|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 8971 | 2018 Thesis | Kesan peta minda terhadap hasil penulisan cerpen dan sikap pelajar Ernalida Kajian gabungan kuantitatif dan kualitatif ini bertujuan mengkaji kesan Peta Minda
Konstruktif Imaginatif (PMKI), Peta Minda Vee (PMV), Peta Konsep (PK) terhadap
hasil penulisan cerpen dan sikap pelajar. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah kuasi
eksperimen dan kaedah tinjauan. Kajian kualitatif pula menggunakan kaedah analisis
karangan. Kaedah kuasi eksperimen digunakan untuk mengukur pencapaian penulisan
cerpen, manakala kaedah tinjauan digunakan untuk mengukur sikap pelajar. Kaedah
analisis karangan digunakan untuk menentukan kualiti karangan cerpen pelajar.
Sampel kajian adalah pelajar-pelajar tingkatan 11 Sekolah Menengah Atas Negeri 13
Palembang. Sebanyak 106 pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu 38 pelajar
bagi kumpulan PMKI, 32 pelajar bagi kumpulan PMV dan 36 pelajar bagi kumpulan
PK. Instrumen bagi kajian ialah satu set soalan ujian penulisan cerpen pra dan pasca,
senarai semak karangan dan soal selidik tentang sikap. Ujian ANOVA Satu Hala
digunakan unt..... 1541 hits |
| 8972 | 2018 Thesis | Aplikasi maqasid al-syariah terhadap pentafsiran ayat-ayat hukum jenayah dalam tafsir Al-Azhar karangan Hamka Mohd Fazali Abdul Manas Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan maq
i‘ah dan pengaplikasiannya terhadap pentafsiran ayat-ayat hukum jenayah dan ayat- ayat
hukum jenayah yang terdapat dalam Quran. Kajian ini juga untuk
menganalisis maqasid al-syari‘ah terhadap pentafsiran ayat-ayat hukum jenayah yang telah
diaplikasi oleh HAMKA dalam Tafsir al-Azhar. Metodologi kajian ini adalah berbentuk
analisis teks dan analisis kandungan. Manakala pendekatan induktif, deduktif dan
komparatif digunakan untuk menganalisis data tersebut. Dapatan kajian ini
menunjukkan maqasid al-syari‘ah telah diaplikasi oleh mufassir dalam karya tafsir
ayat-ayat hukum. Kajian ini mendapati sebanyak 39 ayat hukum jenayah dalam Q..... 3422 hits |
| 8973 | 2019 Thesis | Hubungan antara sistem pemantauan rangkaian komputer berasaskan model SPRK-UTAUT dengan penerimaan guru TMK Siti Rahayu Abdul Aziz Tujuan kajian ini untuk mengkaji hubungan antara Sistem Pemantauan Rangkaian
Komputer (SPRK) berasaskan Model SPRK-UTAUT dengan penerimaan Guru TMK.
Model ini merupakan lanjutan model Unified Theory of Acceptance and Use of
Technology (UTAUT) yang menggabungkan beberapa konstruk daripada model
UTAUT dan Teori Flow. Kajian kuantitatif ini telah dilaksanakan dengan melibatkan
30 orang guru TMK daripada 11 buah sekolah menengah di Putrajaya, Malaysia.
Keputusan daripada ujian korelasi bivariat menunjukkan bahawa wujudnya hubungan
yang signifikan antara lima daripada enam pemboleh ubah tidak bersandar iaitu
Jangkaan Prestasi (r=0.58, p.. 2966 hits |
| 8974 | 2018 Thesis | Kesan perisian pembelajaran interaktif terhadap pencapaian dan motivasi dalam kalangan pelajar berpencapaian rendah Davi Sinnasamy Kajian ini bertujuan membandingkan antara pembelajaran yang menggunakan
Perisian Pembelajaran Interaktif (PPI) dan Perisian Konvensional dengan melihat kesan
perisian ini terhadap tahap pencapaian akademik dan motivasi serta penilaian perisian terhadap
pelajar berpencapaian rendah bagi topik Reka Cipta dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB). Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan interaksi antara faktor
jantina, motivasi dan penilaian perisian terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini
berbentuk kuasi-eksperimen. Kajian ini melibatkan seramai 132 orang pelajar berpencapaian
rendah Tingkatan 3 daripada dua buah sekolah menengah di Daerah Klang. Ujian pra, ujian
pasca, soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu kum..... 2049 hits |
| 8975 | 2018 Thesis | Foreign language speaking anxiety and language learning autonomy among Libyan pre-service Engliash language teachers Abdalaziz M.Toubot The study examines the relationship between Libyan pre-service English language
teachers’ speaking anxiety and their language learning autonomy. Also, the students’
levels of speaking anxiety and the factors that shape this anxiety were computed. In
addition, the students’ readiness for learning autonomy was investigated. Furthermore, the
correlation between the participants’ speaking anxiety and their oral performance was calculated.
In achieving the research objectives, a mix-method research approach was employed. The
quantitative approach was utilized using two students’ self-reporting scales (speaking
anxiety questionnaire and language learning autonomy questionnaire) whereas the qualitative
approach was employed by conducting semi-structured interviews with selected students. The
respondents Â..... 1624 hits |
| 8976 | 2018 Thesis | Perspektif guru terhadap pelaksanaan kurikulum standard reka bentuk dan teknologi (RBT) tingkatan satu di sekolah menengah Felicity John French Udin Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan Kurikulum Standard Reka Bentuk dan Teknologi (KS
RBT) Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Malaysia. Penilaian dilakukan menggunakan model
penilaian CIPP yang dipelopori oleh Stufflebeam (1971). Aspek yang dinilai adalah aspek
konteks dan aspek input. Aspek konteks merangkumi kesediaan guru, kursus guru dan kesesuaian
isi kandungan mata pelajaran RBT. Manakala aspek input pula merangkumi keupayaan pihak sekolah
menyediakan bahan kurikulum dan kemudahan fizikal untuk pelaksanaan mata pelajaran RBT. Reka bentuk
kajian yang digunakan ialah reka bentuk penilaian program menggunakan kaedah kualitatif.
Seramai lima orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Teknik pengumpulan data adalah
melalui temu bual dan pemerhatian. Senarai semak digunakan bagi mengukuhkan dapatan
kajian. Dari a..... 4380 hits |
| 8977 | 2018 Thesis | Green supply chain management and environmental performance for KPJ Healthcare Specialist Hospital in Selangor Mohd Zaini Zainudin The aims of the study was to examine the relationship between the Green Supply Chain
Management (GSCM) and Environmental Performance (EP) based on the six Kumpulan Perubatan Johor
(KPJ) specialist hospital in Selangor. A quantitative approach used. Data from 132
respondents from professional management were collected questionaires. Data were analyzed
using descriptive analysis technique, Pearson correlation analysis and multiple regression
analysis. The results showed all GSCM practices were significantly relate to EP. This research
found that there was a strong correlation between GM and EP factor (r=0.519, p=0.000), the second
highest among GP and EP factor (r=0.516, p=0.000), then ED and EP (r=0.497, p=0.000),
followed by the factor between RL and EP (r=0.479, p=0.000), and finally the factor between GD and
EP (r=0.404, p=0.000). As a conclusion, the study..... 2918 hits |
| 8978 | 2018 Thesis | Pelaksanaan KSSR pendidikan khas (Pendidikan Jasmani) bermasalah pembelajaran Rustam Siis Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan guru terhadap Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran
daripada empat aspek utama iaitu kurikulum, kemahiran dan pengendalian, pentaksiran dan
pelaksanaan. Seramai 122 orang guru Program Pendidikan Khas Integrasi di Daerah Larut
Matang dan Selama dipilih secara pensampelan rawak. Data dianalisis menggunakan statistik
deskriptif dan inferens. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan kurikulum guru adalah
tinggi (min 4.13, sisihan piawai 0.41). Tahap pengetahuan guru terhadap kemahiran dan
keupayaan pengendalian adalah tinggi (min 3.94, sisihan piawai 0.38), dan tahap
pengetahuan guru terhadap pentaksiran adalah tinggi (min 3.94, sisihan piawai 0.41),
mana..... 2150 hits |
| 8979 | 2019 Thesis | Pendedahan dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (TSK) dalam kalangan usahawan industri fesyen di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor Nor Shafikah Mukhatar Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka faktor pelaksanaan, kesan dan cabaran
tanggungjawab sosial korporat (TSK) dalam kalangan usahawan industri fesyen di Bandar
Baru UDA. Kajian kualitatif ini dilakukan ke atas sampel seramai enam usahawan yang
dipilih melalui persampelan bertujuan. Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan ialah
temubual bersemuka. Data temubual telah dianalisis dengan menggunakan analisis tematik di
mana temubual ditranskrip secara verbatim dan dikodkan untuk mengenalpasti tema-tema.
Kajian ini mendapati majoriti usahawan melaksanakan TSK untuk meningkatkan jenama butik di mata
masyarakat dan hanya sebilangan sahaja yang ingin membantu masyarakat. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan TSK berupaya meningkatkan jenama butik tersebut dan
membina hubungan baik dengan p..... 3039 hits |
| 8980 | 2018 Thesis | The relationships between influencing factors and critical thinking skills among undergraduates of early childhood education in public tertiary institutions Poon, Thin Fook This study aims to identify the relationships between influencing factors and critical
thinking skills among undergraduates of early childhood education in public tertiary
institutions. The study also analyses the contribution of the influencing factors towards
critical thinking skills. Quantitative approach with survey research design was adopted for
this study. A number of 226 undergraduates who enrolled in early childhood education
programme from public tertiary institutions were chosen as the respondents. Data were
analysed using descriptive and inferential analyses. The descriptive analysis explained the
level of critical thinking skills and the influencing factors of the critical thinking
skills. The inferential statistics which involved Pearson correlation and multiple regression
analyses explained ..... 1675 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 898 of 1213 | [ Next ] [ Last ] |