|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 3511 | 2022 Thesis | Tinjauan tahap kesediaan guru terhadap pemikiran komputasional dalam pengajaran STEM di Sekolah Rendah Daerah Port Dickson Kugeneswaran Tamilmany Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman serta pengamalan guruguru
sekolah rendah daerah Port Dickson mengenai kemahiran pemikiran
komputasional dalam pengajaran mata pelajaran STEM. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Instrumen
kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu demografi guru, tahap kefahaman .
Kajian ini melibatkan 118 orang guru dari Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil dari
daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dipilih sebagai sampel kajian. Data dianalisis
dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens dengan menggunakan perisian
SPSS IBM Version 25.0. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman guru dalam
pemikiran komputasional berada pada tahap yang tinggi iaitu Min (min=4.08, sp=0.62).
Tahap kepuasan kerja guru juga berada pada tahap yang tinggi iaitu Min (min=4.06,
sp=0.81). Dapatan kajian menunjukkan terdapat ..... 865 hits |
| 3512 | 2023 Thesis | Reka bentuk dan pembangunan Garis Panduan Pembelajaran Koperatif dalam Rancangan Pengajaran Harian bagi subjek Lukisan Bangunan di Kolej Vokasional Raihanah Salleh Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Garis Panduan Pembelajaran Koperatif dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek Lukisan Bangunan di Kolej Vokasional (KV). Terdapat kekurangan dalam panduan pengajaran dan pembelajaran subjek Lukisan Bangunan di KV. Hasil dari transformasi KV memberi kesan kepada kaedah penyediaan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Garis Panduan ini dibangunkan berdasarkan kepada teori Konstruktivism Sosial Vygotsky. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) untuk membangunkan Garis Panduan RPH dan menjawab empat persoalan kajian dengan melalui empat fasa kajian selaras dengan pendekatan kajian. Dalam fasa pertama, analisis keperluan dijalankan untuk mengenalpasti keperluan untuk mereka bentuk dan membangunkan Garis Panduan RPH dengan menggunakan kaedah temu bual berstruktur. Temu bual dijalankan kepada enam responden pakar dan daripada hasil analisis tema yang diperolehi, didapati terdapat keperluan untu..... 907 hits |
| 3513 | 2023 Thesis | Amalan organisasi pembelajaran dan kepimpinan guru di Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi Daerah Petaling Selangor Faizul Izham Aminuddin Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan organisasi pembelajaran
dengan kepimpinan guru Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi Daerah Petaling di
negeri Selangor. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam
kajian ini. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 200 orang guru Sekolah
Kebangsaan Berprestasi Tinggi Daerah Petaling, Selangor. Pemilihan sampel kajian
ini adalah menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Pengumpulan data bagi
kajian ini adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen kajian ini telah
diadaptasi daripada Learning Organization Questionnaire for School (LOQS) dan
Teacher Leadership Inventory (TLI). Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan
organisasi pembelajaran (min = 4.27, SP = 0.27) dan tahap kepimpinan guru (min =
4.42, SP = 0.35) berada di tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan
terdapatnya hubungan positif yang signifikan pada tahap amat kuat antara kedua-dua
pemboleh ubah ( r = 0.79, p < 0..... 735 hits |
| 3514 | 2023 Thesis | Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Seni Visual melalui Kit BAHtra Rozaiman Mohd Noor Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan penggunaan ABBM dalam
kalangan Guru PSV Tingkatan 1 bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Seni
Visual (BSV), mereka bentuk sebuah kit pembelajaran yang sesuai bagi pengajaran
dan pembelajaran BSV serta menentusahkan kebolehgunaan Kit BAHtra bagi
pengajaran dan pembelajaran BSV. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan
menggunakan reka bentuk kajian kes yang merangkumi analisis kandungan dan temu
bual. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk model ADDIE dalam proses pembinaan
kit pembelajaran yang melibatkan lima fasa utama iaitu Analisis, Reka Bentuk,
Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Seramai tujuh orang responden dalam
kalangan Guru PSV Tingkatan 1 telah terlibat dalam Fasa Analisis, manakala tiga
orang pakar bagi Fasa Reka Bentuk dan Fasa Pembangunan. Bagi Fasa Pelaksanaan
pula, seramai sepuluh orang responden dalam kalangan Guru PSV Tingkatan 1 dari
daerah Kota Bharu dan Gua Musang telah ditemu bual bagi menent..... 3118 hits |
| 3515 | 2023 Thesis | Domestic violence through the performance of Madonna Sin Valor Nur Fatwa Syuhada Bahrom This study examines the issue of domestic violence against women in Malaysia,
utilising Leo Tolstoy's theory as a foundational reference. It incorporates Bertolt
Brecht's V-effect techniques to encourage critical thinking about domestic violence.
By integrating these two distinct approaches, the researcher aims to evoke emotions
and facilitate scrutiny and critique of domestic violence issues. The study uses
qualitative methods to collect primary data through interviews, surveys, participant
observations, focus group discussions, movie reels, and questionnaires. Secondary
data sources such as articles, journal books, and previously published data are also
utilised. The study's primary objective is to provide participants with an immersive
experience of domestic violence situations, particularly in phase 1, known as "The
Experience." In this phase, participants are exposed to real domestic problems to
evoke their emotions and feelings regarding domestic violence. Phase 2, kno..... 727 hits |
| 3516 | 2013 Thesis | Keberkesanan penggunaan cakera padat interaktif (CDRI) dalam pembelajaran penulisan karangan naratif murid tahap 2 di Sekolah Kebangsaan Desa Jaya Norhisham Ariffin Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling sukar diajarkan dan dikuasai oleh
seseorang murid. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah untuk menganalisis keberkesanan
penggunaan cakera pada tinteraktif (CDRI) terhadap prestasi penulisan karangan naratif 60
orang murid tahap dua (tahun 4 dan tahun 5) pencapaian sederhana. Sampel kajian dipilih terdiri
daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Desa Jaya Maran, yang dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu 30 murid bagi kumpulan eksperimen dan 30 murid lagi dalam kumpulan
kawalan. Kajian berbentuk kuasai eksperimental ini dijalankan untuk membandingkan
keberkesanan penggunaan CDRI dengan kaedah pengajaran menggunakan peta minda dalam
pengajaran penulisan karangan naratif. Kedua-dua kumpulan telah diberikan dua ujian, iaitu
praujian dan pascaujian untuk membandingkan prestasi penguasaan penulisan karangan naratif.
Perisian SPSS (Standard Package for Social Science) digunakan sebagai alat untuk menganalisis
Ujian-t: sampel tak..... 608 hits |
| 3517 | 2007 Thesis | Prestasi kemahiran motor asas murid negeri Pahang yang telah melalui proses pembelajaran pendidikan jasmani tahap satu Norziha Minhad Kajian ini bertujuan mengetahui prestasi kemahiran motor asas murid sekolah negeri
Pahang yang telah melalui proses pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahap Satu
(tahun satu, dua dan tiga) sebagaimana yang ditentukan dalam kurikulum Pendidikan
Jasmani KBSR serta mengetahui keberkesanan pengaruh gender, lokasi dan
pencapaian kemahiran motor asas di Sekolah Projek. Sebanyak 379 sampel (192
lelaki, 187 perempuan) terdiri daripada murid tahun empat dipilih secara rawak dari
sekolah seluruh negeri Pahang. Kajian ex-post facto ini menggunakan ujian lapangan
dengan satu bateri ujian yang mengandungi lima ujian iaitu Larian Zig-zag (r= 0.953),
Lompat Jauh Berdiri (r= 0.974), Imbangan Bangau (r= 0.836), Lantunan Bola Ke
Dinding (r= 0.915) dan Memukul Bola Sotbol (r= 0.934). Semua data mentah
ditukar kepada data kuantitatif dalam bentuk skor-T dan dianalisis menggunakan
Ujian-t Sampel Tidak Bersandar. Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang tidak
signifikan di antara prestasi murid lela..... 774 hits |
| 3518 | 2023 Article | The Hooray! Hooray! ABC the evaluation of mobile application for Preschool Students Noor Hidayah Che Lah Mobile applications are now being used for 21st-century learning, including alphabet learning. There are numerous mobile application products for online learning, particularly those relating to the alphabet ABC. It was revealed that previous mobile applications did not provide interactive activities that suited preschool students. Therefore, this study aims to develop Hooray! Hooray! ABC for learning the alphabet. This study employed Design and Development Research (DDR) as the research design, which is divided into three phases: Phase I - the needs of the application; Phase II - the design and development; and Phase III - the evaluation. ADDIE model is used as the instructional design to design and develop the mobile application. Two experts were chosen to validate the application. It was tested for usability and student performance on 35 preschool students. The results reveal that Hooray! Hooray! ABC can be used for learning the alphabet based on experts' agreement in terms of useful..... 787 hits |
| 3519 | 2023 Article | The development of a Web-Based Infographic for the introduction of the Palm Industry to young learners Shahrina Shahrani Exposure to the palm industry begins in the early stages of secondary school, highlighted through the agricultural sector topic in the geography subject syllabus. However, the information provided about the palm industry is insufficient to give young learners adequate exposure. Consequently, Generation Z lacks knowledge and remains unaware that the palm industry significantly contributes to the national economy. This paper aims to explain the process of developing an infographic website to expose the palm industry to young learners. The topics are traditionally presented using textbooks, but it is essential to incorporate information delivery methods in line with technological developments and interactive aspects to cater to today's Generation Z. An infographic website has been developed to introduce the palm industry to the younger generation, serving as a platform for information delivery and exposure. The website development process follows the Agile model, encompassing planning, an..... 421 hits |
| 3520 | 2023 Thesis | Keberkesanan pendekatan gamifikasi mudah alih terhadap minat dan pencapaian Matematik murid SJKT Tasaratha Rajan Anamalai Kajian ini bertujuan mengukur keberkesanan pendekatan gamifikasi mudah alih
berasaskan aplikasi Quizizz dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid Tahun
Lima dalam Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik di tiga buah SJKT di daerah
Kinta Selatan, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental yang
melibatkan 30 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dalam
kumpulan kawalan. Data dikumpulkan melalui soal selidik minat murid terhadap
aplikasi Quizizz dan satu set soalan ujian pra dan pos (pencapaian) yang mengandungi
40 item soalan aneka pilihan. Pengukuran deskriptif digunakan bagi menilai sama ada
terdapat perkaitan antara gamifikasi mudah alih dengan pencapaian dan minat murid.
Pengukuran inferensi ujian-t pula dijalankan untuk menguji sama ada terdapat
perbezaan signifikan antara skor ujian pos kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan dengan penggunaan gamifikasi mudah alih begitu juga ujian kolerasi bagi
mengkaji hubungan skor kedua-dua..... 1091 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 352 of 1150 | [ Next ] [ Last ] |