UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
5711Article
Peramalan siri masa aras sungai empangan di Selangor menggunakan pendekatan kalut dan kaedah penghampiran linear setempat
Nur Hanani Zakaria
Peningkatan permintaan sumber air selari dengan peningkatan jumlah penduduk terutamanya di kawasan bandar. Hal ini menunjukkan terdapat keperluan bagi meramal aras air sungai supaya air yang mencukupi dapat disalurkan ke empangan utama bagi memenuhi permintaan penduduk. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk membina model peramalan dengan menggunakan pendekatan kalut terhadap data siri masa aras air Sungai Klang yang terletak di kawasan bandar. Peramalan berasaskan pendekatan kalut dibahagikan kepada dua fasa iaitu pengesanan telatah kalut dan proses peramalan. Pengesanan telatah kalut dilaksanakan dengan menggunakan kaedah ujian 0 – 1. Manakala, peramalan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah penghampiran linear setempat (KPLS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa data siri masa aras air di Sungai Klang adalah bertelatah kalut dengan menggunakan kaedah ujian 0 – 1. Seterusnya, peramalan dengan menggunakan KPLS menunjukkan bahawa peramalan yang dilaksanakan adalah bagus kerana hasil pe.....

800 hits

57122021
Article
Peramalan melalui pendekatan kalut ke atas siri masa karbon monoksida di kawasan perindustrian
Khairunnisa Che Jusoh
Kajian ini berfokus kepada menganalisis dan meramal data siri masa karbon monoksida (CO) di salah sebuah kawasan perindustrian di Malaysia iaitu Seberang Perai, Pulau Pinang menggunakan pendekatan kalut. Sebelum proses peramalan, data siri masa diuji terlebih dahulu untuk mengenalpasti kehadiran dinamik kalut. Melalui Kaedah Cao, didapati bahawa sifat kalut hadir dalam siri masa CO. Oleh yang demikian, proses peramalan dijalankan melalui Kaedah Penghampiran Setempat. Pekali korelasi dipilih sebagai petunjuk prestasi. Keputusan peramalan menunjukkan bahawa nilai pekali korelasi adalah 0.9032 yang mana nilai tersebut hampir kepada satu. Hasil ramalan yang sangat baik ini menunjukkan bahawa Kaedah Penghampiran Setempat boleh digunakan untuk meramal kepekatan CO. Kesimpulannya, pendekatan kalut telah berjaya menganalisis dan meramal siri masa CO di kawasan perindustrian Seberang Perai. Diharapkan dengan penemuan ini dapat membantu pihak bertangunggjawab untuk mengawal pencemaran CO di kawa.....

993 hits

57132021
Thesis
Impak sistem rel transit (LRT Kelana Jaya) terhadap nilai hartanah komersial di Petaling Jaya, Selangor
Nur Hazirah Juzzaty Mohammad Johari
Kajian ini bertujuan untuk menentukan impak sistem LRT terhadap harga hartanah komersial di Petaling Jaya, Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, reka bentuk penyelidikan kajian kes dan beberapa teknik statistik seperti Linear Trend Line (LTL), Polynominal Trend Line (PTL), Model Harga Hedonik (HPM) dan model Geographically Weighted Regression (GWR) telah digunakan. Dapatan daripada teknik linear trend line dan polynomial trend line menunjukkan bahawa impak sistem LRT terhadap harga hartanah komersial adalah positif dan signifikan. Namun begitu, perubahan harga hartanah komersial di setiap stesen adalah tidak sama, kerana terdapat stesen yang mengalami perubahan harga yang tinggi, sementara stesen yang lain adalah sebaliknya. Seterusnya, dapatan model harga hedonik menunjukkan bahawa harga hartanah komersial boleh meningkat kira-kira RM 350 bagi setiap meter dari stesen LRT terdekat. Sementara itu, dapatan analisis geographically weighted regression memberikan maklumat yang le.....

1572 hits

57142021
Thesis
Amalan pembelajaran pelajar tahfiz model Ulul Albab (TMUA) di Negeri Selangor
Norafidah Md Yusup
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar TMUA sebelum, semasa dan selepas menghafaz al-Quran, menganalisis perbezaan perlaksanaan amalan murajaah berdasarkan demografi serta mengkaji hubungan amalan murajaah dengan pencapaian hafazan al-Quran pelajar berdasarkan teori al-Qabisi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi pengedaran soal selidik kepada seramai 230 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan dua dan empat yang dipilih secara rawak daripada sebuah sekolah berasrama penuh beraliran Tahfiz Model Ulul Albab di Selangor. Soal selidik dengan skala likert lima mata telah digunakan dan data kajian telah dianalisis secara deskriptif menerusi min, ujian-T dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan nilai min tahap persediaan pelajar sebelum dan semasa menghafaz al-Quran berada pada tahap tinggi iaitu min 2.77 (.428) dan 2.70 (.468). Manakala dapatan kesediaan pelajar selepas menghafaz al-Quran melalui amalan murajaah juga berada pada tah.....

3212 hits

57152021
Article
Pencirian kumpulan-5 yang mempunyai litupan-11 dengan persilangan bebas-teras
Rawdah Adawiyah Tarmizi
Andaikan G adalah kumpulan terhingga. Jika terdapat suatu set yang mengandungi n subkumpulan wajar dalam G yang kesatuannya merangkumi semua unsur bagi G, maka G merupakan kumpulan terlitup. Set bagi n subkumpulan wajar dipanggil litupan-n bagi G dan bilangan minimum bagi n yang melitupi G ialah 3, ini bermakna n X 3 . Jika litupan-n tidak mempunyai subset wajar yang juga melitupi G, maka ia dipanggil litupann tak berlebihan bagi G dan ia dipanggil litupan-n maksimal jika ia mengandungi hanya subkumpulan maksimal bagi G. Suatu litupan-n tak berlebihan maksimal dengan persilangan bebas-teras dikenali sebagai suatu litupan-Xn. Kajian ini mencirikan kumpulan-5 yang mempunyai suatu litupan-X11. Didapati bahawa kumpulan-5 mempunyai litupan-X11 jika dan hanya jika ia berisomorfisma dengan beberapan kumpulan abelan bagi sesetengah peringkat.  ..

784 hits

57162021
Article
Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Pengamiran (InSeL) bagi pelajar Matrikulasi
Khairulazuad Husain
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri Pengamiran (Integration Self Learning-InSeL) bagi pelajar matrikulasi. Pembangunan modul ini berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif, pembinaan konsep Pengamiran, kemahiran berfikir dan pembelajaran kendiri. Modul dibangunkan menggunakan Model Sidek yang melibatkan dua peringkat iaitu membina draf modul dan pengujian modul. Kajian kuantitatif ini menggunakan tiga set soal selidik untuk menilai kesahan, kebolehpercayaan dan kesesuaian modul. Kesahan kandungan terhadap Modul InSeL dibuat oleh tujuh orang pakar dan nilai kesahan ditentukan melalui indeks kesahan kandungan (CVI). Nilai keseluruhan indeks kesahan kandungan Modul InSeL adalah tinggi dengan nilai 0.99 atau 99 peratus bagi kedua-dua nilai CVI bagi item (I-CVI) dan CVI bagi skala (S-CVI). Seramai 73 orang pelajar matrikulasi terlibat dalam kajian ini bagi menguji kebolehpercayaan dan kesesuaian modul yang dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan nilai pekali Alpha Cron.....

765 hits

57172021
Article
Extrapolation of general linear methods with inherent Runge-Kutta stability
Ali J. Kadhim
General linear methods have been proven to be very efficient in solving stiff and non-stiff differential equations. Extrapolation is proven to increase the accuracy of any methods. This paper investigates the accuracy and efficiencies of explicit general linear methods with inherent Runge-Kutta stability (IRKs) with and without extrapolation. The numerical results on the Van der Pol (VDP) and Brusselator (Bruss) non-stiff test equations showed that IRKs with extrapolation are more efficient and accurate than itself without extrapolation.  ..

681 hits

57182020
Thesis
Pendekatan \"Theatre Games\" dalam pengajaran dan pembelajaran bersepadu Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah
Mohamad Sayuti Seman
Kajian pengajaran dan pembelajaran bersepadu PSV bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian pendekatan integrasi, menjalankan kaedah pembelajaran bersepadu dan menghasilkan sebuah model pembelajaran bersepadu yang bersesuaian dalam Pendidikan Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Menengah berasaskan Theatre Games. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes sebagai metodologi kajian yang dilaksanakan iaitu pemerhatian, temu bual dan kajian perpustakaan serta bengkel PdP bersepadu PSV. Seramai 5 orang ahli akademik dipilih menjadi informan dan 3 buah sekolah dipilih sebagai sampel kajian. Hasil dapatan kajian yang diperoleh mendapati model pembelajaran yang digunakan dapat meningkatkan kreativiti dan penerimaan murid dalam PdPc bersesuaian dengan Pembelajaran Abad ke-21(PAK21). Model pembelajaran dan pemudahcaraan berfokus pada Bidang Bahasa Seni Visual yang menumpukan tajuk unsur seni dalam DSKP KSSM Tingkatan 1 Pendidikan seni Visual. Theatre Gam.....

2023 hits

57192021
Article
Error estimation by using symmetrization and efficient implementation scheme for 3-stage Gauss method
Sara Syahrunnisaa Mustapha
This research focuses on the implementation strategies by the implicit Runge-Kutta Gauss methods in solving Robertson problem using variable stepsize setting. This research considers ideas of implementation strategies by Hairer and Wanner (HW) and Gonzalez-Pinto, Montijano and Randez (GMR) schemes that uses a certain transformation matrix T to improve the efficiency of the numerical methods. Both implementations use simplified Newton iterations to solve the nonlinear algebraic equations for the implicit methods. These implementation strategies are compared with the modified Hairer and Wanner (MHW) scheme without using any transformation matrix T. The numerical methods considered are the implicit 3-stage Gauss (G3) method of order-6. The numerical results are given for Robertson problem which is a chemical reaction stiff problem. The variable stepsize setting is adapted in Matlab code that estimates the error using symmetrization technique. Based on the numerical experiments, it is obse.....

871 hits

57202020
Thesis
Kajian keberkesanan penggunaan buku bergambar dalam kemahiran menulis Bahasa Cina tahun dua
Chai, Chooi Wei
Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti keberkesanan penggunaan buku bergambar dalam kemahiran  menulis Bahasa Cina tahun dua di dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di negeri Perak. Dua buah  sekolah kajian ini dipilih secara rawak di kawasan bandar. Kajian kuasi-eksperimental dan kajian  tinjauan digunakan untuk menjawab dua persoalan kajian dan dua hipotesis. Ujian pra-pasca dan soal  selidik telah digunakan untuk mengukur skor pencapaian penulisan ayat dan tahap minat murid dalam  kajian ini. Seramai 44 orang murid tahun dua telah dipilih menjadi responden dengan menggunakan  teknik pensampelan rawak mudah. Analisis ujian-t menunjukkan  terdapat  perbezaan  yang  signifikan   di  antara  penggunaan  buku bergambar dan penggunaan kosa kata terhadap skor pencapaian penulisan  ayat (t = -4.066, p < .05) dan tahap minat murid (t = -19.018, p < 0.05) dalam kemahiran menulis  Bahasa Cina tahun dua. Dapatan ujian pra-pasca menyatakan bahawa skor pencapaian pe.....

2942 hits

[ First ] [ Prev ] Page 572 of 1192 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.