UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | Komunikasi | matematik | addie |
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara | Kurikulum | ismail man | Goh swee Choo | Perpustakaan Tuanku Bainun |
|
Latest addition to the database : |
1801 | 2007 thesis | Pulut Semangat: antara nilai dan kepercayaan: satu kajian kes Hasimah Abdul Hamid Pulut Semangat: Antara Nilai dan Kepercayaan merupakan sebuah penyelidikan yang
menggunakan pendekatan kualitatif bagi mengupas persoalan budaya dan adat
masyarakat Melayu dahulu. Penyelidikan ini merupakan satu kajian kes yang
dilakukan di Kampung Tanjung Kala iaitu sebuah perkampungan yang terletak di
daerah Hulu Perak. Penyelidikan ini melibatkan tiga orang responden yang terdiri
daripada mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam adat dan budaya
pulut semangat di kawasan kajian. Tujuan penyelidikan ini bagi mengenali budaya
lama yang semakin dilupakan dan juga memberi pendedahan kepada generasi muda
yang sudah tidak mementingkan adat dalam kehidupan bermasyarakat. Metodologi
penyelidikan ini melibatkan kaedah temubual dengan responden, rakaman visual dan
melalui pemerhatian. Hasil penyelidikan yang diperoleh hanya menunjukkan amalan
yang dilakukan di kawasan kajian dan jika terdapat persamaan, ia merupakan kesan
daripada sifat budaya yang saling pengaruh mempeng..... 188 hits |
1802 | 2020 thesis | Exploring young user experience through gamification-based personas for the palace museum in Beijing using service design approach Shunli, Liu This study was aimed to explore young users’ experiences (UX) through gamification-based personas at the Palace Museum in Beijing using Service Design (SD) approach. By adapting ethnography research design, this study did not only analyze the users’ experiences, but also provided insights into the personas’ motivation. The exploration of museum UX was based on the employment of two models: the Richard Bartle’s four types of players model (gamification-based) and the visit process-based (pre-during-post) model. Using the Bartle Test of Gamer Psychology, the study identified four desirable personas (i.e., Socializer, Explorer, Achiever and Attacker) from 126 candidates, with one participant selected for each type of persona. The data from four personas were collected through three phases (pre-, during-, and post-visit) from both online and offline services at the Palace Museum. This study employed multiple instruments as observation method: video recording, in-depth retrospective..... 198 hits |
1803 | 2019 thesis | Pembangunan taksonomi vokasional berdasarkan Teknik Delphi Norhazizi Lebai Long Kajian ini bertujuan untuk membangun taksonomi vokasional berdasarkan Teknik Delphi. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan taksonomi yang melibatkan tiga fasa berdasarkan model Richey dan Klein. Fasa pertama dalam kajian pembangunan taksonomi ini melibatkan analisis keperluan dan fasa kedua adalah pembangunan taksonomi sementara fasa ketiga merupakan penilaian. Fasa pertama analisis keperluan melibatkan kajian literatur dan temu bual bersama tujuh (7) orang pakar vokasional. Fasa kedua pula melibatkan Teknik Delphi tiga pusingan melibatkan seramai tujuh orang panel pakar dalam bidang vokasional bagi mendapatkan konsensus mengenai elemen-elemen dalam taksonomi vokasional. Pusingan pertama menggunakan instrumen protokol temu bual separa struktur sementara pusingan kedua dan ketiga menggunakan soal selidik. Dapatan temu bual pada pusingan pertama digunakan untuk membentuk item instrumen soal selidik bagi kegunaan sesi pusingan selanjutnya. Fasa ketiga pula adalah fasa penilaian m..... 178 hits |
1804 | 2020 thesis | Kesan pentadbiran Tun Dr. Mahathir terhadap sistem kehakiman Malaysia 1981-1989 Mohamad Asrol Arpidi Mamat Kajian ini bertujuan untuk menilai campur tangan dan perluasan kuasa Tun Dr. Mahathir (eksekutif) terhadap bidang kuasa badan kehakiman terutama sepanjang berlakunya krisis perlembagaan pada tahun 1988. Krisis tersebut juga menyaksikan perluasan kuasa eksekutif terhadap badan kehakiman serta penggantungan dan pemecatan Ketua Hakim Negara dan hakim Mahkamah Agung. Krisis 1988 dianggap klimaks terhadap campur tangan eksekutif terhadap bidang kuasa badan kehakiman. Ramai berpendapat bahawa penyingkiran Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas) adalah merupakan titik tolak di mana badan kehakiman di negara ini mula kehilangan kuasa dan kebebasannya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kronologi yang mana ianya bersifat subjektif, sumber maklumat kajian ini diperoleh dan diambil daripada sumber berbentuk primer dan sekunder. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan sumber daripada dokumen daripada Arkib Negara Malaysia, perpustakaan, laporan peristiwa, ucapan tok..... 211 hits |
1805 | 2020 thesis | The effect of a Technology-Enhanced Learning (TEL) module on the achievement of form four students in the topic of waves and sound Norfazilah Mohamad Yusuf The purpose of this study was to determine the effect of a technology-enhanced learning (TEL) module on the achievement of form four students in the topic of waves and sound. Constructivism was used as an underpinning theory in the development of the contents of TEL module. In terms of module development, the Sidek‘s model was used that has nine steps to produce a completed draft module. True-experimental design was used to determine the effect of the module. Instrument comprised a pre and post-test. The validity of the module and the instrument was verified by three experts in the field. The instrument has a relatively high reliability based on Cronbach alpha coefficient which was = 0.81. A sample of 60 form four physics students were selected and assigned randomly into a control group (n=30) and an experimental group (n=30). The treatment for the experimental group was conducted for four weeks. In the pilot study, the experts agreed that the TEL module has had a high content validi..... 250 hits |
1806 | 2020 thesis | Kesan bimbingan kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan bermasalah disiplin Putri Nurul Asyiqin Megat Azra\'ai Kajian eksperimental ini dijalankan bagi mengukur kesan Kaunseling Kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan yang terlibat dengan salah laku disiplin. Seramai 60 subjek (n=60) kajian dipilih secara pensampelan rawak bertujuan (purposive sampling) dan diagihkan secara rawak berpadanan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (30 orang) dan kumpulan kawalan (30 orang). Data kuantitatif ujian pra dan pos dikumpul menggunakan soal selidik Skala Daya Ketahanan (SDK) dan Inventori Strategi Daya Tindak (SDT) yang mempunyai nilai kesahan 0.741 (SDK) dan 0.769 (SDT) serta nilai kebolehpercayaan 0.65 (SDK) dan 0.86 (SDT). Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif & inferensi melalui ujian statistik min, Ujian-t, Mancova dan Pos Hoc pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian menunjukkan Modul Kaunseling Kelompok REBT berkesan meningkatkan tahap min Resilien (0.933 kepada 6.506) dan Daya Tindak (0.688 kepada 3.43). Di samping itu, Modul Kaunseling Kelompok REBT d..... 257 hits |
1807 | 2011 thesis | Hubungan di antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan pelajar generasi Felda Mohd Sazali Ali Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dan aspirasi keusahawanan pelajar sekolah menengah generasi Felda di daerah Maran. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan antara faktor-faktor demografi dengan ciri-ciri keusahawanan dan aspirasi keusahawanan pelajar. Pada masa yang sama, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan pelajar di samping menentukan hubungan faktor demografi dan ciri-ciri keusahawanan terhadap aspirasi keusahawanan pelajar. Sebanyak 317 sampel daripada pelajar tingkatan 4 dipilih daripada 10 buah sekolah menengah di daerah Maran. Satu set soal selidik yang mengandungi 41 item digubal untuk meninjau ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar manakala 7 item untuk mengenal pasti aspirasi keusahawanan dalam kalangan pelajar. Ciri-ciri keusahawanan pelajar dikaji dalam 6 demensi iaitu keperluan kepada pencapaian, inovasi, kesanggupan mengambil risiko, lokus kaw..... 211 hits |
1808 | 2007 thesis | Perbandingan penggunaan PACER (Multistage Fitness Test) dan ujian Cooper (Larian 12 minit) untuk menguji daya tahan kardiovaskular pelajar berumur 13 dan 14 tahun Thomas Langkan Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan dan kesesuaian ujian PACER (MULTISTAGE
FITNESS TEST) dan ujian Cooper (LARIAN 12 MINIT) dalam pengujian daya tahan kardiovaskular
pelajar berdasarkan kepada perbandingan pencapaian V02 max. Dalam kajian ini seramai 70 orang
pelajar daripada dua buah sekolah dari bahagian Samarahan dipilih secara rawak.
Kajian ini mendapati bahawa min keseluruhan Ujian PACER (Multistage Fitness Test) ialah
42.36 (SP=9.95) dan min subjek lelak.i
ialah 47.76 (SP=4.68) manakala min bagi perempuan adalah 28.85 (5.82).
Min bagi Ujian Cooper (Larian 12 minit) ialah sebanyak 1953.00 untuk lelaki sementara min bagi
perempuan ialah 1395.50 meter (sp=l23.05).
Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara VO2 max ujian PACER (Multistage
Fitness Test) dengan VO2 max ujian Cooper (Larian 12 minit) iaitu, nilai t = 7.082, p.. 273 hits |
1809 | 2007 thesis | Tahap kebimbangan dan kaedah mengatasi kebimbangan bagi pemain Sepak Takraw bahagian Sarikei sebelum kejohanan peringkat negeri Sarawak 2007 Henry Chukan Seli Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap
kebimbangan kognitif, somatik dan keyakinan diri sebelum pertandingan. Responden yang
dipilih ialah pasukan sepak takraw Sahagian Sarikei, Sarawak , 2007 yang telah menyertai
pertandingan Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS). Jumlah sampel yang dipilih
adalah seramai 16 lelaki sahaja. Tahap kebimbangan ini diukur menggunakan borang seal selidik
kebimbangan seketika (Competitive State Anxiety Inventory - 2) oleh Martens, Vealey dan Burton
(1990). Kaedah latihan pernafasan dan kata kendiri di pilih sebagai kaedah mengurangkan
kebimbangan. Borang seal selidik diberikan kepada responden dalam tiga peringkat iaitu tiga hari,
tiga jam dan 30 minit sebelum pertandingan. Latihan pernafasan dan kata kendiri diberikan sebelum
latihan dan pertandingan serta sewaktu rehat pertandingan. Hasil kajian menunjukkan tidak
terdapat perbeza..... 266 hits |
1810 | 2007 thesis | Hubungan di antara orientasi matlamat dan tahap kebimbangan di antara atlit Bola Sepak, Ragbi dan Bola Jaring Frederick Josue@Mohd Fadhil Abdullah Tujuan utama kajian ini untuk melihat hubungan orientasi matlamat dan tahap kebimbangan
atlit Bola Sepak, Ragbi dan Bola Jaring. dalam sukan di Pertandingan MSSM Gabungan Kota Kinabalu,
Sabah. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah 'Task and Ego Orientation in Sport
Questionnaire', (TEOSQ) (Duda & Nicholls, 1989) dan 'Competitive State Anxiety
Inventory-2'(CSAl-2) yang telah diubahsuai ditadbir ke atas 162 orang responden yang terdiri 48
orang atlit Bola Jaring, 54 orang atlit Ragbi dan 60 orang atlit Bola Sepak. Data dianalisis dengan
nilai min, sisihan piawai, kolerasi dan ANOV A sehala dengan menggunakan Program 'Statistical
Packages for the Social Science' (SPSS/PC+). Dapatan kajian menunjukkan bahawa orientasi tugasan
adalah lebih dominan berbanding dengan orientasi ego. Hasil kajian juga menunjukkan tidak ada
hubungan signifikan di antara orientasi matlamat dengan tahap kebimbangan. kajian ini juga
mendap..... 194 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 181 of 948 | [ Next ] [ Last ] |