UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 43 |
1 | 2004 Thesis | Pembelajaran untuk kefahaman - kajian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sejarah menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme Abd Malek Selamat This case study research aims at giving a description of the teaching and learning of history in a secondary school. It then proceeds to elaborate the teaching and learning process that occurs, based on the use of a Constructivist Teaching Module for History (MPKdS being its acronym in the Malay Language), designed based on Needham’s “Phases in Teaching Schemes”. The study involves four phases: Orientation Phase, Observation Phase, Participation Phase and Consolidation Phase. Sampling in the Observation phase consisted of six teachers and seven students. For the Participation Phase, a sample of 28 form four students were selected. They were divided into two groups of fourteen students each. Both the groups underwent two lessons using the MPKdS module. The findings of the study showed that the teaching and learning of history was geared more towards the need of preparing the students for examinations, to the extent that it detracted from the actual purpose of learning history for ..... 2799 hits |
2 | 2016 Article | Pengajaran Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) menggunakan teknik O-Pizza Ab Wahab Shahrul Amri, Nasirun @ Hirun Noraini, Selamat Sarah Mardhiah, Ibrahim Ima Ilyani, Ya Syazwani, Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) merupakan salah satu konsep yang sukar difahami oleh kebanyakan pelajar kerana belum terdedah dengan persekitaran kerja. Artikel ini membincangkan teknik pengajaran EOQ dengan menggunakan kaedah pembelajaran pengalaman untuk meningkatkan pemahaman pelajar melalui modul O-Pizza sebagai analogi. Analogi ini dipilih kerana ianya lebih dekat dan dikenali oleh pelajar. Di samping itu, satu analisa data ringkas menggunakan Ujian U Mann-Whitney telah dijalankan untuk membandingkan keputusan peperiksaan, khususnya bagi soalan berkaitan EOQ. Peserta kajian terdiri daripada para pelajar daripada dua kumpulan; satu kumpulan diajar menggunakan O-Pizza, manakala satu lagi menggunakan kaedah pengajaran biasa. Keputusan analisa data menunjukkan bahawa sampel kumpulan yang menggunakan O-Pizza mendapat min markah yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang menggunakan kaedah biasa. Dapatan ini mengisyaratkan kaedah pembelajaran pengalaman melalui modul O-Pizza boleh diperl..... 1931 hits |
3 | 2015 Thesis | Peranan pengurusan pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan terhadap dasar sekolah selamat Mohd Muzakir Md. Ali Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pengurusan pengetua di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terhadap dasar sekolah selamat berdasarkan peranannya sebagai penjaga (in loco parentis), penyelesai masalah, dan penghubung. Selain itu kajian bertujuan mengenal pasti hubungan antara setiap peranan pengurusan tersebut dengan tahap keselamatan sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang disesuaikan daripada Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Data diperolehi dengan mengedarkan soal selidik kepada 217 responden dalam kalangan guru, kakitangan sekolah dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (pIBG) di SABK yang terpilih. Kekerapan, min dan peratusan digunakan untuk menganalisis dapatan bagi kesemua item yang dibangunkan. Manakala ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara peranan pengurusan pengetua terhadap tahap keselamatan sekolah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sign..... 996 hits |
4 | 2015 Thesis | Kajian kes tahap perapatan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah Syarifah Ratna Sari Syed Mohd Zain Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap perapatan yang wujud antara guru dengan kanak-kanak di prasekolah dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti bukan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada analisis rekod naratif, Borang Skema Pemerhatian Perapatan Guru-kanak-kanak (BSPP), dan Rubrik Tahap Perapatan dan Tahap Rasa Selamat (RTP-TRS) yang digubal oleh pengkaji. Kajian ini telah dijalankan di sebuah tadika di Daerah Bidor, melibatkan 41 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan tiga orang guru. Kesemuanya, sembilan pemerhatian telah dilakukan dan dirakamkan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keakraban guru dengan majority kanak-kanak adalah pada tahap 0 dan 1, yang bermaksud tiada perapatan atau perapatan adalah tidak akrab. Hanya segelintir kanak-kanak yang mempunyai perapatan tahap 2 dan 3, iaitu hubungan ikatan perapatan yang lebih akrab. Menggunakan rubrik RTP-TRS, didapati tahap rasa selamat yang dialami oleh kanak-kanak di pras..... 1743 hits |
5 | 2019 Article | Kesedaran risiko dan tingkahlaku selamat “Altruistic” dalam aktiviti rekreasi program bina insan guru Muhammad Syakir Sulaiman Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan membandingkan tahap kesedaran risiko dan tingkahlaku selamat “altruistic” antara jantina di samping mengkaji hubungan antara keduanya dalam kalangan para peserta semasa aktiviti rekreasi dalam Program Bina Insan Guru (BIG). Satu set soal selidik telah digunakan terhadap seramai 81 pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, KUIS di Raub, Pahang. Soal selidik terdiri daripada dua pembolehubah, iaitu kesedaran terhadap risiko dan tingkah laku keselamatan. Hasil kajian menunjukkan kesedaran yang tinggi tentang risiko semasa aktiviti rekreasi. Analisis ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesedaran risiko dan tingkah laku keselamatan antara jantina. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesedaran risiko (peraturan keselamatan) dan tingkahlaku keselamatan “altruistic”. Implikasi kajian ini adalah pengurus rekreasi dan universiti perlu mengambil kira kepelbag..... 521 hits |
6 | 2021 Article | Pengamalan nilai takwa sebagai elemen pembinaan jati diri dalam kalangan mahasiswa muslim di IPT Abu Zarrin Selamat Mengkaji elemen penghayatan takwa sebagai elemen teras pembinaan jati diri dalam kalangan mahasiswa muslim Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan satu kajian penting bagi melihat tahap kefahaman mereka terhadap konsep takwa yang menjadi paksi kepada kedudukan seseorang manusia di sisi Allah SWT. Keberadaan elemen takwa dalam diri akan membawa seseorang muslim itu senantiasa dalam kondisi berwaspada ketika membuat keputusan dalam kehidupan. Melihat kepada produk UPSI dalam melahirkan tenaga pendidik memungkinkan kajian ini dilakukan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan asas kepada keberhasilan produk UPSI yang benar-benar baik dan berkualiti dalam memacu dunia pendidikan negara. Kajian tinjauan ini menggunakan metode kuantitatif di mana terdapat 4 objektif kajian telah ditetapkan menerusi soal selidik yang diedarkan menggunakan kaedah dalam talian. Kajian ini telah menggunakan seramai 647 orang sampel dalam kalangan mahasiswa muslim UPSI dari pelbagai fakulti, bidang pen..... 302 hits |
7 | 2023 Article | Knowledge, attitudes and perceptions of Malaysian University Students Regarding covid-19 vaccination: An online cross-sectional survey Selamat, Neni Widiasmoro Introduction: COVID-19 is a disease caused by the coronavirus SARS-CoV-2. Since the introduction of the national vaccination program in Malaysia, vaccine hesitancy has become a serious problem for the public authorities. This study determined the Knowledge, Attitudes, and Perceptions (KAP) of COVID-19 vaccination among university students in Malaysia. Methods: A cross-sectional study was conducted using a validated questionnaire of KAP on COVID-19 vaccination and distributed among targeted respondents. SPSS version 23 was employed for statistical analysis. 368 respondents were recruited. Results: Response rate of this survey was 95.58%. The mean age of participants in this study was 22.23 years (SD=2.35; range=18-33) with 286 female and 82 male respondents. Significant differences were detected between knowledge and area of study (p.. 305 hits |
8 | 2004 Thesis | Pengurusan sekolah selamat dan sihat di sekolah khas: satu kajian kes di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang Hasanah Abd Rahman Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk melihat persepsi dan tahap amalan pengurusan terhadap keselamatan dan kesihatan di kalangan guru, murid dan ibu bapa di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (SMPKPPP) dalam bentuk peratus. Kajian ini melibatkan sampel seramai 120 orang yang terdiri dari 40 orang guru, 40 orang murid dan 40 orang ibu bapa di SMPKPPP. Pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada empat konstruk iaitu konstruk A, B, C, dan D. Konstruk A adalah mengenai latar belakang diri responden. Konstruk B pula memfokuskan kepada persepsi responden terhadap keselamatan dan kesihatan murid. Konstruk C menyentuh aspek-aspek persekitaran fizikal. Manakala konstruk 0 pula bertujuan untuk mengenal pasti masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan responden telah bersetuju bahawa SMPKPPP mempunyai amalan pengurusan..... 276 hits |
9 | 2024 Article | Investigating Respect in Learning as Character Education: A Review of al-Zarnūjī’s Ta‘līm al-Muta‘allim Miftachul Huda, Abu Zarrin Bin Selamat Respect has been shown to provide psychological, social, and academic advantages; nevertheless, most academics have not given it enough credit in terms of encouraging students’ character development. Al-Zarnūjī’s idea, a classical Muslim scholar, as a point of reference for his esteemed work on the concept of Ta‘līm al-Muta‘allim has been one of the references in learning and teaching guidelines among pesantren (Islamic boarding schools) in Indonesia. This article aims to critically explore respect as a moral concept and explain how respect can contribute to current discussions in developing character education from the perspective of al-Zarnūjī’s Ta‘līm al-Muta‘allim. A critical analysis of books and journals that were cited was done concerning the contributions made in the field of character education. The study’s findings have led to three major disputes. The first is deference to knowledge as a source of illumination. Secondly, it is deference to the instructo..... 49 hits |
10 | 2015 Thesis | Ilmu landskap Melayu berdasarkan karya Melayu tradisional Hasrina Baharum Kajian tentang ilmu landskap Melayu dengan prinsip prinsipnya yang tersendiri kurang dibahaskan secara khusus dalam kajian mutakhir kerana kekangan dalam mengumpulkan data, khususnya melalui kajian lapangan. Hal ini berpunca daripada arus pembangunan yang menyebabkan kebanyakan tapak kajian landskap Melayu tradisional telah bercampur aduk dengan unsur seni bina landskap moden hingga hilang keasliannya. Oleh itu kajian ini bermatlamat mengetengahkan karya Melayu tradisional sebagai sumber utama untuk mengkaji landskap Melayu berdasarkan kosmologi budayanya sendiri. Hal ini boleh ditelusuri daripada dua sudut. Pertama, melalui kisahlisi kandungan teks yang menceritakan kaedah raja-raja Melayu memilih dan menentukan kesesuaian tempat untuk mendirikan ibu negeri atau istana (ilmu mengenal tapak). Kedua, melalui latar tempat teks yang menggambarkan kehebatan landskap ibu kota/ibu negeri kerajaan Melayu, taman raja-raja Melayu dan istana raja-raja Melayu (ilmu menggubah landskap). Karya Mela..... 1584 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 5 | [ Next ] [ Last ] |