|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9181 | 2018 Article | Persepsi mahasiswa pengajian Malaysia terhadap pilihan raya umum ke-14 Marshelayanti Mohamad Razali Artikel ini bertujuan untuk meneroka persepsi mahasiswa Pengajian Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap Pilihan Raya Umum ke-14. Secara khususnya, artikel ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut: Apakah sumber maklumat politik mahasiswa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14? Bagaimanakah persepsi mahasiwa terhadap PRU ke-14? Bagi menjawab persolan ini, pendekatan kuantitatif dilakukan dengan menggunakan kaedah survei. Seramai112 mahasiswa yang mengikuti program Pengajian Malaysia di Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa bagi sumber bercetak,akhbar harian perdana merupakan sumber utama manakala bagi sumber elektronik pula, laman sosial adalah sumber utama bagi pencarian maklumat politik. Secara keseluruhannya, mahasiswa UPSI menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang pada PRU ke-14... 1474 hits |
| 9182 | 2018 Article | Perkembangan protes politik di Malaysia: dari era pra-kemerdekaan hingga tsunami politik Norhafiza Mohd Hed Artikel ini mengkaji dinamika protes politik yang berlaku di Malaysia dengan memfokuskan analisisnya kepada perubahan pola protes politik sejak dari era pra-kemerdekaan hingga ke era tsunami politik. Perbincangan ini penting untuk melihat siapakah aktor dan pendokong utama yang menggerakkan gerakan protes di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah menganalisis kandungan, hasil kajian ini mendapati bahawa pola protes politik di Malaysia berubah dari gerakan buruh, gerakan politik ke gerakan pelajar dan seterusnya ke gerakan sosial baru yang lebih longgar strukturnya. Perubahan dalam pola protes politik ini berkait rapat dengan perubahan isu yang dibawa dalam protes seperti isu ekonomi dan hak asasi manusia, kemunculan media baru dan pengaruh global. Antara aktor utama yang menggerakkan protes politik di Malaysia adalah parti politik, pemimpin de facto dan kumpulan masyarakat sivil... 1708 hits |
| 9183 | 2018 Article | Penglibatan wanita Melayu sebagai wakil rakyat dewan undangan negeri, 1999-2008 Hanafi Fatimi, Abdul Rahman Zulkanain, Mohd Noor Arba'iyah, 1016 hits |
| 9184 | 2018 Article | Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaganita dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual di Malaysia Nafisah Ilham Hussin Kajian ini membincangkan kerjasama PDRM dan Tenaganita dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual di Malaysia. Terdapat dua objektif dalam kajian ini. Pertama, meneliti usaha- usaha yang telah dilakukan oleh PDRM dan Tenaganita dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual. Kedua, menilai kerjasama PDRM dan Tenaganita dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif melalui temu bual secara mendalam semi struktur ke atas tujuh orang informan. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua agensi ini iaitu PDRM dan Tenaganita telah memainkan peranan penting dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual melalui pelbagai usaha yang telah dilakukan. Di sisi PDRM lebih kepada aspek penguatkuasaan, penyelamatan dan kesedaran yang bertujuan menjamin hak asasi mangsa dan juga keselamatan insan dan negara. Manakala Tenaganita pula dari aspek advokasi, p..... 1502 hits |
| 9185 | 2018 Article | Intelektual awam di Malaysia: pemikiran dan sumbangan Rustam A. Sani (1944-2008) Norazlan Hadi Yaacob Intelektual memainkan peranan yang penting dalam pembinaan persekitaran politik yang sihat. Salah seorang intelektual awam yang berpengaruh di Malaysia ialah Rustam A. Sani (1944-2008).Beliau merupakan seorang penulis yang aktif membincangkan perihal permasalahan dan cabaran sosio-politik serta situasi pendidikan tempatan. Karya-karyanya telah diterbitkan melalui media cetak dan elektronik. Rustam A Sani pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) sebagai pensyarah dan pernah menjadi zamil kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia. Selain daripada itu beliau juga terlibat dalam Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional. Hasil karya beliau yang telah diterbitkan di buku-buku, majalah, dokumen, keratan akhbar dan jurnal telah dikumpulkan dan dikaji untuk memahami pemikiran beliau yang lebih terarah kepada pembentukan bangsa Malaysia yang merupakan konsep yang tercetus daripada idea Wawasan 2020. Penulisan beliau jug..... 2492 hits |
| 9186 | 2018 Article | Hak penentuan kendiri orang asal: tinjauan mekanisme terpilih di bawah undang-undang antarabangsa Muhamad Sayuti Hassan@Yahya Perkara 3 Deklarasi mengenai Hak Orang Asal (DHOA) mengiktiraf hak penentuan kendiri Orang Asal. Sungguhpun begitu, pengiktirafan dari aspek amalan di peringkat domestik masih perlu diberi perhatian. Mekanisme di bawah sistem Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah antara platform yang dapat memperkasakan hak penentuan kendiri Orang Asal. Penulisan ini menetapkan tiga objektif utama. Pertama, artikel ini menjelaskan takrifan dan status hak penentuan kendiri Orang Asal di bawah undang-undang antarabangsa. Pada bahagian kedua, artikel ini meninjau peranan tiga mekanisme utama iaitu Forum Kekal mengenai Isu Orang Asal (FKIOA), Mekanisme Pakar mengenai Hak Orang Asal (MPHOA) dan Pelapor Khas mengenai Hak Orang Asal (PKHOA) untuk memperkasakan pengoperasian hak penentuan kendiri Orang Asal di bawah undang-undang antarabangsa. Di samping itu, artikel ini menganalisis peranan mekanisme-mekanisme berkenaan dalam melindungi hak penentuan kendiri Orang Asal. Bagi mencapai kesemua objektif di ata..... 1140 hits |
| 9187 | 2018 Article | Belia generasi kedua Felda (G2F): kedudukan dan isu sosioekonomi Samsudin Suhaili Kajian ini dijalankan bagi menganalisis perkembangan sosioekonomi belia Generasi Kedua FELDA (G2F) di FELDA Raja Alias (FRA). Kajian ini meneliti kedudukan dan isu yang berkisarkan sosioekonomi belia G2F di FRA dan faktor penentu kepada status ekonomi G2F. Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dan disokong oleh data kuantitatif dengan melibatkan sampel seramai 100 orang. Hasil dapatan menunjukkan sosioekonomi G2F berada pada status sederhana dan bentuk ekonomi yang dijalankan lebih cenderung ke arah pendapatan berasaskan makan gaji. Isu yang sering ditekankan dalam kalangan belia G2F ialah pendidikan, harta, pendapatan, simpanan dan pembangunan infrastruktur... 1565 hits |
| 9188 | 2018 Article | Strategi pengajaran pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Besut, Terengganu Abdul Munir Ismail Guru Pendidikan Islam hendaklah menggunakan pelbagai strategi pengajaran ketika mengajar kerana guru menghadapi cabaran mendidik generasi muda terutamanya dalam arus global masa kini. Guru hendaklah kreatif dalam pengajaran bagi menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran guru Pendidikan Islam di empat buah sekolah di Daerah Besut, Terengganu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang sesuai dan menarik terhadap subjek Pendidikan Islam KBSM yang dilaksanakan di sekolah. Kajian berbentuk tinjauan (survey) ini dijalankan terhadap 240 orang pelajar. Data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Version 17.0) dan dihuraikan menggunakan statistik diskriptif seperti peratus dan frekuensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi pengajaran Pendidikan Islam berada pada tahap yang tinggi. Antara komponen strategi pengajaran seperti set induksi, isi kandungan, kaedah, penilaia..... 1188 hits |
| 9189 | 2018 Article | Meramal kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar berdasarkan karakteristik individu dan pendidikan keusahawanan Zulnaidi Yaacob Kajian ini bertujuan menentukan faktor kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar. Empat pemboleh ubah bersandar yang dikaji ialah lokus kawalan, sikap terhadap risiko, pengetahuan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan. Dua pemboleh ubah pertama ialah pembolehubah karakteristik individu, manakala dua pembolehubah terkemudian ialah pemboleh ubah pendidikan keusahawanan. Data kajian telah dikutip menggunakan soal selidik daripada 86 orang pelajar sebuah kolej komuniti. Hasil analisis menunjukkan bahawa pengetahuan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan merupakan dua faktor peramal yang signifikan kepada kecenderungan keusahawanan dalam kalangan responden. Justeru, kajian ini telah memperkaya literatur melalui laporan empirik yang menggunakan data pelajar dari kolej komuniti di Malaysia. Implikasi penemuan kajian ini ialah pihak pengurusan institusi pendidikan perlu mengintegrasi elemen pendidikan keusahawanan dalam kurikulum sedia ada supaya pelajar mendapat pendidikan keusahaw..... 1158 hits |
| 9190 | 2018 Article | Kepentingan Huiguan (persatuan Cina) terhadap orang Cina Bentong semasa zaman kolonial British Yang, Chen Tujuan artikel ini bertujuan meneliti kepentingan dan peranan huiguan dalam komuniti Cina semasa pentadbiran British. Artikel ini berfokus kepada huiguan yang ditubuhkan sebelum tahun 1957 dan peranan huiguan tersebut terhadap orang Cina Bentong. Kaedah kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian ini dilakukan berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder daripada laporan tahunan dan manuskrip persatuan, buku, jurnal, serta majalah terbitan huiguan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Persatuan Dewan Perniagaan Cina Bentong, Persatuan Kwangsi Bentong dan Persatuan Dewan Perhimpunan Cina ialah huiguan yang paling awal ditubuhkan dan berpengaruh dalam komuniti Cina Bentong. Penubuhan Huiguan tersebut memainkan peranan penting dalam menyediakan kebajikan dan bantuan kepada anggota seperti menyediakan tempat penginapan sementara memberi peluang pekerjaan, menguruskan hal perkahwinan dan pengebumian ahli, mengadakan aktiviti tradisi, adat resam dan kepercayaan orang antara ..... 996 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 919 of 1178 | [ Next ] [ Last ] |