UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
2912025
Thesis
Hubungan bimbingan instruksional pembimbing pakar peningkatan sekolah dan kualiti pengajaran duta guru sekolah menengah di semenanjung Malaysia
Anita Md Saman
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap bimbingan instruksional dan kualiti pengajaran duta guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian ini turut bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh bimbingan instruksional terhadap kualiti pengajaran duta guru. Sehubungan itu, peranan personel Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) sebagai pembimbing duta guru diketengahkan sebagai sokongan peningkatan kualiti pengajaran duta guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 272 duta guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dipilih sebagai responden kajian menggunakan pensampelan rawak sistematik. Dapatan kajian menunjukkan tahap bimbingan instruksional personel SISC+ di Semenanjung Malaysia adalah tinggi (M=3.59, SP=0.511), dengan kesemua dimensi turut berada pada tahap tinggi. Tahap kualiti pengajaran duta guru juga adalah tinggi (M=3.66, SP=0.483), dengan tiga dimensi mencatatkan tahap tinggi iaitu Memfoku.....

74 hits

2922025
Thesis
Penggunaa teknologi E Pembelajaran dalam kalangan mahasiswa pendididkan islam di institut pengajian tinggi
Sharifah Fatin Afiqah Syed Abd Halim
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran, sikap, dan cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa Pendidikan Islam dalam penggunaan e-pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan 234 orang mahasiswa daripada empat buah universiti, iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens seperti ANOVA dan analisis regresi linear. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran mahasiswa dalam penggunaan epembelajaran berada pada tahap sederhana tinggi (min _ 3.97), cabaran (min _ 3.81) manakala sikap mahasiswa terhadap penggunaan teknologi ini berada pada tahap yang tinggi (min _ 4.09). Keputusan analisis ANOVA mendapati tiada perbezaan signifikan dalam tahap kemahiran mahasiswa terhadap penggunaan e-pembelajaran berdasarkan universi.....

81 hits

2932025
Thesis
The development of Malaysia football coaching education quality framework
Fakrul Hazely Ismail
Sports coaching education and development has consistently been a topic of discussion on a global scale. Coaching education is considered essential to sustaining and improving the quality of sports coaching. Developing a sports education quality framework will serve as a guide to ensure consistency, relevance, and effectiveness in coaching and enable coaches to optimize athlete development and performance. The purpose of the study aims to develop the Malaysia Football Coaching Education Quality Framework. This study uses the qualitative method_Evolved Grounded Theory (EGT). Five football coaches from the National Sports School, the State Sports School, the District Training Center, and Tunas Academy across the country (n=5) made up the executing group, and five football stakeholders (n=5) made up the management group. The data was gathered through semi-structured in-depth interviews, observations, and written documents over the course of four months in order to create the Malaysia Foot.....

61 hits

2942025
Thesis
Pengaruh personaliti dan motivasi terhadap efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan murid sekolah menengah
Aqeelah Nur Ain Ainuddin
Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh personaliti dan motivasi terhadap efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan murid tingkatan empat di sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan 200 orang murid dari lima buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian menjawab tiga jenis instrumen soal selidik iaitu Big Five Inventory (BFI), Participation Motivation Inventory (PMI) dan Career Decision - Making Self Efficacy Scale - Short Form (CDMSE - SF). Data dianalisis menggunakan Ujian - t, Korelasi Pearson dan Regrasi Pelbagai. Hasil analisis Ujian - t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina bagi subskala personaliti neuroticm dan personaliti openness berdasarkan jantina. Bagi motivasi dan efikasi kendiri menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan berdasarkan jantina. Seterusnya, bagi analisis korelasi pearson pula mendapati terdapat .....

94 hits

2952025
Thesis
Akal budi melayu dan estetika keseniman dalam seni kata lagu karya M.Nasir
Hairul Anuar Harun
Seni kata lagu merupakan sebahagian daripada sastera popular yang dapat mempengaruhi masyarakat, terhasil daripada bakat kreativiti, daya intelektual dan pandangan hidup daripada seorang pengarang atau seniman. Penyelidikan ini bertitik tolak daripada kelompangan ketara terhadap kajian secara ilmiah dan mendalam mengenai seni kata lagu dalam industri muzik Malaysia. Sebanyak 60 buah seni kata lagu yang menjadi sumber data kajian ini, telah dihasilkan sepenuhnya oleh seniman M. Nasir daripada album solo beliau dan album kumpulan Kembara. Kesemua seni kata karya M. Nasir ini dianalisis dengan memfokuskan kepada unsur akal budi Melayu dan estetika kesenimanannya dengan menggabungkan pendekatan pemilihan kata dan juga aspek kepengaruhan serta kepengarangan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks selain menggunakan kaedah kepustakaan, temu bual dan Perbincangan Kumpulan Fokus. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menghuraikan unsu.....

93 hits

2962025
Thesis
Pengetahuan sikap dan amalan pengajaran guru Matematik dalam pelaksanaan Pendidikan STEM
Vivithrahh Panneir Selvam
Kajian ini bertujuan menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengajaran guru Matematik sekolah rendah dalam pelaksanaan pendidikan STEM serta mengenal pasti hubungan dan perbezaan signifikan berdasarkan pengalaman mengajar dan tahap pendidikan tertinggi. Pendidikan STEM yang merangkumi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik merupakan asas pembangunan modal insan berdaya saing, justeru pemahaman guru terhadap pelaksanaannya amat penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan deskriptif digunakan, melibatkan 113 orang guru Matematik dari sekolah rendah kebangsaan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Instrumen kajian merupakan soal selidik empat bahagian meliputi konstruk pengetahuan STEM, sikap terhadap STEM dan amalan pengajaran STEM. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 27 melalui analisis deskriptif, korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan STEM (min = 4.19, SP = 0.43), sikap terhada.....

67 hits

2972025
Thesis
The relationship between technology acceptance model and DELIMA platform management among secondary schools principls in the state of Perak
Khairun Nisa Kamaruddin
This study investigates the relationship between principals' technology acceptance and the management of the Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) platform in secondary schools across Perak. Recognizing the critical role of ICT in school leadership, this study explores how principals_ perceptions and attitudes toward technology influence the management and integration of the DELIMa platform. A quantitative approach using a survey design was employed, with responses collected from 152 secondary school principals. The instrument combined elements of the Technology Acceptance Model (TAM) and the Six Facets of Technology Management, measuring perceived usefulness, ease of use, attitude, intention, actual usage, and management dimensions such as evaluation, integration, planning, implementation, training, and change. Descriptive analyses revealed high levels of technology acceptance (M = 3.90) and moderate levels of DELIMa platform management (M = 3.60). The Mann_Whitney.....

77 hits

2982025
Thesis
Penilaian kaedah ABAHATA terhadap pembacaan surah Al-Fatihah murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Melaka Tengah
Muhammad Zulhusnie Khalib
Kelemahan penguasaan bacaan Surah Al-Fatihah dalam kalangan pelajar sekolah menengah telah dikenalpasti melalui pemerhatian sewaktu pembelajaran di dalam bilik darjah, mendorong kajian ini untuk menilai keberkesanan kaedah ABAHATA. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan bacaan Surah Al-Fatihah dalam kalangan murid Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Melaka Tengah, sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah ABAHATA, serta menilai keberkesanannya. Reka bentuk eksperimen berkumpulan dengan ujian pra dan pos digunakan dengan melibatkan 12 pelajar lelaki, dengan tujuh pelajar dalam kumpulan rawatan dan lima dalam kumpulan kawalan. Data dikumpul melalui ujian pra dan pos serta soal selidik. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam kumpulan rawatan bagi semua domain: makhraj huruf, hukum tajwid, penulisan rasm, dan tartil serta taranum. Kumpulan kawalan tidak menunjukkan perubahan. Soal selidik mendedahkan persepsi positif, terutamanya keyakinan membaca Al-Qu.....

90 hits

2992025
Thesis
Tax incentives innovation and enterprise performance among Specialized and Sophisticated Small and Medium sized Enterprises in China
Qiong, Peng
This study investigates the impact of tax incentives on the performance of China_s Specialized and Sophisticated Small and Medium-sized Enterprises (SMEs), with particular attention to the mediating role of innovation input and the moderating role of innovation output. Utilizing an unbalanced panel dataset comprising 591 SMEs and 3,237 firm-year observations from the Growth Enterprise Market (GEM) Board of the Shenzhen Stock Exchange over the period 2010_2022, the study employs a two-way fixed effects model for empirical analysis. The results indicate that tax incentives significantly improve enterprise performance (_ = 0.044, p-value < 0.01) and substantially increase innovation input (_ = 0.103, p-value < 0.01). Innovation input is found to partially mediate this relationship, contributing to a marginal improvement in performance (_ = 0.005, p-value < 0.01). Furthermore, innovation output exerts a significant moderating effect (_ = 0.002, p-value < 0.05), suggesting that enterprises .....

87 hits

3002025
Thesis
Amalan kemahiran berfikir aras tinggi guru Pendidikan islam dalam bidang adab daerah Konawit
Zaki Khan Mat
Kajian ini dilaksanakan bagi meneliti tahap pengetahuan dan pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru Pendidikan Islam yang mengajar Bidang Adab di Daerah Kanowit, Sarawak, dengan objektif utama untuk memahami sejauh mana elemen pemikiran aras tinggi diterapkan secara sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan, seramai 80 orang guru telah terlibat sebagai responden dengan instrumen soal selidik yang dibangunkan secara sah dan reliabel (nilai _ = 0.90). Analisis data dijalankan menerusi perisian SPSS versi 30.0 yang melibatkan statistik deskriptif dan inferensi (Ujian Korelasi Pearson). Dapatan menunjukkan kedua-dua tahap pengetahuan dan pelaksanaan KBAT berada pada aras yang sangat tinggi, sekali gus mencerminkan kesediaan dan kompetensi profesional guru dalam mengintegrasikan elemen KBAT ke dalam Bidang Adab secara bermakna. Hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan dan pelaksanaan tu.....

153 hits

[ First ] [ Prev ] Page 30 of 1202 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.