AbstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pengajaran “Daeso-Hyso” sebagai bahan
bantu mengajar (BBM) bagi subtopik Enzim, mata pelajaran Biologi, Tingkatan 4, serta
menilai tahap kebolehgunaanya. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian
Pembangunan yang berpandukan kepada model ADDIE dan dianalisis secara
kuantitatif. Instrumen soal selidik bagi kajian ini telah melalui kesahan muka dan
kandungan melalui dua orang pakar kesahan dan dianalisis menggunakan nilai Content
Validity Index (CVI). Nilai CVI yang diperoleh bagi kesahan muka dan kandungan bagi
soal selidik adalah 1.0 dan 0.93 yang menunjukkan item soal selidik boleh diterima.
Kajian rintis yang dijalankan ke atas 20 orang murid, menunjukkan nilai
kebolehpercayaan instrumen, Alpha Cronbach adalah 0.842, dan boleh digunakan
dalam kajian sebenar. Persampelan rawak digunakan dalam kajian ini, melibatkan 45
orang murid yang mengambil mata pelajaran Biologi di tiga buah sekolah menengah di
sekitar Tanjung Malim. Kep.....