|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 3031 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan kebolehgunaan permainan \"Gravina 5\" bagi topik kegravitian dalam kalangan pelajar tingkatan empat Nor Arina Safiah Ahmad Termizi Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan dan menguji kesahan serta
mengenalpasti kebolehgunaan permainan ‘GraviNa 5’ dalam kalangan pelajar fizik tingkatan
empat. Kajian ini adalah berbentuk kajian reka bentuk pembangunan dengan menggunakan
model ADDIE di mana pendekatan kuantitatif kepada 59 orang responden dilakukan. Teknik
persampelan rawak mudah digunakan 59 orang pelajar fizik tingkatan empat di sekolah di
daerah Alor Gajah, Melaka dan di bahagian kebolehpercayaan intrumen, kajian rintis
dijalankan kepada 15 orang pelajar fizik tingkatan empat daripada sekolah yang berbeza.
Kajian ini menggunakan peratusan persetujuan pakar (%) serta kaedah analisis data deskriptif
dengan mengambil nilai skor min dan sisihan piawai daripada perisian Statistic Package for
Social Science (SPSS). Kesimpulannya, pembangunan permainan ‘GraviNa 5’ ini telah
mencapai objektif kajian di mana dapat dibuktikan mempunyai tahap kebolehgunaan yang
baik dan tinggi dalam kalan..... 571 hits |
| 3032 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan kebolehgunaan permainan papan Trivial Fluids bagi topik Tekanan dalam kalangan guru pelatih Fizik di UPSI Amirah Nabilah Mohd Zohdi Kajian ini bertujuan untuk membangunkan papan permainan Trivial Fluids sebagai
bahan bantu mengajar bagi topik Tekanan tingkatan lima serta menentukan persepsi
guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Fizik) dengan Kepujian di UPSI terhadap
pembinaan papan permainan ini. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan model
instruksional ADDIE. Kajian ini melibatkan 30 orang guru pelatih Fizik dengan
menggunakan teknik persampelan secara bertujuan. Kajian ini adalah kuantitatif yang
menggunakan kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik. Kesahan bagi
kajian ini diperoleh daripada dua orang pakar dengan nilai kesahan sebanyak 86.25%
manakala nilai Alfa Cronbach ialah 0.76. Seterusnya, analisis dan kebolehgunaan
permainan Trivial Fluids ini dibuat melalui analisis data kuantitatif yang hanya
menunjukkan data pemboleh ubah dalam bentuk kekerapan, skor min dan sisihan
piawai menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29.0.
Dapatan soal selid..... 641 hits |
| 3033 | 2024 Final Year Project | Tinjauan tentang tahap pengetahuan dan kesediaan terhadap perubahan iklim dalam kalangan guru pelatih Sains dan Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris Mohamad Norasrey Rashidi Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkaitan perubahan iklim. Reka bentuk kajian
ini adalah kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 152 responden telah
terlibat secara langsung dalam kajian ini yang terdiri daripada mahasiswa Sains dan Biologi
semester 6 dan 7. Instrumen kajian ini adalah borang soal selidik melalui platform Google
Form. Kesahan instrument kajian telah dijalankan oleh dua orang pakar dari UPSI dan nilai
kesahan muka ialah 95%. Nilai Coefficient Validity Index (CVI) yang diperoleh untuk soal
selidik ialah 0.955. Nilai ini dapat ditafsirkan sebagai diterima dan cemerlang. Kajian rintis
telah dijalankan bagi menguji kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Nilai Cronbach’s
Alpha yang diperolehi ialah 0.864 dan ditafsirkan sebagai baik dan diterima. Statistical
Package for Social Science (SPSS) telah digunakan bagi menganalisis data kajian secara
deskriptif u..... 841 hits |
| 3034 | 2024 Final Year Project | Tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan Realiti Berperantara (Augmented Reality) dalam pembelajaran guru pelatih Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris Mashitah Mazlan Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan
Realiti Berperantara (Augmented Reality) dalam pembelajaran guru pelatih Biologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hubungan antara tahap kesediaan dan
penggunaan AR dalam pembelajaran guru pelatih Biologi UPSI turut diukur dalam
analisis kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu
kajian tinjauan. Kaedah persampelan rawak mudah dijalankan ke atas populasi kajian
berjumlah 221 orang yang terdiri daripada guru pelatih Biologi UPSI semester lima
hingga tujuh. Data daripada instrumen borang soal selidik digunakan untuk analisis
deskriptif dan inferensi statistik. Analisis adalah menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 29. Borang ini mengandungi empat bahagian
dengan jumlah 29 soalan beserta demografi responden dan dinilai menggunakan Skala
Likert 4 mata. Kesahan borang soal selidik oleh dua orang pakar memperolehi nilai
Cohe..... 708 hits |
| 3035 | 2024 Final Year Project | Penggunaan \"Ops-Cell Division\" untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam topik pembahagian sel tingkatan empat di SMK (P) Methodist Melaka Nurain Ariffin Kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu dan permasalahan yang berkaitan dengan topik
Pembahagian Sel dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat SMK (P) Methodist
Melaka dan kesan pelaksanaan penggunaan aplikasi “Ops-Cell Division” terhadap
pencapaian murid-murid dalam topik Pembahagian Sel tingkatan empat SMK (P)
Methodist Melaka. Daripada tinjauan awal yang telah dilaksanakan melalui ujian di
dalam kelas menunjukkan kebanyakan murid-murid hanya mendapat markah jawapan
betul iaitu empat daripada sepuluh soalan. Hal ini menunjukkan bahawa murid tidak
dapat mengingati dan memahami tajuk Pembahagian Sel dengan baik. Kajian ini
mempunyai reka bentuk kajian tindakan yang berfokus kepada 15 orang murid
Tingkatan 4K1 SMK (P) Methodist Melaka. Instrumen kajian yang terlibat ialah
protokol temu bual dan ujian pencapaian. “Ops-Cell Division” ini merupakan satu
platform secara atas talian yang menggabungkan pelbagai pendekatan yang berbeza
mengikut cara pembelajaran terkini ..... 1127 hits |
| 3036 | 2024 Final Year Project | Tinjauan persepsi penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia bagi mata pelajaran Biologi dalam kalangan murid tingkatan empat Maisarah Mohamad Azizi Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi terhadap
penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia bagi mata pelajaran Biologi
dalam kalangan murid tingkatan empat. Kajian ini melibatkan sekolah-sekolah di
daerah Kerian, Perak. Sampel kajian adalah seramai 136 murid tingkatan empat yang
mengambil mata pelajaran Biologi dari populasi murid seramai 223 orang. Kajian ini
telah mendapat kesahan daripada empat orang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Instrumen kajian telah memperolehi kesahan dengan purata keseluruhan nilai
pekali kesahan sebanyak 0.85 bagi kesahan kandungan dan 0.90 bagi kesahan muka.
Nilai Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan instrumen merupakan 0.946. Dapatan kajian
mendapati bahawa murid-murid yang terlibat dalam kajian mendapat purata nilai min
dan sisihan piawai adalah 4.039±0.818 bagi konstruk minat terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar berasaskan multimedia. Seterusnya, bagi konstruk persepsi terhadap
penggu..... 1231 hits |
| 3037 | 2024 Final Year Project | Tinjauan tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap gamifikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi Nurul Aini Farhanah Ab Rizal Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru
pelatih Biologi terhadap gamifikasi serta hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap
kesediaan guru pelatih Biologi terhadap gamifikasi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) subjek Biologi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan
melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 97 orang guru pelatih Biologi yang terdiri daripada
semester 6 dan 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih berdasarkan
kaedah persampelan rawak mudah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik dalam
platform Google Form dengan pengukuran skala Likert 1-4 sebagai instrumen kajian. Dua
orang pakar yang terdiri daripada Pensyarah UPSI telah mengesahkan instrumen kajian
dengan peratusan nilai persetujuan yang tinggi iaitu 85%. Kajian rintis dijalankan terhadap
30 orang responden bagi menguji kebolehpercayaan instrumen. Nilai Alpha Cronbach
yang diperolehi ialah (α = 0.842). dan ditafsirk..... 1347 hits |
| 3038 | 2024 Final Year Project | Penerimaan pelajar terhadap penggunaan Augmented Reality (AR) dalam pembelajaran Biologi tingkatan empat Nurqasrina Hamzani Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk (i) mengenal pasti tahap penerimaan pelajar terhadap
pengaplikasian AR dalam pembelajaran Biologi tingkatan 4 dan (ii) mengkaji perbezaan tahap
penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian tersebut berdasarkan jantina. Kajian ini menggunakan
reka bentuk kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Sampel kajian seramai 145 pelajar
tingkatan 4 yang mengambil subjek Biologi telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak
mudah. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang telah disahkan (0.84α) meliputi
konstruk penerimaan iaitu sikap, penggunaan, dan kecenderungan dengan menggunakan skala 4
Likert. Analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian-t tidak bersandar)
masing-masing telah digunakan untuk menganalisis objektif (i) dan (ii). Didapati tahap
penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian AR adalah tinggi bagi konstruk sikap (M=3.39,
SP=0.46), penggunaan (M=3.23, SP=0.45) dan kecenderungan ..... 590 hits |
| 3039 | 2024 Final Year Project | Development and perceived usability of 3D-model PlasmaMesh as a teaching aid for subtopics in plasma membrane Cheng, Lee Hoong The study aims to create a 3D model “PlasmaMesh” as a teaching aid for plasma
membrane-related subtopics in Form Four (4) Biology. The research objectives are to
develop a 3D model PlasmaMesh as a teaching aid with high validity and to determine
the perceived usability of the product developed. This research is Developmental
Research Design (DRD) guided by the ADDIE model guided throughout the product
development process. The research utilized two instruments: a validity evaluation form
for experts to validate and a perceived usability questionnaire for respondents to
provide feedback. The validity of the product was analyzed by Content Validity Index
(CVI). The I-CVI for the product analyzed was 1.00 for each item summing up for a
total of 16 items, value interpreted was located in the range of 1.00 for three experts’
validation. A pilot study was conducted to access the reliability of the research
instruments, measuring methods through Cronbach’s Alpha, yielding a ..... 794 hits |
| 3040 | 2023 Article | Work ethics and the dimensions of knowledge management of academic staffs in college of education, South-West, Nigeria Abosedea, Subuola C. This study examined the influence of Work Ethics on the Dimensions of Knowledge Management of academic staff in College of Education, South-West, Nigeria. Using a descriptive survey research design, three hundred and sixty-one (361) respondents were surveyed. Data were collected using the Work Ethics Scale (r = 0.61) and the Knowledge Management Scale (r = 0.82) and analyzed using Multivariate Analysis at 0.05 significance level. The results show that Work Ethics has a significant influence on the Dimensions of Knowledge Management namely, documentation, transfer, creation and application. It is recommended that the academic staffs to be driven towards positive Work Ethics contained by the setting of institutional structure and tasks. Managers of academic institutions should create a policy which will ensure that knowledge acquisition, documentation, creation, transfer, and application are rewarded.
Keywords:
Work Ethics, Dimensions, Knowledge Management, Academic Staff, College of E..... 535 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 304 of 1173 | [ Next ] [ Last ] |