|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 3341 | 2023 Thesis | Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah Mageswary Krupiah Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Tamil bagi murid
tingkatan 2 sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak. Pendekatan kualitatif
dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian
terdiri daripada temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang melibatkan seramai
5 orang guru bahasa Tamil dan 65 orang murid-murid tingkatan 2 dari 5 buah sekolah
menengah. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk
interpretasi teks kepada metateks. Dapatan kajian menunjukkan masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid-murid adalah dari segi mengalami masalah kekurangan idea dan
pengetahuan, murid tidak mempunyai pengetahuan asas, sikap malas murid,
kekurangan buku rujukan, bahan bantu mengajar yang tidak sesuai dan pihak
pentadbiran tidak memberi penekanan serta belum memahami konsep KBAT dengan
sepenuhnya. Langkah-langkah mengatasi masala..... 469 hits |
| 3342 | 2022 Article | Cabaran aspek kepimpinan belia wanita berasaskan peranan kerja sosial komuniti Khadijah Alavi Kajian ini meneroka cabaran kepimpinan belia wanita dalam membina kerjaya pada usia muda berasaskan peranan pekerja sosial komuniti. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan fenomenologi. Seramai 5 orang responden telah dipilih berdasarkan persampelan bertujuan dan telah ditemu bual secara mendalam. Protokol kajian yang digunakan dalam kajian ini berbentuk garis panduan soalan separa berstrukur yang dibina berpandukan sorotan literatur. Informan telah ditemu bual secara bersemuka dan semua data yang direkodkan telah ditranskrip secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa cabaran utama dalam kalangan belia di bawah program organisasi kepimpinan ialah ketahanan diri dari aspek emosi dan fizikal. Selain itu, kerja sosial komuniti adalah aspek penting dalam proses pemerkasanan dan penglibatan belia wanita dalam aktiviti kesejahteraan masyarakat. Kajian ini mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu memperkenalkan satu..... 610 hits |
| 3343 | 2023 Thesis | Hermeneutika manuskrip Melayu Campa Puteri dari Makkah ke teater eksperimental Melayu berjudul Asik Ayu Afnizar Samsir Alam Syah Dewasa ini, persembahan teater di Malaysia didasari oleh naskhah-naskhah drama
pentas sedia ada dari manuskrip asal yang dihasilkan daripada sumber kajian, kisah
benar, mitos, legenda dan sejarah. Namun, hanya sebilangan kecil persembahan drama
pentas Malaysia dihasilkan dari manuskrip klasik yang mempamerkan cerita daripada
figura tempatan. Maka itu, projek ini diilhamkan untuk menghasilkan satu bentuk
persembahan teater eksperimental Melayu yang diinspirasikan dari sebuah manuskrip
Melayu Campa yang berjudul Puteri Dari Makkah (PDM). Proses pembinaan kajian ini
memperlihatkan acuan budaya Melayu (dari manuskrip), kemudian digarap menjadi
suatu bentuk eksperimentasi menerusi persembahan. Kandungan manuskrip ini
dibentuk menjadi sebuah naratif persembahan berdasarkan teori Hermeneutika Martin
Heidegger. Persembahan ini akan dibina berdasarkan konsep teater eksperimental
Melayu. Konsep ini menggabungkan ciri-ciri teaterikal tradisional dan pasca moden
dengan mengintegrasikan..... 610 hits |
| 3344 | 2023 Thesis | Pembangunan sukatan pelajaran asas pembelajaran gitar elektrik bagi pemain dalam kelompok sinistraliti terbalik Mohammad Effandi Othman Kajian ini menjelaskan fenomena perlakuan individu yang mendominasi tangan kiri
(sinistraliti) melebihi tangan kanan (non-kidal) dalam konteks permainan gitar elektrik.
Pembangunan sukatan pelajaran asas pemain gitar sinistraliti tali terbalik bertujuan
menyelesaikan pemasalahan kelompok ini dalam mendapatkan sukatan pelajaran asas.
Objektif utama penyelidikan ialah menganalisis keperluan dan kandungan yang relevan
terhadap pemain gitar dalam kelompok sinistraliti terbalik, membangunkan satu
sukatan pelajaran yang komprehensif berpandukan analisis dan perolehan data,
seterusnya mengesahkan pembangunan sukatan pelajaran baharu. Kajian kualitatif ini
menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) melalui tiga fasa asas
kajian dan dibantu oleh model-model pembangunan kurikulum. Pembangunan sukatan
pelajaran baharu berjaya dilaksanakan menerusi proses adaptasi dan modifikasi
spesifikasi unit sukatan pelajaran peperiksaan gitar elektrik Rockschool Limited (RSL)
yang be..... 423 hits |
| 3345 | 2022 Article | The symbolism of the covid-19 event in the artwork of Issarezal Ismail Siti Humaini Said Ahmad@Syed Ahmad Artwork is an expression of an artist inspired by thought and experience that encompasses issues and questions, including events, history, social, disasters, and psychology. This study was conducted to analyze and explain the signs and symbols on 20 works by Issarezal Ismail from two exhibition series entitled Wake Me Up When It’s All Over. The artworks from this exhibition were inspired by the artist’s own experience stranded in Kota Kinabalu, Sabah during the COVID-19 outbreak. The approach of this study is in the type of art study where it sits under a qualitative study that focuses on descriptive and holistic explanation. A conceptual framework was constructed based on the relevant concepts used by the researchers as a guide to analyzing the symbolism of the COVID-19 pandemic events in the work of Issarezal Ismail. The results of the analysis show that this series of works entitled Wake Me Up When It's All Over tries to reveal personal symbols from the artist's personal experie..... 364 hits |
| 3346 | 2023 Thesis | Keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun 3 Phan, Chei Wei Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan papan putih
interaktif dalam Bahasa Inggeris terhadap murid tahun 3 di sebuah sekolah
rendah Daerah Kinta Selatan, Perak. Objektif kajian adalah untuk mengenal
pasti keberkesanan penggunaan papan putih interaktif terhadap tahap
pencapaian, tahap motivasi dan tahap minat dalam kalangan murid Tahun 3
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Reka bentuk kuasi eksperimen
digunakan dalam kajian ini. Teori pembelajaran inkuiri dan teori pembelajaran
konstruktivisme diguna pakai dalam kajian ini. Kajian ini berlangsung selama
lapan minggu dan terdiri daripada 39 orang responden pelbagai tahap
pencapaian akademik diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, 19
orang responden bagi kumpulan rawatan (kaedah multimedia interaktif) dan 20
orang responden bagi kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul
dengan menggunakan ujian pasca pencapaian dan soal selidik bagi tahap
motivasi dan tahap minat. Perbezaan min ujian pas..... 731 hits |
| 3347 | 2023 Thesis | Hubungan antara amalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru dan tahap penguasaan Matematik murid Tahun Lima Ahmad Radzi Hamdan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan ciri pengajaran dan pembelajaran
STEM guru terhadap tahap penguasaan matematik murid Tahun 5. Reka bentuk kajian yang
digunakan melibatkan kajian kuantitatif yang disokong dengan kajian kualitatif. Satu set soal
selidik Ciri Pengajaran dan pembelajaran STEM (CPSTEM) yang mengandungi 7 konstruk
yang terdiri daripada 7 ciri pengajaran dan pembelajaran STEM digunakan untuk mengenal
pasti tahap pengamalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru matematik.
Seramai 73 orang guru matematik sekolah kebangsaan di daerah Kuala Selangor telah dipilih
sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan rawak mudah di mana 73 guru
matematik dipilih daripada 90 orang guru matematik di Kuala Selangor. Kaedah temu bual
digunakan untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan pengamalan ciri pengajaran dan
pembelajaran STEM dalam kalangan murid Tahun 5. Analisis statistik melibatkan skor min,
peratusan, ujian ANOVA s..... 1230 hits |
| 3348 | 2022 Article | The adaptation of modesty concept in sportswear design for Malaysian women Nasyirah Saleh Modesty sportswear design is an alternative outfit to fulfill the needs of modesty appearances while doing sports especially for the Muslim women. The intention of innovating modesty sportswear design for Malaysian women is to provide more options of sport outfit for their active lifestyle. Recently, there was an issue regarding the lack of fashion likeness of the current sportswear design in local fashion industry and an excessive attention towards the women appearance in public which could distress their moral and confident level. The objectives of this study are: 1. to investigate the problems faced by Malaysian women regarding their option of sportswear clothing: 2. to identify the important features to be considered in designing modest sportswear designs for Malaysian women: 3. to create alternative sportswear designs with adaptation of modesty concept to suite Malaysian’s lifestyle: 4. To offer a module/guidance to designers and Small and Medium manufactures in getting the righ..... 389 hits |
| 3349 | 2023 Thesis | Pembangunan dan kebolehlaksanaan modul pengajaran STEM kebarangkalian mudah Tingkatan Dua (STEM-KEBUM) Mohd Romashal Isnan Mohd Shah Kajian ini bertujuanmembangunkansebuahModulPengajaranSTEM
KebarangkalianMudahTingkatanDua(STEM-KEBUM)danmenilaitahap
kebolehlaksanaanmodulpengajarantersebut.Kajianinimenggunakanrekabentuk
kajianpembangunanberasaskanmodelinstruksiADDIE.Sejumlah103orang
daripada140orangguruMatematikTingkatanDuadisekitardaerahTemerloh,
Pahangtelahdipilihsecararawakmudahsebagaisampelkajianini.Kajian
pembangunaninimelibatkanproseskesahanmukadankandungan,kebolehpercayaan
dankebolehlaksanaanmodul.Kaedahyangdigunakanuntukmenilaitahapkesahan
mukadankandunganmoduladalahdenganmendapatkanmaklumbalasdanperatus
persetujuanpakar.Penilaiantahapkebolehlaksanaanmodulpuladianalisissecara
deskriptif.Dapatankajianmenunjukkanbahawamodulpengajaranyangdibangunkan
inimempunyaikesahanmukadankesahankandunganyangtinggidenganpurata
keseluruhanperatuspersetujuanpakaradalah90.5%dan97.2%masing-masing.
KebolehpercayaanmoduladalahsangatbaikdengannilaiCronbach’sAlpha0.936.
Modulinijugamempunyaitahapkebolehlaksanaanyangti..... 454 hits |
| 3350 | 2022 Article | Sukatan efektif untuk penghasilan piece mould dalam kursus arca tuangan logam seni halus kajian eksperimen untuk pengajaran dan pembelajaran Wan Nurhasyimah W. Mohd Apandi Seni arca tuangan logam merupakan salah satu kursus yang penting dalam Diploma Seni Halus. Berdasarkan pengalaman penulis, penghasilan acuan atau ‘piece mould’ yang diajar dalam kursus ini tidak mempunyai sukatan khusus dan menggunakan teknik kovensional turun menurun iaitu ‘island formula’ yang tidak melibatkan sistem sukatan yang tepat diantara air dan ‘plaster of paris (POP)’. Hal ini telah menyebabkan kerugian kos bagi air dan POP apabila sukatan yang tidak sekata telah mengakibatkan ‘piece mould’ yang terhasil kurang ketahanannya. Berdasarkan situasi diatas, kertas kerja ini bertujuan menghasilkan sukatan paling efektif diantara air dan POP dalam penghasilan piece mould bagi kursus arca tuangan logam. Dengan menggunakan kaedah eksperimentasi didalam bengkel arca tuangan logam, penyelidik telah menjalankan sebanyak 6 kali uji kaji penghasilan piece mould melalui sukatan POP yang berbeza didalam bancuhan 100 ml air. Bancuhan uji kaji ini adalah berdasarkan nisbah dia..... 291 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 335 of 1110 | [ Next ] [ Last ] |