UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
24212024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan kit \"Poket Pertukaran Gas\" bagi subtopik Pertukaran Gas dalam Manusia dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Titania Valencia Nyalo Kiong
Pelajar mengambil masa yang lama untuk menguasai subtopik Pertukaran Gas dalam Manusia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit Poket Pertukaran Gas bagi subtopik Pertukaran Gas Dalam Manusia dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian ini dilaksanakan menggunakan reka bentuk kajian pembangunan yang menerapkan model ADDIE. Kajian ini telah melibatkan seramai 60 orang pelajar tingkatan empat. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah teknik persampelan rawak bertujuan. Kajian ini menggunakan dua instrument iaitu borang kesahan pakar dan juga borang soal selidik kebolehgunaan kit Poket Pertukaran Gas. Seterusnya, data kajian yang telah diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27. Berdasarkan dapatan kajian, kit Poket Pertukaran Gas mempunyai kesahan yang memuaskan yang mana nilai persetujuan pakar adalah 85.83%. Berdasarkan dapatan kajian, kit Poket Pertukaran Gas.....

394 hits

24222024
Final Year Project
Keberkesanan Teknik 5M terhadap pencapaian murid bagi topik Pembahagian Sel Tingkatan Empat
Farah Nur Qistina Mohd Farizan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Teknik 5M terhadap pencapaian murid tingkatan Empat dalam topik Pembahagian Sel. Topik ini dianggap sukar oleh murid kerana mengandungi konsep yang kompleks serta sukar untuk difahami. Teknik 5M merujuk kepada beberapa singkatan akronim iaitu (i) mengenal pasti, (ii) menerangkan, (iii) melukis dan melabel, (iv) membanding beza, dan (v) mengingat dan mengulang. Reka bentuk kajian ini berbentuk kuasi eksperimental dan mempunyai dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Persampelan kajian dipilih secara persampelan rawak berkelompok yang menggunakan kelas yang telah sedia ada. Seramai 56 orang murid tingkatan 4 dari dua buah sekolah arus perdana di Negeri Sembilan telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen bagi kajian ini adalah satu set soalan ujian pra dan pasca yang mengandungi 20 objektif dan 2 soalan struktur. Data dianalisis melalui kuantitatif dengan menggunakan ujian-t tidak bersa.....

467 hits

24232024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan kit pengajaran \"Daeso-Hyso\" bagi subtopik Enzim mata pelajaran Biologi Tingkatan Empat
Fe\'adilen Sintar
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pengajaran “Daeso-Hyso” sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi subtopik Enzim, mata pelajaran Biologi, Tingkatan 4, serta menilai tahap kebolehgunaanya. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Pembangunan yang berpandukan kepada model ADDIE dan dianalisis secara kuantitatif. Instrumen soal selidik bagi kajian ini telah melalui kesahan muka dan kandungan melalui dua orang pakar kesahan dan dianalisis menggunakan nilai Content Validity Index (CVI). Nilai CVI yang diperoleh bagi kesahan muka dan kandungan bagi soal selidik adalah 1.0 dan 0.93 yang menunjukkan item soal selidik boleh diterima. Kajian rintis yang dijalankan ke atas 20 orang murid, menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen, Alpha Cronbach adalah 0.842, dan boleh digunakan dalam kajian sebenar. Persampelan rawak digunakan dalam kajian ini, melibatkan 45 orang murid yang mengambil mata pelajaran Biologi di tiga buah sekolah menengah di sekitar Tanjung Malim. Kep.....

519 hits

24242023
Article
Social entrepreneurship approach towards leveraging persons with disabilities (PWDs) in Malaysia
Asma Zulaikha Hishamuddina
Social entrepreneurship is an innovative approach to solving community problems. This social entrepreneurship approach is expected to be able to offer an alternative to providing sustainable employment opportunities to the disabled in Malaysia through the active involvement of SME traders in the social entrepreneurship movement. Traders are economic activists who have great potential to help improve the well-being of the disabled minority group who are facing employability problems considering that 19.3 percent of traders intend to hire more workers in the second quarter of 2022. Accordingly, the disabled group consisting of those with long-term physical deficiencies, mental, intellectual, or sensory needs to be considered to meet those needs. This conceptual paper aims to shed light on the types of social entrepreneurship approaches and how small and medium enterprise (SME) traders can help the disabled from the aspect of education and employability which in turn can improve their sta.....

597 hits

24252023
Article
Job resources and job self-efficacy of Vocational business educators evidence from Public Universities in Nigeria
Edokpolora, James Edomwonyi
This study’s objective was to learn more about if job resources could predict the vocational business educators’ level of job self-efficacy in public universities in Nigeria. The authors hypothesized that vocational business educators who use different requisite skills, who receive support from colleagues, who experience autonomy in making judgments on jobs, who receive finished feedback on the tasks, who seize the opportunity to acquire requisite skills, and who experience overall job resources are more likely to exert self-efficacy on the job. The quantitative study involved a sample of people, such as vocational business educators (N = 146). Participants completed a structured questionnaire adapted from psychological scales. The results of linear regression analyses indicated that vocational business educators who utilize a variety of skills, receive support from colleagues, receive the freedom to decide on a job, receive feedback on the job done, seize the opportunity to acquir.....

250 hits

24262024
Final Year Project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan Komik Berasaskan Islamik: Jelajah Dunia Bayi dalam subtopik perkembangan Fetus Manusia bagi matapelajaran Biologi tingkatan empat
Dg Zaitul Fiza Ag Damit
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan E-Komik Berasaskan Islamik “Jelajah Dunia Bayi” bagi subtopik Perkembangan Fetus Manusia dalam matapelajaran biologi tingkatan empat. E-komik ini telah memperolehi nilai persetujuan pakar yang memuaskan serta mendapat penilaian kebolehgunaan e-komik daripada persepsi guru pelatih biologi. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan Model ADDIE dan dianalisis secara kuantitatif. Dalam kajian ini, dua orang pakar dilantik sebagai pakar kesahan bagi pembangunan e-komik dan instrumen soal selidik. Seramai 66 orang guru pelatih semester enam dan semester tujuh yang mengambil Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat sebagai responden kajian ini. Instrumen soal selidik yang digunakan bagi menilai kebolehgunaan e-komik mempunyai 18 jumlah item dengan skala likert empat mata. Instrumen soal selidik memperoleh nilai pekali, 1.00 bagi kesahan muka dan kesahan kandungan, S-CVI = .....

566 hits

24272024
Final Year Project
Keberkesanan teknik Mnemonik terhadap keupayaan ingatan dan pencapaian murid Tingkatan Empat dalam topik Sistem Urinari
Siti Aisyah Azman
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan teknik mnemonik terhadap keupayaan ingatan dan pencapaian murid Tingkatan Empat dalam topik Sistem Urinari. Murid beranggapan bahawa topik ini sukar kerana memerlukan penghafalan dan pemahaman konsep yang banyak. Justeru, dalam kajian ini terdapat dua persoalan kajian iaitu adakah teknik mnemonik berkesan untuk meningkatkan keupayaan ingatan murid Tingkatan Empat dalam topik Sistem Urinari berbanding kaedah konvensional dan adakah teknik mnemonik berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid Tingkatan Empat dalam topik Sistem Urinari berbanding kaedah konvensional. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimental. Data dianalisis secara kuantitatif deskriptif dan inferensi. Seramai 51 orang murid Tingkatan Empat Biologi dari dua buah sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan telah terlibat untuk membentuk dua buah kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan seramai 26 orang murid diberik.....

807 hits

24282024
Final Year Project
Keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah terhadap kemahiran berfikir murid tingkatan empat bagi topik Sistem Respirasi dalam Manusia dan Haiwan
Nur Hidayah Balqis Haszill
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) terhadap kemahiran berfikir dalam kalangan murid tingkatan empat bagi topik Sistem Respirasi dalam Manusia dan Haiwan. Topik Sistem Respirasi dalam Mnausia dan Haiwan dianggap sukar oleh murid kerana melibatkan pemikiran abstrak dan beraras tinggi. Isu ini menyebabkan pencapaian murid dalam topik ini menurun. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan sebanyak 41 orang murid Tingkatan Empat yang mengambil subjek biologi. Murid-murid yang terlibat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan melibatkan 21 orang murid yang menggunakan pendekatan PBM manakala kumpulan kawalan melibatkan 20 orang murid yang menggunakan pendekatan pembelajaran secara konvensional. Instrumen kajian ini ialah ujian pra dan pasca kemahiran berfikir yang terdiri daripada 15 soalan objektif dan dua soalan subjektif yang digubal mengikut ar.....

538 hits

24292024
Final Year Project
Tinjauan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid Biologi tingkatan empat
Anis Fatinah Mohd Rozlan
Murid tingkatan empat yang mengambil subjek Biologi didapati mempunyai masalah di dalam memahami dan menguasai kemahiran manipulatif ketika melakukan amali di sekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid Biologi tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Tapah. Reka bentuk kajian adalah tinjauan dan menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi. Seramai 132 orang murid terlibat sebagai sampel kajian ini dan teknik pensampelan yang digunakan ialah pensampelan mudah. Nilai indeks kesahan kandungan bagi instrumen kajian adalah 1.00 manakala nilai pekali kebolehpercayaan bagi instrumen (Alpha Cronbach) adalah 0.809. Dapatan ini menunjukkan instrumen kajian mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan murid tingkatan empat berada pada tahap yang tinggi.....

725 hits

24302024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan \"Mabururan\" bagi subtopik Pencernaan dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat
Nur Cahaya Adiwa Azanadi
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan “Mabururan” sebagai bahan bantu mengajar (BBM) untuk subtopik Pencernaan dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan berpandukan model ADDIE. Dalam kajian ini, data dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu melalui soal selidik. Dua orang pakar telah dipilih bagi mendapatkan kesahan muka dan kandungan instrumen kajian serta permainan. Kesahan dianalisis menggunakan nilai Indeks Kesahan Kandungan (CVI). Nilai CVI yang diperoleh bagi kesahan muka dan kandungan bagi soal selidik adalah memuaskan dengan nilai 1.00 dan 0.81 yang menunjukkan item soal selidik boleh diterima. Kajian rintis yang dijalankan melibatkan 20 orang murid memberi nilai kebolehpercayaan, Alfa Cronbach iaitu 0.84, menunjukkan bahawa item dalam instrumen soal selidik boleh digunakan dalam kajian sebenar. Persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini melibatkan 45 orang murid yang mengambil mata.....

1279 hits

[ First ] [ Prev ] Page 243 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.