UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
89812018
Thesis
The system of equations for mixed boundary value problem of partial differential equation with constant coefficient
Nur Syaza Mohd Yusop
The aim of this research is to produce the system of equations for three different mixed Boundary Value Problems (BVPs). The potential problem which involves the Laplace’s equation on a square shape domain was considered, where the boundary is divided into four sets of linear boundary elements. The Boundary Element Method (BEM) was used to approximate the solutions for BVP. The mixed BVPs were reduced to Boundary Integral Equation (BIEs) by using direct method which were related with Green’s second identity representation formula. Then, linear interpolation was used on the discretized elements. The results showed that, there are three system of equations which were obtained. For some cases of mixed BVPs which involves discontinuous fluxes problems yields underdetermined systems. Out of the three problems that being considered, one of three BVPs leads to the underdetermined system of equations. Therefore, the transformation for the underdetermined system to the standard form is nece.....

1333 hits

89822017
Thesis
Kompetensi murid Pendidikan Moral tingkatan empat di daerah Dalat, Sarawak
Edward Batin Wil
Kajian ini bertujuan untuk meneliti kompetensi moral murid tingkatan empat di daerah Dalat, Sarawak untuk menangani isu tingkah laku moral. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk menjawab empat persoalan kajian dan empat hipotesis. Instrumen Moral Competency Inventory (MCI) yang diubahsuai telah digunakan untuk mengukur komponen Pengetahuan Moral, Pertimbangan Moral, Emosi Moral dan Perlakuan Moral. Seramai 199 orang murid iaitu 81 lelaki dan 118 perempuan dipilih secara rawak berlapis untuk dijadikan responden. Analisis statistik Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi moral dengan jantina dan aliran tingkatan. Hasil keputusan ANOVA sehala juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi moral dengan tahap pendidikan dan sektor pekerjaan ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, murid tingkatan empat daerah Dalat, mempunyai kompetensi moral yang tinggi dan aspek pengetahuan, penaakulan, perasaan dan p.....

1144 hits

89832018
Thesis
Tahap kecerdasan emosi kanak-kanak berdasarkan model kecerdasan emosi dan perkaitan dengan gaya keibubapaan
Muhamad Afiq Abdul Fatah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi kanak-kanak berdasarkan model kecerdasan emosi dan perkaitan dengan gaya keibubapaan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap emosi kanak- kanak yang sebenar apabila berada di tadika sama ada kanak-kanak dapat mengenal pasti emosi, memahami emosi, mengawal emosi dan mengguna emosi yang sebenar pada tahap pemikiran mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu berbentuk deskriptif. Seramai 50 orang kanak-kanak di Tadika A dan Tadika B di Mukim Kota Damansara Petaling Jaya Selangor telah di pilih dalam kajian ini. Kecerdasan emosi diukur dengan menggunakan The Sullivan Emotional Intelligent Scale For Children (EISC) dan jenis gaya keibubapaan diukur dengan menggunakan Parental Authority Questionnaire (PAQ). Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic package for Social Science (SPSS) versi 20. Data dianalisis secara deskriptif yang menjelaskan jenis gaya keibubapaan dengan tahap kec.....

2236 hits

89842017
Thesis
Kesan penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran pecahan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi murid orang Asli tahun 5
Indira Sekaran
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan peta pemikiran terhadap kemahiran berfikir aras tinggi murid. Kajian ini menggunakan Modul i-Think Tahun 5 (MiT5) berasaskan peta pemikiran dan dijalankan ke atas murid orang asli tahun lima dalam topik Pecahan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Persampelan rawak mudah digunakan semasa menentukan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen antara dua buah kelas dari sebuah sekolah orang asli di Perak. Subjek kajian terdiri daripada 24 murid kumpulan eksperimen dan 24 murid kumpulan kawalan. Dua instrumen kajian digunakan iaitu soal selidik dan ujian topikal pecahan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif untuk menjelaskan tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta pemikiran dan kebolehlaksanaan MiT5 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis inferens pula untuk menganalisis data daripada ujian pra dan ujian pasca dengan menggunakan ujian-t. Dapatan kajian mendapati .....

1231 hits

89852018
Thesis
Pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi teknokeusahawanan industri kecil sederhana bumiputera
Janain Burut
Tujuan kajian ini adalah mengenalpasti pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi dalam kalangan teknousahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera lepasan pusat latihan kemahiran. Berdasarkan teori keusahawanan Leibenstein dan Katarzyna serta model keusahawanan Prodan, Man, dan model inovasi Kuratko, tiga konstruk utama kajian dipilih iaitu pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi teknokeusahawanan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dan data dikumpul menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pemilihan peserta kajian ini adalah dalam kalangan 32 teknousahawan Bumiputera yang berjaya di Semenanjung Malaysia serta memiliki latar belakang teknikal dan vokasional. Teknik teknik bola salji digunakan untuk memilih peserta kajian. Instrumen kajian terdiri daripada profil teknousahawan, soal selidik, temubual, pemerhatian dan verifikasi dokumen. Data empirikal kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif untuk data kuantitatif dan data kualitatif mengguna.....

4122 hits

89862018
Article
Benchmarking of values, skills and knowledge (vsk) in top 20 universities against the generated vsk from Malaysian based teaching and learning guiding principles
Rosdy Wahid
This paper provides a review on the attributes expected of a quality teacher in the training of the top 20 universities in the world particularly in teaching and learning. The attributes, namely: values, skills and knowledge (V, S, K) were benchmarked against the VSK generated from provisional Malaysian- Based Teaching and Learning Guiding Principles (MBTLGP) developed by Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia. The findings indicated that there are commonalities and differences of V, S, K by both MBTLGP and the top 20 universities in preparing a quality teacher in their teacher education programmes. The MBTLGP does cover all the V, S, K indicated in the synthesised VSK of the top 20 universities...

649 hits

89872018
Article
Hubungan antara kesediaan dalam pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dengan motivasi instrinsik
M. Kaviza
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kesediaan dalam pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dengan motivasi instrinsik dalam kalangan murid. Kajian ini berbentuk tinjauan secara korelasi yang melibatkan sampel kajian seramai 521 orang murid Tingkatan Empat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik yang telah diadaptasi dan disahkan oleh pakar pendidikan sejarah serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian korelasi Pearson dan ujian Regresi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesediaan pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap mempunyai hubungan linear positif yang amat tinggi secara signifikan terhadap motivasi instrinsik dalam kalangan murid. Tambahan pula, pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kesediaan pembelajaran bera.....

1136 hits

89882018
Article
Hikayat pelanduk jenaka: perkembangan kecerdasan bodily-kinesthetic dan kecerdasan bahasa kanak-kanak dan remaja
Roslina Abu Bakar
Objek penelitian ini mengenai kehidupan masyarakat seisi rimba menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat Pelanduk Jenaka membawa pelbagai penyelesaian masalah yang berupaya mempengaruhi pembangunan jasmani, emosi, intelek dan sahsiah golongan kanak-kanak. Hikayat Pelanduk Jenaka amat sesuai dijadikan medium pengajaran kepada kanak-kanak pra sekolah mahupun remaja awal. Perwatakan yang dibawakan oleh watak-watak binatang menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka turut menghubungkan dengan kecerdasan pelbagai yang berupaya membina pengetahuan dan maklumat awal pada peringkat awal pembelajaran kanak-kanak. Hikayat Pelanduk Jenaka amat bersesuaian untuk digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dan remaja awal untuk memperkembangkan kecerdasan yang merupakan keupayaan semulajadi yang dimiliki oleh mereka. Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis kandungan dan berfokus kepada teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner (1983; 1993). Naratif Hikayat Pelandu.....

529 hits

89892018
Article
Comparing perceptions on characteristics of quality techers and future teachers for schools in Malaysia
Tan, Wee Hoe
This article compares the characteristics of quality teachers against the characteristics of future teachers for Malaysia. This study aimed to examine the expectation and preferences towards school teachers. A survey was conducted with 74 first year students who were pursuing Bachelor of Design degree programmes in a Malaysian public university which afforded them to provide meaningful insights in accordance to current social and culture trend in Malaysia. In the survey, the respondents listed down three main characteristics of quality teacher and three main characteristics of future teachers for Malaysia. The data were sorted and coded to form four themes, which were attitudes to teaching profession, attitudes to students, teachers’ knowledge and physical appearance. The themes were compared to identify common and different characteristics between quality teachers and future teachers. The results showed that most of the respondents concerned about teachers’ attitudes to teaching p.....

409 hits

89902018
Article
Hubungan antara beban tugas dan tekanan kerja dengan komitmen guru sekolah rendah
Abdul Said Ambotang
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor beban tugas, tekanan kerja guru dan hubungannya dengan komitmen kerja guru berdasarkan ciri demografi guru. Seramai 207 orang guru dari enam buah sekolah terpilih kategori bandar di daerah Tawau mengambil bahagian di dalam kajian ini. Soal selidik terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A tentang ciri demografi, bahagian B merupakan skala Beban Tugas Guru, bahagian C pula skala Tekanan Kerja Guru dan bahagian D ialah Skala Komitmen Kerja Guru. Kaedah deskriptif untuk kajian ini ialah frekuensi dan peratus dan ujian -t tidak bersandar. Manakala kaedah statistik inferens pula ujian –t tidak bersandar dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tekanan kerja dalam kalangan guru lelaki dan perempuan. Begitu juga berdasarkan faktor kategori perkhidmatan guru tidak terdapat perbezaan komitmen kerja guru. Berdasarkan faktor kategori perkhidmatan juga tidak a.....

1362 hits

[ First ] [ Prev ] Page 899 of 1145 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.