UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
80812021
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Juquanji bagi subtopik teori kuantum cahaya dalam kalangan guru pelatih Fizik
Nur Aqilah Aisyah Sajri
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan bahan bantu mengajar iaitu permainan JUQUANJI bagi subtopik Teori Kuantum Cahaya tingkatan lima dan menilai tahap kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian berdasarkan Model ADDIE. Permainan JUQUANJI ini merupakan satu permainan yang telah diadaptasi dari permainan papan JUMANJI. Kaedah pensampelan yang digunakan untuk menguji tahap kebolehgunaan permainan JUQUANJI adalah berdasarkan teknik pensampelan secara rawak mudah yang terdiri daripada 32 orang guru pelatih fizik dari semester 7 dan 8. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan iaitu borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan. Data bagi soal selidik kebolehgunaan telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai (s.p). Hasil dapatan kajian, setiap kesa.....

7374 hits

80822019
Article
The development of Bio-Gamyx module for teaching and learning Biology
Nur Izwani Mohd Shapri
The aims of this study were to develop and validate Bio-GamyX module in teaching and learning Biology for form four students. This module was developed for the topic Chemical Composition of the Cell based on the integration of Sidek and Jamaludin’s Model and the Five Steps of Applying Gamification in Education proposed by Huang and Soman. The process of developing this module involved the preparation of module draft, experts’ reviews and calculation of content validity of the module. During this process, the module draft was given to three subject matter experts consist of academicians and practitioners to be reviewed. Several recommendations were identified and amendment was done accordingly. The amended module was then evaluated for its content validity. The percentage of experts’ agreement obtained for this module ranged from 77% to 85%. This finding shows that Bio-GamyX module has a good content validity. This finding reinforces the use of gamification approach in the design .....

1129 hits

80832021
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Gravigame bagi subtopik hukum Kepler dalam kalangan guru pelatih Fizik
Farah Najwa Ismail
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan 'Gravigame' dalam topik hukum Kepler dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan dengan mengaplikasikan model ADDIE yang mempunyai lima fasa: analisis, reka bentuk, pengembangan, pelaksanaan dan penilaian. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru fizik pelatih dari semester tujuh dan lapan yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan iaitu borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan. Data daripada soal selidik kebolehgunaan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan min dan sisihan piawai (s.p). Data daripada dua pakar menunjukkan bahawa permainan yang dibangunkan mempunyai kesahan yang baik dengan persetujuan sebanyak 94%. Hasil data kebolehgunaan menunjukkan bah.....

6879 hits

80842021
Final Year Project
Pembangunan E-Komik dalam pembelajaran bagi subtopik sistem pencernaan manusia bagi mata pelajaran Biologi tingkatan 4
Nur Anissa Syamira Yousri
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai kebolehgunaan E-Komik Sistem Pencernaan Manusia dalam pembelajaran bagi Biologi Tingkatan 4. Kajian ini telah membangunkan satu bahan bantu mengajar yang berasaskan e-komik bagi subtopik Sistem Pencernaan Manusia dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan laman web storyboardthat.com. Seramai 113 orang guru pelatih yang terdiri daripada pelajar semester 6 dan semester 7 yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 20 item menggunakan pengukuran empat skala Likert untuk menilai kebolehgunaan e-komik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Nilai kesahan muka kajian adalah 92.9% manakala nilai kesahan kandungan kajian adalah 0.90. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α=0.806. Nilai .....

7045 hits

80852021
Final Year Project
Pembangunan dan kesesuaian "Kit Funresfo" di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) bagi subtopik respirasi sel dan fotosintesis, Sains tingkatan 1
Nur Aishah Ramli
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Kit Funresfo dan menguji kesesuaian penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini kepada guru di dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan kit ini. Reka bentuk kajian ini adalah pembangunan (Developmental Research Design) berdasarkan model ADDIE, menggunakan pendekatan kuantitatif. Kesahan instrumen dilakukan oleh dua orang pakar iaitu seorang guru Sains dan seorang pensyarah Biologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 18 orang guru dan pelajar Tingkatan Satu. Nilai purata kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) instrumen kajian terhadap guru dan pelajar adalah α = 0.87. Kaedah persampelan mudah (convenience sampling) digunakan di dalam kajian ini iaitu ke atas 10 orang guru dan 40 orang pelajar Tingkatan Satu di kawasan Permatang Pauh, Pulau Pinang. Data bagi menguji kesesuaian Kit Funresfo terhadap guru dan persepsi pelajar di dalam sesi PdPc di.....

2644 hits

80862021
Final Year Project
Gaya hidup mempengaruhi kecergasan fizikal dalam kalangan atlet Universiti Pendidikan Sultan Idris,Perak sepanjang pandemik Covid-19
Syasya Amir
Gaya hidup merupakan perubahan cara hidup manusia menjalani aktiviti harian seperti penjagaan kesihatan, sektor ekonomi, pembangunan, hiburan dan pakaian. Pandemik Covid-19 turut menganggu sistem penyampaian pengajaran di pelbagai institusi, terutamanya dalam bidang sukan yang melibatkan atlet untuk membuat sesi latihan mereka. Tujuan kajian ini dijalankan untuk (i) mengenalpasti tahap kecergasan fizikal atlet sepanjang pandemik Covid-19; (ii) mengenalpasti amalan gaya hidup atlet; (iii) mengenalpasti tahap amalan aktiviti fizikal atlet lelaki dan perempuan sepanjang pandemik Covid-19 dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui tahap kecergasan fizikal atlet sepanjang pandemik Covid-19. Responden kajian terdiri daripada kalangan atlet seramai 100 reponden yang dipilih secara rawak antara lelaki dan perempuan. Borang soal selidik mengandungi 20 soalan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A (amalan ga.....

5167 hits

80872021
Final Year Project
Tahap tekanan terhadap pelajar semester 6 Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semasa pandemik Covid-19
Syaza Husna Mohd Zulkifli
Tekanan merupakan keadaan resah, cemas, tegang disebabkan oleh tekanan mental atau fizikal yang sering dialami oleh seseorang individu . Namun, dengan adanya penularan wabak pandemik Covid-19 ini telah memberi impak dan kesan kepada semua aspek terutamannya dalam kalangan pelajar. Kajian ini dijalan untuk mengkaji tahap tekanan terhadap pelajar semester 6 Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semasa pandernik Covid-19. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap tekanan terhadap pelajar semester 6, seterusnya mengenalpasti perbezaan tahap tekanan diantara pelajar lelaki dan pelajar perempuan semester 6 dan mengenalpasti perbezaan tahap tekanan diantara kursus bagi pelajar semester 6. Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik (Perceive Stress Scale PSS-JO) untuk 128 orang (n=l28) pelajar lelaki (n=64) dan pelajar perempuan (n=64) yang dipilih secara rawak. Borang soal selidik ini diedarkan melalui platform '.....

5293 hits

80882019
Article
Penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi (‘scratch) dalam kaedah pembelajaran teradun terhadap minat dan pencapaian murid Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains
Nagavalli Poobalan
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi (‘Scratch’) dalam kaedah pembelajaran teradun terhadap minat dan pencapaian murid Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pencapaian murid yang rendah disebabkan kaedah pengajaran tanpa menggunakan bahan multimedia dan berpusatkan guru. Kajian ini dijalankan di daerah Seberang Perai Selatan. Populasi penyelidikan ini dipilih daripada sekolah jenis kebangsaan Tamil di Seberang Perai Selatan. Seramai 60 murid daripada dua buah sekolah jenis kebangsaan Tamil telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, temu bual dan soal selidik. Penyelidik menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 22.0 untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif min, sisihan piawai dan peratus kekerapan. Analisis korelasi pearson juga digunakan untuk menguji hubung.....

874 hits

80892021
Final Year Project
Reviu kajian berkaitan kecergasan fizikal lakuan motor masa reaksi dalam sukan Badminton
Muhammad Syuaib Abdul Rahman
Masa reaksi memainkan peranan penting khususnya dalam sukan badminton. Kajian­ kajian terdahulu telah memberikan pandangan atau pendapat mengenai kecergasan fizikal masa reaksi dalam sukan badminton. Terdapat pelbagai jenis kajian kecergasan fizikal lakuan motor masa reaksi yang telah dijalankan. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah mengkaji semula kajian berkaitan kecergasan fizikal lakuan motor masa reaksi dalam sukan badminton. Objektif kajian ialah mengenalpasti definisi masa reaksi, latihan masa reaksi dan ujian kecergasan fizikal masa reaksi dalam sukan badminton. Kaedah Item Pelaporan Pilihan untuk Penyataan Sistematik dan Meta-Analisis (PRISMA) telah digunakan. Maklumat diperolehi daripada sumber secara atas talian seperti laman carian Researchgate dan juga laman sesawang Google Scholar. Sebanyak 10 artikel yang diperolehi berkaitan kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor rnasa reaksi. 2 artikel dicari untuk menghurai definisi masa reaksi, 2 artikel untuk mengenalpasti latihan.....

3498 hits

80902019
Article
Dual language programme: the perceptions and challenges of teachers and students in Klang, Selangor
Edwin Moses
Dual Language Programme (DLP) was introduced to improve the level of English proficiency among students. This has become a hot topic since the Ministry of Education (MOE) was requested to review the implementation of DLP as the teachers and students face challenges in teaching and learning of Science and Mathematics in English. Thus, this study aims to identify the teachers’ and students’ insights on DLP and the challenges they faced after the implementation. The data were obtained through a questionnaire. A total of 146 DLP students consisting of Form 1 and Form 2 students and 8 teachers from four secondary schools in Klang, Selangor participated in this study. Besides, semi-structured interviews were carried out among the teachers as well. The finding shows that most of the teachers and students have positive views towards the implementation of DLP, although they faced some challenges. Moreover, students are keen to learn Science and Mathematics in English even though their Engli.....

1761 hits

[ First ] [ Prev ] Page 809 of 1213 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.