UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

4991
Abstract
This study aims to identify the essential oils composition, phytochemicals, and antioxidant activity of Syzygium pyrifolium (Blume) DC. leaves and bark extracts. The essential oils were obtained using hydrodistillation technique and their chemical compositions were determined by gas chromatography and gas chromatography-mass spectrometry. Phytochemicals were separated using various chromatography techniques and their structures were elucidated using infrared, nuclear magnetic resonance, ultraviolet, and mass spectrometry. Antioxidant activity of the essential oils, extracts, and selected phytochemicals was determined using the total phenolic content and free radical scavenging assay. Results showed that S. pyrifolium leaf oil mainly consists of geraniol (73.8%), β-pinene (7.0%), α-pinene (5.7%), and (E)-β- ocimene (4.5%). Geraniol was successfully separated from the leaf oil as a pure compound. The bark oil contains cuparene (7.2%), β-elemene (6.8%), longifolene (5.6%) .....
Thesis Published 2022 1699 hits Available
4992
Abstract
Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti polisi kokurikulum Ensembel Kombo Sekolah Menengah (EKSM) dan hubungan antara persepsi kefahaman polisi dalam kalangan guru pembimbing, sokongan iklim sekolah, kompetensi dan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik murid yang menyertai EKSM. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah dirangka dalam kajian ini bagi menjawab lima soalan kajian dan lima hipotesis. Teknik analisis dokumen diguna pakai bagi menginterpretasikan polisi berpandukan model ADEPT (Analysis of Determinants of Policy Impact). Dokumen yang dipilih ialah kertas konsep, minit mesyuarat, surat-menyurat dan buku panduan kokurikulum. Data dianalisis secara deskriptif dan menggunakan model PLS-SEM. Dapatan kajian ini menunjukkan persepsi kefahaman polisi dalam kalangan guru pembimbing (M = 4.33, SD = 0.39), sokongan iklim sekolah (M = 4.11, SD = 0.466), kompetensi (M = 4.02, SD = 0.517) dan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik murid yang menyertai EKSM (M = .....
Thesis Published 2022 1669 hits Available
4993
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis wadah politik dan kuasa yang diperjuangkan oleh Nahdlatul Wathan. Fokus kajian ini ialah untuk menganalisis konstruksi politik Nahdlatul Wathan pada Era Autonomi Daerah dan dampak politiknya terhadap keberadaannya sebagai pertubuhan Islam. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah yang meliputi heuristik, kritikan sumber, interpretasi dan historiografi. Sumber primer diperoleh daripada Arsip Daerah dan Perpustakaan Nusa Tenggara Barat. Selain daripada itu, data juga diperoleh melalui temu bual. Sumber sekunder terdiri daripada makalah, jurnal dan karya ilmiah lainnya yang dapat diperoleh di kantor Pengurus Besar Nahdlatul Wathan. Sumber tersebut dinilai melalui kritikan sejarah untuk menguji keabsahan sumber. Selanjutnya ditafsir dan ditulis dalam bentuk rekonstruksi sejarah. Hasil kajian menunjukkan kerjasama NW dengan parti politik sentiasa mengalami perubahan selari dengan keadaan semasa. Namun, kejatuhan regim Soeharto menyebabkan.....
Thesis Published 2022 1119 hits Available
4994
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis kualiti item aneka pilihan soalan peperiksaan Pengajian Am Semester 3 STPM 2017. Kajian juga meneliti sumbangan item terhadapujian, kebolehpercayaan anggaran skor kebolehan calon, skor kebolehan calon berbanding kesukaran item, perbezaan pencapaian calon mengikut aliran, dan item berat sebelah. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk ex-post facto. Seramai 1415 calon peperiksaan Pengajian Am Semester 3 STPM 2017 telah dipilih secara pensampelan rawak berstrata sebagai subjek kajian. Instrumen kajian ialah item aneka pilihan soalan peperiksaan Pengajian Am Semester 3 STPM 2017. Dapatan kajian mendapati kualiti semua item tinggi kerana mempunyai kesahan konstruk dengan fit statistics (0.5 < MNSQ < 1.5). Kebolehpercayaan ujian tinggi, iaitu 1.00 (>0.94). Analisis Parameter kesukaran item mendapati 2 item sukar (1.00 ≥ b ≤ 3.00), 2 item mudah (-3.00 ≥ b ≤ -1.00), dan 11 item sederhana (-1.00 ≥ b ≤ 1.00). Analisis kesepada.....
Thesis Published 2022 1483 hits Available
4995
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tiga ciri utama dalam konteks komunikasi bagi data peribahasa Melayu dan Tamil serta menganalisis operasi metafora peribahasa berdasarkan fitur elemen dalam Teori Hibrid. Teori ini digunakan untuk meneliti perbandingan rantau konsepsi nilai moral antara peribahasa Melayu dengan peribahasa Tamil. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Sebanyak 12 data peribahasa Melayu dan Tamil pada aras sekolah rendah daripada tiga kategori nilai moral telah dipilih untuk dianalisis dalam kajian ini. Nilai moral tersebut terdiri daripada nilai kerajinan, kerjasama dan kesederhanaan. Teori Hibrid diyakini dapat memberi perspektif baharu kepada kajian berasaskan peribahasa dengan mengkaji aspek linguistik kognitif dan pragmatik. Tiga pencirian utama dalam konteks komunikasi iaitu perwatakan, kebijaksanaan dan ketuhanan memiliki ciri komunikasi yang hampir sama bagi data peribahasa Melayu dengan peribahasa Ta.....
Thesis Published 2022 1297 hits Available
4996
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara kemahiran pemikiran komputasional dengan kemahiran penyelesaian masalah, dan kesan penggunaan teknik penyelesaian masalah TRIZ terhadap kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar bidang teknologi maklumat yang berbeza tahap inovatif. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen kuasi. Sampel kajian terdiri daripada 239 orang pelajar bidang teknologi maklumat yang dipilih secara rawak berkelompok daripada kumpulan sedia ada. Pengumpulan data kajian dilaksanakan dengan menggunakan instrumen Problem Solving Inventory, Computational Thinking Scale, Personal Innovativeness in the Domain of Information Technology dan borang tinjauan persepsi terhadap metodologi penyelesaian masalah TRIZ. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi dan analisis teks. Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan tahap kemahiran pemikiran komputasional dan kemahiran pen.....
Thesis Published 2022 1183 hits Available
4997
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan elemen STEM dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan di Tadika di negeri Perak secara kualitatif menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes. Sampel kajian melibatkan 15 orang kanak-kanak, dua orang pendidik serta lima orang ibu bapa. Data kajian diperolehi daripada hasil triangulasi pelbagai sumber data iaitu pemerhatian, temubual separa berstruktur dan analisis dokumen yang dianalisis dengan kaedah analisis naratif dan kandungan berdasarkan kepada tema. Hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak telah menguasai keseluruhan KPSA dan dua Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB). Aspek elemen STEM yang dikuasai pula adalah pelbagai pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan spatial serta nilai. Semasa pelaksanaan, pendidik menghadapi beberapa cabaran di antaranya kekurangan dari segi alat untuk menjalankan sesuatu aktiviti, pengetahuan pedagogi pend.....
Thesis Published 2022 2038 hits Available
4998
Abstract
This study examines the features of classicism in the work of Purananuru. The objective of this study is to identify the characteristics of classicism, analyze the characteristics of classicism and explain the uniqueness of the characteristics of classicism in the work of Purananuru. This study is based on eight features of classicism. This study uses source data taken from 400 poems found in the work of Purananuru. The analysis and discussion are made based on the Sevviyal Theory pioneered by Manavai Mustafa. This study uses a qualitative method that includes textual and descriptive analysis studies. The results show that Purananuru has eight sevviyal aspects namely thonmai, thanithanmai, pothupanpu, nadunilamai, panpaaddu kalai paddarivu velipadu, ilakkiya valam, uyarsinthanai and kalai ilakkiya thanithanmai velippadu pangkalippu. The findings of the study show that, the elements of classicism found in Purananuru can be divided into eight sevviyal features and the sevviya.....
Thesis Published 2021 941 hits Available
4999
Abstract
Penulisan ini adalah sebuah kajian tentang penghijrahan dan petempatan masyarakat Banjar di Kerian, Perak dari tahun 1905 sehingga 1947. Masyarakat Banjar adalah salah satu etnik dari Indonesia yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sewaktu pemerintahan British. Masyarakat Banjar memilih kawasan pantai barat untuk dijadikan petempatan Tanah Melayu khususnya di Kerian, Perak. Antara kawasan petempatan mereka ialah di Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Semanggol dan Changkat Jering. Objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincangkan isu penghijrahan masyarakat Banjar ke Tanah Melayu dan Perak menjadi kawasan penempatan majoriti etnik ini. Faktor yang mendorong penghijrahan yang berlaku turut dibincangkan untuk kefahaman bersama. Kajian ini bakal mendedahkan cabaran yang dilalui masyarakat Banjar untuk hidup dengan masyarakat tempatan dan cabaran mereka dalam mengekalkan adat dan budaya mereka. Kajian ini juga akan turut mendedahkan peranan yang .....
Thesis Published 2022 5372 hits Available
5000
Abstract
This research project investigated the aesthetics of plants patterning formation through the exploration of design elements and principles based on the concept of repetition and difference (similarity and variation). The research project aimed to explore the concept of repetition and difference within the context of natural plants’ organic patterning mechanism and to reinterprets the phenomenon of repetition and difference as agents in unifying the element order and chaos within the plants' organic patterning system, creating a balanced and harmoniousformation. The key elements in the research project consist of organic motifs of magnification, the proportional ratio of Fibonacci, colour harmonies, rhythmic organisations and the illusions of depth. The key artists involved in this research are Yayoi Kusama, GiuliaRicci, Richard Anuazkiewicz, Andy Goldsworthy, Claude Monet, Georges Seurat, Sol LeWitt, Richard Deacon, Peter Barnitz, Albert Yonathan Setyawan, and James Turrel.....
Thesis Published 2022 1787 hits Available
Page 500 of 1222

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.