UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | matematik | Komunikasi | Kurikulum |
Perpustakaan Tuanku Bainun | PENDIDIKAN ISLAM | Ahmad Hashim | Abdul Halim Ali |
|
Latest addition to the database : |
2391 | 2021 article | Sumbangan kepakaran rekaan ergonomik dalam menangani kekurangan peralatan perlindungan diri bagi para petugas barisan hadapan (Frontliners) dalam isu Covid 19 Norzuraina Mohd Nor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa wabak Novel Koronavirus (COVID-19) pada 30 Januari 2020. Virus ini sangat berbahaya dan perlu ditangani penularannya ke serata dunia. Maka, petugas barisan hadapan perlu mengenakan pakaian perlindungan diri(PPE) bagi mengelakkan virus merebak ketika merawat pesakit. PPE bertujuan untuk memastikan keselamatan dan mencegah petugas kesihatan daripada terkena jangkitan COVID-19 namun kekurangan bekalan PPE begitu meruncing ketika ini apabila permintaan terhadap penggunaan PPE menjadi semakin tinggi. Orientasi kekurangan bekalan membuatkan sukarelawan mula memikirkan inisiatif untuk memberikan sumbangan. Ini bagi memenuhi keperluan PPE yang semakin berkurangan dalam penyimpanan stok Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sumbangan menjurus ke arah kepakaran penghasilan peralatan dan pakaian yang mempraktikkan pemikiran inovasi. Maka, pihak universiti dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mula menyumbangkan kepakaran untuk menghasi..... 244 hits |
2392 | 2021 article | Perubahan fungsi dan seni persembahan Kuntau di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak Doraya Gerry Persembahan Kuntau merupakan sebuah kesenian rakyat masyarakat Iban di rumah panjang. Kuntau adalah seni membela diri daripada serangan musuh yang hanya dilakukan oleh kaum lelaki. Kebiasaannya kaum lelaki yang membawa Kuntau dipanggil sebagai bujang berani. Namun, setelah berlakunya perubahan zaman, persembahan Kuntau telah dipentaskan sebagai sebuah hiburan semasa hari perayaan iaitu Hari Gawai Dayak. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan perubahan fungsi yang melibatkan pandangan masyarakat Iban di Kampung Bayur, Balai Ringin, Sarawak. Selain itu, kajian ini untuk mengetahui seni persembahan Kuntau dari aspek persembahan pentas. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk kualititatif yang melibatkan kaedah temu bual dan rakaman video. Pengkaji telah membuat temu bual beberapa responden yang berpengaruh dikenali sebagai Guro Kuntau, tokoh budayawan dan ahli akademik. Dapatan kajian mendapati bahawa persembahan Kuntau telah berlaku perubahan yang melibatkan..... 445 hits |
2393 | 2021 article | Florescencism by Lida Sherfatmand in the context of Floral Art History Ramin Hajianfard Florescencism is a new ‘ism’ in contemporary art presented by Iranian-Maltese painter Lida Sherafatmand. Sherfatmand started her career with refined, simple to understand, and distinct concepts relating to global peace and human rights. Florescencism relates to blooms and flowers – to state the literal meaning – since “florescence” is typically defined as the process of flowering. Using interdisciplinary approaches, prior research has suggested the relevance of psychological, sociological, historical, symbolic, political, and even botanical aspects related to this artistic trend. However, the issue is more significant when the analysis aims to understand “Flower” as the primary subject matter, rather than just an ornamental element of a painting.
.. 245 hits |
2394 | 2021 article | Fenomena viral media sosial sebagai eksposisi tema dalam pendekatan karya seni catan Izzal Khairi Ramli Kajian ini bertujuan untuk menterjemah identifikasi fenomena viral media sosial sebagai eksposisi tema dalam pendekatan karya seni catan. Isu penularan fenomena sosial ini senantiasa menjadi polemik dan topik perbahasan di kalangan masyarakat umum lantaran kesan dari sifat popular, sensasi atau kontroversi yang wujud. Refleksi dari perihal ini diolah semula melalui interpretasi konsep subjek, objek dan tema menerusi anatomi isu karya seni catan. Reka bentuk penyelidikan adalah berasaskan praktis seni menerusi metodologi kajian studio seni halus yang melibatkan tiga kriteria asas iaitu hujahan utama, konteks dan karya seni. Data kajian dianalisis dengan mengunakan teori studio praktis oleh Sullivan melalui aktiviti refleksi, kontekstual dan reflektif menerusi tinjauan pendekatan konteks isu, komponen isu dan interpretasi isu. Dapatan kajian menunjukkan lima aspek yang dikemukakan menerusi pilihan eksposisi tema merangkumi viral atas nilai kandungan, format dan bentuk, petikan kata dan u..... 455 hits |
2395 | 2021 article | Comparison analysis of sound of through notation ‘A produced by Angklung Instruments which are made from different species of bamboo Muhammad Asyraf Mohd Bakri Angklung is a traditional musical instrument that originated in Indonesia and later been established in Malaysia since the 1930s. The tube is the most important part of the angklung. Almost 100% of the material used in making/producing the angklung instrument is from bamboo. There are 3 types of bamboo species commonly used in producing the angklung. Mostly use is the Gigantochloa atroviolaceae widjaja species of bamboo and two option is Gigantochloa scortechinii and Bambusa vulgaris. In this study, the results of the note ‘a’ sound recordings from all three species were performed by ‘kerulung’ technique and the comparison between the three species was carried out through frequency sound analysis using: audio waze, spectrogram and fast Fourier transform (FFT) using adobe audition software. The results showed a character difference through the timber element of the species of bamboo material to the sound analysis.
.. 508 hits |
2396 | 2021 article | Cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan Pentaksiran Bilik Darjah di sekolah rendah daerah Hilir Perak (FKIK) Lee, Hoi Yeh
Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) merupakan satu bentuk pentaksiran yang berkesan memberi maklum balas kepada guru tentang kekuatan dan kelemahan murid. PBD mula diadaptasikan dalam pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV) untuk mengesan pencapaian dan prestasi murid dalam aspek menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari sama ada dari segi kognitif, afektif dan psikomotor seiring dengan objektif mata pelajaran PSV secara menyeluruh dan berkesan. Namun, sejak budaya peperiksaan tradisional telah berakar umbi dalam sistem pendidikan Malaysia, perubahan kurikulum dalam aspek pentaksiran yang menenkankan aspek profil, pencapaian, perkembangan dan penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran telah mencabar kepercayaan para guru khususnya mata pelajaran PSV dikategorikan sebagai mata pelajaran elektif dan tidak mempunyai satu sistem rubrik dan pentaksiran sempurna untuk menilai perkembangan serta prestasi murid-murid. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk ..... 1299 hits |
2397 | 2021 article | Penerokaan rekaan hasil kreatif tari Seri Inai berdasarkan Tari Inai dari Panggak Laut, Daik Lingga sebagai sumber penciptaan tari Denny Eko Wibowo Artikel ini bertujuan untuk membincangkan penerokaan terhadap proses penyusunan tari ciptaan baharu Seri Inai sebagai kewujudan hasil kreatif dalam pelestarian Tari Inai di Panggak Laut, Daik, Lingga. Hasil kreatif ini merupakan hasil dari prinsip rekaan seni yang melibatkan irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Prinsip tersebut diaplikasikan sebagai sumber unsur seni yang diolah untuk mendapatkan gambaran penyusunan tari yang kreatif. Aspek Koreografi digunakan untuk melihat hubung kait antara tari Inai di Panggak Laut, Daik Lingga dengan tari Seri Inai sebagai sumber penciptaan tarinya secara visual. Data dikumpulkan melalui teknik temubual, pemerhatian dan kajian pustaka. Proses penyusunan tari adalah melalui tahap penggalian, penerokaandan komposisi. Namun, perbincangan mengenai komposisi dibahagikan kepada beberapa aspek seperti: 1) Hasil rekaan penyusunan tari Seri Inai yang memberi fokus kepada perspektif analisis Koreografi; 2) Dialektik dalam hasil rekaan penyusunan..... 234 hits |
2398 | 2022 final_year_project | Exploring free-riding in group project during online learning: a perspective from students in higher education Siti Aishah Sulaiman This study explored free riding in a group project during online learning: a perspective from
students in higher education. This study was conducted on students from the Sultan Idris
University of Education, UPSI. This is quantitative research. The data were analyzed through
descriptive statistics and correlation with a sample of 313 respondents of Information
Technology in Education, semester 1 to 7 students. collect data or information, researchers
have used questionnaires as a research instrument. Google Form was used to collect the
information. The data has been analyzed through a quantitative method involving the
descriptive analysis and correlation analysis using SPSS software... 896 hits |
2399 | 2023 final_year_project | Perbandingan pencapian murid dalam gamifikasi Darab-Silang dan Jubin topik kembangan dua ungkapan algebra tingkatan dua Tay, Ying Qi Bahan bantu mengajar banyak memberi manfaat kepada guru bagi membantu dan
merangsang tumpuan murid untuk belajar. Kajian ini menfokuskan teknik pengajaran
berdasarkan penggunaan gamifikasi Darab-Silang dan Jubin dalam topik kembangan
dua ungkapan algebra. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan pencapaian
murid tingkatan dua termasuk kajian perbandingan jantina dan bangsa dalam
pengajaran dan pemudahcara yang melibatkan penggunaan gamifikasi Darab-Silang
dan Jubin dalam topik kembangan dua ungkapan algebra. Reka bentuk kajian yang
digunakan ialah pendekatan kuantitatif. Pra-eksperimen digunakan untuk membuat
perbandingan antara kedua-dua gamifikasi berdasarkan pencapaian murid. Sampel bagi
kajian ini ialah 70 orang murid tingkatan dua, terdiri daripada 35 orang murid lelaki
dan 35 orang murid perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik di Daerah
Tanjong Malim, Perak, Malaysia. Di samping itu, mereka juga terdiri daripada 35 orang
murid Cina dan 35 orang murid I..... 553 hits |
2400 | 2023 final_year_project | Kesan penggunaan simulasi PhET bagi topik Hukum Gas terhadap pencapaian pelajar Fizik tingkatan 4 Krisna Manray Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan simulasi PhET (Physics
Education Technology) bagi topik Hukum Gas terhadap pencapaian pelajar fizik
tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen yang melibatkan
sampel kajian iaitu seramai 30 orang sampel pelajar Fizik Tingkatan empat. Pemilihan
sampel kajian adalah secara rawak mudah iaitu dua buah kelas daripada tiga buah
kelas dipilih bagi kajian ini. Kemudian, sampel kajian dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan
menggunakan lembaran kerja dengan simulasi PhET manakala kumpulan kawalan
hanya menggunakan lembaran kerja. Pencapaian kedua-dua kumpulan ini
diperhatikan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Data kajian dianalisis
dengan menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar dan ujian-t sampel berpasangan.
Berdasarkan analisis data ujian-t tidak bersandar, terdapat perbezaan antara markah
pencapaian bagi kumpulan kawalan (M = 2.47, SP = ..... 532 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 240 of 959 | [ Next ] [ Last ] |