|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 5641 | 2021 Article | Persepsi pelajar terhadap kesan pembelajaran Kesusasteraan Melayu secara dalam talian Saravanan a/l P. Veeramuthu Kesan daripada pandemik COVID-19 turut terasa dalam dunia Pendidikan Tinggi Malaysia. Hal ini telah menyebabkan konvensi pengajaran bersemuka yang selama ini menjadi tradisi terpaksa diubah kepada pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Artikel ini cuba merungkaikan dua objektif kajian, iaitu mengenal pasti persepsi pelajar tentang kelebihan dan kelemahan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam talian serta mengenal pasti korelasi antara persepsi pelajar dengan kesan pembelajaran kesusasteraan Melayu dalam talian. Kajian kuantitatif secara tinjauan melalui soal selidik menggunakan sampel yang terdiri daripada pelajar prasiswazah yang mengikuti kursus kesusasteraan Melayu sebagai major mereka di salah sebuah universiti tempatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa berdasarkan persepsi pelajar, aspek kelebihan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam talian mencapai min sebanyak 3.433 dengan sisihan piawai sebanyak 0.702 manakala min keseluruhan bagi kelemahan pembelajaran kesu..... 1171 hits |
| 5642 | 2021 Thesis | The effect of 12 weeks basic Malaysian commando training on physical, bio-chemical and hydration staus among successful commando candidates Azlan Derwish This research is undertaken to determine the physical characteristics, biochemical
changes in blood and urine, and the degree of dehydration among successful soldiers
participating in the Basic Commando Course series 1/AK 2014 for 12 weeks, at Sungai
Udang Camp, Malacca. A total of 37 soldiers who had passed the commando practice test
were selected to participate in this research, with special approval from the Malaysian
Armed Forces Training Base. The anthropometric data of the body, fitness levels, and
biochemical responses were taken before, during and after the entire duration of the
training. Result of anthropometric profile for BMI, weight and waist circumference
among the successful commando candidates (commando trainees) were significantly
(p.. 1057 hits |
| 5643 | 2021 Article | Pengambilan giliran dalam sidang media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia Shamin Sharif Pengambilan giliran merupakan unit paling asas dalam sesebuah perbualan. Setiap perbualan mempunyai struktur interaksi yang tersendiri. Kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan mengenai pengambilan giliran dalam sidang media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memfokuskan kepada dua sidang media COVID-19 iaitu pada 17 April 2020 dan 24 Oktober 2020. Sidang media ini melibatkan dua sesi namun fokus kajian adalah pada sesi kedua di mana ia melibatkan proses tanya jawab antara pemeran iaitu pihak kerajaan dan pihak wartawan. Kajian kualitatif dimanfaatkan dalam kajian ini melalui analisis kandungan teks. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah melalui muat turun data dan kemudiannya, ujaran tersebut ditranskripsi serta disimpan dalam bentuk teks bertulis. Perbincangan kajian pula mengaplikasikan teori Analisis Perbualan oleh Liddicoat (2011) yang telah menggariskan tiga peraturan iaitu penutur semasa memilih penutur berikutnya, pemilihan diri sendiri sebagai penut..... 490 hits |
| 5644 | 2022 Thesis | Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap kemahiran bertutur dan motivasi pembelajaran bahasa Mandarin di kolej vokasional Eng, Li Yin Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Projek (PBP) terhadap kemahiran bertutur dan motivasi dalam pembelajaran bahasa
Mandarin sebagai bahasa asing pelajar bukan penutur jati di kolej vokasional. Objektif
kajian ini adalah untuk mengesan perbezaan kemahiran bertutur dan motivasi
pembelajaran bahasa Mandarin pelajar di antara kelas yang menerima pendekatan
pengajaran PBP dan pendekatan pengajaran konvensional (Kaedah Tatabahasa
Terjemah, GTM). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kuasi
eksperimen. Teknik persampelan mudah melibatkan 43 orang pelajar diploma tahun
2 yang mengambil subjek bahasa Mandarin di sebuah kolej vokasional rintis negeri
Kedah dengan 23 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen (PBP) dan 20 orang
pelajar dalam kumpulan kawalan (GTM). Ujian bertutur pra-pasca dan soal selidik
motivasi pembelajaran telah digunakan. Ujian-t sampel berpasangan digunakan untuk
mengenal pasti perbezaan antara ujian b..... 2513 hits |
| 5645 | 2021 Article | Pelaksanaan pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-19: satu kajian kes Mohd Rohiman Subri Cabaran pandemik COVID-19 telah mengubah corak pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu secara bersemuka kepada pengajaran dalam talian. Pelaksanaan pengajaran dalam talian telah menuntut mereka untuk melengkap diri dengan penguasaan teknologi dalam mencapai matlamat pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mewujudkan keterampilan berbahasa murid. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pelaksanaan pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu ketika menghadapi pandemik COVID-19. Oleh itu, kaedah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah digunakan. Tiga orang peserta kajian telah dipilih dan ditemu bual secara mendalam bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mereka telah menumpukan terhadap kaedah pengajaran berasaskan projek dan pengajaran berasaskan masalah bagi mendukung pembelajaran abad ke-21. Aktiviti pengajaran mereka lebih menumpukan kepada murid melakukan pembentangan dan kuiz bagi memastikan murid sebagai pembelajar aktif. Da..... 706 hits |
| 5646 | 2021 Article | Kefahaman masyarakat terhadap kewujudan akronim baharu semasa COVID-19 Roslan Ali Beberapa akronim baharu telah wujud sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul daripada penularan COVID-19. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan kerangka pengkategorian akronim Nik Safiah Karim et.al (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 200 kongsian SMS mulai 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco telah dikenal pasti dan dianalisis. Kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang serta borang soal selidik berstruktur dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. Sebanyak 152 orang responden telah terlibat dan dapatan kajian mendapati bahawa terdapat akronim popular yang berkaitan dengan COVID-19 telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia. Penemuan ini membuktikan bahawa kewujudan akronim baharu ini telah memperkaya dan menambah akr..... 651 hits |
| 5647 | 2021 Article | Impak pandemik COVID-19 terhadap bidang bahasa, sastera dan budaya di Malaysia Mohd Saipuddin Suliman Artikel ini meneliti impak serta cabaran yang dihadapi dalam bidang bahasa, sastera dan budaya akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui teknik bacaan rapi (close reading) berdasarkan artikel penyelidikan terkini yang berkaitan dengan pandemik COVID-19. Menerusi dapatan kajian, didapati pemakaian istilah baharu seperti 'norma baharu', 'normal baharu' atau 'kebiasaan baharu' banyak digunakan oleh media massa tanpa sebarang standarsasi yang konsisten. Sementara itu, bagi aspek kesusasteraan, pandemik COVID-19 seperti memberi harapan baharu dalam lapangan ini. Banyak pertandingan, pendeklamasian dalam talian dan penerbitan antologi puisi dianjurkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Akhir sekali, cabaran yang dihadapi dalam aspek budaya bagi setiap masyarakat di negara ini adalah penyesuaian kehidupan dengan norma baharu. Umpamanya tidak berjabat tangan, mengamalkan penjarakan sosial, mematuhi etika batuk atau bersin, mengelak..... 820 hits |
| 5648 | 2021 Thesis | Pembangunan dan kebolehgunaan Bio-Pal Handbook: Coordination dalam kalangan fasilitator Peer Assisted Learning Biologi matrikulasi Norshahfizah Abdul Shukor Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji kebolehgunaan manual fasilitator
iaitu Bio-PAL Handbook: Coordination sebagai alternatif untuk meningkatkan
kompetensi fasilitator dalam mengendalikan sesi Peer Assisted Learning (PAL).
Manual ini dibangunkan untuk fasilitator kursus Biologi bagi topik Koordinasi bagi
Program Matrikulasi. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Pembangunan
berpandukan Model ADDIE. Nilai kesahan ditentukan melalui indeks kesahan
kandungan (CVI) dan kaedah peratusan. Nilai kebolehpercayaan manual pula
diperolehi melalui kajian rintis yang dijalankan ke atas 30 orang responden. Seramai
52 orang fasilitator PAL Biologi terlibat dalam kajian sebenar bagi menguji
kebolehgunaan manual yang dibangunkan. Kajian mendapati nilai CVI bagi item I-CVI
dan S-CVI kedua-duanya adalah menghampiri 1.00 dengan nilai peratusan iaitu 94.5%.
Nilai ini menunjukkan kesahan yang sangat baik bagi Bio-PAL Handbook:
Coordination. Kebolehpercayaan Bio-PAL Handbook: Coor..... 2674 hits |
| 5649 | 2021 Article | Impak pandemik COVID-19 dalam penulisan puisi di Malaysia Rosmah Derak Saranan daripada kerajaan untuk sentiasa kekal berada di rumah (Just stay at home) bagi mengekang penularan jangkitan pandemik COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan menjadi satu titik tolak kepada lahirnya karyakarya sastera khususnya puisi tentang COVID-19 di Malaysia. Puisi-puisi ini bukan sahaja ditulis oleh golongan pengarang yang berkecimpung dalam bidang kesusasteraan, tetapi juga ditulis oleh golongan masyarakat yang cukup terkesan dengan pandemik ini. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu tentang pandemik COVID-19 dan menganalisis impak pandemik ini terhadap kehidupan manusia sebagaimana yang tergambar dalam kumpulan puisi atau antologi puisi tentang COVID-19 yang terbit pada tahun 2020. Kajian ini ialah kajian kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan, analisis kandungan dan analisis deskriptif terhadap kumpulan puisi/antologi puisi tentang COVID-19. Hasil kajian mendapati, isu-isu tentang COVID-19 telah mendapat tempat dalam kalangan penyair dan masya..... 660 hits |
| 5650 | 2021 Article | Daya Ujaran dalam Wacana Perutusan Perdana Menteri Mengenai COVID-19 Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya Satu daripada aspek bahasa yang penting dibincangkan dalam penelitian sesebuah wacana ialah daya ujaran. Daya ujaran bukan sekadar dikaitkan dengan unsur tekstual dalam teks ataupun penyampaian mesej secara berkesan tetapi lebih daripada itu. Daripada perspektif analisis wacana, daya ujaran dikaitkan fungsi ujaran yang membentuk sesebuah wacana. Bertepatan dengan wacana perutusan, penggemblengan daya ujaran oleh pewacana menggambarkan hasrat, sikap, dan tindakan beliau selaku Perdana Menteri Malaysia dalam usaha menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti daya ujaran yang wujud dalam perutusan khas Perdana Menteri mengenai COVID-19. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis daya ujaran sebagai suatu bentuk penyampaian mesej dalam perutusan khas Perdana Menteri mengenai COVID-19. Kaedah kajian yang diterapkan dalam penelitian aspek daya ujaran ini ialah analisis tekstual. Dengan berpandukan konsep daya..... 611 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 565 of 1192 | [ Next ] [ Last ] |