|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 331 | 2024 Thesis | Hubungan kepuasan kerja terhadap pencapaian prestasi pensyarah Kolej Vokasional Malaysia Nor Roselidyawaty Mohd Rokeman Kajian lepas menunjukkan terdapat masalah burnout dalam kalangan pensyarah Program Pelancongan. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara kepuasan kerja dan pencapaian prestasi pensyarah Program Pelancongan Kolej Vokasional di Malaysia. Kajian ini menggunakan rekabentuk korelasi. Teori Hirarki Maslow dan Teori Dua Faktor Herzberg digunakan dalam kajian ini untuk menentukan pembolehubah kajian. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 64 item berskala Likert. Populasi kajian ini terdiri daripada 70 orang pensyarah Program Pelancongan kolej vokasional di Malaysia. Berdasarkan jadual saiz sampel Krecjie dan Morgan, seramai 59 orang responden telah dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan min dan sisihan piawai pemboleh ubah kepuasan kerja adalah seperti berikut: rakan sekerja (M=4.01, SP=0.62), gaji dan faedah (M=3.42, SP=0.72), persekitaran kerja (M=3.20, SP=0.81), dan beban kerja (M=3.14, SP=0.64). Bagi pemboleh ubah pencapaian prest..... 349 hits |
| 332 | 2024 Thesis | Peramal efikasi kendiri pelajar multimedia terhadap kemahiran pemikiran komputasional dalam pengaturcaraan komputer Abdul Rahim Zulkifli Efikasi kendiri pengaturcaraan (EKP) dan kemahiran pemikiran komputasional (KPK) menyumbang kepada kemahiran pengaturcaraan pelajar. Namun, pelajar kurang menguasai dua aspek tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap EKP dan tahap KPK. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan EKP dan KPK mengikut jantina dan latar belakang akademik. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti peramal utama EKP berpandukan kepada lima KPK iaitu kemahiran kreativiti, pemikiran algoritma, kerjasama, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah. Cabaran dan strategi ketika pelajar belajar pengaturcaraan secara dalam talian turut diberi fokus dalam kajian ini. Kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan soal-selidik ini melibatkan seramai 185 pelajar yang dipilih secara rawak bersistematik. Soal selidik telah disahkan oleh tiga pakar (purata peratus persetujuan = 80 % dan keatas). Kebolehpercayaan konstruk bagi kemahiran pemikiran komputasional ( __ = 0.93) dan efikasi kendiri p..... 211 hits |
| 333 | 2024 Thesis | Amalan pengajaran guru agama dalam Kurikulum Bersepadu Dini di SABK negeri Kelantan Fatin Nurdiana Mahmud Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru agama menerusi Kurikulum Bersepadu Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Kelantan dalam aspek penggunaan Bahasa Arab, kaedah pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan sahsiah. Kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti perbezaan menerusi aspek penggunaan Bahasa Arab guru berdasarkan demografi. Kajian ini berbentuk kuantitatif melibatkan seramai 71 orang guru agama SABK. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang telah disahkan oleh dua orang pakar. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggi berdasarkan pekali Alpha Cronbach bagi soal selidik ialah (>0.982). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif kekerapan, peratusan min, sisihan piawai dan inferens ujian-T dan ANOVA. Dapatan kajian amalan pengajaran guru agama menerusi KBD menunjukkan bahawa semua aspek amalan pengajaran guru agama diantara penggunaan Bahasa Arab (min=4.02, sp=0.38), kaedah pengajaran (min=4...... 237 hits |
| 334 | 2024 Thesis | Kepekatan logam berat dalam air di Lembangan Sungai Bernam Nur Aziemah Zainal Kajian ini dijalankan bagi membuat penilaian terhadap kandungan logam berat di lembangan Sungai Bernam. Sebanyak sebelas stesen pensampelan telah ditetapkan di sepanjang lembangan Sungai Bernam. Sampel yang diambil dianalisis secara deskriptif, melalui Indeks Logam (MI) dan analisis kluster (CA). Sepanjang tempoh pensampelan iaitu dari Disember 2021 hingga Jun 2022 terhadap enam parameter logam berat iaitu Al, Zn, Mn, Cr, Cu dan Ni menunjukkan susunan kepekatan menurun iaitu Zn>Al>Mn>Cu>Ni>Cr. MI menunjukkan hasil yang berbeza untuk setiap peringkat hulu, tengah dan hilir sungai. Di peringkat hulu sungai, MI menunjukkan Sungai Bernam hanya sedikit tercemar manakala di peringkat tengah sungai air mulai menunjukkan keadaan sederhana tercemar kecuali di Sungai Bil dan Sungai Slim (sedikit tercemar). Di hilir Sungai Bernam, MI menunjukkan air sangat tercemar di Stesen Kg Kuala Slim dan semakin merosot kualiti di stesen Changkat Menteri (tercemar dengan serius). MI memaparkan keadaan sungai..... 194 hits |
| 335 | 2024 Thesis | Pengaruh amalan kepimpinan distributif guru besar terhadap keberkesanan sekolah di sekolah kurang murid daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar, Perak Cheng, Ting Shyiong Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif guru besar, tahap keberkesanan sekolah, hubungan antara amalan kepimpinan distributif dan keberkesanan sekolah dan pengaruh amalan kepimpinan distributif terhadap keberkesanan sekolah kurang murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan bagi mengumpul data. Soal selidik yang diguna adalah berdasarkan Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS). Kaedah pensampelan rawak mudah telah digunakan dan seramai 100 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan bahawa tahap keseluruhan amalan kepimpinan distributif (min=4.49, sp=.32) dan keberkesanan sekolah (min=4.53, sp=.23) berada pada tahap tinggi. Dapatan analisis Korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang kuat dan signifikan antara amala..... 429 hits |
| 336 | 2024 Thesis | Analysing the determinants for economic growth over economic crisis in ASEAN countries Tee, Elaine Ee Lin The main objective of this study is to examine the relationship between economic growth and its potential determinants during normal and crisis periods for selected ASEAN-5 countries (Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, and the Philippines) under diverse economic conditions from 1994 to 2020. The analysis utilizes Toda- Yamamoto Granger causality to examine the causal relationships among the variables. Autoregressive distributed lag is employed to analyze the long-run and short-run relationships among the variables. The empirical analysis indicates that there is either unidirectional or bidirectional causality between inflation, interest rates, and exchange rates, which granger cause economic growth, or vice versa, in Indonesia, Malaysia, Singapore, and the Philippines. Meanwhile, the empirical analysis shows that inflation, interest rate, and exchange rate have a negative long-run relationship towards economic growth, while inflation, unemployment, and exchange rate have a negat..... 326 hits |
| 337 | 2024 Thesis | Factors influencing the use of online learning during the Covid-19 pandemic among primary school teachers in Mandarin language subjects Choong, Jin Hong This study aimed to identify the relationship between factors influencing online learning and the use of online learning during the COVID-19 pandemic among primary school teachers in Mandarin language subjects. A quantitative approach using an online questionnaire to gather data through this study. The instrument comprises 36 questions adapted from the Unified Theory of Acceptance and Use of Technology, Technological Pedagogical Content Knowledge, and the Coronavirus Anxiety Scale. The selection of the research subjects was conducted randomly chosen involving 194 participants from Chinese primary schools in Kuala Lumpur. Data analysis used a basic descriptive analysis followed by correlation analysis to determine the significance of the study. The study's findings reveal that primary school teachers in Mandarin language subjects demonstrated a high level of technology knowledge (M=3.65, SD=0.55), performance expectancy (M=3.64, SD=0.61), technological pedagogical knowledge (M=3.78, SD=..... 196 hits |
| 338 | 2024 Thesis | Permodelan Matematik menggunakan pendekatan kalut terhadap aras air Sungai Klang dan Sungai Langat, Selangor Nur Hanani Zakaria Kajian ini bertujuan untuk membina model matematik menggunakan pendekatan kalut terhadap aras sungai. Permodelan matematik aras air sungai adalah penting bagi memberi isyarat awal jika berlaku kekurangan air di Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi di Malaysia. Selain itu, peramalan air sungai juga penting dalam meningkatkan pengurusan sumber air di Selangor. Kajian ini dijalankan bagi mengesan kehadiran telatah kalut dan meramal data aras air sungai di Selangor dengan menggunakan pendekatan kalut. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu (i) mengesan kehadiran telatah kalut bagi aras air sungai (ii) meramal aras air sungai menggunakan pendekatan kalut dan (iii) menambahbaik kaedah peramalan penghampiran purata setempat (KPPS) bagi peramalan data siri masa aras air sungai. Kawasan kajian merupakan sungai yang mengalir ke empangan di Selangor dan diperincikan kepada dua iaitu Sungai Klang dan Sungai Langat. Data yang digunakan di dalam kajian ini melibatkan dua skala masa i..... 103 hits |
| 339 | 2024 Thesis | The supermatrix approach on inferring phylogeny through bioinformatics framework Wong, Ee Bhei The objective of the study was to develop a supermatrix framework by incorporating the unique evolutionary signals of each gene that can improve phylogenetic inferences. The aim was to address the issue of the supermatrix approach, which potentially disregards individual gene properties. The study involved two main experiments: i) Experiment 1 focused on the effect of evolutionary signals across housekeeping genes on phylogeny inference using Chlorellaceae species. ii) Experiment 2 involved the development of a bioinformatics framework using the supermatrix approach. The framework incorporates unique properties of each gene in phylogenetic tree construction, such as sequence heterogeneity, sequence informative sites, taxonomic conflicts at the kingdom level, and tree distance between the gene tree and species tree. The genes were concatenated, based on their similar gene properties, into a supermatrix for phylogeny inference. Generated phylogenetic tree was compared with tree-of-life, ..... 163 hits |
| 340 | 2024 Thesis | Meneroka kesesuaian kurikulum Sijil Pengendalian Acara di Kolej Komuniti Malaysia dalam memenuhi kebolehpasaran graduan bekerja dalam bidang Azirine Abdul Aziz Kurikulum memainkan peranan penting dalam memastikan kursus TVET relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Walaupun banyak penyelidikan telah dijalankan, kajian tentang kesesuaian kurikulum dalam bidang acara masih kurang. Kajian ini bertujuan meneroka kesesuaian kurikulum Sijil Pengendalian Acara Kolej Komuniti Malaysia dalam memenuhi kebolehpasaran graduan. Kerangka konsep kajian ini menggunakan model penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (CIPP) oleh Stufflebeam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui pendekatan kajian kes dengan persampelan bertujuan. Sepuluh peserta kajian dipilih daripada lima kategori pihak berkepentingan: penggubal kurikulum, ketua program, pensyarah, majikan industri acara, dan graduan SPA. Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak dipilih sebagai lokasi kajian. Data dikumpulkan melalui teknik triangulasi dengan temu bual sebagai data primer dan pemerhatian serta dokumen sebagai data sekunder. Data dianalisis secara manual melalui pembentukan tem..... 260 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 34 of 1117 | [ Next ] [ Last ] |