UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
106212014
Thesis
Hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan pelajar tingkatan empat di daerah Kuala Kangsar, Perak
Vijayakumari Silverjoo
Objektif utama ialah untuk mengenal pasti perbezaan antara ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi pelajar. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan di kalangan pelajar. Sebanyak 300 orang pelajar tingkatan empat dipilih daripada tujuh buah sekolah menengah di daerah Kuala Kangsar, Perak sebagai sampel kajian. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik untuk meninjau ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar manakala tujuh item digunakan untuk mengenal pasti aspirasi keusahawanan. Ciri-ciri keusahawanan pelajar dikaji dalam enam dimensi iaitu keperluan kepada pencapaian, inovasi, kesanggupan mengambil risiko, lokus kawalan dalaman, toleransi ketaksaan (tolerance ofambiguity) dan keyakinan diri. Dalam kajian ini, dua jenis statistik digunakan iaitu deskriptif dan statistik inferens. Analisis ujian-t dan ANOVA satu hala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ciri-ciri keusa.....

1046 hits

106222015
Thesis
Kepercayaan dan amalan pengajaran matematik serta hubungannya terhadap penerapan nilai dalam pengajaran matematik
Nurul Nadia Ismail
Kajian ini bertujuan mengkaji kepercayaan matematik, amalan pengajaran matematik serta hubungannya terhadap penerapan nilai matematik semasa pengajaran matematik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan berpendekatan kuantitatif serta dilaksanakan dengan menggunakan soal selidik. Kajian melibatkan 145 orang guru matematik Daerah Kerian yang dipilih menggunakan persampelan rawak secara berkelompok. Instrumen kajian yang merupakan soal selidik kepercayaan dan amalan telah digunakan bagi mendapatkan kepercayaan matematik dan amalan pengajaran matematik guru matematik untuk mengenal pasti penerapan nilai yang wujud semasa pengajaran matematik. Dapatan kajian menunjukkan kepercayaan matematik yang paling tinggi dan positif adalah kepercayaan formalisme yang dikategorikan sebagai kepercayaan bebas nilai manakala dapatan bagi amalan pengajaran matematik yang paling tinggi dan positif juga adalah amalan pengajaran matematik formalisme merupakan amalan bebas nilai. Analisis korelasi Pearson .....

1319 hits

106232005
Conference Item
Kesantunan Bahasa: pertembungan antara budaya melayu-bukan melayu dan islam-bukan islam
Ja'afar Salinah,
Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa seringkali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa hams sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat seringkali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Budaya kesantunan masyarakat Melayu pula seringkali dikaitkan dengan agama Islam. Setiap masyarakat mempunyai norma dan nilai kesantunan bahasa yang berbeza. Masyarakat Malaysia yang memang sudah dikenali sebagai masyarakat majmuk tidak dapat lari daripada mengalami pertembungan budaya. Peristiwa perkahwinan campur bukanlah gejala yang barn berlaku di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, malah sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat "Malaysia" yang berbilang kaum. Pertembungan budaya ini juga telah menimbulkan pelbagai ragam dan.....

833 hits

106242016
Article
Mengenal pasti aplikasi kognisi dalam Rancangan Pengajaran Harian melalui tunjang sains dan teknologi prasekolah
Nachiappan Suppiah, Mamat Nordin, Mamud Munirah,
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji aplikasi kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah bagi tunjang sains dan teknologi melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan 14 buah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dari seorang guru praktikum. Kaedah Hermeneutik telah digunakan untuk menginterpretasi RPH bagi menganalisis aplikasi kognisi dalam komponen sains dan matematik yang diajar oleh guru praktikum. Hasil dapatan menunjukkan guru praktikum masih lagi kurang menerapkan aplikasi kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah berdasarkan tunjang sains dan teknologi. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta alat bantu mengajar kurang memberi kesan terhadap proses kognisi kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyediakan kursus tentang aplikasi kognisi untuk meningkatkan kemahiran mengajar di prasekolah..

2933 hits

106252014
Thesis
Kesukaran dan kefahaman matematik dalam menyelesaikan masalah nombor perpuluhan murid Tahun Lima
Wan Zakiah Wan Zin
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman murid dalam penyelesaian masalah nombor perpuluhan oleh murid Tahun Lima. Sampel kajian ini melibatkan enam pasangan murid Tahun Lima yang berpencapaian sederhana. Mereka telah dipilih secara persampelan bertujuan daripada sebuah sekolah di daerah Gua Musang. Instrumen yang digunakan ialah set Ujian Penyelesaian Masalah. Fokus kajian yang berlandaskan Konstruktivisme terhadap kefahaman murid daripada perspektif mereka sendiri. Kajian ini melibatkan teknik pengumpulan data secara menyuarakan-fikiran, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dikumpul secara rakaman video dan audio. Kajian mendapati wujudnya kesukaran murid dalam penyelesaian masalah nombor perpuluhan yang melibatkan teori, kurikulum dan pengajaran dan pembelajaran yang telah menggambarkan kefahaman murid yang sebenar. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran seharusnya tidak hanya memfokuskan kepada tahu menggunakan prosedur atau rumu.....

978 hits

106262015
Thesis
Tahap Konsep Kendiri Membaca pelajar Tingkatan Empat yang mengikuti Program Nilam
Giam, Lee Hui
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap Konsep Kendiri Membaca yang mencakupi aspek sikap, minat dan kepuasan membaca pelajar yang mengikuti Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Di samping itu juga objektif kajian adalah untuk mengenal pasti status pelaksanaan Program NILAM di sekolah-sekolah kajian serta perbezaan Konsep Kendiri Membaca dikenal pasti berdasarkan demografi pelajar iaitu jantina dan pendapatan bulanan keluarga. Kaedah tinjauan dijalankan dengan menggunakan senarai semak dan Soal Selidik Konsep Kendiri Membaca kepada 367 orang pelajar Tingkatan Empat yang dipilih secara persampelan rawak di sekolah-sekolah Kuala Muda Yan, Kedah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis statistik Ujian t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Konsep Kendiri Membaca pelajar adalah berada pada tahap sederhana. Kajian ini menemui bahawa terdapat perbezaan min Konsep Kendiri Membaca yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di mana pelajar peremp.....

1140 hits

106272005
Conference Item
Kesan interaksi peradaban melayu di zaman Pra-Kolonial: satu perspektif pengajian peradaban
Ibrahim Muhammad Nadzir, Kamarul Zaman Muhammad Akramin, Abdul Rahman Rafiduraida,
Interaksi peradaban dilihat sebagai satu proses yang berlaku kepada mana-mana peradaban. Proses ini melambangkan sifat semulaj adi manusia sebagai watak utama peradaban untuk hidup bermasyarakat. Kesan interaksi akan membawa natijah positif atau negatif kepada sesuatu peradaban. Kesan positif tentunya akan membawa kehidupan masyarakat yang baik, penerapan nilai-nilai mumi dan kecemerlangan kepada peradaban berkenaan. Keadaan ini juga berlaku ke atas peradaban Melayu yang tidak sunyi daripada berinteraksi dengan peradaban lain seperti Cina, India dan Islam. Perubahan besar telah meletakkan asas tamadun Melayu untuk "memperadabkan" atau "mentamadunkan" dirinya sehingga membawa kedudukannya ke mercu kecemerlangan. Kertas kerja ini hanya meninjau kesan positif ke atas peradaban Melayu hasil interaksinya dengan peradaban-peradaban lain...

2746 hits

106282015
Thesis
Penggunaan ICT dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah rendah
Siti Badariah Mohamad
Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti sejauh mana penggunaan ICT dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah rendah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kaedah tinjauan berbentuk kuantitatif digunakan bagi menjalankan kajian ini yang melibatkan 209 orang responden terdiri daripada kalangan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah rendah negeri Pulau Pinang. Terdapat 12 persoalan kajian yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ICT mereka adalah pada tahap sederhana dan terdapat hubungan dengan bidang ikhtisas, kehadiran kursus, umur, sikap, tujuan dan kemahiran ICT. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempunyai hubungan perlu diberi perhatian dalam merangka program-program untuk meningkatkan tahap penggunaan ICT guru...

3717 hits

106292011
Article
Some observations on glass beads composition in Sarawak, Singapore and Peninsula Malaysia
Ramli Zuliskandar, Nik Abd. Rahman Nik Hassan Shuhaimi, Jusoh Adnan, Sauman Yunus,
Since a great contribution by Beck in 1930’s in studying beads especially in Southeast Asia region, a few other scholars have been encouraged to study the beauty of beads typologically and scientifically. Lamb for example has published several articles on beads in Southeast Asia and other parts of the world. Lamb also analyzed scientifically several beads from Kuala Selinsing, Pengkalan Bujang and Takuapa and demonstrated their compositional data. Tom Harrison, who has done a wonderful job on Sarawak beads also reported in his article, a research on Kuala Selinsing glass beads, Bukit Maras, Santubong associated with Tang and Song ceramics and a Buddha Gupta sculpture and also glass beads worn by Kelabit people. These beads have been analyzed scientifically and the result showed that Kuala Selinsing glass beads have a different compositional content with the Santubong glass beads and also Kelabit glass beads. Harrison suggested that glass beads from Kelabit have Chinese origin based o.....

3177 hits

106302015
Thesis
Imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari
Riinah Periasamy
Kajian ini adalah mengenai imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita yang terdapat dalam cerpen-cerpen karya N. Mageswari. Kajian ini juga menganalisis perjuangan kaum wanita dalam cerpen-cerpen tersebut. Kajian ini turut dijalankan untuk menilai kepengarangan penulis N. Mageswari. Di samping itu, kajian ini memberi kesempatan untuk lebih mengenali imej wanita dan mengiktiraf kedudukan mereka dalam struktur sosial masyarakat India. Pendekatan ini akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita tentang hak mereka dalam masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Kaedah-kaedah ini membantu mengumpul dan menganalisis data dalam kajian ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada pemikiran feminisme. Melalui kajian ini, pengkaji menerangkan imej wanita, perjuangan kaum wanita dan kepengarangan pengarang. Justeru, pengkaji lebih menekankan kebebasan kaum wanita dan kesen.....

1443 hits

[ First ] [ Prev ] Page 1063 of 1132 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.