UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
30412023
Thesis
Hermeneutika manuskrip Melayu Campa Puteri dari Makkah ke teater eksperimental Melayu berjudul Asik
Ayu Afnizar Samsir Alam Syah
Dewasa ini, persembahan teater di Malaysia didasari oleh naskhah-naskhah drama pentas sedia ada dari manuskrip asal yang dihasilkan daripada sumber kajian, kisah benar, mitos, legenda dan sejarah. Namun, hanya sebilangan kecil persembahan drama pentas Malaysia dihasilkan dari manuskrip klasik yang mempamerkan cerita daripada figura tempatan. Maka itu, projek ini diilhamkan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan teater eksperimental Melayu yang diinspirasikan dari sebuah manuskrip Melayu Campa yang berjudul Puteri Dari Makkah (PDM). Proses pembinaan kajian ini memperlihatkan acuan budaya Melayu (dari manuskrip), kemudian digarap menjadi suatu bentuk eksperimentasi menerusi persembahan. Kandungan manuskrip ini dibentuk menjadi sebuah naratif persembahan berdasarkan teori Hermeneutika Martin Heidegger. Persembahan ini akan dibina berdasarkan konsep teater eksperimental Melayu. Konsep ini menggabungkan ciri-ciri teaterikal tradisional dan pasca moden dengan mengintegrasikan.....

532 hits

30422023
Thesis
Pembangunan sukatan pelajaran asas pembelajaran gitar elektrik bagi pemain dalam kelompok sinistraliti terbalik
Mohammad Effandi Othman
Kajian ini menjelaskan fenomena perlakuan individu yang mendominasi tangan kiri (sinistraliti) melebihi tangan kanan (non-kidal) dalam konteks permainan gitar elektrik. Pembangunan sukatan pelajaran asas pemain gitar sinistraliti tali terbalik bertujuan menyelesaikan pemasalahan kelompok ini dalam mendapatkan sukatan pelajaran asas. Objektif utama penyelidikan ialah menganalisis keperluan dan kandungan yang relevan terhadap pemain gitar dalam kelompok sinistraliti terbalik, membangunkan satu sukatan pelajaran yang komprehensif berpandukan analisis dan perolehan data, seterusnya mengesahkan pembangunan sukatan pelajaran baharu. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) melalui tiga fasa asas kajian dan dibantu oleh model-model pembangunan kurikulum. Pembangunan sukatan pelajaran baharu berjaya dilaksanakan menerusi proses adaptasi dan modifikasi spesifikasi unit sukatan pelajaran peperiksaan gitar elektrik Rockschool Limited (RSL) yang be.....

367 hits

30432022
Article
The symbolism of the covid-19 event in the artwork of Issarezal Ismail
Siti Humaini Said Ahmad@Syed Ahmad
Artwork is an expression of an artist inspired by thought and experience that encompasses issues and questions, including events, history, social, disasters, and psychology. This study was conducted to analyze and explain the signs and symbols on 20 works by Issarezal Ismail from two exhibition series entitled Wake Me Up When It’s All Over. The artworks from this exhibition were inspired by the artist’s own experience stranded in Kota Kinabalu, Sabah during the COVID-19 outbreak. The approach of this study is in the type of art study where it sits under a qualitative study that focuses on descriptive and holistic explanation. A conceptual framework was constructed based on the relevant concepts used by the researchers as a guide to analyzing the symbolism of the COVID-19 pandemic events in the work of Issarezal Ismail. The results of the analysis show that this series of works entitled Wake Me Up When It's All Over tries to reveal personal symbols from the artist's personal experie.....

330 hits

30442023
Thesis
Keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun 3
Phan, Chei Wei
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam Bahasa Inggeris terhadap murid tahun 3 di sebuah sekolah rendah Daerah Kinta Selatan, Perak. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan papan putih interaktif terhadap tahap pencapaian, tahap motivasi dan tahap minat dalam kalangan murid Tahun 3 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Teori pembelajaran inkuiri dan teori pembelajaran konstruktivisme diguna pakai dalam kajian ini. Kajian ini berlangsung selama lapan minggu dan terdiri daripada 39 orang responden pelbagai tahap pencapaian akademik diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, 19 orang responden bagi kumpulan rawatan (kaedah multimedia interaktif) dan 20 orang responden bagi kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul dengan menggunakan ujian pasca pencapaian dan soal selidik bagi tahap motivasi dan tahap minat. Perbezaan min ujian pas.....

641 hits

30452023
Thesis
Hubungan antara amalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru dan tahap penguasaan Matematik murid Tahun Lima
Ahmad Radzi Hamdan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan ciri pengajaran dan pembelajaran STEM guru terhadap tahap penguasaan matematik murid Tahun 5. Reka bentuk kajian yang digunakan melibatkan kajian kuantitatif yang disokong dengan kajian kualitatif. Satu set soal selidik Ciri Pengajaran dan pembelajaran STEM (CPSTEM) yang mengandungi 7 konstruk yang terdiri daripada 7 ciri pengajaran dan pembelajaran STEM digunakan untuk mengenal pasti tahap pengamalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru matematik. Seramai 73 orang guru matematik sekolah kebangsaan di daerah Kuala Selangor telah dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan rawak mudah di mana 73 guru matematik dipilih daripada 90 orang guru matematik di Kuala Selangor. Kaedah temu bual digunakan untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan pengamalan ciri pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan murid Tahun 5. Analisis statistik melibatkan skor min, peratusan, ujian ANOVA s.....

997 hits

30462022
Article
The adaptation of modesty concept in sportswear design for Malaysian women
Nasyirah Saleh
Modesty sportswear design is an alternative outfit to fulfill the needs of modesty appearances while doing sports especially for the Muslim women. The intention of innovating modesty sportswear design for Malaysian women is to provide more options of sport outfit for their active lifestyle. Recently, there was an issue regarding the lack of fashion likeness of the current sportswear design in local fashion industry and an excessive attention towards the women appearance in public which could distress their moral and confident level. The objectives of this study are: 1. to investigate the problems faced by Malaysian women regarding their option of sportswear clothing: 2. to identify the important features to be considered in designing modest sportswear designs for Malaysian women: 3. to create alternative sportswear designs with adaptation of modesty concept to suite Malaysian’s lifestyle: 4. To offer a module/guidance to designers and Small and Medium manufactures in getting the righ.....

358 hits

30472023
Thesis
Pembangunan dan kebolehlaksanaan modul pengajaran STEM kebarangkalian mudah Tingkatan Dua (STEM-KEBUM)
Mohd Romashal Isnan Mohd Shah
Kajian ini bertujuanmembangunkansebuahModulPengajaranSTEM KebarangkalianMudahTingkatanDua(STEM-KEBUM)danmenilaitahap kebolehlaksanaanmodulpengajarantersebut.Kajianinimenggunakanrekabentuk kajianpembangunanberasaskanmodelinstruksiADDIE.Sejumlah103orang daripada140orangguruMatematikTingkatanDuadisekitardaerahTemerloh, Pahangtelahdipilihsecararawakmudahsebagaisampelkajianini.Kajian pembangunaninimelibatkanproseskesahanmukadankandungan,kebolehpercayaan dankebolehlaksanaanmodul.Kaedahyangdigunakanuntukmenilaitahapkesahan mukadankandunganmoduladalahdenganmendapatkanmaklumbalasdanperatus persetujuanpakar.Penilaiantahapkebolehlaksanaanmodulpuladianalisissecara deskriptif.Dapatankajianmenunjukkanbahawamodulpengajaranyangdibangunkan inimempunyaikesahanmukadankesahankandunganyangtinggidenganpurata keseluruhanperatuspersetujuanpakaradalah90.5%dan97.2%masing-masing. KebolehpercayaanmoduladalahsangatbaikdengannilaiCronbach’sAlpha0.936. Modulinijugamempunyaitahapkebolehlaksanaanyangti.....

414 hits

30482022
Article
Sukatan efektif untuk penghasilan piece mould dalam kursus arca tuangan logam seni halus kajian eksperimen untuk pengajaran dan pembelajaran
Wan Nurhasyimah W. Mohd Apandi
Seni arca tuangan logam merupakan salah satu kursus yang penting dalam Diploma Seni Halus. Berdasarkan pengalaman penulis, penghasilan acuan atau ‘piece mould’ yang diajar dalam kursus ini tidak mempunyai sukatan khusus dan menggunakan teknik kovensional turun menurun iaitu ‘island formula’ yang tidak melibatkan sistem sukatan yang tepat diantara air dan ‘plaster of paris (POP)’. Hal ini telah menyebabkan kerugian kos bagi air dan POP apabila sukatan yang tidak sekata telah mengakibatkan ‘piece mould’ yang terhasil kurang ketahanannya. Berdasarkan situasi diatas, kertas kerja ini bertujuan menghasilkan sukatan paling efektif diantara air dan POP dalam penghasilan piece mould bagi kursus arca tuangan logam. Dengan menggunakan kaedah eksperimentasi didalam bengkel arca tuangan logam, penyelidik telah menjalankan sebanyak 6 kali uji kaji penghasilan piece mould melalui sukatan POP yang berbeza didalam bancuhan 100 ml air. Bancuhan uji kaji ini adalah berdasarkan nisbah dia.....

265 hits

30492022
Article
Pengaruh kepelbagaian budaya seni reka masjid di negara asia
Muhammad Salehuddin Zakaria
Masjid merupakan tempat ibadat umat islam yang berada di serata pelusuk dunia, masjid juga tempat melakukan aktiviti ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kajian ini mengkaji pengaruh budaya dalam seni reka masjid di negera asia berdekatan menggunakan kaedah deskriptif kualitatif dan dianalisis tentang perbandingan masjid yang terpilih. Fokusnya lebih tertumpu terhadap perbandingan terhadap motif, mimbar dan mihrab masjid di negara asia terpilih seperti Masjid Besar Shah Alam, Masjid Panglima Kinta, Ipoh dan Masjid Tonson Thailand menggunakan teori semiotika. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor tempatan berdasarkan gaya hidup tempatan, pembangunan bandar, dasar tempatan, kepercayaan tempatan, budaya tempatan, faktor luaran seperti dasar luar, dasar komersial negara, dan dasar luar negara menyebabkan terdapat perbezaan dari motif yang terdapat pada seni bina di masjid. Sejarah penubuhan masjid di suatu kawasan juga mempengaruhi penghasilan seni bina masjid yang berbeza. Antar.....

362 hits

30502022
Article
Laman arca connecting the public sculpture experience through a cloud based system
Nur Muhammad Amin Hashim Amir
Experiencing public sculpture can be highly individualistic for each participating audience. The experience only lasts for as long as they are on the site. Without any extensive interactive element besides taking photographs and observing, it is safe to say that lacking thereof is shown in a static environment. This research aims to create a platform that connects visitors’ experiences into one collective hive by expanding it through the artworks’ captions. Laman Arca; is a series of public sculptures on specific sites that allow visitors to use the implemented cloud-based system to harness their creative needs. This implementation improves visitors’ ways of interacting with the sculptures by adding a platform to discourse them, exponentially improving their appreciative experiences. The system has several sections; artwork description, artist’s biography, essential information, and live-site projects. The platform is retroactive, which means new visitors can assess previous au.....

505 hits

[ First ] [ Prev ] Page 305 of 1080 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.