UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
54512021
Article
Keberkesanan kaedah Kelas Berbalik ke atas pencapaian dan kesediaan murid dalam topik Set bagi murid tingkatan 4
Zainab Alias
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang keberkesanan kaedah Kelas Berbalik ke atas pencapaian dan kesediaan murid dalam topik Set. Kajian tinjauan ini menggunakan teknik persampelan rawak mudah untuk memilih 30 responden di salah sebuah sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu soal selidik dan satu set soalan ujian pencapaian dalam topik Set. Soal selidik terdiri daripadadua bahagian. Bahagian A memperincikan latar belakang responden seperti jantina, bangsa, jawatan di sekolah dan lokasi sekolah manakala bahagian B pula mengemukakan 40 item kesediaan murid dalam penggunaan Kaedah Kelas Berbalik. Item kesediaan murid dikategorikan kepada sub-konstruk pemahaman, emosi, persepsi dan tingkah laku. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi (t-test dan ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan murid berada pada tahap yang tinggi untuk keempatempat sub-konstruk. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan pada sub-konst.....

1002 hits

54522021
Article
Keberkesanan amali kimia hijau ke Atas pencapaian pelajar dalam elektrokimia
Nur Liyana Zahari
Kimia hijau dapat memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan kurikulum kimia di negara kita untuk memastikan kejayaan pendidikan mengenai kelestarian atau persekitaran. Amali kimia hijau menggunakan konsep pengurangan bahan kimia dengan menggantikannya dengan bahan semulajadi, bahan kitar semula dan bahan yang lebih lestari. Kajian eksperimen-kuasi ini mengkaji keberkesanan eksperimen kimia hijau ke atas pencapaian pelajar dalam topik elektrokimia. Ujian pra dan pasca diberikan kepada 22 orang pelajar sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Kimia Tingkatan Empat dan mereka dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menjalankan aktiviti amali berpandukan manual amali kimia hijau sementara kumpulan kawalan pula menjalankan amali kimia konvensional berdasarkan buku teks amali yang disediakan oleh kementerian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ujian-t. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang si.....

1267 hits

54532021
Article
Hubungan di antara kebimbangan, keyakinan dan sikap guru dengan pencapaian Matematik murid sekolah rendah
Ahmad Radzi Hamdan
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan di antara kebimbangan, keyakinan, dan sikap guru dengan pencapaian matematik murid sekolah rendah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan dan data dikumpul dengan menggunakan soal selidik skala likert 5 mata. Seramai 30 orang guru dan 30 orang murid tahun 5 dipilih sebagai sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan kebimbangan matematik guru berada pada tahap yang rendah, keyakinan guru pada tahap yang tinggi, dan sikap guru pada tahap cemerlang. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara kebimbangan guru dengan pencapaian murid dalam ujian matematik (r = - 0.636, p < 0.05). Terdapat hubungan positif yang signifikan di antara keyakinan guru dengan pencapaian murid dalam ujian matematik (r = 0.600, p ..

1102 hits

54542021
Article
Factors that influencing tertiary students trust in facebooks social networking services in Malaysia: a structural equation modelling approach
Zahayu Md Yusof
Social networking services (SNS) is a platform that undertakings as a connector among individuals in this digital era, in particular between family, friends, and colleagues. This study was conducted to determine the factors influencing users’ trust in social networking services (SNS) of Facebook and construct the structural of inter-relations between the factors influencing users’ trust in SNS of Facebook. Trust is a crucial factor to be considered when information is being disseminated. Genuine information that can resonate and relied upon audience is necessary. A conceptual model is developed with four factors such as effort expectancy, social influence, privacy concerns and perceived risks. Trust acts as a mediator and continuance intention as a dependent variable in the model. Data were collected from 770 tertiary students in public and private universities in Malaysia by using a structured questionnaire. The questionnaire was design in online form and distributed via online pl.....

570 hits

54552021
Article
Effect of problem-based learning approach on students academic performance in senior secondary Mathematics
Ogunsola, Obaseye A.
Conventional teaching method alone cannot enhance the mathematical creativity and thinking skills needed in the 21st Century. Therefore, modern teaching methods are needed to facilitate students’ problem-solving skills. This study examined the effect of the problem-based learning (PBL) approach on students’ academic performance in senior secondary Mathematics. The pretest-posttest control, quasi-experimental design, was adopted in the study. An intact class of Senior Secondary School (II) Mathematics students (108) from two randomly Selected Senior Secondary schools in Akinyele Local Government Area, Oyo State, Nigeria, were used selected. Four null hypotheses were formulated and tested using Analysis of Covariance at the alpha level of 0.05. Results revealed that problem-based learning approach enhanced students’ academic performance in Mathematics (F1, 108= 7.130; p = (.009) < .05). It also revealed that gender has no main effect on the academic performance of students (F1, 108.....

913 hits

54562021
Article
Ciri kefahaman pelajar sekolah menengah atas negeri menggunakan teknik kartun konsep dalam topik haba
Sri Haryati Rohayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri kefahaman pelajar dalam pembelajaran topik haba menggunakan teknik kartun konsep. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian penerokaan dengan kaedah temu bual. Seramai 5 orang pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 1 Kota Bima, Indonesia telah dipilih menerusi teknik pensampelan bertujuan. Instrumen kajian yang terlibat adalah senarai semak temu bual yang telah dibina sesuai dengan reka bentuk kartun konsep bagi pembelajaran topik haba. Data temu bual telah dianalisis menggunakan tiga fasa iaitu mengurangkan jumlah data, mempamerkan data dan menyimpul dan menentu sahkan. Dapatan kajian menunjukkan ciri kefahaman pelajar dalam topik haba dengan menggunakan teknik konsep kartun terdiri daripada tiga ciri iaitu dua orang pelajar dengan ciri kefahaman konsep yang baik, 2 orang pelajar dengan ciri salah faham terhadap konsep, dan seorang pelajar dengan ciri tidak faham konsep dengan baik. Kesimpulannya, teknik kartun konsep merupakan tekni.....

665 hits

54572021
Article
Analisis tahap minat terhadap matapelajaran Sains dan hubungannya dengan kemahiran abad Ke-21
Mastura Mustapha
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap minat terhadap matapelajaran sains dan hubungannya antara minat dengan kemahiran abad ke-21 bakal guru biologi. Kajian terhadap domain kemahiran abad ke-21 terdiri daripada tiga elemen iaitu kemahiran pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan dan kemahiran penghasilan produktiviti tinggi. Ketiga-tiga kemahiran ini sangat diperlukan dalam bidang sains dan perlu dikuasai oleh setiap bakal guru supaya dapat diterapkan kepada pelajar mereka nanti. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kajian tinjauan telah digunakan untuk memperoleh data yang menggunakan instrumen borang soal selidik. Responden terdiri daripada 111 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Biologi. Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data. Tahap minat dan kemahiran abad ke-21 bakal guru biologi dijelaskan melalui analisis deskriptif. Manakala penerangan hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah dilakukan melalui kajian statistik.....

1210 hits

54582021
Article
An exploratory study on green Chemistry practices and experiments in Malaysian secondary schools
Hafsah Taha
Although green chemistry had been promoted since 1980s, it is still quite unknown in Malaysia even among chemistry teachers and students. Hence, the success of environmental sustainability education would be hard to achieve if chemistry teachers did not have adequate competency and skills to cultivate students' green chemistry awareness and practices. This study investigated Malaysian chemistry teachers’ understanding, awareness and practices on green chemistry; and the impact of student-initiated green chemistry experiments on their practices of environmental sustainability; and on their achievement in the topic of electrochemistry. The survey involved 269 secondary school teachers, and the quasi-experimental study involved 77 secondary school chemistry students (n = 37 in control and n = 40 in treatment groups). A set of questionnaires for the teachers, and a set of tests for the students were employed in the study. Data was analysed using descriptive and inferential statistical te.....

2373 hits

54592022
Thesis
Sistem pengukuran prestasi kontemporari, komitmen terhadap organisasi, ciri-ciri pengurusan dan prestasi pengurusan koperasi di Malaysia
Mohd Shahron Anuar Said
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sistem pengukuran prestasi kontemporari, komitmen terhadap organisasi, ciri-ciri pengurusan dan prestasi pengurusan koperasi di Malaysia. Dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan kaji selidik secara keratan rentas, seramai 395 orang pengurusan koperasi dalam kalangan 100 koperasi terbaik di seluruh Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan teknik persampelan rawak. Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah mendapat kesahan pandangan pakar dan melalui fasa kajian rintis. Pra analisis data dilaksanakan untuk memastikan set data dimasukkan dengan betul, mengatasi masalah unsur luaran dan meminimumkan kesilapan. Statistik deskriptif seperti kekerapan, min dan sisihan piawai, serta statistik inferensi seperti Partial Least Squares Pemodelan Persamaan Berstruktur (PLS-SEM) digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Teknik PLS-SEM ini diguna.....

3069 hits

54602022
Thesis
Pembinaan dan validasi instrumen pengukuran proses Matematik murid menggunakan model Rasch pelbagai faset
Normarina Abd Rahman
Kajian ini bertujuan membina dan menentusahkan instrumen proses matematik murid (ProM3). Kajian menggunakan model ADDIE melibatkan fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan serta penilaian. Reka bentuk kajian adalah pembinaan dan validasi instrumen melibatkan kaedah tinjauan pada fasa penilaian. Dua instrumen dibangunkan iaitu sampel tugasan berbentuk penyelesaian masalah berkaitan topiktopik Matematik tingkatan 1 beserta rubrik. Sejumlah 407 murid tingkatan satu daripada tiga kategori sekolah berasrama penuh terlibat sebagai sampel kajian. Respon murid bagi tugasan diskor oleh tujuh orang pemeriksa berpandukan rubrik untuk lima dimensi proses matematik iaitu penyelesaian masalah, penaakulan, komunikasi, perwakilan dan perkaitan. Hasil analisis penilaian oleh sembilan orang pakar menunjukkan tugasan dan rubrik mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, dengan nilai CVR dalam julat 0.80 hingga 1.00. Model Rasch pelbagai faset (MFRM) digunakan bagi menentukan kesahan.....

1585 hits

[ First ] [ Prev ] Page 546 of 1169 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.