UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
19612024
Bulletin
Buletin CPRI-CPRI dan Antarabangsa 2024
Pusat Pedagogi Penyelidikan dan Inovasi UPSI
431 hits

19622024
Bulletin
Buletin CPRI-CPRI dan Sesi Townhall Isu 3/September 2024
Pusat Pedagogi Penyelidikan dan Inovasi UPSI
413 hits

19632023
Article
Kajian pembangunan persepsi guru pelatih terhadap penggunaan Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovelen tingkatan 4
Siti Fatimah Nazlia Ruslan
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan alat bantu mengajar Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovalen serta mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penggunaan Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovalen Tingkatan 4. Proses pembangunan Chemibonds Card yang berasaskan permainan ini menggunakan model ADDIE sebagai model reka bentuk instruksi. Kajian ini melibatkan seramai 97 orang pelajar yang mengambil jurusan ISMP Kimia bagi Semester 5 dan 6. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah alat bantu mengajar Chemibonds Card, borang kesahan Chemibonds Card, borang kesahan soal selidik dan borang soal selidik persepsi yang menggunakan skala Likert empat mata. Kesahan Chemibonds Card dilakukan oleh dua orang pensyarah jabatan Kimia dan dua orang pensyarah dari Fakulti Seni Komputeran Industri Kreatif. Nilai kesahan yang diperoleh masing-masing adalah 0.689 dan 1.0. Bagi kesahan borang soal selidik pula, dilakukan oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Pendidikan dengan.....

704 hits

19642023
Article
Strategi interaksi sosial guru perdana dalam Pengajaran Inklusif disekolah menengah
Nazrah Jamaludin
Landskap Pendidikan Inklusif kini banyak dicorak oleh pelbagai deklarasi antarabangsa demi memastikan agenda serta pelaksanaannya kekal relevan dalam sistem pendidikan. Tidak dinafikan masih terdapat pelbagai kekangan sepanjang pelaksanaannya yang memerlukan strategi terbaik dan berkesan. Menerusi reka bentuk kajian kualitatif, pengkaji memberi fokus penerokaan ke atas strategi menghadapi cabaran dalam interaksi sosial guru dalam kelas inklusif di sekolah menengah di Selangor. Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap tiga orang peserta kajian di sekolah A. Manakala, kajian sebenar melibatkan tujuh peserta kajian dari sekolah B dipilih secara persampelan bertujuan untuk turut serta dalam sesi temu bual dan pemerhatian yang berlangsung selama enam bulan. Protokol temu bual semi berstruktur dan senarai semak pemerhatian tidak turut serta merupakan instrumen yang digunakan pengkaji di lapangan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti 22. Hasil kajian menemukan empat tema y.....

296 hits

19652023
Article
Penggunaan aplikasi TikTok inovasi dalam pelaksanaan Apresiasi Seni Pendidikan Seni Visual
Rahanah Abdul Rahman
Penggunaan aplikasi TikTok rangkaian media sosial mendapat sambutan hangat dan semakin meluas mengatasi aplikasi rangkaian sosial lain. Pelajar lebih suka melayari internet dan kurang berminat dalam pengajaran konvesional. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cara penggunaan serta menganalisis aplikasi TikTok sebagai inovasi dalam pelaksanaan Apresiasi Seni. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian campuran kuantitatif dan kualitatif. Data kajian dipersembahkan secara deskriptif. Pengkaji menggunakan satu set soal selidik,pemerhatian dan rubrik penguasaan apresiasi seni untuk menganalisis. Responden kajian melibatkan 40 orang pelajar tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan TikTok memberi impak yang positif dalam pelaksanaan Apresiasi Seni dan dapatan juga mendapati aplikasi TikTok sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru dapatan kajian juga mencadangkan penggunaan TikTok boleh dilaksanakan di dalam kelas yang me.....

357 hits

19662023
Article
Pembangunan modul kaunseling intervensi dalam menangani isu tingkahlaku langsang dalam kalangan murid sekolah menengah
Emilia Man
Peningkatan kes disiplin dalam kalangan murid sekolah semakin membimbangkan. Isu-isu yang melibatkan murid sekolah dalam pelbagai aktiviti negatif dilihat semakin sukar untuk dikawal dan dipulihkan. Oleh yang demikian, pendekatan intervensi kaunseling dilihat dapat menangani isu berkaitan salah laku murid di sekolah. Kajian terdahulu membuktikan, integrasi intervensi kaunseling dan beberapa terapi kaunseling dalam pendekatan yang dikenali sebagai ‘Brief Therapy’ iaitu Terapi Ringkas dilihat sebagai salah satu intervensi kaunseling yang berkesan. Oleh yang demikian pengkaji menyarankan kertas konsep pembangunan modul intervensi kaunseling perlu di laksanakan bagi menangani isu tingkahlaku langsang dalam kalangan murid sekolah menengah. Kertas konsep ini juga merujuk kepada strategi Wawancara Motivasi yang berteraskan kepada skala perubahan tingkahlaku atau lebih dikenali sebagai Model Perubahan dan Skala Perubahan Tingkahlaku (Transtheoritical Model and Stages og Change). MI juga me.....

373 hits

19672023
Article
Pelaksanaan amalan terbaik pengajaran (ATP) Bahasa Melayu oleh guru prasekolah berasaskan model Zemelman dalam pengajaran Bahasa Melayu
Shuhaiza Mohd Sharif
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) dalam kalangan guru prasekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan ATP guru prasekolah berasaskan salah satu dari tiga prinsip utama ATP yang dinyatakan oleh Zemelman (2012) iaitu pengajaran berpusatkan murid. Dalam kajian ini, empat elemen asas pengajaran berpusatkan murid difokuskan ialah pengajaran berasaskan pengalaman murid, pengajaran yang holistik, pengajaran yang autentik dan pengajaran berasaskan cabaran. Data diperoleh dengan mengaplikasikan teknik triangulasi, iaitu menerusi gabungan kaedah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen terhadap tiga orang guru prasekolah yang dipilih sebagai responden kajian ini. Kaedah ini telah dijalankan terhadap ketiga-tiga orang responden kajian untuk mengumpul maklumat berkaitan empat elemen asas berkaitan dengan pengajaran berpusatkan murid yang terdiri daripada: i) pandangan guru mengenai ATP. Maklum balas daripada kesemua responden tel.....

295 hits

19682024
Bulletin
Diari Mingguan Pusat Kokurikulum UPSI 11-17 November 2024/ Edisi 249
Pusat Kokurikulum UPSI
248 hits

19692024
Bulletin
Diari Mingguan Pusat Kokurikulum UPSI 30 September-6 Oktober 2024/ Edisi 243
Pusat Kokurikulum UPSI
144 hits

19702024
Bulletin
Diari Mingguan Pusat Kokurikulum UPSI 23-29 Sep 2024/ Edisi 242
Pusat Kokurikulum UPSI
141 hits

[ First ] [ Prev ] Page 197 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.