UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
31012012
Thesis
Pembinaan program latihan litar dalam permainan sofbol untuk kumpulan novis perempuan
Vijayaranni Ragavan
Kajian yang berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur dan menilai prestasi kecergasan fizikal dan kemahiran sofbol pemain novis perempuan yang berumur 13-14 tahun  melalui program latihan litar dalam permainan sofbol. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang dari  daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Seramai 20 orang sebagai kumpulan rawatan yang menjalankan  program latihan litar sofbol dan 20 orang sebagai kumpulan kawalan  yang menjalankan program  latihan tradisional tiga kali seminggu selama 10 minggu. Pengukuran prestasi kecergasan fizikal  diperolehi berdasarkan lima bateri ujian yang terdiri daripada  Indeks jisim badan, SEMO, PACER,  lari pecut 30 meter dan tekan tubi. Ujian kemahiran sofbol diperolehi berdasarkan lima bateri ujian  yang terdiri daripada membaling bola untuk ketepatan, larian bes, membaling bola jarak jauh,  pukulan ketepatan arah dan memadang bola leret. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan  yang signifikan (t(38).....

458 hits

31022023
Thesis
The development and evaluation of a lab report scoring checklist to assess the practical skills indirectly in an undergraduate optics course
Muhamad Zulhelmi Othman
This study was carried out to develop and evaluate the practicality of a lab report scoring checklist to assess practical skills indirectly in the undergraduate optics course (UOC). The study employed quantitative approach with the support of qualitative data. A scoring checklist was developed for the obtained context from the needs analysis using the ADDIE instructional design model. The checklist was validated by six experts from the physics and physics education fields. The face validity was analysed using descriptive statistics, while the content validity was analysed using the Content Validation Index (CVI). The pilot test was conducted in three cyclic processes to obtain the reliability of the developed checklist. It involved three raters from different educational levels who evaluated 35 UOC lab reports. The first stage involves the analysis of inter-rater agreement using Fleiss’ kappa coefficient. Next, the Cohen’s kappa analysis was employed to determine the rel.....

905 hits

31032004
Thesis
Penggunaan perisian multimedia oleh guru sebagai alat bantu mengajar kemahiran membaca bagi kelas pemulihan Sekolah Rendah
Hani Meryleina Ahmad Mustafa
Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuasi eksperimental bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian multimedia sebagai alat bantu mengajar. Penggunaan perisian multimedia dibandingkan dengan pengajaran tradisional yang menggunakan kad gambar, kad perkataan atau sebagainya. Keberkesanan penggunaan perisian multimedia dinilai terhadap 60 orang murid sekolah rendah di Pahang. Penilaian ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan (kawalan dan rawatan). Penilaian dijalankan berdasarkan ujian pos yang telah dilakukan dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Perisian multimedia dibangunkan mengikut isi kandungan buku ‘Begini caranya … Sayang, Buku 7’ terbitan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan perubahan min kumpulan rawatan meningkat 2.19 daripada min kumpulan kawalan. Oleh itu penggunaan perisian multimedia ini mampu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid kelas pemulihan.. Melalui kajia.....

551 hits

31042023
Thesis
Teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral tingkatan 2 di luar Bilik Darjah
Sa\'adatul Farhana Yahya
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberhasilan aktiviti pelajar Pendidikan Moral luar Bilik Darjah. Objektif kajian pertama adalah menganalisis Teknik Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang berkesan. Objektif kajian kedua ialah menjelaskan faktor mendorong Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Objektif kajian ketiga ialah Menilai teknik pembelajaran yang paling berkesan dalam memupuk pengetahuan, perasaan dan perlakuan pelajar di luar bilik darjah. Metodologi kajian menggunakan kaedah temu bual tehadap enam orang responden yang telah menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar Bilik Darjah. Analisis data dibuat secara kualitatif berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran di luar Bilik Darjah dapat meningkatkan minat, sikap dan kefahaman yang tinggi dalam diri pelajar Pendidikan Moral di sekolah. Kebanyakkan guru dapat membimbing pelajar berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontek.....

513 hits

31052023
Thesis
Cabaran guru prasekolah luar bandar terhadap pengajaran dan pembelajaran online semasa Pandemik Covid-19
Huzaini Amir
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah cabaran guru-guru prasekolah di kawasan luar bandar terhadap pengajaran dan pembelajaran online semasa tempoh pandemik COVID-19. Peserta kajian adalah seramai empat orang guru prasekolah yang telah dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Pengumpulan data kajian adalah melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data kajian dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah luar bandar terhadap pengajaran dan pembelajaran online semasa pandemik COVID-19 adalah hampir sama dari segi capaian internet, penglibatan ibu bapa dan penjaga, penglibatan murid dan komunikasi antara guru dengan murid. Antara solusi yang diambil oleh guru-guru prasekolah di kawasan luar bandar ini untuk menangani isu-isu yang berlaku antaranya adalah dengan menyediakan modul-modul pembelajaran secara offline, menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram, memberi kelong.....

1111 hits

31062022
Thesis
Developing a risk assessment matrix towards better childcare services in Selangor
Nurul Adila Idris
The growth of women’s participation in the labour force raises the number of childcare centres that compete relentlessly. To remain competitive, childcare centres need to systematically assess childcare risks because a safe and healthy environment is vital in parents’ childcare choices. Therefore, this study attempts to develop a risk assessment matrix for childcare services through a modified Delphi technique that combines two Delphi rounds with a focus group discussion. Twenty experts participated in the first round of Delphi and eighteen continued to answers the second round of Delphi. Focus group were held with six experts as a replacement of third round of Delphi. Twentytwo childcare risks were assessed, and experts agreed that choking and drowning were the most critical risks in terms of risk severity. Conversely, runny nose, flu and cough, and lice infection had insignificant risk severity. For risk likelihood, experts agreed that runny nose, flu and cough, skin c.....

635 hits

31072022
Thesis
Amalan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi dalam pengajaran Guru Pendidikan Islam
Nur Syazimaa Sazali
Tahap penggunaan BBM berasaskan teknologi dalam PdP bagi Guru Pendidikan Islam (GPI) masih pada tahap yang sederhana. Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan penggunaan BBM berasaskan teknologi dalam pengajaran GPI, BBM teknologi yang kerap digunakan oleh GPI serta kesediaan GPI terhadap penggunaan BBM teknologi dalam pengajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan amalan penggunaan BBM teknologi dalam kalangan GPI berdasarkan jantina serta perbezaan BBM teknologi yang kerap digunakan oleh GPI berdasarkan lokasi sekolah. Seterusnya, kajian ini melihat hubungan antara amalan penggunaan dan kesediaan GPI terhadap BBM berasaskan teknologi dalam pengajaran. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan telah dipilih dalam kajian ini serta dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 27.0. Analisis deskriptif amalan penggunaan BBM berasaskan teknologi memperoleh skor min sebanyak 48.8, sp=7.621. Seterusnya, BBM teknologi yang kerap digu.....

1439 hits

31082022
Thesis
Formulating M-learning framework for generation Z using the Fuzzy Delphi Method
Loviana Lenyu Dunstan Mandau
This study was aimed to formulate m-learning framework for generation Z as a guideline to improve the teaching and learning process among generation Z learners,who was born in the year 1995 – 2012, also known as “Digital Natives”, “Me Generation”, and “Generation N”. This generation is the first generation to be born and grown with ready-to-use technology and a high-tech environment that differentiate their outlook from the previous generations. Although several researchers demonstrate the m-learning frameworks for teaching and learning, there is a limitation in the user interface (UI) design in the frameworks that suitable for the generation Z. To conduct this research study, Design and Development Research (DDR) method is used to identify the elements of generation Z characteristics, user interface (UI) design, and the m-learning instructional design (ID), formulate and evaluate the m- learning framework for generation Z. The instrument used in this research study is li.....

420 hits

31092023
Thesis
The effectiveness of digital learning materials on students academic achievement and motivation in the Geometry
Helal, Mohamed Aly Abbas Mohamed
This study determines the effectiveness of digital learning materials on students’ academic achievement and motivation in the topic Geometry. The research design is quasi-experimental. A sample of 60 participants out of 200 target populations were carefully chosen using cluster probability sampling. A threeweek intervention was carried out. The instruments used are a set of pre-test and post-test on the topic Geometry. The motivation survey that was given to the treatment group only. A descriptive analysis was used to describe students’ achievement on the geometry topic, while an independent t-test was used to determine the differences between the two teaching strategies the digital learning and the conventional learning. The survey was designed to measure the extent of students' motivation after using the developed digital learning materials and also analyzed through descriptive statistics. Meanwhile the correlation coefficient is revealing the relationship between dig.....

768 hits

31102023
Thesis
Pembinaan Modul Latihan STEM berintegrasikan GeoGebra dan GeoGebra AR bagi topik Fungsi dan Fungsi Kuadratik
Siti Anis Ab. Rahman
Kajian ini bertujuan untuk membina, menguji kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan Modul Latihan STEM berintegrasikan GeoGebra dan GeoGebra AR. Modul Latihan STEM melibatkan topik Fungsi dan Fungsi Kuadratik bagi pelajar Tingkatan Empat. Proses pembinaan modul adalah berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek (2005), Kerangka kualiti pendidikan STEM (2011), Model Penyelesaian Polya (1945) dan pengunaan perisian GeoGebra dan GeoGebra AR. Proses pembinaan modul menggunakan Model Pembinaan Modul Sidek terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat membina draf dan peringkat pengujian modul. Pendekatan kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian tinjauan yang dijalankan secara maya di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akibat pandemik COVID-19. Bagi memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan Modul Latihan STEM, kajian ini melibatkan lima orang pakar dan 33 pelajar. Manakala, kebolehgunaan Modul Latihan STEM .....

919 hits

[ First ] [ Prev ] Page 311 of 1114 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.