UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
8101 | 2005 thesis | Pengurusan koir dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah: satu kajian kes Rajamoney, Laura Annie Lalita Sebagaimana Pendidikan Muzik memainkan peranan penting di sekolah-sekolah di negara kita, pengajaran dan pembeJajaran koir juga perlu dititik beratkan. Kajian ini yang merupakan satu kajian kes telah berupaya mencari strategi yang digunakan dalam 2 buah sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran koir, masalah-masalah yang dihadapi serta kriteria yang digunakan untuk menilai sesebuah koir yang berkualiti. Kaedah pemerhatian, temubual serta senarai semak telah digunakan untuk melihat strategi yang digunakan oleh tiga orang guru muzik sekolah menengah dan seorang guru koir swasta. Kedua-dua guru sekolah menengah ini telah diperhatikan dari hari pertama latihan koir sehingga ke hari pertandingan koir daerah masingmasing. Keputusan juga telah diperoleh dari kedua-dua dapatan serta pertandingan. Secara keseluruhan, strategi yang digunakan oleh Sekolah A terbukti lebih berkesan dari Sekolah B dari segi pemanasan suara dan kekerapan berlatih. Walaupun terdapat masalah-masalah yang diha..... 1478 hits |
8102 | 2005 thesis | Minat pelajar tingkatan 4 terhadap muzik tradisional Gamelan di salah sebuah sekolah projek Noor Izah Ahmad Din Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau minat pelajar Tingkatan 4 terhadap muzik tradisional gamelan Terengganu di salah sebuah sekolah projek di Shah Alam, Selangor. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah soal selidik data yang telah diproses menggunakan program 'Statistical Packages For The Social Science' ( SPSS) bagi mendapatkan frekuensi, min, piawai dan peratusan. Hasil kajian mendapati pelajar-pelajar Tingkatan 4 pendidikan muzik ini menunjukkan minat terhadap muzik tradisional gamelan dan bercita-cita menjadi pelapis kepada pemuzik gamelan untuk masa hadapan. Disamping itujuga didapati faktor-faktor yang dikemukakan seperti guru, keluarga, persekitaran dan rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap muzik tradisional gamelan. Hasil kajian ini diharapkan akan menjadi panduan kepada pihak-pihak tertentu dalam membantu meningkatkan mutu pengajaran dan minat pelajar seterusnya pencapaian generasi muda dalam ..... 559 hits |
8103 | 2016 thesis | Hubungan antara corak pengambilan makanan dan pengambilan kalori terhadap komposisi tubuh badan kanak-kanak Azziadatur Rasyeeda Azman Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara corak pengambilan makanan dan pengambilan kalori terhadap komposisi tubuh badan kanak-kanak tahap dua sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun. Rekabentuk kaj ian adalah berbentuk tinjauan. Responden terdiri daripada 445 orang murid (lelaki, n= 230; perempuan, n= 215). Borang soal selidik 24-hour dietary recall (Ministry of Health, 2014) digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan corak pengambilan makanan dan jumlah pengambilan kalori. Analisis deskriptif digunakan bagi melapor skor min dan sisihan piawai manakala ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan corak pengambilan makanan terhadap komposisi badan. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan pengambilan hidangan utama, dan snek dan pengambilan kalori antara responden lelaki dan perempuan bagi setiap peringkat umur. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara corak pengambilan makanan terhadap indeks..... 1341 hits |
8104 | 2016 thesis | Pengaruh faktor kepuasan kerja terhadap komitmen jururawat hospital kerajaan dan swasta Kabupaten Malang Jawa Timur Syamsul Bachri Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti faktor kepuasan kerja yang mempengaruhi komitmen jururawat di hospital kerajaan dan swasta Kabupaten Malang, Jawa Timur. Objektif kajian ini untuk menentukan pemboleh ubah yang mempengaruhi kepuasan kerja jururawat yang memberi impak terhadap penampilan layanan di hospital. Reka bentuk kajian ialah kajian kuantitatif. Data keratan rentas dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada jururawat hospital kerajaan dan hospital swasta di daerah kajian. Analisis data menggunakan statistik deskriptif, ujian t bebas dan Analisis Laluan (Path Analysis). Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang positif antara tingkat kepuasan kerja dengan komitmen jururawat. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pemboleh ubah komitmen antara jururawat yang bertugas di hospital kerajaan dan swasta. Analisis laluan menunjukkan bahawa faktor pengembangan diri adalah faktor kepuasan kerja yang utama menyumbang kepada komitm..... 432 hits |
8105 | 2016 thesis | Kesan bimbingan kelompok modul penyesuaian pemikiran kerjaya terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah Nur Liyana Mohd Ibrahim Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan mengkaji kesan kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya (PPK) yang berorientasikan teori Kognitif Pemprosesan Maklumat dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang memperoleh skor tinggi dan sederhana dalam ketidakfungsian pemikiran kerjaya. Keberkesanan kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar diukur daripada segi pengurangan kekeliruan membuat keputusan, kebimbangan komitmen, konflik luaran dan peningkatan situasi vokasional kumpulan rawatan. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di daerah Hulu Selangor, Selangor. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan dua soal selidik kajian iaitu Soal Selidik Pemikiran Kerjaya dan Soal Selidik Situasi Vokasional. Seramai 108 subjek dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan dan satu kelompok kawalan. Subjek rawatan KBK ialah 36 orang pelajar yang dibahagikan kepada tiga kelompok kec..... 1272 hits |
8106 | 2016 thesis | Pembinaan model kompetensi peribadi sosial berdasarkan bimbingan kaunseling peribadi sosial dan pendidikan karakter di sekolah menengah Yogyakarta Diana Septi Purnama Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh dua pembolehubah iaitu kursus Bimbingan Kaunseling (BK) dan Pendidikan Karakter (Kar) terhadap Kompetensi Peribadi Sosial (KPS) dalam kalangan 1236 pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) di Yogyakarta. Dua faktor yang telah dikenalpasti menjadi pengantara (mediator) dalam hubungan tersebut adalah Faktor Dalaman (Int) dan Faktor Luaran (Ext). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal-selidik laporan kendiri. Prosedur Structural Equation Modeling (SEM) telah digunakan untuk menguji lima hipotesis kajian dan analisis jalur (Path Analysis) telah diaplikasikan untuk menilai model parameter. Dapatan kajian menunjukkan faktor dalaman dan faktor luaran merupakan pengantara hubungan di antara BK dan KPS. Selain itu, faktor dalaman dan faktor luaran juga pengantara hubungan di antara Kar dan KPS. Hipotesis terakhir mendapati BK dan Kar mempengaruhi KPS. Dapatan juga mendapati BK dan Kar mempengaruhi KPS. Kajian empirikal ini merupakan kaji..... 931 hits |
8107 | 2016 thesis | Pembinaan dan kesan pelaksanaan modul In-Vee terhadap pencapaian, Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran proses sains Aiza Hazrilsuhada Aizinin Kajian ini bertujuan membina Modul In-Vee berasaskan model Sidek dan Jamaludin. Kajian juga bertujuan menilai kesan pelaksanaan Modul In- Vee terhadap pencapaian, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran proses Sains (KPS) pelajar dalam subjek Biologi. Hubungan antara KBAT dan KPS pelajar juga akan ditentukan. Modul ini didasari teori Konstrutivisme dan mengaplikasikan Diagram Vee ke atas aktiviti penyiasatan di makmal. Reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dengan melibatkan ujian Pra dan Pasca. Seramai 60 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains telah dipilih secara persampelan bertujuan dan dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan secara sama rata. Instrumen kajian yang digunakan adalah Modul In-Vee, dua set ujian pra dan pasca bagi mengukur pencapaian KBAT dan KPS. Data dianalisis menggunakan Ujian Ancova dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapian, KBAT dan KPS yang signifikan antara pelajar kumpulan rawa..... 954 hits |
8108 | 2016 thesis | Kesan kursus Struktur Algebra terhadap kemahiran pembuktian bakal guru Matematik di sebuah universiti awam Malaysia Mohd Mirwan Kamarudin Kajian ini bertujuan mengkaji sama ada kursus Struktur Algebra memberi kesan terhadap tahap kemahiran pembuktian bakal guru matematik di sebuah universiti awam Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra– ujian pos kumpulan kawalan tidak setara. Sampel kajian dipilih secara rawak terdiri daripada 17 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan kepujian yang telah mengambil kursus Struktur Algebra sebagai kumpulan rawatan dan 17 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan yang tidak mengambil kursus Struktur Algebra sebagai kumpulan kawalan. Data dikumpul secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan 3 instrumen iaitu ujian pos, ujian pra dan soalan temu bual dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran pembuktian bakal guru program matematik berada pada tahap transisi dan terdapat perbezaan tahap kemahiran pembuktian di antara pe..... 1162 hits |
8109 | 2017 thesis | Pengaruh penggunaan media persembahan dan motivasi belajar terhadap prestasi pelajar sekolah menengah kejuruan di Aceh Utara Taufik Hidayah PowerPoint adalah salah satu alat bantuan mengajar yang penting untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran vokasional pada masa kini. Namun demikian, penggunaan teknologi PowerPoint masih kurang meluas di Aceh Utara. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh penggunaan media persembahan dan motivasi belajar terhadap prestasi pelajar sekolah menengah kejuruan di Aceh Utara, Aceh, Indonesia. Kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dan dokumen gred pelajar digunakan dalam mengumpul data kajian. Seramai 124 guru dan 321 pelajar daripada empat buah sekolah menengah kejuruan telah dipilih sebagai sampel. Pemilihan sampel dalam kajian ini menggunakan persampelan rawak kelompok. Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhan penggunaan media PowerPoint daripada aspek kemudahan dan kegunaan mendapati berada pada tahap tinggi dan untuk pelajar juga mendapati berada pada tahap tinggi. Ujian motivasi belajar dalam kalangan pelajar juga mendapati pada tahap t..... 745 hits |
8110 | 2005 thesis | Keberkesanan penggunaan perisian komputer dalam meningkatkan minat pelajar terhadap teori mengenal nama-nama not di kalangan pelajar tingkatan 1 Liow, Bee Teen Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada penggunaan perisian komputer dalam pendidikan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan muzik. Di samping itu, kajian ini juga berfungsi meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari muzik. Data mengenai kajian ini dikumpul melalui ujian pos. Di samping itu, satu set soal selidik digunakan dalam mengenalpasti sama ada perisian itu memberi kesan positif dari aspek pembelajaran, minat dan motivasi pelajar. Empat puluh orang pelajar Tingkatan 1 dari SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak telah dipilih secara rambang sebagai responden kajian. Pembelajaran menggunakan perisian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kepada pelajar-pelajar sekolah menengah merupakan konsep baru. Kaedah pengajaran ini melibatkan pembelajaran nama-nama not menggunakan kibod. Objektif-objektif kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar pelajar mempe..... 948 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 811 of 977 | [ Next ] [ Last ] |