|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 5621 | 2021 Article | Hubungan etnik di Sabah: satu kajian terhadap cerpen-cerpen terpilih penulis Sabah Asmiaty Amat Masyarakat peribumi di Sabah dikategorikan kepada Dusunkadazan, Bajau, Murut dan lain-lain serta ‘kelompok bumiputera lain’ seperti Jawa, Bugis dan Suluk, dan juga apa yang dinamakan ‘etnik-etnik lain’. Kepelbagaian etnik yang cukup rencam ini tidak sama dengan yang wujud di Semenanjung Malaysia yang hanya ditandai dengan tiga kaum yang besar, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh hal yang demikian, hubungan antara kaum atau etnik di Sabah bersifat mikro, iaitu antara etnik dan juga intra-etnik, iaitu hubungan antara etnik peribumi/bumiputera Sabah dengan orang Melayu di Sabah atau dari Semenanjung, Cina, atau orang Eropah. Hubungan antara etnik di Sabah dikatakan pelbagai pihak sebagai harmoni, namun persepsi dan sangsi sosial antara etnik-etnik tersebut tetap wujud walaupun dalam bentuk yang tidak serupa seperti di Semenanjung Malaysia. Kajian tekstual tematik menggunakan sosiologi sastera ini meneliti cerpen-cerpen yang terbit dalam majalah WADAH sejak tahun 1980-an hingga 2017..... 970 hits |
| 5622 | 2021 Article | Bentuk puisi tradisional Iban timang jalung Ngabong Katoi Kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk puisi timang jalung yang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang dalam upacara gawai antu. Kajian ini memanfaatkan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kerja lapangan dan kajian kepustakaan serta analisis kandungan. Sampel kajian ialah lemambang yang menyanyikan puisi timang jalung di daerah Betong dan Saratok. Teori strukturalisme digunakan untuk menganalisis bentuk puisi timang jalung. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi timang jalung distrukturkan oleh baris dan rangkap. Kesimpulannya, bentuk puisi timang jalung diolah berdasarkan pengulangan suku kata pada akhir perkataan dalam baris dan di akhir baris dalam sesuatu rangkap. Implikasinya ialah kajian ini akan memberi pengetahuan tentang konvensi dan bentuk timang jalung. Pengetahuan tersebut dapat dijadikan sumberrujukan kepada para penulis untuk mencipta puisi moden yang berakar-umbikan tradisi.
.. 613 hits |
| 5623 | 2021 Article | Two early 19th-century Malay documents from Cabau Gallop, Annabel Teh This article presents and discusses the texts of two early 19th-century Malay documents from Cabau, on the Kesang river, now in the state of Melaka, which were seen and copied by C.O. Blagden in about 1894 in the house of the Penghulu of Cabau. The sealed commissions were presented to the Penghulu of Cabau by the Temenggung Paduka Tuan of Muar, charging the Penghulu to ensure the holding of communal prayers (sembahyang berjemaah) in the region of Cabau. As rare surviving examples of texts on the internal governance of a Malay territory, these documents are valuable for the study of Malay diplomatics and chancery practice. As historical sources, they also cast light on the regulation of Islamic life on the west coast of the Malay peninsula, and on the lineage of the Temenggungs of Muar.
.. 587 hits |
| 5624 | 2021 Article | Tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar di tingkatan empat sekolah berasrama penuh Annuar Khisham Isa Satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan atau hukum sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa adalah dua bentuk, iaitu morfologi dan sintaksis. Penguasaan tatabahasa memainkan peranan penting dalam PdP guru dan pelajar berupaya menguasainya dalam ilmu linguistik bidang huraian hingga ke peringkat ayat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan penggunaan kata kerja dan menganalisis penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar. Responden yang terlibat adalah seramai 100 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah berasrama penuh.Kaedah kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menganalisis dapatan ujian tatabahasa yang telah diedarkan kepada pelajar. Dapatan kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS versi 26.0 dan dianalisis menggunakan penentuan ujian skor min bagi mengetahui tahap tinggi, sederhana dan rendah pengukuran markah pelajar. Pengkaji mengum..... 641 hits |
| 5625 | 2021 Article | Tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid-murid B40 dalam pembelajaran Bahasa Melayu Zamri Mahamod Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40. Kajian kes ini djalankan di dua buah sekolah menengah kebangsaan yang dikenal pasti ramai murid B40 yang tidak tahu dan kurang lancar membaca dan menulis di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 16 murid B40 tingkatan 1, iaitu 7 orang murid B40 kaum Cina, 4 orang murid B40 kaum India dan 5 orang murid B40 kaum Melayu dipilih sebagai peserta kajian. Seramai 8 orang murid B40 belajar di SMKA dan 8 orang murid B40 lagi belajar di SMKB. Temu bual berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Data temu bual dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua murid B40 kaum Cina, India dan Melayu ini mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang sangat terhad dan terhad. Murid B40 Cina paling lemah kemahiran membaca dan menulis. Jika tahu menulis, mereka tidak tahu perkara yang ditulis. Murid B40 India pula, kemahiran mem..... 1539 hits |
| 5626 | 2021 Article | Shahnon Ahmad: dari naratif daerah ke wadah dan wajah kebijaksanaan Anwar Ridhwan Karya-karya awal Shahnon Ahmad menaratifkan isu-isu daerahnya dengan pewarnaan tempatan yang unik. Perkembangan kepengarangannya telah turut menyentuh tema kekeluargaan dan kemasyarakatan yang lebih luas, meliputi isu ekonomi, urbanisasi, politik, media, alam sekitar dan agama. Isu-isu tersebut digerakkan oleh dua kelompok – yang menguasai dan yang dikuasai, dengan kelompok pertama biasanya mempunyai banyak kelebihan. Setelah melalui perjalanan kreatif yang panjang, Shahnon Ahmad percaya bahawa karya sastera boleh menjadi medium dakwah melalui gagasan sastera Islamnya.
.. 559 hits |
| 5627 | 2022 Thesis | Dimensi kecemerlangan sekolah dari aspek indikator penaksiran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dengan kecemerlangan sekolah menengah kebangsaan luar bandar di Sarawak Engkasan Inchang Kajian ini menilai kesesuaian wajaran indikator penaksiran Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) dalam menentukan kecemerlangan sekolah menengah
kebangsaan luar bandar berdasarkan kepada persepsi guru-guru di sekolah. Kajian
berbentuk kuantitatif, menggunakan kaedah tinjauan bagi mengumpul data. Teori
Sistem Terbuka adalah menjadi sandaran utama dalam kajian ini. Kajian melibatkan
responden seramai 400 orang guru yang dipilih secara rawak daripada 7998 orang guru
yang sedang bertugas di sekolah berkenaan. Instrumen yang digunakan dalam kajian
ini diubahsuai daripada indikator penarafan SKPM dan empat dimensi faktor
kecemerlangan sekolah. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20.
Analisis deskriptif min menunjukkan tahap kecemerlangan sekolah pada dimensi
kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengajaran dan pemudahcaraan, pengurusan
kurikulum, kokurikulum dan sukan serta hal ehwal murid adalah tinggi, manakala
dimensi kemenjadian murid pada tahap sede..... 2947 hits |
| 5628 | 2022 Thesis | Statistical downscaling of projecting rainfall amount based on SVC-RVM model Nurul Ainina Filza Sulaiman The objective of this study is to evaluate and compare the proposed statistical
downscaling model in Kelantan and Terengganu states. The study also investigates
the most accurate imputation methods in handling the missing atmospheric data and
the important predictors for a statistical downscaling method by reducing the
dimensionality data. The data used in this study include atmospheric data (predictors)
and daily rainfall data (predictand) from 1998 until 2007. As part of its methodology,
this study had used an imputation method for handling missing data. Then, Principal
Component Analysis (PCA) was applied to rectify the issue of high-dimensional data
and select predictors for a two-phase model. The two-phase machine learning
techniques were introduced as a precise statistical downscaling method in Kelantan and
Terengganu states. The first phase is a classification using the Support Vector
Classification (SVC) that determines dry and wet days. Subsequently, a regression
e..... 3177 hits |
| 5629 | 2022 Thesis | Kompetensi guru pelatih Pendidikan Islam di bilik darjah Hafizan Mohamad Dain Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kompetensi guru-guru pelatih pendidikan
Islam di dalam bilik darjah. Kajian melibatkan 150 orang responden yang terdiri
daripada guru IPG Kampus Bangi dan UPSI yang dipilih secara rawak. Instrumen
kajian yang dibina telah disahkan oleh beberapa pakar penilai dan juga melalui kajian
rintis dengan nilai kebolehpercayaan (Pengetahuan Pedagogi, α=0.850), (Pengetahuan
Kandungan, α=0.879), (Pengetahuan Teknologi, α=0.902), (Pengetahuan Tentang
Murid, α=0.905) dan (Nilai, α=0.918). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan
pendekatan kuantitatif. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan dianalisis secara
deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Dapatan kajian
mendapati tahap kompetensi guru pelatih adalah tinggi dengan (min=4.18).
Berdasarkan hasil ujian-t, didapati tidak ada perbezaan signifikan antara tahap
kompetensi guru berdasarkan jantina (t=1.861, p=0.065) dan tahap kompetensi
berdasarkan institusi (..... 2682 hits |
| 5630 | 2021 Article | Penerapan kemahiran insaniah bagi domain afektif kemahiran komunikasi, sepanjang hayat, sosial dan kepimpinan untuk kemenjadian siswa universiti Azhar Md Sabil Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan domain afektif untuk membentuk keberkesanan perwatakan yang baik. Domain ini merangkumi perasaan, rohani, tanggungjawab, keinginan, menghargai dan memahami dalam kalangan pelajar di institut pendidikan tinggi. Pensyarah memainkan peranan penting untuk menghasilkan kemenjadian pelajar agar seimbang dengan penghayatan pengajaran dan pembelajaran di universiti. Responden kajian melibatkan tujuh kumpulan, iaitu lima orang pelajar bacelor pendidikan tahun akhir bagi setiap kumpulan dengan mengambil kira tujuh program dalam bidang di Fakuti Pengajian Pendidikan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes dengan satu lokasi dan menggunakan kaedah kualitatif, iaitu temu bual berkumpulan secara separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar bacelor pendidikan mempunyai domain afektif secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan kemahiran insaniah, iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masal..... 696 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 563 of 1192 | [ Next ] [ Last ] |