UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
steam deck uninstall non steam games PENDIDIKAN pembangunan matematik
Komunikasi Perpustakaan Tuanku Bainun Kurikulum ismail man PENDIDIKAN ISLAM

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
80912016
thesis
Penilaian kesediaan pelajar PISMP Institut Pendidikan Guru untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah
Juliana Osong
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesediaan pentaksiran pelajar guru tahun akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah menggunakan instrumen Skala Pengukuran Kesediaan Pentaksiran (SPKP) yang diadaptasi dan disesuaikan dari instrumen Classroom Assessment Literacy (CALI). Sejumlah (N=500) pelajar guru yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata berkadaran telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Piawaian item dalam SPKP telah dipadankan dengan konteks struktur pentaksiran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Standards for Teacher Competence in the Educational Assessment of Students (STCEAS), Theory of Planned Behavior (TPB), Standard Guru Malaysia (SGM) dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan ditentusahkan menggunakan Model Rasch. Statistik deskriptif dan inferens juga telah dilakukan untuk menghuraikan data dan menguji hipotesis kajian. Keputusan menunjukkan bahawa SPKP mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang bole.....

882 hits

80922016
thesis
Pembinaan konstruk dan model pengukuran kepimpinan instruksional berinovatif dalam sistem politeknik
Irdayanti Mat Nashir
Kajian ini adalah untuk menentukan konstruk dan membina model pengukuran kepimpinan instruksional berinovatif di lima buah politeknik di Malaysia. Kajian ini menggunakan model Hallinger dan Murphy sebagai model utama. Reka bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan pembangunan model pengukuran. Teknik awal yang digunakan dalam pembangunan instrumen kajian ini adalah teknik Delphi yang telah diubahsuai. Seramai 11 orang pakar telah dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang yang dikaji. Pakar-pakar tersebut juga telah mengesahkan 13 konstruk kepimpinan instruksional berinovatif bagi sistem politeknik. Persampelan rawak berstrata telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen baharu telah dibangunkan dengan 13 konstruk dan 188 item serta diedarkan kepada responden di lima buah politeknik tersebut untuk melihat kepimpinan instruksional berinovatif pentadbir politeknik. Data empirikal yang dipungut dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi juga s.....

1216 hits

80932016
thesis
Analisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain
Rosli Ibrahim
Kajian ini bertujuan menganalisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain. Kaedah analisis teks secara kualitatif digunakan bagi menganalisis unsur perpaduan kaum yang terdapat dalam penulisan tokoh Sasterawan Negara ini. Dua novel yang digunakan sebagai subjek analisis dalam kajian ini ialah Interlok dan Buih di Atas Air.Teori Cerminan Masyarakat Lukacs telah digunakan sebagai landasan untuk melihat hubungan antara penulisan Abdullah Hussain di dalam kedua-dua novel tersebut dan perkaitannya dengan kehidupan masyarakat yang pelbagai latar belakang keturunan kaum dan budaya di Malaysia. Kajian ini mendapati pemilihan tema, plot dan watak dalam kedua-dua novel dapat mencerminkan latar belakang kehidupan sebenar masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kedua-dua novel juga telah berjaya menonjolkan unsur perpaduan kaum dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti dalam suasana sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat Malaysia. Kajian ini juga mencerminkan citra buda.....

2009 hits

80942016
thesis
Penilaian latihan kemahiran Vokasional bagi Orang Asli
Zamani Ibrahim
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program latihan kemahiran vokasional untuk masyarakat Orang Asli di dua buah pusat latihan yang melibatkan dua kursus iaitu jahitan dan automotif. Kajian ini menggunakan rekabentuk penilaian program untuk menilai kesesuaian kurikulum, kesediaan tenaga pengajar, kerjasama pentadbir pusat latihan, kemudahan, proses pengajaran dan pembelajaran, kerja amali, penilaian kerja kursus dan akhirnya hasil program terhadap pelajar dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Model CIPP digunakan sebagai model penilaian untuk menilai pelaksanaan latihan kemahiran vokasional. Seramai 56 orang responden dipilih yang terdiri daripada pengajar, pentadbir dan pelajar. Kajian berbentuk penilaian program ini menggunakan instrumen yang terdiri daripada soal selidik, protokol temubual dan senarai semak pemerhatian. Dapatan utama kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa pelaksanaan latihan kemahiran adalah berasaskan kurikulum yang telah di.....

479 hits

80952016
thesis
Kepengarangan Muhammad Haji Salleh berasaskan model proses kreatif teksnaluri
Ghazali Din
Kajian ini bertujuan untuk membuktikan kewujudan dan pengaruh elemen naluri dalam kepengarangan Muhammad Haji Salleh. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kerja lapangan ini menganalisis sebanyak 10 buah kumpulan puisi Muhammad Haji Salleh yang mengandungi 742 buah sajak dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam kepengarangan seseorang pengarang. Terdapat tujuh elemen naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri dalam kepengarangan pengarang iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil analisis ke atas 742 sajak dalam 10 kumpulan puisi ini menemukan kehadiran elemen naluri yang secara dominan mempengaruhi kepengarangan Muhammad Haji Salleh dalam proses kreatifnya. Elemen naluri yang paling dominan ditemui ialah Naluri Keala.....

2238 hits

80962016
thesis
Analisis item aneka pilihan dengan menggunakan teori respons item bagi peperiksaan akhir anatomi dan fisiologi diploma kejururawatan dan peramal pencapaian pelajar
Hishamuddin Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk menilai kualiti item-item aneka pilihan peperiksaan akhir Anatomi dan Fisiologi (A&F) yang merupakan subjek wajib kursus Diploma Kejururawatan menggunakan model 3-parameter logistik (3PL) Teori Respons Item (TRI). Kajian juga bertujuan menentukan peramal bagi pencapaian A&F melalui analisis soal selidik latar belakang akademik pelajar. Dalam fasa pertama, respons dikotomus daripada 1672 pelajar semester 1 sesi Julai-Disember 2012 dan 971 pelajar semester 1 sesi Januari-Jun tahun 2013 telah dianalisis berasaskan model 3PL TRI untuk menilai kualiti item serta kebolehan calon. Dalam fasa kedua, ujian-t dan regresi berganda stepwise telah dilakukan ke atas sampel seramai 530 daripada sesi Julai- Disember tahun 2012 dan 303 pelajar sesi Januari-Jun tahun 2013. Keputusan analisis menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kualiti item dalam kedua-dua peperiksaan akhir A&F kurang memuaskan seperti yang ditunjukkan oleh nilai kebolehpercayaan skor theta yang rendah, ke.....

701 hits

80972016
thesis
Analisis pola kemarau Hidrologi di Lembangan Sungai Langat, Selangor, Malaysia
Nordin Sakke
Kajian ini menganalisis kemarau dan sifat-sifatnya di lembangan Sungai Langat, Selangor. Luahan aliran rendah sungai dianalisis menggunakan nilai purata luahan harian (Qmean) manakala bagi peristiwa kemarau, persentil 70 (Q70) digunakan sebagai paras ambang. Luahan sungai yang mempunyai tempoh berbeza dari empat stesen iaitu Lui, Rinching, Kajang dan Dengkil telah digunakan untuk mengkaji kemarau. Statistik deskriptif, ujian trend Mann-Kendall Z, kecerunan Sen, ujian kekerapan, statistik Z, ANOVA sehala, regresi/korelasi dan Kendall digunakan dalam analisis. Hasil kajian menunjukkan purata tempoh aliran rendah adalah 9,780 hari (64.8%). Tempoh ini menyumbangkan 38.6% daripada keseluruhan luahan dalam tempoh kajian. Sebanyak 32 tahun mengalami kemarau. Tahun-tahun di mana kesemua stesen dilanda kemarau ialah 1978, 1980, 1982, 1983 dan 1999. Sebanyak 92 peristiwa kemarau telah direkodkan bagi semua stesen semasa tempoh kajian di mana kebanyakan landaan lebih tertumpu antara tahun 1976 â€.....

894 hits

80981889
book
Inilah kitab yang bernama Taj al-Muluk al-marda bil-durar wa-al-jawahir
- -,
450 hits

80991940
book
Final report of the commission - appointed to enquire into certain matters connected with the Sultan Idris Training College, Tanjong Malim
- -,
749 hits

81002005
thesis
Perisian multimedia interaktif kompang sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik
Zaharah Abd Manap
Kajian ini bertujuan menmjau persepsi guru-guru muzik terhadap kemampuan penggunaan Perisian Multimedia Interakif Kompang dalam membantu pengajaran pembelajaran Pendidikan Muzik. Kumpulan sasaran yang menggunakan perisian ini terdiri dari guru-guru yang mengajar muzik, tetapi tidak mempunyai pengkhususan muzik sewaktu menjalani latihan perguruan. Kajian ini juga meninjau apakah kesan penggunaan perisisan multimedia kompang terhadap suasana pengajaran pembeIajaran.Perisian ini dibina dengan menggunakan Macromedia Authoware 6.5 dan beberapa perisian sokongan iaitu Ulead Media Studio, Adobe Photoshop 6.0, Microsoft Word 2000, dan Ulead Cool 3D. Perisian juga dibina dengan mengadaptasikan kurikulum sukatan sekolah menengah dan sukatan kursus sijil perguruan khas ( satu tahun ) Pendidikan Muzik dan disesuaikan dengan sukatan Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Walaupun tiada tajuk khusus mengenai kompang dalam Sukatan Pendidikan Muzik Sekolah Rendah, tetapi ianya masih boleh disesuaikan dengan.....

777 hits

[ First ] [ Prev ] Page 810 of 977 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.