UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
56312021
Article
Nilai-nilai kemanusiaan dalam cerita lisan: satu penelitian takmilah
Muhammad Nur Al-Hakim Mohamad Hanafiah
Cerita lisan merupakan sebuah khazanah yang berharga dan seharusnya dipelihara sebagai pedoman kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, kisah-kisah yang berkisar dalam cerita lisan sangat kaya dengan nilai termasuk nilai-nilai kemanusiaan yang menggambarkan corak hidup masyarakat Melayu terdahulu. Kajian ini berpaksikan dua objektif, iaitu mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam cerita lisan. Seterusnya, nilai-nilai kemanusiaan akan diaplikasikan dengan teori Takmilah. Pengaplikasian teori Takmilah dilakukan dalam kajian ini bagi memantapkan hujah analisis kajian. Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada pembaca untuk lebih menghargai cerita lisan. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan teks bagi memastikan data yang diperolehi adalah tepat dan sistematik. Kajian ini akan memberi pencerahan mengenai nilai-nilai kemanusiaan seperti baik hati, rendah diri, murah hati, sedia memaafkan dan .....

660 hits

56322021
Article
Naratif abadi dalam pengajian dan pendidikan bahasa
Awang Sariyan
Menurut kerangka epistemologi atau teori ilmu alam Melayu yang berdasarkan epistemologi Islam, linguistik atau pengajian bahasa tergolong dalam disiplin ilmu yang berkaitan dengan kategori ilmu tanzil (revealed knowledge). Hal ini bukan semata-mata berkaitan dengan kategori ilmu yang dicari (acquired knowledge), sebagaimana yang lazimnya ditanggap oleh kebanyakan ilmuwan linguistik. Hakikat itulah yang dikupas dalam makalah ini. Antara yang dikupas termasuklah persoalan asal usul bahasa, tujuan mengkaji dan menguasai bahasa, peranan bahasa, dan realisasi perancangan bahasa serta pendidikan bahasa. Dalam usaha menelusuri persoalan yang tercakup dalam bidang falsafah bahasa, dilakukan perbandingan antara epistemologi Islam dengan epistemologi Barat untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan dalam rangka menanggap linguistik sebagai satu bentuk naratif abadi. Bidang terapan yang secara langsung terkait ialah bidang pendidikan bahasa, yang dikupas sebagai realisasi hakikat linguistik sebaga.....

873 hits

56332021
Article
Lakuan bahasa arahan dalam teks ucapan Perdana Menteri berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Aminnudin Saimon
Teks ucapan merupakan wahana yang menggabungkan penyampaian idealogi dan pemikiran melalui penggunaan bahasa supaya dapat difahami oleh pendengar. Kejayaan menyampaikan sesuatu ucapan bergantung pada penggunaan lakuan bahasa yang meyakinkan pendengar. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan lakuan bahasa sebagai satu strategi penghujahan yang berkesan dan lakuan bahasa hanya ditumpukan kepada lakuan bahasa arahan (LBA). Objektif kajian ini adalah menganalisis lakuan bahasa arahan yang terdapat dalam teks ucapan Perdana Menteri. Data utama kajian merupakan teks ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin berkaitan PKP. Sebanyak empat teks ucapan diambil, iaitu pada fasa PKP pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis penggunaan aspek lakuan bahasa arahan dengan bersandarkan kerangka teori Bach dan Harnish (1979). Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan kategori lakuan bahasa arahan yang dinyatakan oleh .....

675 hits

56342021
Article
Kata hubung sebagai peranti kohesi dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman
Yusniza Yaakub
Kertas kerja ini meninjau tentang aspek kohesi, khususnya kehadiran kata penghubung dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kohesi ialah hubungan antara bahagian dalam sesebuah teks yang ditandai oleh penggunaan unsur bahasa yang mengikatnya. Penggunaan teks ucapan Tunku sebagai data kajian dilakukan kerana ada kelompangan dengan kebanyakan kajian lalu lebih memberikan tumpuan terhadap pemikiran, gaya kepimpinan dan gaya bahasa dalam ucapan beliau, namun kurang memberikan tumpuan kepada aspek linguistik. Kajian kualitatif ini menggunakan huraian oleh Nik Safiah et al. (2008) dan Sanat (2002) yang berpaksikan kerangka teori linguistik yang digagaskan oleh Halliday (1975), iaitu nahu fungsional. Nahu fungsional melihat bahasa sebagai bentuk perilaku yang bersifat fungsian, iaitu bahasa digunakan untuk memenuhi tujuan tertentu, serta turut dipengaruhi oleh konteks sosiobudaya penutur. Penggunaan kerangka ini dirasakan wajar kerana kajian ini meneliti p.....

951 hits

56352021
Article
Intertekstualiti kiriman blog dalam kalangan remaja berdasarkan gender
Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin
Kajian ini bertujuan untuk melihat intertekstualiti teks antara kedua-dua remaja yang berlainan gender. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dan dianalisis menggunakan teori intertekstualiti oleh Julia Kristeva. Kajian-kajian berkaitan intertekstualiti ini banyak bertumpukan kepada karya-karya sastera terutamanya dalam penulisan novel, puisi dan sajak. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk melihat penggunaan teks dalam kiriman blog dan proses pemaknaan melalui teori intertekstualiti dalam penulisan kiriman blog oleh remaja berlainan gender. Dapatan kajian diperolehi melalui analisis terhadap kiriman blog dua orang remaja sepanjang tahun 2012 dan dapatannya dijalankan berdasarkan kajian kualitatif. Analisis dijalankan berdasarkan kepada empat rumus intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva, iaitu terdiri daripada hipoteks adalah tradisional, hipoteks adalah pengarang sendiri, hipoteks adalah teks pengarang lain dan hipoteks adalah teks bukan kre.....

636 hits

56362021
Article
Inovasi dalam penyelidikan dialektologi
Nor Hashimah Jalaluddin
Bahasa berevolusi, dan ilmu linguistik tidak terkecuali. Dengan tersebarnya revolusi industri 4.0, peranan teknologi menjadi semakin ketara. Ilmu linguistik seharusnya bergerak sederap dengan kemajuan teknologi ini. Sewajarnya, linguistik boleh bersifat multidisiplin dan melangkah ke depan secara alami. Dialektologi adalah contoh terbaik. Geolinguistik merupakan gabungan kajian dialek dengan geografi. Dengan perisian aplikasi ArcGis, kajian multidisiplin ini mampu mengangkat ilmu dialek lebih terkehadapan dengan maklumat isoglos dan taburan dialek terakam dalam lakaran peta dialek digital yang saintifik menggantikan peta manual. Penyelidikan dialek melibatkan kerja lapangan yang melibatkan golongan tua, dewasa dan remaja dengan menjawab soal selidik, temuramah serta terlibat dengan rakaman. Kemudian, data ditranskripsi dan diimpot ke perisian Arc Gis bagi dapatan peta yang sahih. Hasil kajian membuktikan bahawa banyak maklumat selain varian fonologi dapat dihasilkan, malah maklumat mer.....

952 hits

56372021
Article
Ciri-ciri bijaksana bendahara Tun Perak dalam pembentukan model kepimpinan berintegriti
A. Halim Ali
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan memperincikan ciri-ciri bijaksana kepimpinan Tun Perak yang sejajar dengan nilai integriti dengan tujuan membangunkan satu kerangka model kepimpinan berintegriti yang boleh dijadikan contoh kepemimpinan masa kini. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis deskriptif. Sumber utama kajian adalah teks Sulalatus salatin yang dikaji oleh Muhammad Haji Salleh dan teks Tun Perak Pencetus Wawasan Empayar Melaka oleh Muhd Yusof Ibrahim (2009). Aspek utama yang diberi tumpuan dalam analisis ini ialah sifat bijaksana yang meliputi sifat manusia berakal budi, arif, pandai, berhati-hati dan cerdik sejajar dengan maksud integriti. Hasil analisis yang dilakukan, kajian ini mendapati nilai bijaksana Bendahara Tun Perak tergambar pada tiga sifat utamanya, iaitu akal budi, kepandaian dan sikap berhati-hati. Akal budi yang ada pada diri Tun Perak terbina sejak beliau masih kecil menerusi didikan dan pesanan-p.....

909 hits

56382022
Thesis
Pembinaan aplikasi mudah alih ARcell bagi tajuk struktur sel dan organel untuk Biologi tingkatan 6
Rohani Hashim
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan aplikasi mudah alih augmentasi realiti bagi topik Struktur Sel dan Organel yang dinamakan sebagai ARcell. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian pembangunan. Pembangunan aplikasi mudah alih ARcell ini adalah berdasarkan Model ADDIE dengan integrasi Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Teori Pembelajaran Kognitif Multimedia Mayer. Kesahan aplikasi mudah alih ARcell ditentukan oleh pakar manakala kebolehpercayaan ditentukan berdasarkan kajian rintis. Kebolehgunaan aplikasi mudah alih ARcell ini ditentukan melalui perspektif 101 pelajar tingkatan enam yang dipilih secara rawak dari tiga sekolah berbeza di Melaka. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi mudah alih ARcell mempunyai kesahan yang baik dari aspek isi kandungan (S-CVI=1.00), aspek teknikal (S-CVI=0.97) dan juga mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai Alpha Cronbach 0.94.....

2002 hits

56392017
Thesis
Kecerdasan Menghadapi Kesukaran (Adversity Quotient) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di Negeri Perak
Yusaini Bakir
Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti tahap Kecerdasan Menghadapi Kesukaran (KMK) Guru Pendidikan Islam dalam menjalankan tugas seharian mereka iaitu tekanan kerja dan beban tugas berdasarkan lima domain kecerdasan iaitu fizikal, mental, spiritual, emosional dan interpersonal. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan semasa terhadap 312 orang Guru Pendidikan Islam di negeri Perak menggunakan soal selidik dan temubual. Data ini dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap Kecerdasan Menghadapi Kesukaran (KMK) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di negeri Perak adalah tinggi (min = 4.40, s.p = 0.540). Kajian juga mendapati tahap kesedaran tentang kewujudan kesukaran juga tinggi (min = 4.23, s.p = 0.455). Selain itu, tahap persediaan adalah tinggi (min = 4.06, s.p = 0.562) sementara berkaitan kecenderungan Guru Pendidikan Islam dalam aspek tindakan dalam menghadapi kesukaran, kajian mendapati pada tah.....

1496 hits

56402021
Article
Tahap pemahaman pelajar terhadap istilah baharu COVID-19: kajian terhadap universiti awam di Malaysia
Aminnudin Saimon
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini telah menyebabkan kewujudan istilah-istilah baharu khususnya istilah yang digunakan dalam penjenamaan COVID-19 kepada masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan istilah-istilah baharu dalam COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan menggunakan satu soal selidik untuk mengenal pasti istilah-istilah baharu dalam COVID-19 dan mengkaji tahap pemahaman pelajar terhadap istilah dalam COVID-19. Seramai 200 orang pelajar daripada empat buah universiti awam telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berstrata. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar UIAM mencatat jumlah pemahaman yang tinggi diikuti oleh UPSI, UKM dan UM. Daripada jumlah 3952, pelajar UIAM mencatat 1001 pemahaman terhadap istilah-istilah yang diberikan,diikuti oleh UPSI sebanyak 998, UKM 995 dan UM 958. Dapatan juga menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar memahami istilah-istilah yang digunakan dalam COVID-19. I.....

657 hits

[ First ] [ Prev ] Page 564 of 1192 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.