UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
17712008
Thesis
Teaching and testing science subject in the English language: a case study of PMR students
Krishnasamy P.S.Ramasamy
This is a study to determine the different language skills employed by Form Three semi-urban school students in terms of scanning, skimming, locating information, predicting, understanding, sequencing, inferencing, and all the other related reading skills as listed in the Form Three Curriculum Specifications. The findings will provide an insight into the effectiveness of using either Bahasa Malaysia or English language by the Form Three students in learning and using their skills in answering the Science examination paper in their PMR examination. This insight study will also enable educationists and teachers to tailor special programmes and teaching strategies to help remedy students' weaknesses in improving the teaching and learning process of the Science subject and also to reaffirm the effectiveness of teaching the subject in the English language..

162 hits

17722010
Thesis
Form Four students attitudes towards learning English: a survey in a secondary school
Swarna Seri Ramalu
There are two purposes of this study. The first purpose is to discover the types of attitudes fostered by the Form Four students of a secondary school in Port Dickson, Negeri Sembilan towards learning English. The second purpose was to discover the existence of correlation between students' attitudes and their achievement in English. 164 Form Four students participated in this survey. A self-designed questionnaire was utilized to identify students' attitudes in learning English while their English achievement was based on their midyear examination results. The researcher personally administered the questionnaire to the respondents with the aid of Form Four English Language teachers in that school. The students' attitudes towards learning were divided into four attitudinal factors: (1) Form Four students’ overall attitudes towards learning English, (2) Form Four students' attitudes towards learning English per se, (3) Form Four students' attitudes towards their English teacher and (4).....

222 hits

17732010
Thesis
Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul dan berasaskan web ke atas pencapaian guru-guru pelatih KPLI dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat
Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul dan web ke atas pencapaian guru-guru pelatih dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Komponen kemahiran Teknologi Maklumat yang dikaji adalah bagi topik Microsoft Excel. Seramai 144 orang pelajar KPLI dari IPG Kampus Ipoh terlibat dalam kajian ini. Data diperoleh daripada hasil ujian pra dan pasca serta borang soal selidik yang diedarkan. Kedua-dua borang soal selidik adalah untuk menilai kualiti modul dan web yang digunakan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif melibatkan penggunaan statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Manakala bagi statistik inferensi menggunakan ANOVA Satu Hala. Hipotesis diuji pada aras signifikan α = .05. Hasil analisis menunjukkan secara umumnya pencapaian guru-guru pelatih KPLI yang mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul dan web lebih baik berbanding dengan kaedah ko.....

192 hits

17742017
Thesis
Examining attention cues for learning 3D modelling software: an eye-tracking study on instructional screencast
Sharmila Devi Pachiyappan
This study was aimed to develop and validate an instructional framework that can be used to produce effective and efficient screencast video for learning 3D modelling software. Four variations of instructional screencast video were designed and developed specifically for this study. At the beginning of this study, a series of semi-structured interviews were conducted with six undergraduate students of Sultan Idris Education University who took the MMG3083 Modelling course. These students believed that they learned better by watching instructional screencast video as opposed to static media. Most of them agreed that screencast video can help them in learning 3D modelling. Subsequently, two single-group post-test only quasi-experiments were carried out using Tobii Eye Tracker to examine the effectiveness and efficiency of different variations of instructional screencast videos. In the first quasi-experiment, screencast without caption was found statistically more efficient for research p.....

461 hits

17752012
Thesis
Seni tembikar tradisional Terenang Pahang: tradisi dan perubahannya
Nurul Izzah Mohd Johari
Kajian ini bertujuan untuk meneroka seni tembikar tradisional Terenang Pahang. Kajian ini dipilih berdasarkan faktor pengusaha tembikar tradisional Terenang di Malaysia yang semakin berkurangan. Kajian ini juga dijalankan kerana fungsi tembikar tradisional Terenang sebagai barang utiliti semakin kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Faktor ini berlaku kerana kurangnya pendedahan mengenai keistimewaan dan keunikan tembikar tersebut kepada masyarakat umum. Oleh yang demikian, kajian terperinci dilaksanakan mengenai tembikar tradisional Terenang Pahang. Kajian ini menyentuh aspek sejarah tembikar tersebut secara umum, cara tembikar tersebut dihasilkan, jenis reka bentuk dan perubahan yang berlaku pada tembikar tersebut. Data dikumpul menggunakan kaedah pengkajian sejarah (Historiography) yang disempurnakan melalui kaedah temubual melibatkan beberapa partisipan utama iaitu Noriah Bt Mohd Ali selaku Adiguru Tembikar Tembeling, Mohammad Bin Zakaria s.....

298 hits

17762012
Thesis
Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi dan Pengetahuan Isi Kandungan Matematik dalam kalangan guru pelatih Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris
Intan Azwani Azmi
Kajian menggunakan kaedah tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti (i) persepsi guru pelatih terhadap peluang pembelajaran yang terdapat dalam program pendidikan guru matematik sekolah menengah dan hubungannya dengan Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PIKP) dan Pengetahuan Isi Kandungan Matematik (PIKM), (ii) persepsi guru pelatih terhadap kepercayaan tentang matematik dan pengajaran serta hubungannya dengan PIKP dan PIKM, (iii) tahap pencapaian guru pelatih dalam PIKP dan PIKM serta hubungannya berdasarkan kepada skor min yang diperoleh, (iv) sama ada terdapat perbezaan tahap pencapaian guru pelatih dalam PIKP dan PIKM dalam kalangan guru pelatih program matematik sekolah menengah mengikut jantina, dan (v) kesalahan-kesalahan tipikal yang dilakukan oleh guru pelatih matematik terhadap soalan-soalan yang berkaitan dengan PIKP dan PIKM. Seramai 156 orang guru pelatih matematik sekolah menengah telah dipilih secara persampelan rawak berstrata mengikut kadar sebagai respond.....

181 hits

17772013
Thesis
Peranan dan penglibatan wanita dalam Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya, 1949-1989
Munaliza Zailan
Penyelidikan ini adalah untuk menyelidik penglibatan dan peranan golongan wanita dalam perjuangan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya dari tahun 1949 hingga tahun 1989. Tempoh masa empat puluh tahun ini memperlihatkan keaktifan mereka dalam segala aktiviti Rejimen Ke-10. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan memberi penekanan terhadap analisis dokumen di Jabatan Arkib Negara Malaysia, perpustakaan pusat-pusat pengajian tinggi, dan di perpustakaan Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, temu ramah juga dijalankan dengan bekas-bekas kader Rejimen Ke-10 yang masih hidup kerana mereka adalah saksi yang terlibat secara langsung dalam perjuangan Rejimen Ke-10. Dapatan kajian membuktikan dan menunjukkan bahawa wanita memainkan peranan yang amat penting dalam perjuangan Rejimen Ke-10 dalam membantu pasukan mereka bagi mencapai matlamat perjuangan. Kajian ini juga amat jelas menunjukkan bahawa wanita dalam Rejimen Ke-10 memberi sumbangan yang amat penting dan boleh dianggap sebagai tulang.....

187 hits

17782011
Thesis
Fungsi warna dan kemahiran mewarna pada folio pembungkusan dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat: kajian kes di sebuah sekolah menengah
Johan Yazid Ziani
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar tentang fungsi warna dan kemahiran mewarna untuk penghasilan folio pembungkusan dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah menengah harian di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, khususnya kajian kes intrinsik. Peserta kajian terdiri daripada sembilan orang pelajar Tingkatan Empat pelbagai tahap kebolehan dari tiga buah kelas. Dalam kajian ini, kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen digunakan dalam pengumpulan data. Data daripada pemerhatian dan dokumen dianalisis berasaskan kepada folio pembungkusan pelajar. Data daripada temu bual ditranskrip secara verbatim dan manual. Selepas itu, data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep warna pada folio pembungkusan adalah lemah. Penguasaan pelajar terhadap fungsi warna dan kemahiran mewarna adalah pada tahap sederhana......

285 hits

17792013
Thesis
Kajian kes pengaruh aktiviti bermain terhadap pengetahuan konsep awal Matematik kanak kanak
Muhammad Safar Abdurahman
Kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh aktiviti bermain menggunakan bahan manipulatif terhadap pengetahuan konsep awal Matematik kanak-kanak dalam aspek pengalaman pra-nombor, konsep nombor dan operasi nombor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian kes yang melibatkan empat orang sampel iaitu dua orang kanak-kanak lelaki dan dua orang kanak-kanak perempuan yang berumur lima tahun. Pemilihan sampel adalah secara teknik bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Bagi kaedah pemerhatian, pengkaji menggunakan senarai semak Perkembangan Konsep Awal Matematik Kanak-Kanak: Pengalaman Pra-nombor, Konsep Nombor dan Operasi Nombor yang diubah suai daripada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010. Penilaian formatif dijalankan melalui lembaran kerja yang mengandungi konsep padanan, perbandingan, seriasi, pengetahuan tentang nombor 1 hingga 10, dan operasi tambah. Manakala bagi penilaian sumatif pula, pengkaji tel.....

182 hits

17802012
Thesis
Pengajaran guru berbantukan koswer berasaskan tunjang komunikasi prasekolah
Nor Shahida Mohd Zubir
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. Oleh itu, persediaan pembelajaran perlu menarik dan relevan dengan perkembangan semasa bagi memenuhi keperluan kanak-kanak. Kaedah pengajaran guru prasekolah perlu lebih kreatif dan fleksibel mengikut kesesuaian persekitaran. Sehubungan itu, satu perisian multimedia bertema telah dibangunkan dengan menggunakan Model ADDIE iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian yang berasaskan Tunjang Komunikasi, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Reka bentuk Tunjang Komunikasi ini diterapkan berasaskan enam teori yang bersesuaian dengan pendidikan dan persekitaran kanak-kanak. Kaedah pengajaran guru menjadi lebih menarik dan menyeronokkan dengan adanya koswer. Modul bertema yang terdapat di dalam koswer akan menimbulkan keasyikan di dalam diri kanak-kanak untuk mengenali objek-objek di sekeliling mereka. Ini terbukti daripada kaedah temubual d.....

193 hits

[ First ] [ Prev ] Page 178 of 1145 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.