|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 5061 | 2021 Article | Pengaruh faktor psikososial terhadap penderaan emosi dalam kalangan pelajar universiti yang pernah menjalinkan hubungan romantik Ch’ng, Wen Huey Penderaan emosi kepada kawalan paksaan dan pencerobohan ekspresif seperti penghinaan dan panggilan nama di antara dua pihak. Isu penderaan emosi dalam hubungan romantik dikaji kerana kajian sedia ada masih terhad dan kurangnya bukti berlakunya penderaan emosi dalam kalangan pelajar terutamanya dalam konteks tempatan. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh faktor psikososial iaitu tret personaliti lima faktor, tahap kesunyian dan gaya keibubapaan terhadap penderaan emosi dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia yang pernah menjalinkan hubungan romantik untuk sekurang-kurangnya tempoh tiga bulan. Data kajian ini dikumpulkan melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan menggunakan metod tinjauan. Sebanyak empat instrumen iaitu Emotional Abuse Quenstionnaire, Big Five Inventory (BFI-10), Revised UCLA Loneliness Scale dan Scale of Parenting Style telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 273 orang pelajar universiti yang pernah men..... 999 hits |
| 5062 | 2020 Thesis | The mediating effect of total quality management on the relationship between management information system and organizational performance Azeez, Reyath Thea Management Information Systems (MIS) play a vital role in the success and
performance of organizations. Information is essential for organizations to develop. Although
extensive literature is available on the effectiveness of MIS to enhance organizational
performance, it is unclear which MIS indicators can be linked with organizational performance.
Thus, to fill this gap, this study investigated the effect of MIS indicators on organizational
performance in Missan Oil Company in Iraq. In addition, the study identified the mediating role of
Total Quality Management (TQM) between MIS indicators and organizational performance. A
quantitative approach using Structural Equation Modeling (SEM) as a research design. A study sample
of
250 managers (low, middle and high level) using simple random sampling was related. After screening
the initial data, 201 questionnaires were utilized for the final data analysis. SEM was used to
analyze the data. Findings revealed tha..... 1015 hits |
| 5063 | 2021 Article | Pengalaman fasa awal perkahwinan (1 hingga 5 tahun) sebagai isteri penagih dadah : satu kajian penerokaan Ezarina Zakaria Artikel ini membincangkan pengalaman isteri apabila suami terlibat menyalahguna dadah. Kajian kes ini menumpu kepada impak penyalahgunaan dadah dalam fasa awal perkahwinan (tempoh 1 hingga 5 tahun berkahwin) yang masih kurang diberi perhatian. Objektif kajian adalah untuk meneroka pengalaman wanita yang pernah melalui kehidupan rumahtangga berisiko apabila berkahwin dengan seorang penagih dadah. Kajian kes ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai sepuluh orang wanita telah dipilih sebagai informan menggunakan persampelan snow ball. Pengumpulan data dijalankan secara temu bual bersemuka. Kesemua informan telah bercerai sebelum perkahwinan mencapai tempoh lima tahun. Pengalaman dalam fasa awal menunjukkan kesemua informan i) sering dipukul suami, ii) merasa bimbang dengan keselamatan diri akibat suami juga terlibat jenayah lain, iii) bebanan dwiperanan isteri apabila suami tidak menyediakan nafkah dan iv) rasa tidak selesa apabila suami kerap memaksa melakukan hubungan intim secara kas..... 767 hits |
| 5064 | 2021 Article | Pemeliharaan hadis dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0): isu dan cabaran Shahril Nizam Zulkipli Zaman globalisasi telah membentuk pembelajaran ilmu hadis yang lebih sistematik dengan pengaplikasian menggunakan teknologi terkini seperti laman web, perisian ‘software’ dan aplikasi ‘apps’. Namun, timbul beberapa isu yang menjadi cabaran penggunaan hadis digital dengan beberapa faktor kelemahan yang melibatkan serangan jenayah siber, keterbatasan kemampuan manusia untuk memindahkan teks hadis ke dalam visual digital, penyebaran hadis palsu, penyelewengan kefahaman hadis dan sebagainya. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan isu dan cabaran pemeliharaan hadis dalam rangka penyampaian dan penyebarannya dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen melalui kajian perpustakaan terhadap sumber primer seperti kitab-kitab hadis dan sumber sekunder seperti tesis, disertasi, artikel jurnal dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kertas kerja konseptual ini telah menggariskan idea ..... 1022 hits |
| 5065 | 2020 Thesis | The effect of Accounting Information System characteristics on the Internal Audit Effectiveness among companies traded in Iraqi stock exchange: testing the moderating role of experience Almaliki, Oday Jasim Mohammed The aim of this research was to investigate the effect of Accounting Information System (AIS)
characteristics on the Internal Audit Effectiveness (IAE) in companies traded in Iraqi stocks
exchange by focusing on the moderating effect of experience. The selected characteristics were
reliability, flexibility, timeliness, integration, and relevance. The research theoretical
foundation was built based on the agency and contingency theories. A quantitative approach using
Structural Equation Modeling (SEM) was utilized as the main research design. The data was collected
from a group of respondents comprising accountants (n=175), auditors (n=85), account managers
(n=60), and audit managers (45) who were selected through a simple random sampling technique. The
data was analyzed to determine the effects. A survey questionnaire was developed and verified for
its construct validity based on judgments of eight experts. A pilot test was conducted to
investigate the que..... 1720 hits |
| 5066 | 2020 Thesis | Linkaging the indirect effects of exchange rate to economic growth and poverty through economic performance in developing countries Lubis, Muhammad Riyadh Ghozali This study examines the effects of exchange rate depreciation on economic performance, which
indirectly affects economic growth and poverty reduction in 11 developing countries by using annual
data during 1980-2016. Three methods of analysis, namely Autoregressive Distributed Lag (ARDL),
Fully Modified Ordinary Least Squares (FMOLS), and Panel Autoregressive Distributed Lag (P-ARDL)
applied for analysing eight models constructed. The nominal exchange rate is the main interest
variable in the economic performance model. Foreign direct investment, international reserve, and
trade balance are the main interest variables in the economic growth model and poverty reduction
model, respectively. By considering the incidence of the structural break, the results of
time-series analysis using the ARDL method shows that the nominal exchange rate contributes
positively to foreign direct investment in 7 countries. The results also show the nominal exchange
rate negative..... 2045 hits |
| 5067 | 2021 Article | Pematuhan prosedur operasi standard di tadika swasta semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Syed Lamsah Syed Chear Wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menimbulkan norma baharu dalam masyarakat. Pembukaan operasi tadika swasta dalam tempoh ini disambut dengan reaksi berbeza para pengusaha. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19. Kajian melibatkan 50 tadika swasta di Selangor. Penilaian berdasarkan dua perspektif iaitu maklum balas daripada pengurusan tadika dan guru pelatih. Dapatan kajian menunjukkan tahap pematuhan adalah tinggi iaitu nilai min 4.260 (sebelum operasi) dan 4.278 (semasa operasi) berdasarkan maklum balas pengusaha pada skala 1 – 5 manakala min 4.212 berdasarkan pemerhatian guru pelatih. Sebelum beroperasi, tadika swasta memastikan ibu bapa mengistihar bebas daripada COVID-19 (min 4.64), memantau kesihatan guru (min 4.52), dan mengetatkan peraturan kemasukan pelawat (min 4.38). Semasa beroperasi tadika melarang kehadiran kanak-kanak bergejala (min 4.54), menyediakan ..... 706 hits |
| 5068 | 2021 Article | Mengukur pembangunan pelancongan warisan berdasarkan Petunjuk Pelancongan Lestari di Melaka Tengah Pirasanah Sasidharan Artikel ini membincangkan kegunaan konsep lestari dalam pembangunan pelancongan warisan yang dijalankan di Bandar Melaka kebelakangan ini. Kajian di buat terhadap pengetahuan masyarakat setempat terhadap pembangunan yang berlaku di sekitar Bandar Melaka dan implikasinya terhadapt alam sekitar dan bangunan bersejarah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan penduduk, pembangunan pelancongan dan kesan pembangunan pelancongan kepada kelestarian pelancongan warisan dengan berpandukan Petunjuk Pelancongan Lestari di Bandar Melaka. Seramai 382 orang responden yang menetap di sekitar Bandar Melaka dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul menggunakan kaedah persampelan rawak mudah melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan penduduk tempatan tentang pembangunan pelancongan warisan di Melaka Tengah adalah tinggi (M=3.92, SP=0.37), tahap perubahan pembangunan pelancongan warisan adalah tinggi (..... 774 hits |
| 5069 | 2021 Article | Kesan teknik SQ3R terhadap kefahaman membaca Bahasa Cina tahun tiga Chew, Moi Fong Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan teknik SQ3R terhadap kefahaman membaca Bahasa Cina dan juga meninjau persepsi murid terhadap penggunaan teknik SQ3R. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Kajian ini melibatkan sampel seramai 68 orang murid Tahun Tiga dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Tangkak. Sampel merupakan murid dari dua buah kelas yang terbahagi kepada kumpulan eksperimen dengan pendedahan teknik SQ3R dan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Data kuantitatif dikutip melalui praujian dan pascaujian Ujian Pemahaman Bacaan serta soal selidik. Ujian-t digunakan untuk menganalisis data dan menguji hipotesis yang dibina. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pascaujian kefahaman membaca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan (M=73.18, SP=14.988) dan kumpulan kawalan (M=63.21, SP=17.952) dengan t(66)=2.486, p.. 1400 hits |
| 5070 | 2021 Article | Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap kemahiran bertutur Bahasa Mandarin Eng, Li Yin Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) terhadap kemahiran bertutur bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar bukan penutur jati di kolej vokasional. Reka bentuk kuasi eksperimen telah dijalankan terhadap 43 orang pelajar bahasa Mandarin, dengan 23 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 20 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Peserta kajian dipilih dengan menggunakan teknik persampelan mudah. Adaptasi model Stoller (1997) diaplikasi dalam kumpulan eksperimen manakala kumpulan kawalan mengikuti pendekatan pengajaran konvensional. Kemahiran bertutur diuji dengan menggunakan ujian bertutur pra dan ujian bertutur pasca dengan melihat pada komponen ketepatan, sebutan dan kefasihan. Data ujian bertutur pra dan ujian bertutur pasca dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Hasil dapatan kajian menunjukkan kumpulan eksperimen mencapai peningkatan yang lebih signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan. Hasil dapatan ini mencadangkan guru mengaplikasikan ..... 790 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 507 of 1125 | [ Next ] [ Last ] |