UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
31912022
Article
Penggunaaan media sosial dari perspektif psiko spiritual Islam
Nor Azah Abdul Aziz
Kertas kerja ini membincangkan tentang penggunaan media sosial dari perspektif psikospiritual Islam untuk kestabilan mental. Metodologi kajian ini merujuk kepada penggunaan maqamat dan ahwal untuk mengidentifikasi dan mengkategorikan media sosial yang bersesuaian dengan psikospiritual Islam yang merujuk kepada tulisan tokoh sufi Abū alQāsim ‘Abd al-Karīm ibn Hawāzin ibn ‘Abd al-Mālik ibn Talhah al-Qushayrī (376H-465H) yang berpegang dengan akidah Ahl Sunnah wa al-Jama’ah. Terdapat empat puluh lima atau lebih maqāmāt dan ahwāl yang telah dianalisa oleh al-Qushayrī (Knysh, 2000). Bagaimanapun untuk kajian ini penyelidik memilih tiga maqāmāt dan tiga ahwāl yang bersesuaian dengan pengguna media sosial yang boleh dipraktiskan untuk penyucian jiwa dan kesihatan mental. Hasil kajian adalah formulasi panduan penggunaan media sosial yang sesuai dari sudut psikospiritual Islam. Kata kunci: Media Sosial, Psiko Spiritual Islam..

825 hits

31922022
Article
Pelaksanaan program Hafazan Al-Quran kajian kes di Sekolah Menengah Malaysia
Wan Ahmad Zakry Wan Kamarudin
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan program hafazan al-Quran yang diperkenalkan di sebuah sekolah menengah di Malaysia. Penghafalan al-Quran merupakan salah satu Komponen AlQuran seperti yang dinyatakan dalam program Ulul Albab. Ia diasaskan dan dimulakan oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi di Malaysia, Dato Seri Idris Jusoh. Bagi mencapai objektif kajian ini, pendekatan kualitatif diaplikasikan dengan menggunakan teknik temu bual dengan beberapa orang informan manakala dokumen dan buku berkaitan diteliti. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah BIFFAS telah meningkatkan kualiti hafazan al-Quran pelajar dan ini mendorong motivasi pelajar IMTIAZ bukan sahaja dengan kemajuan pembelajaran mengikut arus perdana pendidikan negara, tetapi ia juga membantu meningkatkan pemerolehan al- Quran pelajar di Malaysia. Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Menengah IMTIAZ Terengganu (SM IMTIAZ), Malaysia. Sekolah ini dipilih memandangkan ia merupakan sekolah menengah pertam.....

360 hits

31932022
Article
Kepentingan elemen patriotisme dalam Pendidikan Islam sekolah menengah
Mohd Erfino Joharin
Kajian ini dijalankan bagi meneroka kepentingan elemen patriotisme dalam Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Kajian ini dilakukan menggunakan set soalan temu bual yang telah dijalankan ke atas lapan orang Peserta Kajian (PK) yang merupakan Guru Pendidikan Islam di beberapa buah sekolah menengah harian, agama dan berasrama penuh. Data kualitatif daripada temu bual ini dianalisis secara deskriptif menggunakan ATLAS.ti versi 9 bagi mendapatkan tema, subtema dan dapatan kajian. Hasil analisis kajian mendapati, elemen patriotisme amat penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara elemen patriotisme dengan keterampilan GPI serta elemen patriotisme dalam pembentukan diri murid. Sememangnya tahap kemahiran dan sikap GPI ke arah menggunakan elemen patriotisme dalam pengajaran adalah positif tetapi mempunyai kelemahan dari aspek perancangan dan pelaksanaan. Justeru, semasa menjalankan proses pengajar.....

430 hits

31942022
Article
Idea semangat berfikir oleh Syed Hussein Alatas tinjauan terhadap pengukuhan identiti dan persoalan kemajuan Umat Islam
Noorilham Ismail
Makalah ini menumpukan perbincangan terhadap idea semangat berfikir oleh Syed Hussein Alatas dengan memberi keutamaan kepada soal pengukuhan identiti dan persoalan kemajuan umat Islam pada hari ini. Objektif utama makalah ini adalah untuk menganalisis idea semangat berfikir yang telah dikemukakan oleh Syed Hussein terutamanya dalam karya beliau, “Kita dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah”. Analisis terhadap idea semangat berfikir oleh Syed Hussein ini penting untuk membuktikan usaha beliau dalam memajukan bangsa di samping membentuk satu gagasan pemikiran yang realistik bagi diaplikasikan oleh lapisan masyarakat ke arah pembentukan kemajuan bangsa. Kaedah kualitatif telah digunakan dalam makalah ini untuk menilai idea semangat berfikir oleh Syed Hussein seperti yang terkandung dalam karya penulisannya yang telah dinyatakan sebelum ini dengan turut melibatkan olahan atas karya-karya beliau yang lain. Sumber-sumber sekunder seperti tesis, buku dan jurnal turut dijadikan sebagai pelengka.....

295 hits

31952022
Article
Estetika keindahan tulisan Mushaf Al-Quran pujangga tertinggi Ummat Islam satu kajian perbandingan antara Mushaf Indonesia dengan Mushaf Malaysia
Makmur Harun
Bentuk estetika tulisan mushaf Nusantara merupakan salah satu titik keindahan seni hiasan mushaf yang sering menjadi corak utama dalam al-Qur’an, implementasi tulisan dan corak semakin memperindah tulisan al-Qur’an sebagai pujangga tertinggi bagi ummat Islam terutama ketika menjadi hiasan dalam mushaf al-Qur’an di Indonesia dan juga di Malaysia. Kewujudan hiasan dan tulisan menjadi pelengkap yang terang, jelas, indah, unik dan memikat di kedua mushaf Nusantara tersebut. Pengungkapan keindahan penghasilan mushaf ini menjadi asas penting dalam al-Qur’an mushaf standar di Indonesia dan Malaysia untuk dibaca oleh umat Islam di Nusantara sebagai pujangga tertinggi mereka. Peranan tulisan dan hiasan mushaf di Indonesia dan Malaysia terus berkembang dan bahkan terus diperhalusi dengan menggunakan kaedah tertentu. Selain ianya juga menjadi isyarat keagungan pelbagai hasil karya seni lainnya. Sementara kedua mushaf tersebut telah menjadi kebanggaan tersendiri umat Islam di Nusantara sek.....

582 hits

31962023
Thesis
Keberkesanan penerapan cerita rakyat digital terhadap kemahiran bertutur murid SJKC
Farah Hanani Kamanoorni
Kajian ini bertujuan untuk 1) mengenal pasti permasalahan kemahiran bertutur aspek bersoal jawab yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu 2) melihat perbezaan pencapaian min yang signifikan dalam kemahiran bertutur aspek bersoal jawab antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan melalui Teknik Cerita Rakyat Digital dan 3) mengkaji perbezaan pencapaian min murid yang signifikan berdasarkan latar belakang sosial dalam kemahiran bertutur aspek bersoal jawab. Reka bentuk kajian kuantitatif digunakan iaitu kuasi-eksperimental. Pengumpulan data dilaksanakan melalui soal selidik dan ujian perbandingan pencapaian pra dan pasca secara hibrid iaitu campuran kaedah bersemuka dan di dalam talian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif ialah statistik min skor dan nilai kekerapan manakala statistik inferensi ialah ujian-t. Kedua statistik ini dioperasi menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Seramai (n=61) sampel dilibatkan iaitu (n=30) bagi .....

1077 hits

31972023
Thesis
Hubungan kepimpinan transformasi pengetua dengan kepimpinan guru Sekolah Amanah Negeri Selangor
Nur Zabreena Zabir
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan kepimpinan transformasi pengetua dengan kepimpinan guru Sekolah Amanah di negeri Selangor. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 205 orang guru sekolah menengah dari 404 orang guru sekolah menengah Sekolah Amanah dari seluruh negeri Selangor. Kajian pengumpulan data bagi kajian ini adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen kajian ini telah diadaptasi daripada Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) dan Teacher Leadership Inventory (TLI). Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan transformasi pengetua (min = 3.35) dan tahap kepimpinan guru (min = 3.33) berada di tahap sederhana. Analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara faktor tempoh perkhidmatan guru: (F = 1.54, p = 0.19) terhadap tahap kepimpinan guru Sekolah Amanah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan yang positif antara kedua-dua .....

682 hits

31982023
Thesis
Keberkesanan penggunaan pendekatan inkuiri 5E terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan pencapaian Sains murid tahun 3
Nantha Kumar Sivaperumal
Kajian ini bertujuan untuk menkaji kesan penggunaan pendekatan inkuiri 5E (engage, explore, explain, elaborate, evaluate) terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan pencapaian sains murid Tahun 3. Istilah ketumpatan merupakan istilah baru yang diperkenalkan di tahun 3 mulai tahun 2019. Murid-murid didapati menghadapi masalah dalam memahami konsep tajuk ini. Bagi mengatasi masalah tersebut satu kajian dibentuk dan dilaksanakan di sebuah sekolah untuk mengenalpasti kesan pendekatan inkuiri 5E terhadap tajuk ketumpatan bagi meningkatkan pencapaian Sains dalam kalangan murid tahun 3 serta persepsi murid terhadap pendekatan inkuiri 5E dalam pembelajaran sains. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen di sebuah sekolah di negeri Selangor. Seramai 70 orang murid Tahun 3 terlibat dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 35 murid dalam kumpulan rawatan dan 35 murid dalam kumpulan kawalan. Murid kum.....

950 hits

31992023
Thesis
Teater tradisional Cupak Gerantang sebagai kaedah alternatif memupuk pendidikan watak pelajar Madrasah Aliyah NW Mercapada
Taufik Mawardi
Kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan teater tradisional Cupak Gerantang sebagai alternatif pendidikan watak di sekolah. Penyelidikan ini dijalankan untuk mencapai objektif kajian iaitu: (1) mengenal pasti tahap-tahap pendidikan watak pelajar di Madrasah Aliyah NW Mercapada, (2) meneroka nilai pendidikan watak di Teater Tradisional Cupak Gerantang bagi mengatasi masalah tersebut. pendidikan watak pelajar bermasalah di Madrasah Aliyah NW Mercapada, dan (3) mengaplikasikan teater tradisional Cupak Gerantang sebagai kaedah alternatif membentuk pendidikan watak pelajar Madrasah Aliyah NW Mercapada. Ini adalah penyelidikan kualitatif. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah pengkaji memasuki persekitaran subjek kajian serta memerhati, temubual dan mendokumentasikan apa yang berlaku. Penyelidikan ini menggunakan teori keperluan Abraham Maslow. Berasaskan kajian dijumpa dapatan bahawa teater tradisional Cupak Gerantang boleh menjadi alternative bagi pendidikan watak ker.....

776 hits

32002023
Thesis
Hubungan sikap dan penglibatan tenaga pengajar dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Kolej Vokasional
Mohd Sazali Abd Hamid
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap hubungan sikap dan penglibatan tenaga pengajar dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Kolej Vokasional secara lebih signifikan mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah. Kurangnya kajian empirikal di sekolah-sekolah menyebabkan isu keselamatan dan kesihatan yang timbul tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Model Teori Heinrich dan Teori Domino dijadikan sebagai tunjang kepada kajian ini. Rekabentuk kajian kuantitatif secara tinjauan digunakan untuk memperoleh data di lapangan. Instrumen yang digunakan adalah adaptasi daripada Mazlan (2017) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (2018). Sebanyak 40 item telah digunakan untuk menentukan ukuran sikap, pengaruh dan penglibatan tenaga pengajar di Kolej Vokasional. Dapatan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS untuk menjelaskan korelasi dan regrasi berdasarkan data. Analisis deskriptif digunakan untuk menjelaskan mengenai demogr.....

539 hits

[ First ] [ Prev ] Page 320 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.