|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 10551 | 2015 Thesis | Peranan watak utama dalam cerpen R.Karthigesu Anushea Veni Veloosamy Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti watak utama, menganalisis nilai kemanusiaan dalam watak utama cerpen R Karthigesu serta meneliti peranan watak utama sebagai teladan kepada pembaca dan masyarakat secara amnya. Kumpulan cerpen Innoru tatavai, Uci ilai maram dan Nir mel eluttu yang dikarang oleh R Karthigesu sebagai korpus kajian ini. Kajian ini bersifat kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan. Teori moral telah diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga belas watak utama yang tertumpu kepada sembilan aspek iaitu anak, kakak, remaja, wan ita, ibu, bapa, suami, guru dan warga tua. Di samping itu, terdapat sembilan nilai kemanusiaan iaitu bertanggungjawab, kerajinan, kesabaran, pengorbanan, keyakinan diri, kepimpinan, hormat menghormati, kasih sayang dan keadilan. Secara keseluruhan, kajian ini dapat memberikan impak positif yang ditonjolkan melalui watak utama dalam cerpen RKarthigesu untuk dijadikan teladan kepada generasi muda masa ki..... 1094 hits |
| 10552 | 2003 Conference Item | Nilai-nilai perwatakan Melayu dalam imej warna: satu penelitian Etnografi seni Hasan Achmad Sopandi, Dalam masyarakat Melayu penggunaan warna biasanya dijumpai dalam pelbagai artifak. Warna alam semula jadi lebih banyak digunakan untuk bahan pewama, diperolehi daripada bahan pewama yang ‘mesra alam’ yang sebati dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perkara itu telah wujud sejak berabad-abad yang lalu, malah dipercayai wujud dari zaman prasejarah lagi. Orang Melayu pada zaman dahulu mengambil berat tentang nilai-nilai dan perwatakan warna. Warna digunakan rneluas dalam masyarakat Melayu, imej dap satu warna menurut kepercayaan, pengguna akan aman damai dan jauh dari malapetaka. Warna tradisional tempatan ialah satu warisan milik orang Melayu yang memiliki makna dan nilai-nilai yang melibatkan cara hidup, ekonomi, alam persekitaran. Dari faktor ini lahimya pelbagai bentuk kraftangan dan artifak tradisional Melayu. Dalam penggunaan warna trad sional Melayu, pandai tukang memainkan peranan yang penting. Warna wujud kerana keperluan kehidupan seperti untuk berkomunikasi, adat is..... 1881 hits |
| 10553 | 2015 Thesis | Pembangunan dan pengesahan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik bagi tajuk Daya dan Gerakan Rohana Amin Kajian kuantitatif ini bertujuan membangun dan mengesahkan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik (UKBATF). UKBATF mengandungi 10 item berbentuk subjektif yang boleh mengukur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi tajuk Daya dan Gerakan Fizik Tingkatan Empat. Kaedah pembangunan UKBATF adalah berpandukan Kerangka Operasi Pembangunan dan Pengesahan UKBATF. Proses kesahan pakar dilakukan oleh enam orang pakar dalam bidang Fizik dan KBAT. Kebolehpercayaan UKBATF ditentukan dengan mengira pekali alfa Cronbach iaitu pekali ketekalan dalaman dan pekali korelasi Intra-Kelas (PKAK) iaitu penentuan kebolehpercayaan antara pemeriksa. Kualiti UKBATF ditentukan dengan mengira indeks kesukaran, p dan indeks diskriminasi, D bagi setiap item dan keseluruhan ujian. Dapatan menunjukkan semua item UKBATF mempunyai kesahan yang tinggi dengan 80% persetujuan dalam kalangan pakar. Dari segi kebolehpercayaan pula didapati pekali alfa Cronbach ialah 0.726 dan pekali PKAK ialah 0.960. Nilai p..... 1451 hits |
| 10554 | 2003 Conference Item | Zaba dan Idea Tajdid Islam Di Malaysia : Satu Analisa Ringkas Abd. Rahim Rahmin Affandi, Dalam konteks Malaysia semasa, terdapat kecenderungan di kalangan saijana dari pelbagai disiplin pengajian, menumpukan kajian terhadap seseorang tokoh penting yang dilihat pemah memainkan peranan yang bermakna di dalam kehidupan bemiasyarakat. Tren yang menggunakan kajian yang berbentuk memuir ini dilihat bukan terhad dibuat untuk kepentingan politik murahan semata-mata, bahkan turut membabitkan kajian ilmiah yang bersifat saintifik memperincikan biodata dan kaedah peijuangan yang diusahakan oleh seseorang tokoh pilihan mengikut konteks zamannya, demi untuk iktibar masyarakat di masa hadapan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana pelbagai kajian yang diusahakan oleh saijana luar dan tempatan telah dibuat terhadap tokoh penting rantau Alam Melayu seperti Syed Sheikh al-Hadi,Syeikh Daud Pattani, HAMKA Za’ba, Prof. Zulkifli Muhammad, Syed Muhammad Naquib al-Attas.. 1798 hits |
| 10555 | 2015 Thesis | Keberkesanan strategi pengajaran pdeode terhadap kefahaman pelajar tentang konsep kondensasi Wan Zuraidah Wan Nordin Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran PDEODE terhadap kefahaman pelajar tentang konsep kondensasi. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi, yang melibatkan sampel seramai 62 orang pelajar tingkatan empat aliran sains. Data diperoleh daripada ujian pra, ujian pasca, temubual berstruktur dan soal selidik. Ujian-t sampel bebas dan ujian-t sampel berpasangan digunakan bagi membandingkan pencapaian pelajar dalam kedua-dua kumpulan kawalan dan eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang singnifikan di antara kedua-dua kumpulan. Basil kajian turut menunjukkan konsep altematif pelajar tentang kondensasi dapat dikelompokkan kepada enam sub-tema iaitu proses perubahan fizikal, resapan keluar, penyejatan, pemejalwapan, perubahan keadaan jirim dan tindakbalas kimia. Kesimpulannya, strategi pengajaran PDEODE berupaya membantu pe1ajar dalam memahami konsep kondensasi yang betul serta meningkatkan sikap positif pelajar terhadap sains. Kajia..... 1495 hits |
| 10556 | 2000 Article | Space use and activity patterns of 3 species of diurnal small mammals in the Bangi Forest Reserve , UKM, Malaysia Samsudin Syakirah, Akhbar Zubaid, Space use and activity patterns by 3 species of small mammals, namely, Tupaia glis, Callosciunis HQta&is and CL nigrovitatus were determined. The home range size of T. glis ranged from 9,544 to 73,470m2, C. notatus from 6,512 to I6.150nr and C. sigrrwrfalus 10,970m.. There was no overlap in the ranges between individuals of the same species and sex hut the ranges of different species overlapped- There was no significant difference in the mean daily distance moved among the studied individuals. All individuals showed a bimodal type qf activity pattern... 1456 hits |
| 10557 | 2015 Thesis | Penyesuaian, motivasi pencapaian dan pencapaian akademik pelajar di sebuah sekolah menengah: sebuah kajian kes Megalah Krishnan Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur hubungan antara penyesuaian dan motivasi pencapaian dengan pencapaian akademik dan hubungan penyesuaian dan motivasi pencapaian antara jantina. Seramai 105 orang pelajar Tingkatan Satu daripada sebuah sekolah menengah telah dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan untuk menjadi responden kajian. Data dipungut menggunakan instrumen Skala Penyesuaian Bell yang merangkumi dua elemen iaitu penyesuaian rumah dan penyesuaian emosi. Skala Motivasi Pencapaian Ray digunakan untuk mengukur tahap motivasi pencapaian pelajar. Pencapaian akademik pelajar diukur berdasarkan Gred Purata Markah. Data kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif, iaitu Peratusan, Kekerapan, Sisihan Piawai dan Min serta statistik inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson dan ujian-t. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan penyesuaian rumah mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi pencapaian. Hasil ujian-t menunjukkan tahap penyesuaian rumah dan penyesuaian emosi..... 2307 hits |
| 10558 | 2011 Article | The impact of work overload and job involvement on work family conflict among malaysian doctors Abd Razak Ahmad Zainal Abidin, Yeop Yunus Nek Kamal, Mohd Nasurdin Aizzat, This study examined the relationship between work overload and job involvement with the two dimensions of work-family conflict [work interference with family (WIF) and family interference with work (FIW)]. The sample comprised of 391 local doctors working full-time in nineteen public hospitals in Peninsular Malaysia. Statistical results using regression analysis indicated that work overload was positively related to both work interference with family (WIF) and family interference with work (FIW). On the other hand, job involvement was found to have no significant impact on the two forms of work-family conflict. Implications of the results, limitations, and future research directions are also presented... 5114 hits |
| 10559 | 2011 Article | Unsur eufemisme dalam novel Papa dan Azfa Hanani Zolkifli Noor Hatini, Abu Bakar Siti Saniah, Makalah ini meneliti penggunaan unsur eufemisme dalam novel, iaitu penggantian perkataan yang dianggap tabu atau kasar. Novel bertajuk Papa digunakan di sekolah-sekolah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, manakala novel Azfa Hanani pula digunakan di sekolah-sekolah di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan dua kaedah untuk memperoleh data, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan novel Azfa Hanani menggunakan sebanyak 36 unsur eufemisme atau sebanyak 57.1 peratus. Novel Papa menggunakan 27 unsur eufemisme, iaitu sebanyak 42.9 peratus. Berdasarkan unsur eufemisme tersebut, didapati sebanyak 11 unsur dalam dialog yang terdapat dalam novel Papa dan novel Azfa Hanani mengandungi enam unsur dalam dialog yang menepati Maksim Santun Leech (1993). Penggunaan unsur eufemisme perlu lebih diberi perhatian oleh guru, pelajar dan penulis kerana unsur eufemisme merupakan bahasa sopan yang bersesuai..... 1767 hits |
| 10560 | 2011 Article | Amalan pengurusan perniagaan usahawan tani IKS bumiputera: satu kajian kes di negeri Terengganu Mustapha Ramlee, Che Abdullah Nurulhuda, Sektor pertanian di negara kita sedang mengalami transformasi ke arah yang lebih dinamik dan kompetitif. Sektor ini amat penting, bukan sahaja kerana ianya dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara malahan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pertanian telah diberi penekanan di dalam Dasar Pertanian Negara memandangkan potensinya di dalam mewujudkan peluangpeluang pekerjaan dan menambah nilai Eî~äìÉ�~ÇÇÉÇF hasil pengeluaran pertanian. Walaupun dasar dan inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia pusat pengeluaran makanan di peringkat global pada 2010 namun pencapaian usahawan tani terutama kaum Bumiputera masih pada tahap yang rendah. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Untuk mengumpul data – satu set soal selidik, protokol temubual dan senarai pemerhatian telah dibina berdasarkan objektif kajian dan tinjauan literatur. Seramai 10 orang usahawan tani (5 lelaki dan 5 wanita)..... 2088 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1056 of 1132 | [ Next ] [ Last ] |