|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10361 | 2016 Thesis | Kefahaman dan kesilapan pelajar dalam pembelajaran topik pembezaan tingkatan empat Nik Munirah Sa'adah Nik Ibrahim Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah pembezaan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam memilih enam orang pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian. Data primer kajian ini adalah data ujian dan data temubual. Data ujian dianalisis menggunakan kaedah analisis kefahaman Skemp, manakala data temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kesalahan Newman. Dapatan kajian ini mendapati pelajar hanya mempunyai kefahaman instrumental dan kesalahan yang sering dilakukan mereka ialah kesalahan membaca, kesalahan memahami dan kesalahan transformasi. Justeru, daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa pelajar hanya menghafal algoritma penyelesaian matematik dan mereka tidak mampu menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah. Implikasi kajian ini ialah guru dapat mengenal pasti konsep-konsep yang perlu diberi perhatian semasa mengaja..... 998 hits |
| 10362 | 2016 Thesis | Gambaran masyarakat Melayu dalam Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji Edi Kurniawan Sahar Kajian ini bertujuan memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakat Melayu dalam Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji. Kaedah kajian ini menggunakan analisis teks teori semiotik oleh Charles Sanders Peirce dan sosiologi sastera. Hal ini dilakukan untuk menganalisis teks sehingga dapat menentukan makna, idea, perasaan dan bentuk tingkah laku yang digambarkan. Dapatan kajian dalam Syair Suluh Pegawai ialah gambaran kehidupan berumah tangga yang sesuai dengan ajaran Islam. Pertama, syair ini merupakan pengajaran bagi masyarakat tentang kehidupan berumah tangga yang bersumber kepada Al Quran dan Hadis. Kedua, berkaitan dengan penggambaran tingkah laku individu kepada keluarga dan masyarakat sekitar yang meliputi hak dan tanggungjawabnya. Ketiga, berisikan tentang pengajaran dan aturan-aturan dalam kehidupan rumah tangga yang sarat akan ajaran agama Islam adat istiadat Melayu. Kesimpulannya, Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji ini merupakan sebuah karya yang banyak mengandung pesan..... 1558 hits |
| 10363 | 2016 Thesis | Angkatan Pemuda Insaf: (1946-1947) Hasfalila Hassan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perjuangan dan cabaran yang dilalui oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) daripada tahun 1946 hingga 1947. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan memberi penekanan kepada analisis dokumen di Jabatan Arkib Negara Malaysia dan beberapa perpustakaan Universiti Awam di Malaysia. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan beberapa orang pejuang API serta warisnya. Dapatan kajian membuktikan bahawa API adalah sebuah organisasi politik separuh tentera yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Kajian ini juga jelas menunjukkan usaha dan persediaan yang dilakukan API demi mencapai matlamat perjuangannya. Cabaran yang dilalui API serta hala tuju bekas anggota API yang dipaparkan dalam kajian turut menunjukkan bahawa barisan pejuang API ini tidak pernah berhenti untuk memperjuang kebebasan Tanah Melayu daripada menjadi jajahan British. Dapat disimpulkan bahawa, perjuangan API sebagai pertubuhan pemuda berhaluan kiri memberi impak dan kesan kep..... 3114 hits |
| 10364 | 2016 Thesis | Analisis struktur dan nilai pendidikan dalam teater tradisional Mendu di Natuna Karnasih Kajian ini bertujuan untuk (1) menjelaskan struktur cerita teater Mendu (2) menganalisis nilai-nilai pendidikan yang terkandung dalam teater tradisional Mendu (3) menjelaskan kesan teater Mendu dalam masyarakat Natuna. Pembahasan struktur cerita meliputi, tema, plot, tokoh dan penokohan, bahasa dan latar, sedangkan pembahasan tentang moral meliputi nilai pendidikan dalam teater Mendu, dan kesan teater Mendu dalam masyarakat Natuna. Teater tradisional Mendu bertema kebaikan mengalahkan kejahatan. Plot cerita dalam teater Mendu tersebut adalah plot maju atau plot lurus. Tokoh yang dominan dalam teater Mendu adalah Dewa Mendu yang memiliki kesaktian tertentu dan berwatak baik. Latar yang banyak digunakan dalam teater Mendu ialah latar tempat. Bahasa yang digunakan dalam teater Mendu ialah bahasa Indonesia dan bahasa Melayu Natuna. Nilai pendidikan yang terkandung dalam teater Mendu Kabupaten Natuna, meliputi nilai pendidikan yang mengacu kepada Indikator Implementasi Pendidikan Budaya dan..... 1056 hits |
| 10365 | 2016 Article | Analysis of meteorological drought in Tihama Plain, Yemen using Standardized Precipitation Index (SPI) Dhaif Allah Ali Ahmed, Md Hashim Noorazuan, Meteorological drought occurs when precipitation rate is less than usual for a period of time in affected areas. This article aims to analyse the meteorological drought in the Tihama Plain, as one of the most important agricultural areas in Yemen contributing 42 percent to the total agricultural production in the country. The study attempts to find out if the plain is currently facing drought conditions through analysing the rainfall data obtained from five meteorological stations for the past 30 years (1980-2010). The Standardized Precipitation Index (SPI) method normally gives best results regardless of other climatic parameters such as humidity, minimum and maximum temperature, potential evapotranspiration and sun hours as it gives accurate result using only precipitation data. The reason beyond using SPI method is that its results are effective and they are similar to the actual drought situation with some exception of the extreme condition of severe drought. SPI was calculated usi..... 2906 hits |
| 10366 | 2016 Article | Peranan anak lelaki sebagai penjaga utama warga tua Melayu di luar bandar : kajian kes di daerah Jerantut, Pahang Md Nor Nik Norliati Fitri, Ghazali Suriati, Taraf kesihatan yang semakin baik membawa kepada meningkatnya jangka hayat dan bilangan warga tua di Malaysia. Artikel ini meninjau tentang satu aspek spesifik berkaitan pengaturan kehidupan warga tua Melayu, iaitu kecenderungan memilih untuk tinggal dengan anak lelaki berbanding tinggal dengan anak perempuan. Dengan menggunakan kawasan luar bandar dan pinggir bandar di daerah Jerantut, Pahang sebagai kajian kes, artikel ini akan mengkaji peranan anak lelaki sebagai penjaga utama warga tua, terutama warga tua yang uzur dan terlantar sakit; dan juga anak lelaki sebagai sumber kewangan yang diharapkan oleh warga tua. Kajian ini melibatkan 54 warga tua Melayu yang berumur 60 tahun dan ke atas terdiri daripada pelbagai latar belakang ekonomi. Warga tua yang tinggal bersama anak lelaki berkahwin, sama ada tinggal di rumah mereka (warga tua) atau berhijrah ke rumah anak lelaki mereka, akan dipilih sebagai responden kajian. Maklumat telah dikumpul menggunakan borang kaji selidik dan dianalisi..... 2215 hits |
| 10367 | 2016 Article | Pendidikan geografi di sekolah-sekolah Malaysia : perkembangan dan isu Ahmad Mohammad Zohir, Tujuan artikel ini adalah untuk menjelaskan perkembangan dan isu-isu yang berkaitan pendidikan geografi khususnya geografi sekolah di Malaysia. Pendidikan geografi telah melalui perkembangannya sejak sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Bermula dengan pengaruh dan berorientasi pendidikan kolonial, khususnya jangkamasa sebelum merdeka dan jangkamasa awal selepas merdeka, kurikulum geografi di Malaysia telah berubah selaras dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. Perkembangan ini berkait rapat dengan konteks sosio budaya Malaysia dan falsafah yang mendasarinya. Perubahan telah berlaku dari segi status dalam kurikulum negara dan juga dari kandungan. Geografi sekolah juga tidak terlepas daripada isu-isu yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti kurikulumnya khususnya yang melibatkan pelaksanaannya... 1209 hits |
| 10368 | 2016 Article | Konflik hak tanah adat (native costumary rights) Kampung Imahit Tenom, Sabah Luyan Madeline Henry, Lunkapis Gaim James, Konflik tanah adat semakin kritikal dalam kalangan Orang Asal di seluruh dunia. Di Malaysia khususnya di Sabah, konflik ini merupakan antara isu yang hangat kerana melibatkan pengiktirafan hak Orang Asal terhadap penggunaan tanah, harta benda, amalan adat, budaya dan kepercayaan mereka secara tradisional. Artikel ini membincangkan dan menjelaskan konflik hak tanah adat yang dihadapi oleh penduduk Kampung Imahit, Tenom, Sabah dan menerangkan kepentingan hak tersebut kepada mereka. Objektif kajian ini adalah untuk memahami kaedah penjagaan hutan adat, mengkaji kepentingan dan kesan yang dihadapi oleh Orang Asal yang terlibat serta mendapatkan persepsi penduduk berkenaan hak mereka terhadap tanah adat pada masa kini. Kajian berdasarkan pada kupasan literatur, pemerhatian, temu bual dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian mendapati tanah adat sinonim dengan Orang Asal kerana menjadi asas kepada kehidupan mereka malah keseimbangan ekosistem hutan dicapai melalui amala..... 1386 hits |
| 10369 | 2016 Article | Kesedaran terhadap sistem penuaian air hujan dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak Mahat Hanifah, Koh Liew See, Norkhaidi Saiyidatina Balkhis, Penuaian air hujan merupakan proses pengumpulan, penyimpanan dan penggunaan air hujan untuk kegunaan domestik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesedaran terhadap Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak. Kajian ini menggunakan borang kaji selidik yang berfokus pada aspek empat pemboleh ubah iaitu pengetahuan, sikap, tingkah laku jimat air terawat dan tingkah laku penuaian air hujan dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak. Seramai 500 orang komuniti Tanjong Malim telah dipilih secara rawak. Analisis kajian yang digunakan adalah deskriptif (frekuensi dan min) dan analisis inferensi (korelasi Pearson dan regresi berganda). Hasil analisis menunjukkan pengetahuan komuniti terhadap sistem penuaian air hujan, sikap komuniti terhadap sistem penuaian air hujan mempunyai nilai min yang tinggi manakala tingkah laku penuaian air hujan berada pada tahap sederhana. Hasil analisis korelasi menunjukkan bahawa wujud kekuatan yang rendah dan lemah antara..... 1846 hits |
| 10370 | 2016 Article | Keparahan kemarau hidrologi di Lembangan Sungai Lui, Hulu Langat Selangor Sakke Nordin, Ithnin Hamirdin, Saudi Azali, Mapa Mohammad Tahir, Kemarau hidrologi merupakan fenomena kekurangan air yang ekstrem yang selalunya memberikan impak ke atas kehidupan normal manusia.Impak kemarau ini amat bergantung pada tahap keparahan sesuatu peristiwa kemarau. Tahap keparahan kejadian kemarau hidrologi boleh digambarkan melalui tempoh atau jumlah defisit kemarau. Tempoh kemarau yang panjang dan jumlah defisit air yang tinggi merupakan petunjuk penting bagi keekstreman kemarau. Artikel ini mengkaji tahap keparahan kemarau di lembangan Sungai. Lui, Hulu Langat, Selangor. Dalam konteks kajian ini, nilai lampauan (persentil - Q) daripada keluk tempoh alir (KTA) digunakan untuk menentukan peristiwa kemarau. Tempoh 48 tahun data luahan bagi stesen Lui digunakan bagi menentukan nilai Q. Dengan menggunakan persentil Q70 = 1.15 m3s-1sebagai paras ambang (PA) asas kemarau yang diperoleh daripada KTA, didapati tempoh dan jumlah defisit luahan yang terhasil adalah berbeza mengikut kelas keparahan kemarau. Berpandukan kepada analisis, tempoh kumu..... 3041 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1037 of 1150 | [ Next ] [ Last ] |