|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 2081 | 2012 Thesis | Persoalan perpaduan melalui dasar pendidikan: pemahaman pihak pelaksana di peringkat sekolah Siti Fauziah Mydin Isu perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik penting dalam pembangunan negara. Kajian kes ini membincangkan usaha kerajaan Malaysia yang telah melaksanakan pelbagai dasar membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat melalui sistem persekolahan. Kajian ini meneliti unsur perpaduan dalam dasar pendidikan, mengenal pasti pemahaman pentadbir sekolah terhadap unsur-unsur perpaduan dalam dasar pendidikan sedia ada dan mengenal pasti cabaran dalam pembentukan perpaduan melalui pendidikan. Persampelan kajian memfokuskan kepada pemahaman empat orang Guru Besar yang mentadbir Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Teknik temu bual dilakukan bagi mengenal pasti pemahaman mereka terhadap dasar-dasar perpaduan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan, khususnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menjadikan pendidikan sebagai wahana penyatuan kaum. Kajian ini turut disokong oleh dokumen-dokumen yang mengandungi dasar berkaitan p..... 308 hits |
| 2082 | 2011 Thesis | Gubahan lagu rakyat untuk ensembel rekoder Kurikulum Standart Sekolah Rendah Mohd Sallehuddin Shah Zainal Abidin Rekoder merupakan alat muzik yang telah diperkenalkan ke sekolah-sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Muzik pada tahun 1983. Perkembangan permainan rekoder ini telah menjadi satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran baru iaitu “Ensembel Rekoder”. Ia membolehkan pelajar membentuk disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu individu yang mempunyai emosi seimbang, kreatif, dan inovatif. Oleh sebab itu, fungsi produk yang paling asas ialah untuk menambahkan lagi koleksi buku latihan bagi Ensembel Rekoder dalam pasaran tempatan untuk kegunaan aktiviti latihan kumpulan Ensembel Rekoder sekolah. Buku gubahan lagu tempatan ini merupakan satu alternatif tambahan kepada buku method book yang sedia ada. Di samping itu, produk ini juga berfungsi sebagai memberi pilihan kepada jurulatih kumpulan Ensembel Rekoder tempatan untuk menggunakan lagu-lagu tempatan sebagai bahan latihan bagi pasukan mereka. Diharapk..... 286 hits |
| 2083 | 2010 Thesis | Kesan perlaksanaan ujian lisan bahasa melayu (ULBM) terhadap pelajar tingkatan 4 di daerah Kinta selatan Norfaizah Abd Jobar Kajian ini diusahakan untuk mengkaji keberkesanan Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) yang dilaksanakan di sekolah menengah. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian tinjauan dan dijalankan di dua buah sekolah menengah. Bagi tujuan mendapatkan persampelan, sebanyak 80 orang pelajar tingkatan 4 telah dikenal pasti bagi tujuan tersebut. Sampel-sampel berkenaan terdiri daripada pelbagai kaum. Sampel-sampel tersebut juga mewakili dua kumpulan pelajar yang utama, iaitu potensi dan cemerlang. Soalan-soalan kajian yang diutarakan berhubung demografi sampel sebagai pemboleh ubah. Seterusnya, soalan-soalan kajian meninjau markah dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu yang diperoleh buat pertama kali menjalani ujian. Selain itu, soalan kajian juga mencakupi ruang lingkup kefahaman sampel terhadap pelaksanaan ULBM yang dilaksanakan di sekolah. Selain itu, penglibatan pelajar terhadap pelaksanaan program tersebut sama ada di sekolah atau pada masa senggang turut disoal. Bagi meninjau keberkesanan ujian ters..... 234 hits |
| 2084 | 2013 Thesis | Selected errors made by Kurdish learners of english Sagvan, Mohammed Ali Ahmed The writing problems of Kurdish students in the English department were worth studying and investigating. This study examined some selected writing problems, such as misuse of tenses, misuse of singular/plural forms, subject-verb agreement, articles, prepositions, spelling, and logical connectors. Data collection was based on written essays from 31 students, both female and male. The students made numerous errors related to these issues, which indicated their weak command of the English language. The investigated grammatical errors were as follows: spelling errors (801 errors, 39.77%), misuse of tenses (548 errors, 27.48%), articles (261 errors, 13.89%), subject-verb agreement (157 errors, 8.79%), prepositions (122 errors, 5.22%), misuse of singular/plural forms (87 errors, 4.31%), and logical connectors (12 errors, 0.53%), totaling 1988 errors. The causes of these errors were interlingual and intralingual, which were presented and explained based on the data collection and analysis. T..... 208 hits |
| 2085 | 2007 Thesis | Stail kepimpinan pentadbir terhadap perlaksanaan program pendidikan luar di sekolah sekolah menengah gabungan Keningau, Sabah Richard Kajim Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar di sekolah-sekolah menengah Gabungan Keningau, Sabah. Kajian ini juga turut meninjau perbezaan stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar berdasarkan kepada ciri-ciri demografi terpilih. Seterusnya kajian ini ingin mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara stail kepimpinan pentadbir dengan faktor-faktor jurulatih, kewangan, aspek keselamatan dan ketua panitia pendidikan jasmani dan seterusnya menentukan faktor-faktor yang paling mempengaruhi stail kepimpinan pentadbir terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Luar di sekolah-sekolah menengah Gabungan Keningau, Sabah. Seramai 115 responden daripada 23 buah sekolah menengah di Gabungan Keningau dijadikan sampel kajian dan mereka diberi satu set soal selidik berstruktur untuk dijawab. Analisis statistik deskriptif, analisis korelasi dan analisis regresi berganda telah digun..... 389 hits |
| 2086 | 2006 Thesis | Perlaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) dikalangan guru-guru pendidikan seni visual di daerah Hulu Selangor, Selangor Norizan Ujang Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau pelaksanaan kaedah Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) di kalangan guru-guru Pendidikan Seni Visual di dua buah sekolah menengah di daerah Hulu Selangor. Kedua, adalah untuk mengetahui tahap kompetensi guru dalam melaksanakan PKSM. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut dan 80 orang murid Tingkatan 4 yang mengambil elektif dalam mata pelajaran ini mengikut tiga tahap iaitu lemah, sederhana, dan baik.Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian yang telah diubah suai. Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Bahagian A terdiri daripada item latar belakang seperti jantina, umur, bangsa, kategori jawatan, opsyen, dan lokasi sekolah, manakala Bahagian B pula terdiri daripada 21 item yang berkaitan dengan pengetahuan pengajaran dan pembelajaran serta tahap kemahiran dalam penilaian PKSM.Bagi responden murid pula, item s..... 223 hits |
| 2087 | 2009 Thesis | Projek pembangunan produk: buku sumber Awang Batil Megat Mohd Noor Megat Teh Tujuan projek yang dicadangkan adalah khusus untuk membangunkan sebuah produk yang merupakan sebuah buku sumber Awang Batil yang mengandungi aspek-aspek lengkap tentang sejarah, tokoh, muzik, persembahan, dan penceritaan seni penglipur lara Awang Batil. Produk ini dirasakan perlu kerana tidak terdapat bahan yang lengkap tentang Awang Batil yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan untuk mengajar Muzik Rakyat Malaysia dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Menengah Tingkatan Empat. Kaedah temu bual dan pemerhatian adalah dirasakan sebagai satu kaedah yang paling sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan betul dari responden yang merupakan seorang tokoh penglipur lara Awang Batil. Dapatan daripada projek ini mendapati bahawa produk yang merupakan buku sumber Awang Batil ini sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk pelajaran Pendidikan Muzik, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Hasil kajian ini juga menjadi panduan asas kepada guru-guru mu..... 329 hits |
| 2088 | 2024 Article | Need analysis for development of kit integrated game-based learning mathematics form One Mohamad Faiz Farhan Abdul Rahman A need analysis is carried out to identify the current needs and wants of students to develop a Game-Based Learning Kit (GBL) on Form 1 Mathematics subjects. 70 respondents involved and randomly selected as a sample of studies involving teachers that teaching secondary school Mathematics subjects throughout Malaysia. In this study, a quantitative approach was used to collect information through questionnaire method using the Need Analysis Questionnaire (SSAK) instrument. The information and data obtained are analyzed using descriptive statistics. The findings showed that 98.6% felt there was a need to develop a GBL Kit for Form 1 Mathematics. Next, 81.2% of teachers have chosen the Rational Number as the title that needs to be focused on developing the GBL Kit. In conclusion, there is a need to develop this PBP Kit for the Rational Number. As a result of the analysis, the GBL Kit to be developed should follow the characteristics of the content, activities, materials and assessment.
Ke..... 240 hits |
| 2089 | 2024 Article | Mathematical modeling and control strategies for nipah virus transmission incorporating bat-to-pig-to-human pathway Loyinmi, Adedapo Chris The mathematical modeling of Nipah virus transmission, incorporating the bat-to-pig-to-human pathway, is essential for understanding this disease dynamics and optimizing control measures. Nipah virus, which naturally resides in animals, particularly fruit bats, spreads to humans via intermediate hosts like pigs. This research work highlights the significance of including this pathway in mathematical models for several crucial reasons. Firstly, it aids in comprehending zoonotic transmission, essential for designing effective control strategies. Secondly, it facilitates early detection and intervention by encompassing bats, pigs, and humans in the model. Monitoring factors such as bat population dynamics, pig infections, and human exposure enables timely intervention to prevent or mitigate outbreaks. Moreover, the complexity of Nipah virus transmission involving multiple species underscores the need for multifaceted control measures. We present a detailed mathematical model for Nipah vir..... 369 hits |
| 2090 | 2024 Article | Interactive and indirect instruction in developing critical thinking skills of grade 10 in a flipped science classroom Borja, Camille A. This study determined the effectiveness of interactive and indirect instruction in developing critical thinking skills among Grade 10 students of Sta. Anastacia – San Rafael National High School in a flipped science classroom. A quasi-experimental research design through pre-test and post-test strategies was utilized. The pre-test and post-test results measured the effectiveness of the flipped teaching strategies in developing the critical thinking skills of grade 10 learners and identify whether significant differences exist between the pre-test and post-test scores of the respondents exposed to interactive and indirect instruction. The findings indicated that four variables of critical thinking skills showed no significant difference in terms of the pre-test scores of the respondents. Moreover, there is a significant difference between the pre-test and post-test scores of the respondents in the different critical thinking skills as they are exposed to flipped teaching strategies sp..... 218 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 209 of 1165 | [ Next ] [ Last ] |