UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
1681 | 2023 Thesis | Analisis prinsip-prinsip pembinaan bahan pengajaran dalam buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tahun satu Fam, Choo Chen Kajian ini bertujuan untuk menganalisis buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Tahun Satu dari perspektif prinsip pembinaan bahan pengajaran
Bahasa Cina, merumuskan ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan buku teks Bahasa Cina
serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi buku teks tersebut. Reka bentuk
kajian gabungan digunakan dalam kajian ini di mana data kualitatif dan data kuantitatif
dikumpul untuk menjawab tiga persoalan kajian. Kaedah analisis kandungan dokumen
merupakan kaedah utama dalam kajian ini, soal selidik dan temu bual semi struktur
turut dijalankan untuk mengukuhkan dan memantapkan dapatan kajian. Data kualitatif
telah dianalisis dengan proses pengekodan, manakala data kuantitatif dianalisis secara
deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan buku teks Bahasa Cina
SJKC Tahun Satu menonjolkan prinsip tujuan dan prinsip sasaran yang ketara, prinsip
kepraktisan dan prinsip saintifik pada tahap sederhana, manakala prinsip keserasian dan
..... 553 hits |
1682 | 2022 Article | The concept of sustainable development from the Hadith Perspective Uswatun Hasanah Sustainable development is a long-term and comprehensive building concept. In the perspective of hadith, the concept of sustainable development includes life in two dimensions of nature which must be built in a sustainable, balanced and intact manner. If you can achieve the essence of happiness in the previous world, you will get true happiness in the next world. This worldly life is the path to the afterlife. Happiness in the hereafter will be made easier by first enjoying happiness in the life of this world.
Keywords:Concept, Sustainable Development, Hadith Perspective.. 188 hits |
1683 | 2022 Article | Penggunaaan media sosial dari perspektif psiko spiritual Islam Nor Azah Abdul Aziz Kertas kerja ini membincangkan tentang penggunaan media sosial dari perspektif psikospiritual Islam untuk kestabilan mental. Metodologi kajian ini merujuk kepada penggunaan maqamat dan ahwal untuk mengidentifikasi dan mengkategorikan media sosial yang bersesuaian dengan psikospiritual Islam yang merujuk kepada tulisan tokoh sufi Abū alQāsim ‘Abd al-Karīm ibn Hawāzin ibn ‘Abd al-Mālik ibn Talhah al-Qushayrī (376H-465H) yang berpegang dengan akidah Ahl Sunnah wa al-Jama’ah. Terdapat empat puluh lima atau lebih maqāmāt dan ahwāl yang telah dianalisa oleh al-Qushayrī (Knysh, 2000). Bagaimanapun untuk kajian ini penyelidik memilih tiga maqāmāt dan tiga ahwāl yang bersesuaian dengan pengguna media sosial yang boleh dipraktiskan untuk penyucian jiwa dan kesihatan mental. Hasil kajian adalah formulasi panduan penggunaan media sosial yang sesuai dari sudut psikospiritual Islam.
Kata kunci: Media Sosial, Psiko Spiritual Islam.. 346 hits |
1684 | 2022 Article | Pelaksanaan program Hafazan Al-Quran kajian kes di Sekolah Menengah Malaysia Wan Ahmad Zakry Wan Kamarudin Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan program hafazan al-Quran yang diperkenalkan di sebuah sekolah menengah di Malaysia. Penghafalan al-Quran merupakan salah satu Komponen AlQuran seperti yang dinyatakan dalam program Ulul Albab. Ia diasaskan dan dimulakan oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi di Malaysia, Dato Seri Idris Jusoh. Bagi mencapai objektif kajian ini, pendekatan kualitatif diaplikasikan dengan menggunakan teknik temu bual dengan beberapa orang informan manakala dokumen dan buku berkaitan diteliti. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah BIFFAS telah meningkatkan kualiti hafazan al-Quran pelajar dan ini mendorong motivasi pelajar IMTIAZ bukan sahaja dengan kemajuan pembelajaran mengikut arus perdana pendidikan negara, tetapi ia juga membantu meningkatkan pemerolehan al- Quran pelajar di Malaysia. Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Menengah IMTIAZ Terengganu (SM IMTIAZ), Malaysia. Sekolah ini dipilih memandangkan ia merupakan sekolah menengah pertam..... 212 hits |
1685 | 2022 Article | Kepentingan elemen patriotisme dalam Pendidikan Islam sekolah menengah Mohd Erfino Joharin Kajian ini dijalankan bagi meneroka kepentingan elemen patriotisme dalam Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Kajian ini dilakukan menggunakan set soalan temu bual yang telah dijalankan ke atas lapan orang Peserta Kajian (PK) yang merupakan Guru Pendidikan Islam di beberapa buah sekolah menengah harian, agama dan berasrama penuh. Data kualitatif daripada temu bual ini dianalisis secara deskriptif menggunakan ATLAS.ti versi 9 bagi mendapatkan tema, subtema dan dapatan kajian. Hasil analisis kajian mendapati, elemen patriotisme amat penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara elemen patriotisme dengan keterampilan GPI serta elemen patriotisme dalam pembentukan diri murid. Sememangnya tahap kemahiran dan sikap GPI ke arah menggunakan elemen patriotisme dalam pengajaran adalah positif tetapi mempunyai kelemahan dari aspek perancangan dan pelaksanaan. Justeru, semasa menjalankan proses pengajar..... 210 hits |
1686 | 2022 Article | Idea semangat berfikir oleh Syed Hussein Alatas tinjauan terhadap pengukuhan identiti dan persoalan kemajuan Umat Islam Noorilham Ismail Makalah ini menumpukan perbincangan terhadap idea semangat berfikir oleh Syed Hussein Alatas dengan memberi keutamaan kepada soal pengukuhan identiti dan persoalan kemajuan umat Islam pada hari ini. Objektif utama makalah ini adalah untuk menganalisis idea semangat berfikir yang telah dikemukakan oleh Syed Hussein terutamanya dalam karya beliau, “Kita dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah”. Analisis terhadap idea semangat berfikir oleh Syed Hussein ini penting untuk membuktikan usaha beliau dalam memajukan bangsa di samping membentuk satu gagasan pemikiran yang realistik bagi diaplikasikan oleh lapisan masyarakat ke arah pembentukan kemajuan bangsa. Kaedah kualitatif telah digunakan dalam makalah ini untuk menilai idea semangat berfikir oleh Syed Hussein seperti yang terkandung dalam karya penulisannya yang telah dinyatakan sebelum ini dengan turut melibatkan olahan atas karya-karya beliau yang lain. Sumber-sumber sekunder seperti tesis, buku dan jurnal turut dijadikan sebagai pelengka..... 177 hits |
1687 | 2022 Article | Estetika keindahan tulisan Mushaf Al-Quran pujangga tertinggi Ummat Islam satu kajian perbandingan antara Mushaf Indonesia dengan Mushaf Malaysia Makmur Harun Bentuk estetika tulisan mushaf Nusantara merupakan salah satu titik keindahan seni hiasan mushaf yang sering menjadi corak utama dalam al-Qur’an, implementasi tulisan dan corak semakin memperindah tulisan al-Qur’an sebagai pujangga tertinggi bagi ummat Islam terutama ketika menjadi hiasan dalam mushaf al-Qur’an di Indonesia dan juga di Malaysia. Kewujudan hiasan dan tulisan menjadi pelengkap yang terang, jelas, indah, unik dan memikat di kedua mushaf Nusantara tersebut. Pengungkapan keindahan penghasilan mushaf ini menjadi asas penting dalam al-Qur’an mushaf standar di Indonesia dan Malaysia untuk dibaca oleh umat Islam di Nusantara sebagai pujangga tertinggi mereka. Peranan tulisan dan hiasan mushaf di Indonesia dan Malaysia terus berkembang dan bahkan terus diperhalusi dengan menggunakan kaedah tertentu. Selain ianya juga menjadi isyarat keagungan pelbagai hasil karya seni lainnya. Sementara kedua mushaf tersebut telah menjadi kebanggaan tersendiri umat Islam di Nusantara sek..... 278 hits |
1688 | 2023 Thesis | Keberkesanan penerapan cerita rakyat digital terhadap kemahiran bertutur murid SJKC Farah Hanani Kamanoorni Kajian ini bertujuan untuk 1) mengenal pasti permasalahan kemahiran bertutur aspek
bersoal jawab yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu 2) melihat
perbezaan pencapaian min yang signifikan dalam kemahiran bertutur aspek bersoal
jawab antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan melalui Teknik Cerita Rakyat
Digital dan 3) mengkaji perbezaan pencapaian min murid yang signifikan berdasarkan
latar belakang sosial dalam kemahiran bertutur aspek bersoal jawab. Reka bentuk kajian
kuantitatif digunakan iaitu kuasi-eksperimental. Pengumpulan data dilaksanakan
melalui soal selidik dan ujian perbandingan pencapaian pra dan pasca secara hibrid iaitu
campuran kaedah bersemuka dan di dalam talian. Data dianalisis secara deskriptif dan
inferensi. Statistik deskriptif ialah statistik min skor dan nilai kekerapan manakala
statistik inferensi ialah ujian-t. Kedua statistik ini dioperasi menggunakan perisian
SPSS versi 26.0. Seramai (n=61) sampel dilibatkan iaitu (n=30) bagi ..... 517 hits |
1689 | 2023 Thesis | Hubungan kepimpinan transformasi pengetua dengan kepimpinan guru Sekolah Amanah Negeri Selangor Nur Zabreena Zabir Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan kepimpinan transformasi pengetua
dengan kepimpinan guru Sekolah Amanah di negeri Selangor. Pendekatan kuantitatif
dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian yang dipilih
adalah seramai 205 orang guru sekolah menengah dari 404 orang guru sekolah
menengah Sekolah Amanah dari seluruh negeri Selangor. Kajian pengumpulan data
bagi kajian ini adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen kajian ini telah
diadaptasi daripada Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) dan Teacher
Leadership Inventory (TLI). Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan
transformasi pengetua (min = 3.35) dan tahap kepimpinan guru (min = 3.33) berada di
tahap sederhana. Analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara
faktor tempoh perkhidmatan guru: (F = 1.54, p = 0.19) terhadap tahap kepimpinan guru
Sekolah Amanah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan yang
positif antara kedua-dua ..... 358 hits |
1690 | 2023 Thesis | Keberkesanan penggunaan pendekatan inkuiri 5E terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan pencapaian Sains murid tahun 3 Nantha Kumar Sivaperumal Kajian ini bertujuan untuk menkaji kesan penggunaan pendekatan inkuiri 5E (engage,
explore, explain, elaborate, evaluate) terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan
pencapaian sains murid Tahun 3. Istilah ketumpatan merupakan istilah baru yang
diperkenalkan di tahun 3 mulai tahun 2019. Murid-murid didapati menghadapi masalah
dalam memahami konsep tajuk ini. Bagi mengatasi masalah tersebut satu kajian
dibentuk dan dilaksanakan di sebuah sekolah untuk mengenalpasti kesan pendekatan
inkuiri 5E terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan pencapaian Sains dalam
kalangan murid tahun 3 serta persepsi murid terhadap pendekatan inkuiri 5E dalam
pembelajaran sains. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen di sebuah sekolah di negeri
Selangor. Seramai 70 orang murid Tahun 3 terlibat dan mereka telah dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu 35 murid dalam kumpulan rawatan dan 35 murid dalam
kumpulan kawalan. Murid kum..... 519 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 169 of 992 | [ Next ] [ Last ] |