UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | Perpustakaan Tuanku Bainun | Goh swee Choo | PENDIDIKAN ISLAM | Zainal Abidin |
2023 | Dahlia Janan | Tho Siew Wei | pembelajaran | Ab Aziz Mat |
|
Latest addition to the database : |
5211 | 2019 thesis | Strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dan operasi pasukan F di Semenanjung Tanah Melayu 1968-1989 Roslan Muhamad Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dalam
melakukan pemberontakan bersenjata di Semenanjung Tanah Melayu bermula tahun 1968 hingga 1989.
Kajian ini juga menilai cabaran dan tekanan yang dihadapi pengganas komunis oleh pasukan
keselamatan sepanjang melakukan pemberontakan bersenjata. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk
kajian dokumen dan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Temu bual terhadap pegawai dan
anggota Pasukan F juga bertujuan untuk menilai kejayaan operasi Pasukan ini dalam
pembanterasan pemberontakan bersenjata pengganas komunis di Semenanjung Tanah Melayu.
Dapatan daripada analisis dokumen menunjukkan tindakan berbentuk serangan bersenjata
pasukan keselamatan terhadap pengganas komunis menjadi penyebab kepada kegagalan
perberontakan PKM. Temu bual bersama angg..... 4782 hits |
5212 | 2019 article | Factors influencing foreign language learners motivation in continuing to learn Mandarin Chua, Hui Wen The study prime motive was to identify factors that encourage learners to be motivated to continue to learn Mandarin. Campbell and Storch (2011) guiding questionnaire was adapted through the interview sessions among 11 Mandarin level two learners of different grades at one of the universities in Kelantan. The learners were interviewed in person in Bahasa Malaysia. The interview sessions were audio recorded and transcribed verbatim and translated into English. The inquiry revealed that non-native Mandarin learners were motivated to continue to learn Mandarin due to the importance of Mandarin in the aspect of employability, self-interest and improving Mandarin grade. The study gives insight to teachers to plan their teaching to match with the learners’ demands that are related to their future career building, hence the learning must consider real life situation. It is also recommended that having interesting and interactive learning activities are encouraged to boost learners’ learni..... 661 hits |
5213 | 2019 article | Tingkahlaku kepimpinan transformasi di sekolah rendah Luar Bandar Jamal @ Nordin Yunus Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti tahap tingkah laku kepimpinan transformasi di sekolah rendah luar bandar. Soal selidik model kepimpinan transformasi telah digunakan untuk menentukan tahap dimensi tingkah laku kepimpinan transformasi. Soal selidik ini mengandungi empat dimensi yang terdiri daripada Pengaruh Ideal Tingkahlaku, Pertimbangan Individu, Motivasi Berinspirasi dan Stimulasi Intelek. Seramai 209 guru sebagai responden dari sembilan sekolah terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu skor min dan sisihan piawai. Datapan kajian menunjukkan skor min dimensi pengaruh ideal tingkah laku (4.22), pertimbangan individu (3.76), motivasi berinspirasi (4.24) dan stimulasi intelek (4.02) berada pada tahap tinggi. Penemuan kajian ini menyokong keputusan kajian sebelum ini yang menunjukkan setiap organisasi yang ingin berubah memerlukan pemimpin yang boleh membawa perubahan yang dikehendaki. Pemimpin yang berupaya membawa perubahan sering dikait..... 880 hits |
5214 | 2019 article | Penerokaan kemahiran terarah kendiri melalui analisis sumber teks Sejarah M. Kaviza Kajian eksperimen ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada kemahiran terarah kendiri dapat dijana melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menganalisis sumber teks sejarah. Seramai 55 orang murid Tingkatan Empat yang dipilih melalui teknik persampelan cluster terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang diadaptasi dan disahkan oleh pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel berpasangan melalui perisianIBMSPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kemahiran terarah kendiri berada pada tahap sederhana dan terdapat peningkatan kemahiran terarah kendiri antara ujian pra dan ujian pasca dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti menganalisis sumber-sumber teks sejarah adalah berpotensi untuk menjana kemahiran terarah kendiri dalam diri murid-murid bagi membentuk proses pembelajaran yang lebih berm..... 605 hits |
5215 | 2019 article | Understanding Japanese policy for Malaya from the perspective of Nihonjinron Ong, Sheau Wen An examination of Japan in search of national character can be traced back to its modernization in Meiji Era and as recent as post-war period. Japan sought to articulate national identity because of tainted Japanese minds by wicked Occident ideas. In this context, the notion of Nihonjinron and its distinctive characteristics are central to grasp Japan’s thoughts and behaviors vis-à-vis dominant Western culture. During Japan’s occupation of Malaya in 1941-45, the promulgation of its wartime propaganda to create “Asia for the Asiatic” and to exterminate imperialist Western power from the “Greater East Asia Co-Prosperity Sphere” had a considerable impact on Malayan political development. The occupation accelerated the drive towards Malayan independence amid repeated racial clashes. This paper is a conceptual attempt to unravel Japanese nationalist doctrines, rooted in Nihonjinron discourse that not only underpinned its Occident worldview throughout the course of war but also ..... 572 hits |
5216 | 2019 article | Persepsi tekanan akademik dan kesejahteraan diri di dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor Mohammad Arif Bin Johari Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara persepsi tekanan akademik dengan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. Seramai 400 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian dan data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Skala Personal Wellbeing Index - Adult (PWI-A) oleh Cummins (2013) digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan diri pelajar universiti. Pesepsi tekanan akademik pula telah diukur dengan menggunakan Perception of Academic Stress Scale (PAS) oleh Bedewy dan Gabriel (2015) yang mempunyai empat sub-skala iaitu tekanan prestasi, persepsi bebanan kerja, persepsi diri akademik dan kekangan masa. Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara persepsi diri akademik (r = 0.247**, p ≤ 0.05) dan kekangan masa (r = 0.179**, p ≤ 0.05) dengan kesejahteraan diri pelajar universiti. Kajian ini membuktikan persepsi diri akademik merupakan faktor peramal yang palin..... 957 hits |
5217 | 2019 thesis | Pembangunan manual pengajaran bagi pembelajaran berasaskan pemikiran dan keberkesanan penggunaannya terhadap motivasi dan strategi berfikir mengkonsepsikan dalam tajuk haba Badariah Hashim Kajian ini bertujuan membangunkan Manual Pengajaran Bagi Pembelajaran
Berasaskan Pemikiran Mengkonsepsikan (MPBPBPM) bagi tajuk haba untuk murid sekolah menengah.
Keberkesanan manual pengajaran dinilai berdasarkan tahap Strategi Berfikir
Mengkonsepsikan (SBM) dalam konteks tajuk Haba dan motivasi murid selepas mereka melalui
aktiviti pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Perekaan dan
Pembangunan termasuk kuasi-eksperimen bagi menentukan keberkesanan manual tersebut.
Sampel kajian adalah seramai 66 orang murid daripada dua buah kelas tingkatan empat dalam
sebuah sekolah menengah di Daerah Hulu Kinta yang dipilih secara rawak berkelompok dan kemudian
ditentukan secara rawak kumpulan kawalan (N=33) dan rawatannya (N=33). Dapatan kajian
menunjukkan manual pengajaran mempunyai kesahan kandunga..... 1043 hits |
5218 | 2019 thesis | Keberkesanan pelaksanaan program My Kampung My Future di Malaysia Fatin Nur Aqmar Ishak Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan program My Kampung My Future
(MKMF) dan membangun kerangka pelaksanaannya dengan menggunakan pendekatan model
penilaian KIPP meliputi empat dimensi iaitu konteks, input, proses dan produk rekaan Stufflebeam
(1970). Pendekatan bagi kajian ini adalah kaedah tinjauan yang meliputi instrumen
soal selidik dan protokol temu bual. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang
merangkumi tujuh buah negeri di Malaysia. Seramai 212 orang peserta MKMF terlibat dalam
kajian kuantitatif manakala 18 orang terlibat dengan kajian temu bual sebagai data sokongan.
Kerangka pelaksanaan program ini meliputi dimensi konteks yang menekankan aspek persekitaran
iaitu dari sudut kesesuaian objektif dengan tujuan program, pengetahuan dan kemahiran serta
minat peserta MKMF (min=4.04, sis..... 1225 hits |
5219 | 2019 thesis | Manusia dan mesin: interpretasi gaya hidup digital dalam konteks teknologi mudah alih menerusi karya seni arca Aznan Omar Projek penyelidikan ini bertujuan menganalisis gaya hidup digital dalam konteks
teknologi mudah alih dalam aspek interaksi yang berlaku di antara manusia dengan
mesin menerusi fabrikasi karya seni arca. Projek penyelidikan ini menginterpretasi
fenomena masyarakat tentang pengalaman gaya hidup seharian pengguna menerusi
elemen interaksi sosial, tingkah laku dan obsesi terhadap alat teknologi mudah alih.
Artis rujukan utama yang terlibat dalam kajian ini adalah Nam June Paik, Xaviar
Veilhan, Dario Tironi dan Koji Yoshida, Tom Price, Scott Snibbe, Aristarkh
Chernyshev & Alexei Shulgin, Roger Belveal, Anah Dunsheath, Justine Khamara dan
Susy Oliviera. Penerokaan idea terhadap aspek gaya hidup digital di dalam karyakarya
pelukis yang dirujuk melibatkan isu amalan masyarakat pengguna terhadap
teknologi, ikon dan simbol, trend penyebaran dan perkongsian sosial serta budaya
berhibur menerusi hiburan mudah alih. Projek penyelidikan ini menggunakan kaedah
penyelidikan praktik studio ..... 1085 hits |
5220 | 2019 thesis | Penilaian kecergasan fizikal dan pengetahuan asas konten sains sukan pelajar bagi kemasukan ke jurusan sains sukan tingkatan enam Saidil Mazlan Abdul Razak Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kecergasan fizikal dan pengetahuan pelajar
Tingkatan Enam yang memilih untuk belajar ke jurusan Sains Sukan. Kaedah tinjauan
ini melibatkan responden seramai 390 orang yang terdiri daripada 148 pelajar lelaki
dan 242 pelajar perempuan dipilih secara rawak mudah dari 10 buah sekolah
Tingkatan Enam. Bateri ujian FITNESSGRAM® dan ujian Pengetahuan Asas Konten
Sains Sukan digunakan sebagai instrumen penilaian dalam proses pengumpulan data.
Kesahan kandungan ujian Pengetahuan Asas Konten ialah r = 0.93 dan
kebolehpercayaan r = 0.77. Analisis menggunakan ujian-t tidak bersandar
menunjukkan tahap pengetahuan asas konten Sains Sukan [t (388) = -.102, p = .92 (p
> 0.05)] tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Analisis
ANOVA sehala bagi tahap kecergasan fizikal secara keseluruhan antara Sekolah Mod
1, Mod 2 dan Mod 3 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelajar
perempuan [F (2,239) = 9.293 (p.. 1601 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 522 of 952 | [ Next ] [ Last ] |