UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
1251 | 2004 Thesis | Ayat perintah dalam surat pekeliling Abdul Rahman Hamid Kajian ini memperkatakan dan menganalisis corak penggunaan ayat perintah dalam surat pekeliling.
Secara khususnya, kajian ini meneliti penggunaan ayat perintah dalam pelbagai kaedah dan
peranannya untuk membantu pihak kementerian, jabatan dan sekolah melaksanakan sebarang tindakan
berkaitan dengan peraturan tertentu serta memudahkan pihak berkenaan menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Analisis dilakukan terhadap 28 surat pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan 2003. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan
dan penganalisisan data. Daripada 176 ayat perintah yang dianalisis, didapati 71 (40.3%) kata
perintah menggunakan ungkapan 'hendaklah'. Analisis dalam bentuk kaedah pula mendapati kaedah
permintaan paling tinggi kekerapan dan peratusannya. Ini bermakna ayat perintah yang digunakan
dalam surat pekeliling menggunakan bahasa yang lembut dan halus, sekalipun ia merupakan satu
perintah. Dal..... 381 hits |
1252 | 2022 Final Year Project | The design and graphic user interface of Mr Hack: information & data security digital games Ho, Jia Fu The importance of cyber security is still little known by the public in Malaysian society. At the same time, Malaysian society is unaware that cyber security brings misfortune when cyber hackers attack. Mr Hack is a digital game developed to increase cyber security awareness among the Malaysian community. This Mr Hack game is a 3D digital strategy and open-world game with a cyber security concept. This digital game is developed for windows computer platforms and targets players from children aged ten and up to adults. In this digital game, the player, as the main character, Mr Hack, will face several situations where the player will become a cyber hacker to intrude on someone's information or personal data to achieve the goal. Each of these situations will display the actual situation in our lives: how to store essential laptop keywords evenly, random disclosure of personal data in public places, and so on. Players must find keywords from around the area to enter the computer informati..... 318 hits |
1253 | 2024 Thesis | Pengaruh faktor dalaman dan luaran terhadap pencapaian murid dalm subjek ekonomi di sekolah-sekolah terpilih di daerah Kinta, negeri Perak Malini Deepa Kaliappan Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor dalaman (sikap, minat, gaya pembelajaran) dan faktor luaran (guru, keluarga dan persekitaran sekolah) dalam mempengaruhi pencapaian murid dalam subjek Ekonomi. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik diedarkan melalui kaedah pensampelan rawak berkelompok dan seramai 201 responden terlibat dalam kajian ini. Kesemua responden merupakan murid Tingkatan Empat di tujuh buah sekolah menengah terpilih di Daerah Kinta, Perak. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan infrensi. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan kesemua faktor dalaman dan luaran merekodkan nilai skor min tahap sederhana. Keputusan bagi analisis korelasi pula menunjukkan kesemua faktor dalaman; iaitu faktor sikap (r = 0.503), minat (r = 0.663), gaya pembelajaran (r = 0.475) dan faktor luaran; iaitu faktor keluarga (r = 0.545), guru (r = 0.605) dan persekitaran sekolah (r = 0.542) mencatatkan k..... 275 hits |
1254 | 2024 Thesis | Pelaksanaan pembelajaran teradun dalam kalangan guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan di Perak Nor Shahida Umran Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap
kemahiran dan tahap sikap Guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan pembelajaran
teradun serta mengenal pasti hubungan ketiga-tiga tahap tersebut terhadap pelaksanaan
pembelajaran teradun. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan telah digunakan
dalam kajian ini. Pemilihan sampel dijalankan secara rawak mudah melibatkan 160
orang Guru Pendidikan Islam di Daerah Manjung Perak. Data dikumpul melalui soal
selidik dan dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Statistik
deskriptif melibatkan skor min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus manakala statistik
inferensi pula melibatkan ujian korelasi Pearson yang menerangkan hubungan di antara
tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap Guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan
pembelajaran teradun. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga konstruk berada pada
tahap yang tinggi di mana skor min bagi tahap pengetahuan adalah (M=40.96,..... 337 hits |
1255 | 2024 Thesis | Perdagangan candu di Kedah semasa pentadbiran British, 1909-1941 Nur Azrin Mohammed Mohayaddin Kajian ini adalah untuk membincangkan perihal sejarah pentadbiran dan perkembangan
perdagangan candu di Kedah semasa pentadbiran British, 1909 hingga 1941 serta
sumbangan candu terhadap pembangunan negeri Kedah. Isu kajian juga menilai kesan
akibat campur tangan British di dalam senario perdagangan candu di Kedah.
Metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan membuat analisis
dokumen dan manuskrip ke atas sumber-sumber primer dari Arkib Negara Malaysia
dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis, antaranya Kedah Opium Report
dan Report on Prepared Opium. Analisis daripada sumber sekunder turut dilakukan
dengan merujuk buku, artikel dan tesis di perpustakaan seperti Perbadanan
Perpustakaan Awam Kedah dan Selangor, Perpustakaan Tuanku Bainun (UPSI) dan
Muzium Cina Negeri Sembilan. Dapatan kajian membuktikan kemuncak
perkembangan perdagangan candu di Kedah berlaku setelah campur tangan British
dalam sistem pentadbiran. Penubuhan Jabatan Monopoli Candu bagi meng..... 278 hits |
1256 | 2024 Thesis | Penglibatan imigran Cina dalam kegiatan perlombongan bijih timah di daerah Lukut, 1824-1920 Nur Hafizah Md. Hamzah Kajian ini adalah mengenai penglibatan imigran Cina dalam kegiatan perlombongan bijih
timah di daerah Lukut dari tahun 1824 sehingga 1920. Aktiviti perlombongan bijih timah
merupakan faktor yang mendorong penglibatan imigran Cina di daerah Lukut. Metodologi
kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat analisis dokumen dan
manuskrip merujuk sumber primer dari Arkib Negara Malaysia dan Muzium Lukut seperti
Laporan Tahunan Negeri Sembilan dan Report Tin Mining. Analisis daripada sumber
sekunder turut dilakukan bagi mendapatkan maklumat dengan merujuk buku dan artikel di
Perpustakaan Tuanku Bainun (UPSI) dan Perpustakaan Negara Malaysia. Dapatan kajian
membuktikan semenjak kedatangan imigran Cina, kota Lukut mengalami perubahan yang
pesat khususnya dalam aktiviti perlombongan bijih timah. Perkembangan ini disebabkan
oleh peningkatan dalam jumlah pengeluaran bijih timah ekoran pengenalan teknologi
baharu dalam kaedah perlombongan. Selain itu, kemasukan mereka turut mer..... 476 hits |
1257 | 2024 Thesis | Penilaian komponen Pendidikan Islam dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan di negeri Perak Mohd Azahar Madar Kajian kuantitatif secara tinjauan ini bertujuan untuk menilai komponen Pendidikan
Islam (KPI) dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) di negeri Perak
menggunakan Model Konteks, Input, Proses, dan Produk (KIPP) berdasarkan enam
objektif kajian. Seramai 205 orang responden yang terdiri daripada guru Pendidikan
Islam (GPI) dari negeri Perak terlibat dalam kajian ini. Kesemua responden dipilih
menggunakan persampelan rawak berstrata. Instrumen soal selidik yang mengandungi
99 item merangkumi dimensi KIPP telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian
dianalisis secara deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferetif (anova sehala dan
regresi berganda) menggunakan perisian SPSS versi 26. Analisis kebolehpercayaan
mendapati kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap tinggi dengan nilai Alpha
Cronbach sebanyak 0.9. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan penilaian
dimensi KIPP berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor min di antara 3.89
sehinga 4.25. Namun, b..... 415 hits |
1258 | 2024 Thesis | Factors of internal audit effectiveness and moderating effect of management support in Malaysian public sector Siti Nur Farhanah Kifflee This study examines the direct relation effects of independent variables (internal auditor
competence, internal auditor independence, and internal control system effectiveness)
towards the dependent variable (internal audit effectiveness) in Malaysian public sector.
Further, this research investigated the moderating effect of management support on the
relationship between the independent variables and dependent variable. The theoretical
framework is based on the Resource-Based Theory and Contingency Theory. Using the
purposive sampling method, 206 internal auditors who work under Malaysian Federal
Statutory Bodies (MFSB) were selected as the research subjects. The quantitative
research method employed questionnaires with 50 items to measure the relationship
between the independent variables and moderating effect towards the dependent
variable. The data were collected through questionnaires distributed via respondents'
electronic mail (e-mail). Among the total of 206 question..... 328 hits |
1259 | 2024 Thesis | Pengaruh motivasi dan efikasi kendiri terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua di Kolej Vokasional Muhammad Helmi Petri Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh motivasi dan efikasi
kendiri terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa Mandarin sebagai
bahasa kedua di Kolej Vokasional. Teori Penentuan Matlamat, Teori Penentuan
Kendiri dan Teori Efikasi Kendiri telah digunakan kerana mampu untuk menyokong
keseluruhan pemboleh ubah yang digunakan didalam kajian ini. Seramai 201 orang
pelajar Kolej Vokasional telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak
berstrata untuk menjadi responden terhadap kajian ini. Reka bentuk kajian adalah
berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik. Kebolehpercayaan bagi
keseluruhan instrumen motivasi dan efikasi kendiri berada pada tahap yang tinggi
dengan nilai Alpha Cronbach bagi instrumen motivasi ialah 0.87 manakala efikasi
kendiri ialah 0.84. Data seterusnya telah dianalisis dengan menggunakan perisian IBM
SPSS versi 25. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan tahap motivasi pelajar dalam
mempelajari bahasa Mandarin ad..... 364 hits |
1260 | 2024 Thesis | The use of Quizziz as a teaching tool to enhance ESL students vocabulary Haryanti Liyana Azmeen Mohd Razali This case study aimed to investigate teachers' implementation of Quizziz during
vocabulary activity incorporated in reading lessons, identify the factors which influence
teachers to use Quizziz as a teaching tool in enhancing students' vocabulary and explore
the students' perspective in Quizziz usage to enhance their vocabulary integrated with
the reading lesson. The purposive samplings were four English teachers and 16 students
from a secondary school in Kuala Lumpur. Three research instruments were
observations, semi-structured interviews and document analysis. The qualitative
method of analysis used is thematic analysis. The findings showed that ESL teachers
opted to implement Quizziz in vocabulary learning via instructor-paced during the
lesson development stage of the reading lesson. The themes indicated that Quizziz
facilitates teachers as a teaching tool to enhance the students' vocabulary. Quizziz
creates engaging and interactive lessons, Quizziz is used as an assess..... 349 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 126 of 1077 | [ Next ] [ Last ] |