|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10141 | 2014 Article | Persepsi masyarakat terhadap keupayaan pengembangan dana masjid Mohd Hussin Mohd Yahya, Muhammad Fidlizan, Abdul Razak Azila, Roshidi Ahmad Mohamad Ali, Mosque is a religious institution that has an important role in Islamic society. Though the establishment was initially as a place of worship, but the function and its importance is growing from time to time. One of the roles is to develop the Muslims economy through the management of charity, endowment and so on. With the donations and endowment obtained from various parties, mosque institutions are believed to be able to execute this responsibility and trust. Therefore, the purpose of this study is to identify the level of acceptance of the society towards the mosque the potential of mosque fund expansion in Perak state. This study was conducted on 4,000 respondents across the state of Perak with a total of 2,337 persons (58.42 percent) responded to the questionnaires. The results showed that nearly 75 percent of the respondents agreed that the mosque funds should be expanded to activities that can increase the mosques’ income and led to a positive impact on society. However, in th..... 4005 hits |
| 10142 | 2014 Article | Persepsi majikan kejuruteraan terhadap kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan: satu kajian kes Mustapha Ramlee, Husain Mohd Yusof, Syed Mohamad Syed A. Malik, Mokhtar Seri Bunian, Kajian ini bertujuan meninjau kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan di politeknik daripada perspektif majikan. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Untuk mengumpul data, satu set protokol temu bual telah dibina berdasarkan objektif kajian dan tinjauan literatur. Sebanyak sepuluh elemen kemahiran employabiliti yang telah dikenal pasti antaranya kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, etika dan moral, kerohanian, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, menggunakan teknologi, keusahawanan dan kemahiran sosial. Seramai sembilan orang majikan di sekitar Lembah Klang, Kota Bharu dan Ipoh telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Majikan percaya bahawa kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan politeknik harus dipertingkatkan. Data temu bual menunjukkan majikan tidak begitu berpuas hati terhadap penguasaan kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan politeknik terutamanya daripada as..... 3118 hits |
| 10143 | 2014 Article | Perkembangan dan perubahan struktur persembahan tradisi gendang Melayu Sarawak Abdul Wahid Nurulakmal, Gendang Melayu Sarawak merupakan salah satu seni persembahan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu di Sarawak telah menjadikan aktiviti ini sebagai hiburan terutama dalam majlis keramaian. Persembahan tradisi gendang Melayu Sarawak ini telah mengalami perubahan dan perkembangan sejak kedatangan Islam di Kepulauan Borneo. Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan perkembangan terhadap seni persembahan tradisi bergendang ini. Struktur persembahan tradisi ini telah berubah secara beransur-ansur dari semasa ke semasa. Persembahan tradisi ini telah diturunkan daripada generasi kepada generasi yang lain bagi menghidupkan semula persembahan tradisi ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian ikut serta. Kajian ini dilakukan secara diakronik dan sinkronik, dan analisis deskriptif digunakan bagi mengkaji, membahas dan menghuraikan dengan lebih jelas tentang perubahan yang berlaku terhadap persembahan tradisi bagi masyarakat Melayu Sarawak. Hasil penyelidi..... 958 hits |
| 10144 | 2014 Article | Perbandingan pendidikan Cina dan pendidikan India era British di Tanah Melayu Ariffin Khairi, Kamaruddin Mohd Kamal, Jusoh Adnan, Pendidikan Cina dan Pendidikan India secara beransur-ansur berkembang pada zaman kolonial British di Tanah Melayu seiring dengan berlakunya perkembangan ekonomi. Pertambahan bilangan penduduk Cina dan India di Tanah Melayu menyebabkan aspek pendidikan untuk anak masyarakat Cina dan India sebagai satu keperluan selaras dengan apa yang berlaku di negara asal mereka masing-masing. Kajian penulisan ini dilakukan dengan merujuk dan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di jabatan Arkib Negara dan Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Dasar kolonial British terhadap pendidikan Cina dan India adalah tidak seimbang dan pihak kolonial British memberi layanan lebih baik bagi pendidikan India berbanding dengan pendidikan Cina. Pendidikan India berkembang di estet dengan pihak majikan telah diminta oleh kerajaan kolonial British menyediakan kemudahan pendidikan bagi masyarakat India yang tinggal di estet berkenaan. Pendidikan Cina pula berkembang di petempatan masyarakat Cina di banda..... 1995 hits |
| 10145 | 2015 Article | Peranan strategik hubungan dagang negara Islam dengan China bukti empirikal dari Malaysia Monakaran Sasitharan, Mohd Hussin Mohd Yahya, Muhammad Fidlizan, Abdul Razak Azila, Hubungan dagang antara negara adalah amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan ini seharusnya benar biarpun negara-negara terlibat berbeza ideologi. Artikel ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan antara Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan data suku tahunan dari suku pertama 1999 hingga suku keempat 2013 yang diambil dari sumber-sumber yang berautoriti. Menggunakan kaedah penganggaran Vektor Autoregrasi (VAR) yang terpiawai, kajian ini mengaplikasikan ujian integrasi, ujian ko-integrasi, dan ujian penyebab Granger dalam bentuk Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan keseimbangan jangka panjang antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import benar Malaysia dari China (IMm), dan juga jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Dari aspek hubungan penyebab Granger jangka pend..... 2052 hits |
| 10146 | 2014 Article | Penyelidikan arkeometri di negeri Pahang Ramli Zuliskandar, Nik Abdul Rahman Nik Hassan Shuhaimi, Sauman Yunus, Jusoh Adnan, Arkeometri merupakan satu bidang yang sudah bermula sejak abad ke-18 Masihi lagi dan bidang ini sentiasa menyokong bidang arkeologi dalam menginterpretasikan data yang diperoleh daripada penyelidikan arkeologi dengan lebih meluas dan saintifik. Arkeometri atau dalam perkataan ringkasnya arkeologi sains merujuk kepada satu bidang yang mengaplikasikan pendekatan sains dalam mengkaji apa jua jumpaan yang ditemui semasa ekskavasi dijalankan serta kajian yang melibatkan perubahan geomorfologi persekitaran kawasan tapak yang dikaji. Peranan sains dalam penyelidikan arkeologi mula meningkat dan digunakan secara meluas selepas tahun 1950-an dengan kemunculan kaedah pentarikhan mutlak iaitu analisis C14 yang diperkenalkan oleh F.W. Libby dalam tahun 1949. Pada awalnya bidang arkeometri ini hanya terhad kepada aplikasi yang melibatkan pentarikhan kronometrik sahaja tetapi hari ini bidang ini telah meluas pendekatan daripada aplikasi sains tulen, geologi, DNA hingga ke aplikasi kejuruteraan. Apli..... 1823 hits |
| 10147 | 2014 Article | Penyelesaian masalah matrik songsang dengan menggunakan Kaedah Sepasang Sandwic (KSS) dan Operasi Baris Permulaan (OBP) Ibrahim Zuzita, Mohamed Zulkifley, Kebiasaannya, pelajar di peringkat matrikulasi menggunakan kaedah berupa ular untuk mendapatkan matrik songsang. Walaubagaimanapun kaedah berupa ular mengambil masa yang lama dan melibatkan langkah kerja yang panjang. Artikel ini membincangkan kaedah terbaik bagi mencari matrik songsang. Kaedah yang dicadangkan adalah Kaedah Sepasang Sandwic (KSS) dan Operasi Baris Permulaan (OBP). KSS yang dicadangkan mematuhi teorem OBP iaitu melibatkan pertukaran baris diganti dengan hasil tambah baris tersebut dengan baris yang lain. Ujian yang dilakukan mendapati dengan menggunakan KSS dalam mencari matrik songsang dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kemungkinan kesilapan aljabar... 1175 hits |
| 10148 | 2015 Article | Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Mansor Rosnidar, Mohamed Hashim Abdul Talib, Wong Kung Teck, Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains yang dijalankan di sekolah menengah. Penilaian dilihat dari aspek konteks, input, proses dan produk serta hubungannya dengan pengalaman mengajar guru. Kebaikan, kelemahan, cabaran dan cadangan guru sains dalam merealisasikan PBS juga telah dikenal pasti. Kajian ini melibatkan 112 orang guru yang mengajar sains dari 21 buah sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dan soalan temu bual sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta analisis korelasi Pearson telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tahap dimensi konteks, input dan produk berada pada tahap sederhana manakala tahap dimensi proses berada pada tahap tinggi. Hipotesis kaji..... 3723 hits |
| 10149 | 2014 Article | Penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid India di beberapa buah sekolah rendah di Perak Ong Eng Tek, Manikam Shamalah, This study aims to compare the mastery level of basic science process skills among upper primary Indian students by gender, school location, and by grade levels. Using an established 36-item Basic Science Process Skills (BSPS) test that assesses the skills of observing, communicating, classifying, measuring, predicting, and inferring with appropriate reliability and validity, the instrument was administered to 379 upper primary Indian students from two rural and two urban national typed primary schools in Perak. The dataset were analysed by gender and by location using an independent samples t-test, and by grade level using one-way ANOVA. The findings indicated that (1) upper primary students failed to achieve the two-third level or 67% in overall BSPS and across all specific BSPS; (2) there was no gender difference in overall BSPS and across all specific BSPS; (3) urban Indian students achieved significantly higher than rural Indian students in overall BSPS and across all specific BSP..... 565 hits |
| 10150 | 2014 Article | Pengaruh Muhammad Haqqi al-Nazilli (m. 1884) terhadap amalan keagamaan masyarakat Melayu Abdullah Wahyu Hidayat, Mohd Zarif Muhammad Mustaqim, Hussien Sofian Sauri, Muhammad Haqqi al-Nazilli (m. 1884) merupakan salah seorang tokoh ulama Islam yang penting pada abad kesembilan belas. Walaupun berasal dari Turki, beliau telah menghabiskan kebanyakan usia dan kerjayanya sebagai seorang ilmuwan yang berdomisil di Mekah dan terkenal sebagai pakar dalam bidang ilmu hadis dan tasawuf. Selain aktif mengajar, beliau turut menghasilkan sejumlah karya keagamaan yang penting dalam bahasa Arab. Secara khasnya, adikarya beliau bertajuk Khazinah al-Asrar Jalilah al-Adhkar memainkan peranan yang penting terutama sekali dalam kalangan pelajarnya yang berasal dari Alam Melayu. Ia merupakan karya berasaskan hadis Nabi SAW mengenai kelebihan dan fadilat ayat ayat al-Quran dan ibadat-ibadat lain. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai tokoh ini dan karyanya. Justeru, makalah ini bertujuan untuk membincangkan mengenainya dengan lebih mendalam. Selain membincangkan aspek biografi dan hasil karya Muhammad Haqqi dari perspektif sejarah, kertas ini terfok..... 2152 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1015 of 1143 | [ Next ] [ Last ] |