkan rubrik yang dibina mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi. Pengujian beta dilaksanakan di tiga buah politeknik, melibatkan 136 pelajar semester 5 dan 48 pemeriksa (19 pensyarah dan 2.....

5382 hits

109962016
Thesis
Pembangunan kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli untuk institusi pendidikan formal
Tengku Ritawati Tengku Dachlan
Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek teknik dan estetik Nyanyian Lagu Melayu Asli (NLMA) dalam transmisinya secara tradisional, seterusnya disinergikan dengan ilmu pendidikan muzik bagi membangunkan kurikulum yang dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di intitusi pendidikan formal. Penyelidikan ini melibatkan kerja lapangan dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur terhadap empat orang lagenda NLMA, kajian perpustakaan, kajian diskografi, dan nota lapangan untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Hasil daripada penyelidikan ini adalah sebuah Rancangan Reka bentuk Kurikulum (RK) dan Rancangan Instruksional (RI) Pengajaran dan Pembelajaran NLMA dalam institusi pendidikan formal mengikut format standard kurikulum yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan Akademik dan Qualiti (BPAQ) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyelidikan ini menyimpulkan bahawa budaya muzikal tempatan.....

2212 hits

109972016
Thesis
Penerapan unsur-unsur Islam aqidah, syariah dan tasawwuf dalam novel Mahabbah, Ayat-ayat Cinta dan Dunia Bukan Kita punya berdasarkan teori taabudiyah dan teksdealisme
Ma'amor Yusoff
Kajian ini membicarakan tiga buah novel daripada tiga orang pengarang iaitu Mahabbah karya Shahon Ahmad, Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy dan Dunia Bukan Kita Punya karya Suratman Markasan. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penerapan unsur-unsur Islam dan mutu serta keunggulan karya-karya tersebut. Bagi mencapai tujuan kajian, pengkaji telah menggunakan dua teori secara elektikal atau penggabungan iaitu teori taabudiyah sebagai teori induk dan teori teksdealisme sebagai teori sokongan. Untuk melihat unsur-unsur Islam yang terkandung di dalam teks kajian, pengkaji menggunakan teori taabudiyah manakala untuk melihat mutu dan keunggulan teks, pengkaji menggunakan teori teksdealisme. Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa sastera Islam ialah hasil kesusasteraan yang bernilai Islamiah. Ia adalah merupakan gambaran yang ditimba daripada masyarakat dan bertujuan untuk memberi didikan serta bimbingan ke arah menghayati nilai-nilai yang lebih sempurna. Justeru it.....

3425 hits

109982016
Thesis
Pembangunan sukatan pelajaran gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa
Siti Nuraishah Ab Jalil
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu dokumentasi dan temubual. Kaedah dokumentasi melibatkan sumber literatur yang berkaitan dengan tradisi Gamelan Melayu, silibus peperiksaan muzik berkumpulan badan peperiksaan muzik bergred dan sukatan pelajaran Gamelan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Temubual telah dijalankan ke atas tiga orang informan yang merupakan tokoh, ahli akademik dan penggiat seni muzik Gamelan Melayu. Hasil daripada analisis data, terbentuk sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu bergred yang mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat awal (gred 1 dan gred 2), peringkat pertengahan (gred 3 & gred 4) dan peringkat atas (gred 5 & gred 6). Sukatan pelajaran yang dibangunkan terdiri daripada empat aspek utama iaitu gred, pe.....

1656 hits

109992016
Thesis
Analisis konsepsi dan amalan pengajaran guru terhadap penyelesaian masalah Matematik di sekolah menengah atas, Palembang
Hiltrimartin, Cecil
Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis konsepsi dan amalan pengajaran dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah Atas (SMA) terhadap penyelesaian masalah matematik di Palembang. Seramai enam orang guru matematik SMA di Palembang sebagai responden di pilih dengan teknik persampelan bertujuan. Kaedah temu bual secara separa berstruktur dan pemerhatian digunakan bagi mengumpul data. Pemerhatian terhadap guru di jalankan sebanyak tiga kali sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp). Temu bual di jalankan sebelum dan selepas bagi setiap sesi pdp. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah masih belum jelas. Konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah bertambah baik setiap kali temu bual di jalankan. Kebanyakan guru menyatakan penyelesaian masalah merupakan aplikasi matematik bagi murid. Namun begitu, responden juga menunjukkan perubahan secara berperingkat dengan menyatakan penyelesaian masalah s.....

1327 hits

110002016
Thesis
Kesan intervensi modul rakan mentor terhadap penghargaan kendiri, motivasi dan gred bagi pelajar rendah pencapaian akademik di sebuah universiti swasta
Haizan Mohd Taha
Tujuan kajian ialah untuk mengukur kesan Intervensi Modul Rakan Mentor (MRM) ke atas penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester antara Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Kajian eksperimen kuasi praujian-pascaujian dijalankan ke atas 90 subjek (30 dari Kumpulan Rawatan MRM Individu, 30 dari Kumpulan Rawatan MRM Kelompok, dan 30 dari Kumpulan Kawalan) dalam kalangan pelajar rendah pencapaian akademik di sebuah Universiti Swasta. Subjek Kumpulan Rawatan didedahkan dengan Intervensi MRM sebanyak sepuluh sesi yang mengambil masa sepuluh minggu. Instrumen Rosenberg Self-Esteem Scale dan Achievement Goal Questionnaire, serta gred keputusan trimester digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester dalam ukuran praujian dan pascaujian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min, serta analisis secara inferensi menggunakan ujian ANOVA, ujian ANCOVA, dan ujian Mann Whitney U. Hasil kajian menunjukkan Interv.....

2253 hits

[ First ] [ Prev ] Page 1100 of 1135 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.