UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan Komunikasi matematik addie
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara Kurikulum ismail man Goh swee Choo Perpustakaan Tuanku Bainun

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
17812008
thesis
Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum di kalangan Guru sekolah menengah: satu kajian kes
Noor Ashikin Mohd Yusop
Kajian ini bertujuan meninjau perlaksanaan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum sekolah menengah. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan guru sekolah menengah mengenai konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kaedah yang digunapakai guru serta masalah-masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif menggunakan temu bual semi struktur telah digunakandalamkajianini. Seramai15orangguru yang mewakilisetiapmatapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni, PendidikanJasmanidan Kesihatan,Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Sains Pertanian dan Kemahiran Hidup Bersepadu, dari salah sebuah sekolah menengah dalam daerah Kota Star, Kedah telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa g.....

222 hits

17822019
thesis
Analisis metod fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak terhadap fatwa-fatwa dari tahun 2007 hingga 2014
Muhammad Nazirul Mohd Sabri
Kajian ini bertujuan menganalisis metod fatwa yang diaplikasi oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak (JFNPk) merujuk kepada beberapa fatwa dari tahun 2007 hingga 2014. Metod berfatwa yang dijalankan oleh JFNPk menerusi penyelidikan yang dijalankan dalam pengeluaran fatwa dengan melihat penggunaan kaedah U.ul al-Fiqh sebagai metod penentuan fatwa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis kandungan yang mana kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data disampaikan secara deskriptif. Analisis dokumen terhadap Buku Fatwa Perak Darul Ridzuan Tahun 2007 hingga 2014 terbitan Jabatan Mufti Negeri Perak mendapati terdapat tujuh fatwa berkaitan fiqh yang boleh difahami dan dianalisis sejauh mana ianya berasaskan metod penentuan fatwa. Beberapa tema muncul hasil daripada temubual dengan ahli Majlis Fatwa iaitu maklumat yang tepat mengenai kaedah berfatwa dan amalan penyelidikan yang berlaku dalam pemfatwaan. Hasil kajian menunjukkan keperluan metod fatwa khususnya dari asp.....

275 hits

17832007
thesis
Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan bagi pelajar lelaki dan perempuan Institut Perguruan Tawau
Irwan Isdup
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kecergasan pelajar Institut Perguruan Tawau Sabah yang belajar sepenuh masa di institut perguruan ini. Pelajar ini mewakili pelbagai unit dan opsyen pengajian. Antara unit dan opsyen pengajian yang terdapat di Institut Perguruan Tawau ialah Unit PISMP bagi opsyen Sains, Unit PISMP bagi Unit Matematik, Unit KPLI bagi opsyen Bahasa Inggeris, KPLI bagi opsyen Matematik dan PISMK bagi opsyen Pendidikan Jasmani. Dengan mengetahui tahap kecergasan pelajar ini maka boleh dijadikan panduan untuk para pensyarah Pendidikan Jasmani dan Pensyarah Penasihat Ko-Kurikulum (olahraga dan sukan permainan) merancang dan merangka program bagi meningkatkan kecergasan di samping elemen dan disiplin lain dalarn sukatan pelajaran tersebut. Pengukuran prestasi kecergasan fizikal diperoleh berdasarkan konstruk bateri ujian Prudential FITNESSGRAM, yang terdiri daripada 5 ujian utama iaitu ujian PACER (Multistage Fitness Test), ujian ‘push up’ Ujian â€.....

251 hits

17842019
thesis
Nilai-nilai murni dalam teks prosa kesusasteraan Tamil SPM 2016-2020
Sivalingam Seenivasan
Kajian ini bertujuan mengenal pasti nilai-nilai murni serta menganalisis unsur pengajaran dalam teks prosa kesusasteraan Tamil SPM 2016-2020 dan mengaitkan nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah murid dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis kandungan serta teori moral dipelopori oleh Lawrence kohlberg dalam teks prosa kesusasteraan Tamil SPM 2016-2020. Dapatan Kajian menunjukkan terdapat 23 nilai murni dalam teks Agal Vilakku dan 15 nilai murni dalam teks Kavichakkaravarti. Terdapat juga 10 unsur pengajaran dan 8 nilai murni dalam pembentukan sahsiah mulia dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, teks prosa kesusasteraan Tamil SPM 2016-2020 mengandungi nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah pelajar. Implikasinya, teks prosa kesusasteraan Tamil SPM 2016-2020 boleh dijadikan sebagai panduan dalam pembentukan sahsiah pelajar...

183 hits

17852007
thesis
Pulut Semangat: antara nilai dan kepercayaan: satu kajian kes
Hasimah Abdul Hamid
Pulut Semangat: Antara Nilai dan Kepercayaan merupakan sebuah penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif bagi mengupas persoalan budaya dan adat masyarakat Melayu dahulu. Penyelidikan ini merupakan satu kajian kes yang dilakukan di Kampung Tanjung Kala iaitu sebuah perkampungan yang terletak di daerah Hulu Perak. Penyelidikan ini melibatkan tiga orang responden yang terdiri daripada mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam adat dan budaya pulut semangat di kawasan kajian. Tujuan penyelidikan ini bagi mengenali budaya lama yang semakin dilupakan dan juga memberi pendedahan kepada generasi muda yang sudah tidak mementingkan adat dalam kehidupan bermasyarakat. Metodologi penyelidikan ini melibatkan kaedah temubual dengan responden, rakaman visual dan melalui pemerhatian. Hasil penyelidikan yang diperoleh hanya menunjukkan amalan yang dilakukan di kawasan kajian dan jika terdapat persamaan, ia merupakan kesan daripada sifat budaya yang saling pengaruh mempeng.....

188 hits

17862020
thesis
Exploring young user experience through gamification-based personas for the palace museum in Beijing using service design approach
Shunli, Liu
This study was aimed to explore young users’ experiences (UX) through gamification-based personas at the Palace Museum in Beijing using Service Design (SD) approach. By adapting ethnography research design, this study did not only analyze the users’ experiences, but also provided insights into the personas’ motivation. The exploration of museum UX was based on the employment of two models: the Richard Bartle’s four types of players model (gamification-based) and the visit process-based (pre-during-post) model. Using the Bartle Test of Gamer Psychology, the study identified four desirable personas (i.e., Socializer, Explorer, Achiever and Attacker) from 126 candidates, with one participant selected for each type of persona. The data from four personas were collected through three phases (pre-, during-, and post-visit) from both online and offline services at the Palace Museum. This study employed multiple instruments as observation method: video recording, in-depth retrospective.....

198 hits

17872019
thesis
Pembangunan taksonomi vokasional berdasarkan Teknik Delphi
Norhazizi Lebai Long
Kajian ini bertujuan untuk membangun taksonomi vokasional berdasarkan Teknik Delphi. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan taksonomi yang melibatkan tiga fasa berdasarkan model Richey dan Klein. Fasa pertama dalam kajian pembangunan taksonomi ini melibatkan analisis keperluan dan fasa kedua adalah pembangunan taksonomi sementara fasa ketiga merupakan penilaian. Fasa pertama analisis keperluan melibatkan kajian literatur dan temu bual bersama tujuh (7) orang pakar vokasional. Fasa kedua pula melibatkan Teknik Delphi tiga pusingan melibatkan seramai tujuh orang panel pakar dalam bidang vokasional bagi mendapatkan konsensus mengenai elemen-elemen dalam taksonomi vokasional. Pusingan pertama menggunakan instrumen protokol temu bual separa struktur sementara pusingan kedua dan ketiga menggunakan soal selidik. Dapatan temu bual pada pusingan pertama digunakan untuk membentuk item instrumen soal selidik bagi kegunaan sesi pusingan selanjutnya. Fasa ketiga pula adalah fasa penilaian m.....

178 hits

17882020
thesis
Kesan pentadbiran Tun Dr. Mahathir terhadap sistem kehakiman Malaysia 1981-1989
Mohamad Asrol Arpidi Mamat
Kajian ini bertujuan untuk menilai campur tangan dan perluasan kuasa Tun Dr. Mahathir (eksekutif) terhadap bidang kuasa badan kehakiman terutama sepanjang berlakunya krisis perlembagaan pada tahun 1988. Krisis tersebut juga menyaksikan perluasan kuasa eksekutif terhadap badan kehakiman serta penggantungan dan pemecatan Ketua Hakim Negara dan hakim Mahkamah Agung. Krisis 1988 dianggap klimaks terhadap campur tangan eksekutif terhadap bidang kuasa badan kehakiman. Ramai berpendapat bahawa penyingkiran Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas) adalah merupakan titik tolak di mana badan kehakiman di negara ini mula kehilangan kuasa dan kebebasannya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kronologi yang mana ianya bersifat subjektif, sumber maklumat kajian ini diperoleh dan diambil daripada sumber berbentuk primer dan sekunder. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan sumber daripada dokumen daripada Arkib Negara Malaysia, perpustakaan, laporan peristiwa, ucapan tok.....

211 hits

17892020
thesis
The effect of a Technology-Enhanced Learning (TEL) module on the achievement of form four students in the topic of waves and sound
Norfazilah Mohamad Yusuf
The purpose of this study was to determine the effect of a technology-enhanced learning (TEL) module on the achievement of form four students in the topic of waves and sound. Constructivism was used as an underpinning theory in the development of the contents of TEL module. In terms of module development, the Sidek‘s model was used that has nine steps to produce a completed draft module. True-experimental design was used to determine the effect of the module. Instrument comprised a pre and post-test. The validity of the module and the instrument was verified by three experts in the field. The instrument has a relatively high reliability based on Cronbach alpha coefficient which was = 0.81. A sample of 60 form four physics students were selected and assigned randomly into a control group (n=30) and an experimental group (n=30). The treatment for the experimental group was conducted for four weeks. In the pilot study, the experts agreed that the TEL module has had a high content validi.....

250 hits

17902020
thesis
Kesan bimbingan kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan bermasalah disiplin
Putri Nurul Asyiqin Megat Azra\'ai
Kajian eksperimental ini dijalankan bagi mengukur kesan Kaunseling Kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan yang terlibat dengan salah laku disiplin. Seramai 60 subjek (n=60) kajian dipilih secara pensampelan rawak bertujuan (purposive sampling) dan diagihkan secara rawak berpadanan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (30 orang) dan kumpulan kawalan (30 orang). Data kuantitatif ujian pra dan pos dikumpul menggunakan soal selidik Skala Daya Ketahanan (SDK)  dan Inventori Strategi Daya Tindak (SDT) yang mempunyai nilai kesahan 0.741 (SDK) dan 0.769 (SDT) serta nilai kebolehpercayaan 0.65 (SDK) dan 0.86 (SDT). Seterusnya, data  dianalisis secara deskriptif & inferensi melalui ujian statistik  min, Ujian-t, Mancova dan Pos Hoc pada aras signifikan 0.05.  Hasil kajian menunjukkan Modul Kaunseling Kelompok REBT berkesan meningkatkan tahap min Resilien (0.933 kepada 6.506) dan Daya Tindak (0.688 kepada 3.43). Di samping itu, Modul Kaunseling Kelompok REBT d.....

257 hits

[ First ] [ Prev ] Page 179 of 946 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.