UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN Komunikasi model ghazali din modul
Bahasa melayu thesis alat bantu mengajar Wan N A W Ahmad Gan Hui Ching

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
89612016
article
Strategi komunikasi lisan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C))
Pangat Mohd Helmi, Abdul Wahid Puteri Roslina,
Makalah ini membicarakan tentang jenis-jenis strategi komunikasi pelajar Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) dalam pemelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini berasaskan taksonomi strategi komunikasi Tarone (1983) dan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan 130 pelajar darjah lima di SRJK(C) di Kuala Langat. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan berasaskan aras kecekapan bahasa mereka. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan transkripsi korpus lisan. Dapatan kajian menunjukkan 8 strategi komunikasi lisan telah digunakan oleh pelajar Cina dan strategi yang paling kerap digunakan ialah pengguguran mesej (57%), rayuan kerjasama (13%), penghuraian (9%), penukaran kod (8%), pengelakan tajuk (6%), generalisasi terlampau (4%), penghampiran (2%) dan pembentukan kata baharu (1%). Strategi komunikasi lisan bukan sahaja merupakan aspek yang penting dalam komunikasi tetapi juga memberikan sumbang.....

1580 hits

89622014
thesis
Pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih
Norhayati Nasir
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih. Seramai 42 orang responden dalam kalangan jururawat pelatih tahun tiga terlibat dalam kajian ini. Kaedah Pedagogi Hermeneutik sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menginterpretasikan data responden dalam mengenal pasti faktor-faktor penyumbang dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kerja, gaji, minat dan sokongan daripada ibu bapa merupakan faktor penyumbang utama dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian juga turut menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan gred pencapaian jururawat pelatih di bawah PNGK 3.0. Jururawat pelatih dalam kajian ini tidak memberikan tumpuan semasa sesi kuliah berlangsung, belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan, tidak membuat ulangkaji dan akhirnya mereka terpengaruh dengan kesan negatif oleh kawan. Antara cadangan untuk membaiki gred pencapaia.....

1387 hits

89632016
article
Retorika dakwah dalam autobiografi - perjalananku sejauh ini dan kenang-kenangan hidup
Abdul Abu Hassan, Din Ghazali, Twahir @ H.Tahir Wahibah, Ariffin Mohd. Sidik,
Makalah ini bertujuan mendiskusi strategi dakwah dalam karya autobiografi menerusi strategi Qaulan, iaitu salah satu kaedah retorika berdasarkan Model Sastera Islami An-Nadwi (1989) yang telah dimodifikasi dengan nilai-nilai kemelayuan. Dua karya autobiografi yang dipilih sebagai korpus kajian ialah Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi (Shahnon Ahmad) dan Kenang-kenangan Hidup (Hamka). Keseluruhan data korpus melibatkan penganalisian 9,072 ayat, manakala metodologi kajian berasaskan analisis kualitatif. Kajian ini mendapati kedua-dua pengarang mengaplikasi enam strategi Qaulan, iaitu Qaulan Layyina, Qaulan Balighah, Qaulan Maysura, Qaulan Karima, Qaulan Sadida dan Qaulan Ma’rufa. Keenam strategi ini diterapkan menerusi leksis, frasa dan klausa dari awal hingga akhiran bab. Kajian ini membuktikan bahawa karya autobiografi moden yang selama ini lebih makruf sebagai karya individulistik atau bahan kajian sejarah, sebenarnya berpotensi menjadi genre yang efisien dalam menyampaika.....

2834 hits

89642016
article
Pendekatan Cobuild dalam pemaknaan kata nama
Jamalaudin Norliza,
Kertas kerja ini adalah mengenai aspek pemaknaan kata nama dalam perkamusan Melayu, dengan tumpuan khusus terhadap pemaknaan kamus ekabahasa bahasa Melayu. Kata nama yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah seperangkat perkataan dalam kategori "bahagian" yang meliputi enam kata entri, iaitu iaitu bab, bahagian, fasal, hal, perkara dan surah.Aspek pemaknaan yang dibincangkan ialah aspek huraian definisi berdasarkan amalan pendefinisian Cobuild. Setiap kata entri yang dikaji dihuraikan maknanya berdasarkan analisis data korpus berkomputer. Amalan Cobuild diterapkan dalam kajian ini kerana amalan Cobuild bukan sekadar mendefinisikan sesuatu kata entri tetapi pendefinisian yang diberikan adalah dalam bentuk penggunaan bahasa sebenar dalam situasi sebenar. Bentuk pendefinisian seperti ini berjaya menjelaskan bentuk tipikal sesuatu kata berbanding amalan pendefinisian sebelum ini...

526 hits

89652016
article
Pendekatan berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi membentuk kemahiran insaniah pelajar di Universiti Awam
Lambri Alizah, Mahmood Zamri,
Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar yang dilihat berpotensi dalam membentuk kemahiran insaniah pelajar di Universiti Awam. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk proses pengutipan data. Peserta kajian terdiri daripada seorang pensyarah Bahasa Melayu dan 21 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di sebuah Universiti Awam. Data dianalisis berdasarkan kod dan tema yang muncul daripada data temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan berpusatkan pelajar (PBP) yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat menggalakkan pembentukan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, khususnya kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi dan sosial, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran teknologi maklumat. Kemahiran insaniah membolehkan seseorang pelajar menyesuaikan diri bukan sahaja dengan per.....

1072 hits

89662016
article
Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak
Mohd Farra Humairah, Nik Muhamad Affendi Nik Rafidah,
Kertas kerja ini membicarakan tentang pemikiran kerohanian yang terdapat dalam cerpen kanak-kanak mutakhir terpilih. Cerpen kanak-kanak masa kini, telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. Selain itu, ada juga sesetengah individu beranggapan bahawa cerpen kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak serta psikologi kanak-kanak. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis pemikiran kerohanian yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan mampu memberi kesan positif kepada kanak-kanak ataupun sebaliknya. Persoalannya adakah kumpulan cerpen kanak-kanak ini tidak memaparkan teladan yang baik kepada khalayak pembacanya dan benarkah pengarang menulis tanpa memasukkan psikologi kanak-kanak dan tidak memen.....

3630 hits

89672009
thesis
Teachers conceptions towards the usage of authentic materials to teach listening comprehension in the ESL classroom
Gunavathy Krishnan
Listening, the most frequently used form of language skill, plays a significant role in daily communication and educational process. In spite of its importance, listening ability development has received only slight emphasis in language instruction. The fundamental purpose of this study was to examine the teachers' conception towards the usage of authentic materials to teach listening comprehension skills in ESL classroom. This descriptive study examined how the use of authentic input in an ESL classroom eased and/or impeded students' learning in English-language listening. In conjunction with the primary objective, the study also determined the influences of the use of authentic materials on listening ability in students of English as a second language and the influences of using authentic materials on ESL students' attitudes towards learning English. The analysis of data obtained from interviews with teachers revealed that the use of authentic listening materials in the ESL classroom.....

1234 hits

89682016
article
Peluasan makna kata nafi bukan dan tidak: analisis korpus bahasa
Abu Bakar Sidiq Nasroniazam,
Peluasan makna yang terdapat pada kata nafi bukan dan tidak menjadi paksi utama dalam kajian ini. Peluasan makna dilakukan adalah untuk menunjukkan bahawa kajian-kajian sebelum ini berkaitan kata nafi bukan dan tidak lebih mementingkan kepada saranan tatabahasa sahaja. Namun, kajian rintis lain boleh diaplikasi menggunakan kata nafi bukan dan tidak melalui ilmu semantik. Makna merupakan aspek yang penting dalam memberi maksud kepada sesuatu ayat. Saranan rintis kajian dimotivasikan oleh ilmu semantik kognitif dijadikan sebagai pedoman. Kata nafi ini diperluaskan maknanya dengan hasil lakaran yang dibentuk dalam dua bentuk makna, iaitu makna terasa dan makna pinggiran. Makna teras merupakan makna tunjang dalam kata nafi bukan dan tidak. Manakala makna pinnggiran dalam kata nafi pula makna yang dirujuk di dalam kamus dewan. Setelah data dianalisis kategori jaringan radial diwujudkan untuk menunjukkan makna teras dan makna pinggiran yang wujud pada kata nafi. Data korpus dipilih untuk mel.....

507 hits

89692016
thesis
Kecerdasan vokasional dari persepsi pelajar Sekolah Menengah Teknik: satu kajian kes di negeri Perak
Wahyudi
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecerdasan vokasional dari persepsi pelajar Sekolah Menengah Teknik di Negeri Perak. Kajian ini direkabentuk untuk mengkaji hubungan dan perbezaan kecerdasan vokasional berdasarkan faktor-faktor demografi. Sebanyak 306 responden dipilih secara rawak daripada empat buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Perak. Penyelidikan ini menggunakan rekabentuk kajian kes. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik dan protokol temu bual untuk mengumpul data kajian. Soal selidik tersebut mengandungi 56 item dan diedarkan kepada pelajar tingkatan lima yang dipilih secara rawak. Kajian ini juga menggunakan dua jenis statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kerangka konseptual telah dibina berdasarkan teori Gardner dan Holland mengandungi enam domain kecerdasan vokasional iaitu kecerdasan visual, kecerdasan kinestetik, kecenderungan artistik, kecenderungan realistik, kecekapan artistik, dan kecekapan realistik. Dapatan kaji.....

1036 hits

89702015
thesis
Determination of mercury(II) by single-walled carbon nanotubes paste electrode modified with zincaluminium layered double hydroxide-3(4-methoxyphenyl) propionate nanocomposite
Sharifah Norain Mohd Sharif
This study aimed to develop a mercury(II) sensor and to identify its ability in mercury(II) determination. A mercury(II) sensor was developed by using singlewalled carbon nanotubes (SWCNTs) paste electrode modified with ZnIAl layered double hydroxide-3(4-methoxyphenyl)propionate nanocomposite (ZnIAI-LDH-MPP). Determination of optimum conditions for the detector was done by voltammetry method and subsequently confirmed by the double potential-step chronocoulometry. The results show that the optimum conditions were observed at electrode composition 2.5% (w/w) of ZnIAI-LDH-MPP/SWCNTs, OA M potassium chloride, pH 4.0, and scan rate of 100 mV S-I. The sensor exhibited wide linear range from 1.0 x l O" M to 1.0 x1O-3 M mercury(II) and 1.0 xl O" M to 1.0 xlO-7M mercury(II), with a detection limit of 1.0 xlO-lO M mercury(II). The high sensitivity of the proposed electrode towards mercury(II) was confirmed by double potential-step chronocoulometry which indicated these values; diffusion coeffic.....

1191 hits

[ First ] [ Prev ] Page 897 of 959 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.