|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10541 | 2016 Article | Penggunaan Inst Card untuk meningkatkan kemahiran mengeja perkataan dengan suku kata tertutup bagi murid bermasalah pembelajaran Elias Rashidah, Sulaiman Senana, Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan Inst Card dalam meningkatkan kemahiran mengeja perkataan dengan suku kata tertutup kvk bagi murid bermasalah pembelajaran kategori slow learner. Model Kurt Lewin telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dipilih melalui keputusan ujian diagnostik. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis data mendapati bahawa kedua-dua peserta kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Inst Card berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengeja perkataan dengan suku kata tertutup kvk... 1365 hits |
| 10542 | 2014 Article | Impak globalisasi terhadap perubahan fungsi bandar kecil beberapa penemuan di Batang Kali dan Bukit Beruntung, Selangor Saleh Yazid, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Ismail Kamarul, Artikel ini menganalisis perubahan fungsi (ekonomi) bandar kecil di beberapa buah bandar kecil terpilih di Koridor Utara Negeri Selangor. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan, didapati fungsi-fungsi tradisional bandar kecil tersebut sudah mula berubah. Penawaran fungsi seperti kedai baja, kedai peralatan pertanian dan kedai buah-buahan semakin merosot. Sebaliknya fungsi-fungsi yang lebih bersifat global seperti pasar raya besar, penghantar cepat dan hotel semakin bertambah. Penemuan ini merupakan petunjuk awal ke arah bagi membuktikan bahawa proses globalisasi telah memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan fungsi di kawasan kajian. Ini kerana semakin banyak perubahan penawaran fungsi (dari fungsi tradisional kepada yang lebih moden) membawa maksud semakin kuat pengaruh globalisasi di kawasan tersebut dan penemuan ini penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMKL) kini mula tersebar serta memberi kesan melampaui kawasan..... 3403 hits |
| 10543 | 2014 Article | Impak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke atas ekonomi setempat di Mukim Hulu Bernam Timur, Perak Abd. Razak Rozelia Aznie, Dziauddin Mohd Faris, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Kertas kerja ini mengukur impak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke atas ekonomi setempat di mukim Hulu Bernam Timur, Batang Padang, Perak. Model American Council of Education (ACE) digunakan bagi mengukur impak ekonomi keseluruhan (total economic impact) yang dijana oleh perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pelajar dan kakitangan IPT bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan di kawasan ini. Dengan menggunakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang terletak di mukim Hulu Bernam Timur, artikel ini memaparkan sejumlah RM120 juta telah dibelanjakan oleh pelajar dan kakitangan di kedua-dua IPT ini bagi tempoh setahun dan memberi sumbangan yang sangat signifikan kepada pertumbuhan ekonomi terutamanya aktiviti perniagaan di mana setakat tahun 2012 terdapat 842 premis perniagaan telah wujud di kawasan ini... 1876 hits |
| 10544 | 2014 Article | Implementing the teaching of phonics in Malaysian primary schools Abdullah Nadiah Yan, Kepol Napisah, Shari Mariyatunnitha, The Standard-Based English Language Curriculum for Malaysian Primary Schools was introduced by the Malaysian Ministry of Education in 2011 beginning with the teaching of Year 1 pupils. The curriculum is modular in design comprising the Listening and Speaking, Reading, Writing, and Language Arts modules. An innovation introduced in the curriculum was the teaching of early reading skills using phonics as a method in the Reading Module. The aim of this study was to investigate whether the Year 1 English Language teachers participating in the study understood the innovation, the problems that they faced with regard to it and how they implemented it in their classrooms. A survey questionnaire was distributed to English Year 1 primary school teachers and case studies of selected teachers were conducted. The data were analysed quantitatively and qualitatively. The findings showed that the respondents rated themselves at varying degrees of understanding. The problems that they reported concern..... 856 hits |
| 10545 | 2014 Article | Integrating emotional intelligence in curriculum do female students perform better than male students? Md Salleh Norila, Othman Ikhsan, The study examined the effects of integrating emotional intelligence on students’ performance in Mathematics across gender. Focus was on the Mathematics subject at the lower secondary level in Malaysia. A total of 123 students were involved as research participants; 61 males and 62 females. The participants received classroom instruction which integrates emotional intelligence. Data were collected over a period of nine weeks. A pre-test was conducted in the first week followed by seven weeks of instruction. A post-test was carried out in the final week. The Mathematics Achievement Test Multiple Choice Item (MATMI) and Mathematics Achievement Test Subjective Item (MATSI) were used as instruments to measure students’ achievement in the subject. Data collected were analysed using ANCOVA and MANCOVA. Generally, research results failed to prove that the effect of integrating emotional intelligence in teaching and learning process on students’ Mathematics performance were different acr..... 1005 hits |
| 10546 | 2014 Article | Interpretasi terkini data arkeologi di kompleks percandian Pengkalan Bujang, Kedah Ramli Zuliskandar, Nik Abdul Rahman Nik Hassan Shuhaimi, Jusoh Adnan, Razman Muhammad Rizal, Penyelidikan arkeologi di Pengkalan Bujang, Kedah pada awalnya telah dijalankan secara sistematik oleh Quaritch- Wales sejak tahun 1936 hingga 1937 lagi di bawah tajaan Greater India Research Committee yang berpusat di Calcutta, India. Antara tapak yang telah diekskavasi oleh Quaritch-Wales ialah Tapak 18, Tapak 19, Tapak 21, Tapak 22 dan Tapak 23. Beberapa jumpaan penting telah berjaya ditemui semasa ekskavasi yang dijalankan oleh Quaritch-Wales yang mana antaranya ialah arca agama, serpihan seramik, relikuari dan pelbagai artifak yang lain. Alastair Lamb juga telah menjalankan penyelidikan beliau di Pengkalan Bujang di mana beliau lebih memberi fokus kepada jumpaan kaca dan pelbagai jenis manik di Pengkalan Bujang. Antara pendapat beliau ialah kaca yang banyak ditemui di Pengkalan Bujang, Kedah berasal dari Timur Tengah dan berkemungkinan juga kaca ini merupakan kaca yang diguna semula untuk menghasilkan manik kaca monokrom. Leong Sau Heng pada tahun 1973 telah menyiapkan tesis sarja..... 3282 hits |
| 10547 | 2014 Article | Isolation of aporphine alkaloid from the leaves of Alseodaphne corneri Kosterm Khoo Jennie, Hui Chen, Ahmad Kartini, Hasnan Muhammad Hafiz Husna, Mohammad Siti Nor Fadzilah, Awang Khalijah, A. Hadi A. Hamid, Nafiah Mohd Azlan, A phytochemical study on the leaf extract of Alseodaphne corneri Kosterm involving extraction, separation by using various chromatographic methods and structural determination by spectroscopic technique such as ultraviolet spectra (UV), infrared spectra (IR), nuclear magnetic resonance (NMR) and mass spectra (MS) was carried out. The isolation and purification from the leaves of Alseodaphne corneri Kosterm yielded two aporphines: norlirioferine and lirioferine... 7074 hits |
| 10548 | 2014 Article | “Isteri Sementara” perselisihan pendapat ulama mengenai Nikah Mut‘ah dalam mazhab Sunni dan Syiah Noor Zanariah, Acquiring a temporary wife by contracting a mut‘ah marriage is a controversial issue between the Sunnis and Shi’as. The Sunnis agree that mut‘ah was permitted by the Prophet at certain points during His lifetime, but, in the end, it was prohibited completely. Those who practiced mut‘ah marriage are considered as committing illegal intercourse (zina). In contrast, the Shi’as maintain that the Prophet did not ban the practice, and having established its legality, they go to great lengths in developing the jurisprudence of mut‘ah marriage within the imamiyah school of jurisprudence, laying out the rules and regulations in respect of mut‘ah marriage. The Shi’a generally praise the mut‘ah institution as a solution to problems that can be caused by unchecked human sexual urges and needs. Mut‘ah marriage is seen as a legitimate and progressive way to deal with the sexual nature of human beings, while preserving Islamic values. To emphasise such practices, they claimed that..... 1531 hits |
| 10549 | 2014 Article | Isu-isu wanita dalam Manuskrip Melayu abad ke-15 hingga abad ke-18 Hasan Haryati, Sejarah kerajaan Melayu seperti yang tercatat dalam historiografi traditional terdapat bukti yang menunjukkan peranan wanita sebagai penyelamat atau penyebab berlakunya suasana politik yang tidak stabil. Di sebalik institusi Di Raja Malaysia, wanita turut berperanan penting, bukan sekadar di sebalik tabir, bahkan sejarah membuktikan ada kalangan wanita yang menjadi peneraju dan tunjang negara. Mereka bukan sahaja berdiri di sisi lelaki yang bergelar suami atau raja, tetapi mereka juga mampu berdiri sebagai raja atau sultan. Di Kelantan, Cik Siti Wan Kembang menjadi "ikon" wanita yang berperanan sebagai pemerintah. Puteri Sa'dong tidak kurang pentingnya dalam mempertahankan keutuhan dan kedaulatan Institusi Di Raja Kelantan. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, muncul beberapa orang wanita yang berperanan penting, antaranya Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah. Mereka berperanan mendamaikan persengketaan di antara dua pihak yang bertelagah dan menyatukan komponen politik serta turut mempengaru..... 1009 hits |
| 10550 | 2014 Article | Kajian justifikasi dan pengkategorian tanggungjawab terhadap kehendak manusia menurut perspektif Islam dan barat Othman Muhammad Atiullah, Ismail lndriaty, Kajian ini memfokuskan kepada kaitan kehendak dengan tanggungjawab. Isu ini sangat berkait rapat dengan kebebasan kehendak dengan pilihan kemahuan manusia yang hangat dibincangkan oleh ahli akademik dan ahli falsafah barat, iaitu sama ada menerima teori determinism atau indeterminism kerana kehendak manusia pasti mempunyai makna yang perlu ada pertanggungjawaban. Perbahasan ini sebenarnya adalah pandangan klasik pemikiran Islam yang diadaptasi daripada diskusi Muktazilah dan al-Ashairah. Tujuan kajian ini ialah memahami konsep kehendak dari perspektif Islam dan Barat serta mengenal pasti sejauh mana kaitan kehendak dengan tanggungjawab manusia. Metodologi yang digunakan adalah kajian perpustakaan dengan merujuk bahan-bahan bacaan terdahulu dan terkini. Kaedah yang digunakan adalah kaedah induktifbagi memahami konsep-konsep kehendak serta kaedah deduktif dengan menyifatkan makna-makna kehendak kepada kategori pertanggungjawaban atau sebaliknya. Hasil kajian ini mengenengahkan beberapa k..... 1061 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1055 of 1165 | [ Next ] [ Last ] |